Selamat tinggal 2005



dari awal tahun lagi aku dah rasakan tahun ni x best.. start dgn tsunami la, aku yg menganggur beberapa bulan, pastu dah dapat keje tu.. kena tipu la plak.. dgn hal famiy lain.. dgn dia lagi...
iskhh macam-macam le.. Tension memikirkannya.. Jiwa kacau, x tenteram rasanya..

oh ya.. skrg aku menyewa bilik ngan ummi kat seksyen 8.. Abah mmg dah ada kat johor.. adik-adik & angkut semua barang awal disember ari tu.. ummi lom benti lagi.. bulan 3 baru dia stay as housewife kat johor sana.. tapi skrg every weekend, mmg berulang-alik la p batu pahat tu.. Terasa sunyi plak.. huhu.. ekceli, aku lom masuk umah sewa lagi.. w/pun sewa bulan 12 + deposit dah bayar.. 2-3 hari lepas baru p anto semua barang ke rumah sewa.. sebulan ni aku tdo umah kosong.. kekadang umah member.. skrg ni 2-3 hari tdo umah makcik.. ye la.. kalu keje malam x kisah sgt.. balik umah pagi.. kalu keje pagi/ptg tu yg x syokk sgt.. malas nak balik umah... gerun plak tdo sengsorang memalam tu.. dats y merata hala aku tumpang tdo.. adehhh terukssnye perangai...

nampaknya bulan 1 nanti mmg kena masuk umah sewa la.. sayang dah bayar sewa ari tu.. pastu segan plak kat mak cik pak cik aku.. keluar ptg.. balik pepagi buta.. masa derang kuar keje, aku tdo... hmm nak wat cam ne aku keje ptg.. mmg x tentu masa... tp, iskhh mcm x sopan pon ada.. baik dok umah sewa kan..


30hb, kena jupe bos.. erkss interview utk MT.. adehh apa yg dia nak tanya yerk... aiyakkk jgn le aku failed.. x naik le aku nanti..


keje aku ok.. cuma hati,perasaan, jiwa masih x tenteram... aku banyak tumpukan pada keje.. mungkin dr situ, mcm2 masalah timbul..

aku ingin tinggalkan tahun 2005, tahun yang penuh dgn peristiwa duka.. Selamat Datang 2006.. doaku sepanjang masa.. Moga ada sinar bahagia buat diriku... Moga aku sentiasa di dalam rahmat-Nya.. AMIN...

Maksud di sebalik huruf

~Maksud di sebalik huruf yang terkandung dalam nama korang~

A - Menggambarkan seseorang itu bijak
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mneutamakan material
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan
D - Kamu seorang yang gugup
E - Kamu sebenarnya seorang yg suka cari pasal dgn orang lain
F - Kamu pandai berdikari & tidak suka bergantung pd orang lain
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup
H - Mengutamakan keceria dan kagembiraan dalam hidup
I - Setiasa perlukan perhatian orang lain
J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi
K- Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dlm mengejar impian & cita-cita
O - Suka menyendiri
P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q - tak suka dedahkan diri kpd orang lain & lebih suka hidup misteri
R - Kamu seorang yang kuat bekerja
S - berpendirian kukuh dan bersemagat
T - Romantis orangnya
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap
W - Agak lambt bertindak tapi tetap akan lakukannya
X - Sabar teliti dan tekun
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

8 Tanda Lalu Lintas Cinta

Jalan dua hala
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Sekiranya satu pihak bersuara, maka satu pihak lagi cubalah menjadi pendengar yang setia. Begitulah sebaliknya.

Jalan bengkang-bengkok
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudahtidak tepati janji.

Jarakkan Kenderaan
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!


Jalan Sempit
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tiada tolak-ansur, pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu, sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalahbersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri!


Awas! Jalan Berbukit
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan diri kamu. Fikir sebaik-baiknya. Cuba harungi dahulu, barulah kamu fikir jalan lain.


Sedang Dalam Pembinaan
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaikpulih. Dalam proses persefahaman semula. Lalui jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit kisah lama dan mulakan pengalaman baru.


Dilarang U-turn
Sekiranya sudah putus, sebaiknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik dari dirinya.


Pejalan Kaki
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh kamu ikuti.
credit : Remaja 15Dis2005

Friend As ABC

A Friend...

(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)- plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and
(Z)aps you back to reality.

Bila nak kawin?



Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba
(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..!

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
( Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada..


*********************************************

sekali sekala bertanya x pa gak..
tapi bila dah selalu, leh geram gak..
hmm nak wat cam na.. org dah tahu...
kalu x jadi sendiri malu gak..
tapi yg x tahan nya..
nape eh mcm aku je yg dipersalahkan?...
aku je yg x kena?..
aku ke yg kena mulakan langkah?
nape mesti tanya aku?
nape x tanya yg berkenaan?
nape? nape? nape?
arghhhhhhhhhhhhhhhhh
tension!!!!!!!!!!!!!!
sapa x mo kawen????
pastu kalau kawen...
duit plak mana???
bukan sikit,
tapi nak pakai banyakkkkkkkkkkk!!!!
jgn la nak cucuk aku memanjang!!!!
aku ke yg kena tanggung????
aku ke kena buat semua sengsorang????
mana pihak berkenaan???
tanya la sendiri!!!!!!

Takkan Melupakanmu

seindah
lagu yang terindah
sengaja ku cipta
untukmu yang terindah

semoga dapat meluluhkan
segala keraguan
semoga dapat menghancurkan
kerasnya batu prasangka

aku
tak akan melupakanmu
tak akan meninggalkanmu
tak akan menduakan cintamu
ku bersumpah
aku
tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yang membara

rebahlah kau dipelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka
prasangka burukmu
dari kerasnya
batu curiga

aku
tak akan melupakanmu
tak akan meninggalkanmu
tak akan menduakan cintamu
ku bersumpah
aku
tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yang membara

Cinta Hebat Tapi Mengecewakan

cinta datang...
tanpa diundang...
cinta pergi...

tanpa boleh dipaksa...
ada yang bahagia kerana cinta...
tak kurang juga

yang merana disebabkan cinta...
cinta itu ketawa dan airmata...
ada yang bertanya...
ada apa dengan cinta...?
jawapnyer...

cinta adalah segala-galanyer..
belajarlah

menerima kekecewaan sebuah cinta...
kerana

ada yang tersurat dan tersirat...
biarpun aku pernah dikecewakan cinta...
aku terima

kerana itu adalah pengalaman diri
yang tak boleh ditukar ganti...!


ni aku petik dari kata-kata honeybear , salah seorang forumnis mesra..
Topik : Cinta Hebat Tapi Mengecewakan..


2 kali aku bercinta.. haha.. mcm2 yg aku rasa.. aku baca majalah.. dengar citer kengkawan.. ada yg bercinta 4 tahun.. ada 8 tahun... hmm mcm mana ya derang bertahan?? for sure banyak kisah suka duka derang kan.. uihss berjaya derang hadapinya.. berjaya derang tangani apa jua yg berlaku.. aku rendah diri.. dapat ke aku bertahan?? dulu 1st... setahun... yg 2nd ni... 2 tahun lebih... dibandingkan dgn org lain.. aku rasa sikit baru... uihss sikit pon, tapi menyakitkan! terasa mcam ditoreh2 je ati nih.. kalau time hepi tuh.., usah cite arr.. x ingat lain maa.. aku kat dlm dunia lain.. huhu.. malu plak aih.. ekekekke... baru nak sedar! ahakss..
seronoknya kalau bercinta bertahun-tahun dan berakhir ke gerbang perkahwinan.. dan bahagia hingga akhir hayat... hehhe gatai plak aku... muda lagi... baik aku kumpul duit byk2 dulu kan... insya-allah ada jodoh x ke mana..

erks!

adehh x sangka aku..
member opis ummi ni forumnis mesra gak..
aiyakk mcm mana cheq leh x tau nih!!
tgk pada profile dier..
ooo baru join ghupanyerr..
bulan julai 2005 maaa...
hmmm aku dah mula bz time tuh..
masa la ada masa nak ambik tau..
iskhh ketinggalan ketapi plak... hehe..
aku terkeZut beno le..
nick pon x gambarkan dia.. adehh laa..
plak tu siap buat open house ari tuh..
ajak kengkawan mesra lagik...
tapi kan ramai forumnis baru... sure aku x kenai..
cuma tang trex, shah tu ...
mak aihhh kata la aku terserempak ngan depa..
tak ke haruuu.... ihikss..
aku p open house si cik kak nih belah malam ngan mak & adik² aku..
datang pon pakai simple kemain.. jeans jer..
mana la tau nk p open house.. huhu...
apa² pon perut kenyang ngan makanan yg dihidangkan.. hehe..

Tangisan Dalam Kerinduan

Dalam kerinduan ini
Ku menatap gambar wajahmu di ruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
Kini tinggal memori yang menghiris kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala-galanya
Pengorbananku dikau persiakan

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupanku tidak menentu
Keretakan bak dihempas kaca oh mengapa

Ku masih merinduimu
Walau tidak dijodohkan
Ku masih menyintaimu
Hingga ke akhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku

Ku masih merinduimu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga ke akhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku ooo...

Ingat tau

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu l
epaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail mu
dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga
setelah kamu
memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja....
kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu
dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu....


(credit to : Kak Hasta )

OOO kAwAn

Seronoknya bila berkawan tapi.........

susah nak jumpa kawan sejati,

kawan yang boleh bersuka bersama,

kawan yang boleh berduka bersama,

kawan yang boleh memahami hati kita,

kawan yang tak kan mengecewakan kita,

kawan yang sentiasa memberi dorongan & semangat,

kawan yang ingin melihat kita mencapai kejayaan,

making a big job & a big money,


kawan lelaki @ kawan perempuan,

mereka tetap kawan,

biar pun berlainan ideologi,

tapi mereka tetap kawan kita,

biar pun pernah bergaduh suatu ketika,

mereka tetap kawan kita,

biar pun mereka sudah berpunya,

mereka tetap kawan kita,


friends will stay as friends,

if you lost one of them,

it will never gonna be the same,

there only come, one times,

never let them down,

respect & appreciate,

there are your friend




FRIENDS WILL STAY AS FRIENDS

Suratan Atau Kebetulan

Kenny, Remy & Martin
Suratan Atau Kebetulan

Suratan Atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk
menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Kelmarin, Hari Ini Dan Esok


Kelmarin,
Kurasakan diriku tiada erti
Seperti bayang-bayang kehidupan
Kurasakan diriku terbuang jauh
Ku dihambakan..

Hari ini,
Tiap detik ku lalui
Kurasakan begitu jauh
Begitu panjang masa berlalu
Bagai terkapai-kapai di awan biru
Berterbangan ditiup tanpa hentian
Tanpa noktah..

Esok,
Ku rasakan tak mampu ku tempuhi
Merempuh dugaan dan harapan
Ku rasakan ingin gugur di persada impian
Kan rebah bersemadi
Meninggalkan kenangan..

Kelmarin dan hari ini,
Merupakan sebuah fantasia kehidupan
Tetapi biarlah esok menjadi realiti

Kerana
Kata-kata tak mampu menahan waktu
Dan saat-saat tak akan serupa
Kerana
Kelmarin dan hari ini
Bukan
Cermin untuk hari esok dan bukan
Seterusnya....

Apa nak dikata


Cinta tak akan mengubah seseorang,
tetapi seseorang perlu berubah demi cintanya.

*****************
Bersatu atau tidak,
sebenarnya cinta tak punya pengakhiran,
ia akan mendatangkan 2 rasa,
suka dan duka.
*****************

Tidak semua yang kita inginkan akan terpenuhi,
tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi kenyataan,
dan bukan sesuatu yang mudah
untuk menyedari dan menerima kenyataan,
bahawa apa yang bukan milik kita
tak perlu kita tangisi.
(credit:http://hello-bebeh.blogspot.com)

Missing u

I wish this could be
a happy song
But my happiness disappeared
the moment you were gone
Don't think I ever believed that
this day would come
Now all I'm feeling
is lost and numb

And ohhh I know I promised
Mmmm that I would try

But I, yes I, miss you
and it's killing inside

I'll always be thankful
for the time we had
We were blessed
I should celebrate
but I feel too sad
All the wonderful memories
just make me fall apart
And it feels like somebody's
stabbed me in my heart

And ohhh I know I promised
Mmmm that I wouldn't cry

But I, yes I, miss you
and it's killing inside
Ooh well I, yes I, miss you
want you by my side

Walking, holding hands
Talking, making plans
Touching my heart my soul

I wish this could be
a happy song
But my happiness disappeared
the moment you were gone
Tell me it's not happening
Say it's not as it seems
Tell me that I'm gonna wake up
It's just a bad dream
Please tell me that it's fiction
Tell me it's just a lie
Whatever you choose to tell me
Please dont say you didn't need me

And I, yes I, miss you
and it's killing inside
Ooh well I, yes I, miss you
want you by my side
Ooh well I, miss you
want you by my side
Back here by my side
Here by my side

ketupat & baju kurung

pak njang & mak njang sekeluarga datang rumah.. wahhh best sungguh.. sbb bila mak njang dtg, ada je special menu dr dia.. mmg kitorang semua makan besar punya.. makan ramai-ramai pula tu.. mmg lagi berselera nampaknya..
hmm sementara adik-adik aku tolong mak njang di dapur.. aku jenguk ummi & pak njang kat depan.. huhu pak njang blaja buat ketupat ngan ummi la.. uihss cepat betul pak njang tangkap!
terus terer.. aku pon menumpang sekaki nak blaja gak le.. ummi ajar dua tiga kali.. sampai bengang dia! aku x dpt-dpt gak nak buat! ngeh ngeh ngeh.. pak njang plak ajar aku.. boleh lak! bole la sikit-sikkit.. kena praktis lagi.. Practise makes perfect,rite..

bila aku tunjuk kt ummi.. try buat dpn ummi.. erkss, x jadi! ummi ajar lagi.. adehh.. kelam kabut aku.. x leh terima.. bising betul dia.. "ummi ajar member ofis, semua senang je .. leh je buat.. nape kak long x boleh? " hehhehe...

-alah ummi.. selalunya kalau mak yg ajar, anak bukan nak dgr sgt.. mmg susah.. mcm member aku.. dia cikgu... nak la ajar anak dia.. tp si anak x reti bahasa.. pastu x leh nak tangkap..terpaksala si emak panggil cikgu tuisyen.. cikgu khas nak ajar anak dia.. haa boleh plak! cpt plak dia blaja! mcm mana tu??? huhu..-

ummi sambung lg.. "x kira! korang mmg kena blaja.. mmg kena pandai gak buat.. suka hati la.. nak guna kertas dulu ke.. reben ke.. asal akhirnya pandai buat ketupat.. ko tu perempuan.. "
dah mula berleternya... payah!


dlm kul 2 lebih.. aku & adik-adik perempuan termasuk mak aku le.. sibuk lah menukar baju kurung..baju kaler merah.. tema utk raya tahun ni... kitoranng nak ambil gambar sama-sama..yela.. raya ari tu mana dpt.. kan akuu keje.. aku x join depa balik kg.. skrg ni dah semua ada.. 4 beradik perempuan.. si angah tu UPSI.. pas ni aku sengsorang kat shah alam.. yg lain kat johor sana.. okla berbalik pada sesi fotografi.. sakan betul kitorang posing.. heheh... aku dah mula kelam-kabut.. nak p keje kul 3ptg.. adehhh mau lambat lagi p keje.. susah arr dah le nama blacklist..asyik dtg lambat je keje.. kalu keje tip top, tapi asyik lewat.. masalah disiplin gak tu kan.. huhu..
aiyak.. dah x sempat nak tuko baju.. bawak la jeans & tshirt p tmpt keje.. nanti tuko kat sana..alih-alih.. aku pakai baju kurung tu & baju keje.. baju merah 7 Eleven tu haa... dr kul 3 ptg-11mlm... mak aihh... ayu la kononnya.. control maa.. jgn x control... sampai semua terpegun... admirer2 aku, stok memuji2.. muahahha.. dah mula perasan x ingat! ahakss! iskhhh x selesa plak... kelako pon ado.. ihikss.. tapi betul la.. customer masuk pon stok pandang je.. ye la.. mana pernah staf kat sini pakai baju kurung... derang x penah tengok.. kiranya aku la yg memecahkan rekod.. ehhh cipta rekod... haha... mana ada aku nak dok bersila mcm biasa... keje aku kira stok barang utk ordering je.. macam mandur plak.. bwk pen.. bwk kertas.. kepit, check brg.. hehhe..
yg hari tu aku pakai time raya..regular customer mana ada... mmg x ramai customer.. lagipun ari tu pakai baju kurung je.. dan x buat keje sgt pon..

tapi kan.. kebetulan abang angkat aku datang.. uihss kemain la aku tambah kembang! apa lagi aku dipuji-pujinya... elehh puji je ke.. banjer la saya.. awak macam tau2 je saya keje ptg eh... minggu ni saya sebenarnya selalu keje pagi.. dah datang bukan nak kasi duit raya.. adik mana leh kasi duit kat abang... hahah.. gelak plak dia.. ok la awak.. jupe lagi lain kali...

balik kul 11 lebih.. aku le seorang kt area situ masih berbaju kurung..
haha aku mmg bangga ari tu aku lawo...
hari tu je...
hari lain biasa je...

Career

Your Career Type: Enterprising

You are engertic, ambitious, and sociable.
Your talents lie in politics, leading people, and selling things or ideas.

You would make an excellent:

Auctioneer - Bank President - Camp Director
City Manager - Judge - Lawyer
Recreation Leader - Real Estate Agent - Sales Person
School Principal - Travel Agent - TV Newscaster

The worst career options for your are investigative careers, like mathematician or architect.

The Three Question Personality Test

RESULT.....

++Your Personality Is ++

Guardian (SJ)


You are sensible, down to earth, and goal oriented. Bottom line, you are good at playing by the rules.

You tend to be dominant - and you are a natural leader. You are interested in rules and order. Morals are important to you.

A hard worker, you give your all at whatever you do. You're very serious, and people often tell you to lighten up.

In love, you tend to take things carefully and slowly.

At work, you are suited to almost any career - but you excel in leadership positions.

With others, you tend to be polite and formal.

As far as looks go, you are traditionally attractive. You take good care of yourself.

On weekends, you tend to like to do organized activities. In fact, you often organize them!

Renungan

Kepada yg tau CINTA.......

Untuk tatapan couple2 dan ex-couple... dan jugak yg takde couple...
__________________________________________


1)Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

2)Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

3)Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

4)Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

5)Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

6)Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

7)Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

8)Kepada yg masih bertahan MENCINTAI
SESEORANG YG TLH PERGI... Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Advice

Dear Huda,

life is about choosing & making decision,

If u cant have all,have some..
If u cant be happy,dont be completely sad..
If u cant laugh for real,dont be crying so badly..
If u cant give,u can still receive..
there is always a way & option,u have a choice,
Choose wisely...

So, u may live happilly & face this life smoothly..

Light up ur spirit..


thanx to my dear friend..

Tanpa dirimu

Percintaan yang sekian lama
Telah pun musnah segalanya
Tak dapat kugambarkan
Dirimu tiada
Telah jauh meninggalkan diriku

Kerinduan kian membara
Keperitan turut di rasa

Mengapa harus begini
Keikhlasanku
tidak dihargai oleh
dirimu

Segala kasih yang ku simpannya
Terkunci dalam hati ku selamanya

Pergilah pergi
Jangan kembali
Diriku terima
Semua realiti

Usah menoleh pada diriku
Yang kan biasakan
Hidup ini
Tanpa dirimu

Pergilah pergi
Jangan kembali
Diriku terima
Semua realiti

Cian..

selamat hari raya buat semua!!

~1~

Aku: 1st time berjauhan dr keluarga, 1st time kena keje di hari raya, 1st time x balik kampung, 1st time x dpt duit raya..huhu

member: ciannya diaa..

~2~

customer 1 : Selamat Hari Raya dik. Tak cuti?
Aku : kena keje kak, lambat lg cuti..
customer 1 : ciannn..

~3~

customer 2 : Apa kabar dik? Kamu beraya dalam kedai je la ye.. Ciannn...

~4~

customer 3 : wahh berbaju kurung dia hari ni!
Aku : Hari Raya pertama, bang..
Customer 3 : Selamat Hari Raya.. dapat duit raya tak?
Aku : err, belum lagi.. x pe, dah besar..
Customer 3 : ciannn...

~5~

Aku : alahai tahun ni x dpt la jupe sedara kat kg.. x dpt la nak konvoi mcam dulu p beraya kat alor staq.. kat umah pon x der rendang & ketupat.. x ada masa nk beli, balik keje kedai dah tutup..
Kakak Wieda : alaa ciannyaa dia.. keje elok2 ye..

Tag

cik trex (x lama lg PUAN la eh.. ahakss ) .. ni haa cheq nak siap buat... kasik markah ye cikgu... huhu..


.: Seven Thing I Plan To Do Before I Die:.

- keje kuat & naik pangkat ( 5 tahun akan datang -> Store Manager )
- bayar abes MARA
- nak capai semua dlm wish list sebelah kanan tu
- jejak Mekah (umrah & haji)
- bawa family p holiday
- Kawen
- Ada anak kembar



.: Seven Celebrity Crushes:.

- Anuar Zain
- Mawi
- Amy Mastura
- Erra Fazira
- David Beckham
- Brad Pitt
- Bae Yong Jung


.: Seven Often Repeated Words:.

- eceh
- biasa jer
- ahaks
- adeh
- macam-macam la
- huhu
- aiyak

.: Seven Traits I Look For In The Opposite Sex:.

- Mata
- Senyuman
- Happy go lucky
- caring
- Understanding
- He need me
- He love me

.: Seven People This Tag Goes To:.

- Kak Ros
- Katarsis (bertapa lg ke mamat ni, huhu)
- Kak Zuril
- Kak Hasta
- Kak Leli
- Kak Yan
- Esquento

????



If someone took everything u live for...

How far would you go to get it back??

SIAPA KU DI HATI MU

Semalaman rindu ku di halaman
Menanti cinta mekar berbunga
Siapaku di hati mu
Intan atau pun kaca

Semalaman langit tiada berbintang
Asmara ini terpaksa ku pendam
Mengumpulnya kembali
Untuk mu ku kasihi

Lumrahnya orang yang bercinta
Hidupnya akan bahagia
Tetapi mengapakah kita
Asyik dengan memendam rasa

Siapakah aku di hati mu
Hingga tidur pun tak lena
Ternanti-nanti jawapan
Tertanya-tanya masa depan

Lautan bara bukan ukuran
Onak duri hanya hayalan
Sampai hati engkau usirkan
Mestikah cinta dan hukuman

Semalaman rindu ku di halaman
Menanti cinta mekar berbunga
Siapa ku di hati mu
Intan atau pun kaca

Persediaan kawen

aku jupe ni kat friendster.. cut & paste kat sini.. huhu...

Khas buat mereka yang nak kawin... cukup ke simpanan?? Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya..............!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.


So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di mana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan
hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :
At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.
kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:
Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan.... pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:
Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... . dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.
Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah
Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin
Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.
Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja
Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kerete
Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!
Kos: RM300

9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat
Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

11. Miscellaneous
Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat
kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...
Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... ..
Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:-

Sebab
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang- kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta- Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi
10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat
nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "

p/s: aku pun tak tau nk ckp aper..tapi pada aku menda2 cmni pun ader betul ader salahnya..sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan nak kawen?pesanan aku, mendirikan masjid tu pahle nyer bessaaarrr!Cewwaaahh!!!

anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat bakal-bakal pengantin!!!!!

Tragedi Oktober


Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober


Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...
**********************************************************
Skrg ni musim org bergaduh & clash ker?? member2 aku ada yg gaduh.. ada yg clash.. hmm aku & dia? adat bercinta, ada gaduh gak kan.. baca majalah.. artis pon sama gak.. alaa derang pon manusia kan.. ada perasaan.. bila hepi, mmg la dunia kita yang punya.. bila gaduh, mak aihhh sakitnya terasa nak mati.. huhu..

Aku cuba dan cuba mengawal diri.. ye la kang x pasal2 wat perkara bodoh, x masuk akal.. sapa yg susah? aku & keluarga aku gak yg susah..

++Jangan melihat pahitnya kehidupan tapi lihatlah keindahannya yang sarat dengan ujian & cabaran++

++Kebahagiaan adalah milik mereka yang mengelakkan amalan membantah, dan betapa baiknya seseorang yang ditimpa musibah tetapi menunjukkan ketahanan.++

Cuti Raya..

Nampaknya aku kena bekerja time raya.. mmg wajib! Tadi baru je lepas meeting.. uihss nak dekat 1 jam lebih la.. panas punggung! ahakss... masing-masing kena pilih tarikh utk cuti... Sebelum & Selepas raya boleh cuti 3 hari... Kalau nak cuti time raya... dapat 2 hari je... esoknya kena datang keje.. Jika tidak, alamatnya kena resign maaa... Hmm time raya nanti leh pakai baju kurung... Name tag & smiley button x leh tinggal.. huhu... style mcm cikgu la plak aihh... kan ke cikgu-cikgi semua pakai name tag... Aku cuti 5, 6 & 7hb ... Raya ke3 , 4 & 5 .. heheh.. x kisah la keje time raya pon... gaji triple maa!! TRIPLE, ulangi... ehekss...

++bagaimanakah aku time raya nanti?? ++

- dah le 1st time raya time keje..
- 1st time gak raya berjauhan dr keluarga

DAN


ku harapkan raya nanti, masih ada sinar bahagia buat diriku..

AMIN...

Sampaikan Salam Cinta Ku


Sampaikan Salam Cinta Ku - Alleycats

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua


Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

Amylea - Ku Berserah

Hembusan angin dingin membelai jiwaku ..
Bergelora perasaan pabila kau menjauhkan diri dari ku ..
Seolah cinta ku tak bermakna lagi untuk dirimu ..
Apakah .. maksudnya semua ini
Mungkinkah adanya kesilapan dariku ..
Yang tak pernah ku duga ..
Maafkanlah oh sayangku
Oh percayalah ..
ku tak bermaksud begitu
Jangan tinggal daku ..
Keseorangan ..
Ku berserah
Kepadamu Maha Esa
Mungkin takdir
Telah menentukan segalanya
Ku berserah
Kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini
Hanya diKau
Dapat merubah segalanya
Pada diKau saja
Ku mengharap
Moga kau kembali
Berikanlah kasih
Nyalakan lah lilin cinta .. kita …
Kupohon kan kemaafan dengan ikhlas hatiku
Ku tak rela dipisahkan
Walaupun sementara
Sambutlah tangan ku ini
Genggami seeratnya
Namun kini
Semuanya ku berserah

SaLam Ramadhan

yeah.. yeah dpt posa... huhuhu.. kekadang aku terlajak sket.. 1st day x dpt posa.. alhamdulillah.. dapat p terawih & dapat berpuasa.. skrg ni stok keje shift pagi.. bertambah menyenangkan + hepi buat aku , family & dia...

Bulan puasa ni x ramai la customer sebelah pagi ni.. ada tu yg datang, sapa yg x posa la.. huhu.. eh, ada gak laki yg x posa tau.. gastrik la.. sakit perut la.. org perempuan mmg biasa la.. paham.. customer perempuan lak yg malu.. yg lelaki x tau malu.. bangga ada la.. cess.. hampeh! Masa lebih banyak di habiskan stock in barang... terbalik dah skrg.. dulu shift malam yg buat.. Shift pagi lak kena stock in barang sampai penuh.. Malam karang sure busy giler.. Customer ramai datang.. Tak sempat la nak jenguk barang..


uihss sunyi maa.. boring pon ada.. ye la dah biasa siang ramai org kan... kekadang aku sorang je jaga kaunter.. sampai x cukup kaki, tangan nak melayan customer.. tak terasa penat sbb borak-borak ngan customer.. bermacam ragam... ni skrg aku borak ngan barang je lah.. heheh... borak sorang-sorang.. ahakss.. keje dlm air-cond ni x letih.. lebih-lebih lagi dok dlm cooler.. apa lagi layannn... berangan ada kat oversea pon boleh.. ngeh ngeh ngeh...

Huhu.. aku dapat invitation card dr salah sorang staf Restoran Ani SUp Utara... 9/10 ni ada majlis berbuka puasa secara percuma... Aku ulangi.. PERCUMA!! .. makan la apa-apa saja yg dihidangkan pada hari tuh.. leh bawak lagi 3 org maa.. either kawan or family sendiri.. Pak we x leh bawak sbb nanti ada org jeles.. erks.. ekceli yg kasik ni laki.. huhu.. my admire.. muahha.. aku sendiri yg perasan.. siapalah aku ini.. ecehh..

Nora - Di Persimpangan Dilema

Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Percintaan yang kita bina
Hampir terlerai

Apa salahku
Kau buat ku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita

Tidak pernah ku duga
Ini semua terjadi oh.. oh...

Janganlah engkau
Menghancurkan segala
Setelah lama
Kita mengharungi bersama

Usah biarkan cinta kita ini
Di lambung ombak
Karam di lautan berduri

Hanya satu pintaku
Moga kau menginsafi oh.. oh...
Semua ini...


Telah banyak yang ku beri
Sejak dulu lagi
Pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja
Bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu oh.. oh...

Ku tetap memaafkan
Dan berdoa kau kembali
Sebelum diri melangkah pergi...

Silapnya kita apabila terlalu rindu

Tahulah anda teramatt rindu, tapi janganlah bertindak gila, hingga orang yang anda rindukan itu berasa tidak selesa. Fikirkan juga situasi yang sedang dilaluinya. Dia mungkin sibuk, dia mungkin dalam keadaan tidak boleh menjawab panggilan anda, usahlah terus mendail dan terus mendail.

Ini boleh membuatkan dia tension.. Janganlah terus menghantar sms demi sms yang menggambarkan kerinduan and itu, amat menganggu.Silapnya kita apaila terlalu rindu tidak pernah terpikirkan bagaimana keadaan orang yangs ering dirindukan itu. Kita meletakkan dirinya sama seperti kita. Kita sangka dia juga sedang merindukan kita.Jika dia seorg yg cemerlang, kadang-kadang dia sibuk dengan kerjaya atau sibuk dengan pelajaran. Kita kena beri kesempatan kepadanya utk "tarik nafas". Panggilan yg bertalu-talu akan hanya mengundang rasa benci.

Rindu itu asam garam percintaan.Ia perencah pada masakan yg bernama cinta. Tanpa rindu, cinta mmg x bermakna, tetapi batas-bataslah rindu anda sbb kerinduan yg terlampau akan membuatkan tindakan bodoh.

Tatkala anda teramat rindu, anda berada dlm keadaan arus 'theta'. Arus ini adalah arus ketiga setelah 'beta' (semangat) dan 'alpha' (tenang). Arus 'theta' dipanggil juga arus mengantuk. Tatkala anda mengantuk, mmg tiada kecemerlangan dpt anda bentuk.

Jadi begitulah. Tatkala anda teramat rindu, anda sebenarnya berada dlm keadaan mengantuk. Anda menurut saja bisikan hati. Hati pun sebenarnya malas nak menyampaikan apa-apa mesej power kpd minda. Minda juga letih dan inginkan rehat.

Tatkala anda teramat-amat rindu, anda gagal berfikir secara rasional. Maka itu kawallah diri anda jgn sampai teramat-amat rindu. Bukan x boleh, tp batasi perasaan ini bila melanda. Bayangkan org dahulu kala yg terpaksa berpisah bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang kabar berita.Tiada sebarang alat yg boleh menyampaikn perasaan mereka di kala kejauhan.

Kemudahan yg ada pd zaman skrg membuatkan kita semakin manja dan mengada-ngada. Sikit-sikit nak telefon. Sikit-sikit nak sms. Bila kita telefon, kita mula mereka mcm-mcm prasangka apabila org yg dihubungi tidak menyambut. Kita juga akan memikirkan bermcm-mcm perkara apabila sms tidak berjawab selama beberapa jam.Begitu kita mahuu kita dilayani. Kemudahan komunikasi menjadikan kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia. Tatkala org tidak mengangkat panggilan anada, ketahuilah hambatan-hambatan waktu yg mungkin sedang dialaminya. Ketika dia tidak segera membalas sms anda, fahamlah terkadang dia tiada waktu.

Tatkala panggilan anda tidak pernah lagi bersambut lagi hingga seminggu, ketahuilah dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dalam hidupnya. Tatkala sms anda langsung tidak berbalas hingga berbulan-bulan lamanya, sedarlah anda sudah tiada dlm hatinya.Ingat, terus menghubungi bermakna anda spt tidak faham bahasa sepi.Mahalkan rasa cinta dan rindu anda itu.Tatkala rasanya org sudah tidak memerlukan kita, usah ditagih perhatiannya lagi.Katakan selamat tinggal, aku membawa diri. Jika engkau jujur dlm perhubungan ini, tibalah masanya engkau pula mencariku.

Cinta akan menjadi berharga apabila diberikan harga terhadapnya.
Nilainya akan bertambah tinggi apabila harganya ditinggikan.
Anda terlalu rindu dan terlalu menghubunginya, ia merendahkan harga cinta anda.

==> Dr H.M Tuah Iskandar Al-Haj (http://www.drtuah.com/) <==
Mingguan Wanita, Bil: 1141

Kenali peribadi -KAU & AKU-

Mei
+daya firasat yg tinggi
+bijak mentafsir hati org lain tanpa diberitahu
+pemikiran yg tajam
+pandai berdebat
+rajin
+bersemangat & bermotivasi tinggi
+pendirian yg tetap & tidak mudah dipengaruhi org lain
+pandai mengambil hati & menawan perasaan org lain
+boros
+daya khayalan yg tinggi -suka berangan-
+mudah melenting & emosi sering tidak terkawal
+keras hati & degil
+apabila marah/keras hati, mudah dipujuk
+bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit


September
+mudah belajar
+suka mencari maklumat baru
+bijak
+bersistematik dlm kerja
+mudah memahami org lain
+bijak menyimpan rahsia
+lakukan kerja dengan sempurna
+cool & sgt baik
+mudah simpati dgn org lain
+sgt cermat, teliti & teratur
+prihatin, amanah & jujur
+pendiam tp bila sekali berckp mmg byk
+terlalu memilih pasangan & teman
+kuat mengkritik org lain
+sering nampak kesilapan org lain
+sangat sensitif & mudah memendam rasa
+banyak berfikir
+sering dilihat sebagai bermasalah

I Wish



i wish i could see through your eyes
so i could know what you like to see

i wish i know your wishes
so i could give you everything you want

i wish i dreamed the same dreams you do
and together we make them come true

i wish i know what makes you happy
so i could make you the happiest person in the world

And lastly,

i wish i were a cell in your blood
so i would be sure i was somewhere in your heart..

Birthday Wish


Smiles For Every Moment !, Smiling Birthday Greetings

thanx la pd 2-3 org yg kasik aku e-card nih...
senyuman tu mengingatkan aku pada MESRA.net ...
dah lama aku x m'aktifkan diri kat situ..
thanks 4 semua yang wish "Advance Besday" pada cheq ni haa...
mekaceh le sesangat...
tapi adiah x der ker? ahakss... memain jer.. huhu..
**********

Apa yang cheq nak eh???

:: genting.. (Saja nak enjoy sakan... huhu..) ::
:: nokia 2650 ::
:: nokia 3650 ::
:: purse baru kaler merah ::
:: kasut sport baru kaler biru ::

**kuikuikui.. demand la plak aihhhhh**


cheq dah masuk 21 tahun... kunci kebebasan?? erks.. lom bebas lagik la...
tapi dlm ati mmg meronta² nak wat apa saja yg aku suka..
hahha.. suka-suka aku jer kan..

Ku berharap perjalanan idup akan datang dlm keadaan kesihatan yang baik..hepi.. cepat naik pangkat.. dapat stay kat shah alam.. buktikan kat ummi & abah aku leh berdikari...


**huhu, blom lagi besday..
dah pasang hajat memacam.. **

Thumbdrive



waaaa.. thumbdrive aku ilangggg!!!! mana plak aku letak nih?? tu le sapa suh simpan dlm poket jer.. iskh, iskhh.. pening pala aku memikirkannya... aiyakkkkk dah ler sumer data-data aku ada dlm tuh.. sib baik aku ader la simpan sket-sket dlm cd.. tp x syokkkk gak!!! data yg aku update bebaru nih... bykkkkk sgttt!!!!! arghhhhhh!!! tension.. tension... jap jap... last skali aku pakai bwk p cc kat Mutiara Digital... nanti la sok aku tanya... adehhh harap ader la... adussss patah semangat ... cam ner nih... x tentu arah dahhhh... tu le... sapa suh ari tu curi-curi p cc time keje.. kan dahh... balasan la tu.. huhu... nak kata aku terlupa kuarkan dr seluar... dah check semua seluar.. tak der plak... uihsss kalu terbasuh skali dlm washing machine tu.. mak aihhh abes la rosakkkkk... kalau ilangg gitu saja????? uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......


menangis air mata darah pon x guna.. dah ilang... dlm kepayahan... terpaksa juga menerimanya.. adakah ini petanda akan ada lagi kejadian buruk berlaku?? huhu... harapnya tidak la kan.. insya-allah...

Seisi luahan perasaan

baru balik keje.. hmm rasa malas nak balik umah la..nak je wat OT... tp x larat la plak.. skrg ni mmg stok OT memanjang.. ummi abah dah bising.. x penat ke?tak, aku jawab..hah! ye la tu tak penat!balik umah nanti terus terlentang..sampai esok pagi..susah nk bgn pagi.. huhu...adehhh ummi dah start berleter!ye la.. mmg la penat..tp itu masa balik kt umah.. badan dah set.. balik umah rehat..tempat keje, kena wat keje..so x rasa pon penat..lgpon aku enjoy wat keje nih.. dan salah satunya...dgn bz keje... aku x der masa le nak melayan perasaan... pastu balik umah.. terus tdo.. tak sempat la nak sibuk ngan remeh-temeh nyer hal..alaaa org lain yg akan kata semua hal remeh temeh yg aku slalu sgt pk..sdgkan bg aku plak.. aku take serious sgt... pastu sensitif.. huhu.. teruk.. teruk...
ada customer siap kata.. budak ni keje 24 jam ker?pagi ada.. petang ada.. malam pon ada.. erkss.. ye ker? x pasan la plak.. aku sejak 2 menjak ni shift ptg.. 3ptg sampai 11mlm.. pastu tukar plak, sehari dua....7pg-3ptg...time receiving barg.. aku masuk malam.. 11mlm-7pg...

cukup arr keje sini..
walau tak sebesar mana..
asal keje halal..
gaji best.. 2kali sebulan..
walau x semewah org lain...
for me.. ni la keje full time aku.
tp.. abah still nak aku keje kat johor..
beria-ia carikan aku keje..
x mo! nanti org lebih pandang jwtn abah...
dan org akan kata aku sure punya sehebat abah!
iskhhh.. x ske! x ske!
nape? abah nak aku keje besar².. tinggi² gak ke??
sapa x nak? tp aku sedar.. aku mcm mana...
biarkanlah aku menapak sedikit demi sedikit ikut cara aku...
aku tgk pada manager² yg atas & tinggi sumer..
derang mula dr bawah gak..
aku mmg bersalah juga pada abah & ummi..
sebab harapan mereka nak aku keje mcm ni.. keje mcm tu..
tp aku x dpt laksanakan.. hmm nak menyesal pon x guna..
dan aku nak berdikari..
nak bebas pon ada gak.. huhu..
dr kecik sampai besar..
aku asyik tinggal ngan family..
balajar pon dekat..
tak pernah masuk skolah asrama..
x pernah masuk universiti..
w/pun org kata better tinggal ngan family..
itu sbb derang dah pernah tinggal jauh!
aku ni dah stok bergantung pd family jer..
tu la pasal.. abah x percaya aku..
boleh ke tahan? gaji ciput..
nak sewa rumah.. nak makan.. nak minum..
belanja lain lagi...
arghhhhhhhh!!!!!

Who? Me?

Stability results were moderately low which suggests you are worrying, insecure, emotional, and anxious.

Orderliness results were medium which suggests you are moderately organized, hard working, and reliable while still remaining flexible, efficient, and fun.

Extraversion results were medium which suggests you are moderately talkative, outgoing, sociable and interacting.

Overtime


Jumaat lepas aku syif ptg. Dari kul 3ptg sampai la 11mlm.Abeskan kejesecepat mungkin sbb balik naik bas. ummi p Johor maa..kalu x ummi la yg selalu jemput pulang..Time berkemas nak balik tu, ada plak customer nak fax surat. Bukan sekejap, tapi lama tuh..Ada la dlm 15 min.Talian fax bz.Nak fax bukan dlm Malaysia, tp nun ke UK sana. Ntah line sana kot yg bz.Aku plak disalahkan customer.. kata aku x reti buat la, salah tekan number la.. iskhh..budak aizat ni pon satu, x sampai lagi! budak baru suka betul wat hal la.. patutnya aizat & faisal syif mlm... takkan la tinggal faisal sorang je.. malam ni plak receiving stock..x pe.. tunggu la lagi.. aku Ot je la.. lgpon dah kul 12.. bas sure tak der..aku singgah cc jap.. pastu call abang, call member.. nak call ummi, x dpt.. sure dah tdo tu..sambung la keje.. ni dah kira double syif maa.. 3ptg-11mlm & 11mlm-7pg! mak aihh.. 16 jam! x de plak rasa ngantuk & letih.. dah leka wat keje.. pagi tu ingatkan ada meeting.. Rohaizat salah daa.. Ada ka kata pg?! Kak Ina inform dia,meeting kul 4 ptg! Aku & faisal tertunggu2 la.. Baik balik terus kul 730 tadi! huhu budk ni gak arr yg salah inform jadual aku dulu tu..patutnya aku masuk syif petang, dikatanya pagi! gerammm..geram tp kena saboo je laa.. Hari ni Kak Ina dgn baik hati telah bagi aku cuti.. mekacehh... dpt la aku tdo puas-puas.. Baru rasa letih yg teramat sgt.. huhu..

Dulu aku keje 10pg-11mlm..ada la dlm 10jam lebih..Tp time tu dok dlm office.. Sekadar call client & handle data students..Siap leh relax lagi.. Bosan, pastu rasa lambat sangat plak nak balik..OT plak x der..

Kali ni 16 jam.. mcm robot plak aku nih..tapikan.. cpt betul rasanya masa berlalu..bz beno.. leka penuhkan cooler, pnuhkan brg kat shelving, check brg lagi.. check invois.. kemas stor, jaga cashier.. mungkin aku enjoy buat kerja nih.. tu yg x kisah balik lambat.. Alaa OT slalu ni pon, masyukk gaji aku nanti.. Ahaksss...

hanset




yang mana satu best?? memula aku mmg la nak yg nokia 2630 nih... hati mmg tertarik dr dulu dah.. tapi bila tau hanset ni sbnrnya hanset basic je.. dah tawar ati sket.. tapi comel.. stylish sket.. (huhu.. ye ker?) .. harga pon murah .. cukup arr budget aku.. yg nokia 3200 plak... ada function tambahan.. radio.. ada camera... tp kan.. sure la mahal sket dr yg 1st tuu kan.. pastu kureng berkenan sbb design x baper best.. ahakss... banyak songeh plak aku nih... ntah la.. mana satu ye??

Gol & Gincu



Ia mengisahkan perjalanan seorang gadis manja yang mula bermain futsal akibat mengejar cinta, dan melalui permainan ini telah belajar tentang kehidupan dan percintaan. Putri, seorang pelajar kolej yang lebih berminat dengan fesyen, bertekad untuk menawan kembali bekas teman lelakinya yang memang gilakan futsal. Namun, Putri mendapati ianya bukanlah semudah yang disangka, terutamanya dalam menghadapi prasangka orang terhadap wanita dan sukan.
Pasukan yang ditubuhkan Putri memang bermasalah, dan nyata sekali bukan tandingan bagi pasukan SHASHA, Ratu Futsal dan teman baru Eddy… Di dalam cabaran dan kekusutan inilah, Putri menjumpai kekuatan seorang juara di dalam dirinya…

*********************************
~> filem ni best .. kelakar pon ada..
~> terkejut gak tgk Amani isap rokok.. Mcm dah biasa jer.. erkss..
~> suka sgt kat karektor Rafidah.. utk watak baik
~> sazzy tu watak sombong, pentingkan diri, berlagak..
slalunya watak cenggini aku mudah benci..
tp tah x jd lak.. maybe dia cantik kotss... hehhe..
~> tapi kan.. tak berkenan plak aku tgk fazura pakai skirt pendek giler... aiyakkk...

Salam Merdeka

Tunang, Kahwin & Anak

~~Selamat Bertunang~~
+Fadhilah (my dear bestfriend dah tunang oittss.. )
+Nini
~~Selamat Pengantin Baru~~
+Azila
+Fazley
+Nazreen
~~Selamat Menerima Ahli Baru~~
+Mastura -baby girl kutss..-
+Maya -baby girl-


Wah.. Tahniah!! Tahniah!!
Tak sangka ramai kengkawan aku
dah ada ikatan yg tersimpul rapi.. huhu..
Baru umur 21 tahun...
Kemain yang dah ada anak lagi tu..
Seronoknya diorg..
Semoga Berbahagia Selalu..
Jeles la plak.. Ahakss..

==>Kitorang dah.. Skrg tunggu turn ko plak..<==

Erk! Terkedu japsss...
Korang doakan je la aku bahagia..
Doakan aku kawen dgn dia suatu hari nanti...
Insya-Allah... AMIN...

Silap daa...

Pagi tadi bangun kul 530 pg..
Awal kemain.. huhu..
adik aku tu kena p skool maa..
dia kena ada kat sana sblom kul 6 pg..
sbb apa? alaah dak ni masuk perbarisan utk merdeka.
ari ni ada lak raptai kat bukit jalil nun di sana.
ummi malas le nak kuar masuk umah..
so,better kuar sekali terus kan..

ok, lepas anto dak nih ke skool dia..
p la bekfes ngan ummi..
mmg kali ni bekfes pon awal kemain.. ihikss..
rasanya kitorang ni 1st customer..
leh le dpt diskaun.. hehhe..

dah makan kekenyang.. p la keje..
pesal tah rasa malas sket ari nih..
tetiba mata ni sibuk plak nak nengok schedule..
erks! aku masuk petang daa..
awat rajin sangat dtg pepagi nih..
adehh baik aku layan tdo kat umah.. huhu..
ces! malam tadi aku dah tepon tempat keje..
mintak staff malam tolon nengok schdule tuh..
kata si Rohaizat (staff baru) aku masuk pagi..
aiyakkk dia nengok nama sapa?
atau silap tgk tarikh?
tak pe la.. aku pon silap.. lupa..
sapa suruh tak check awal-awal..
kemain pk cuti (semalam aku cuti).. kuikui..


cepat-cepat call ummi..
sib baik x sampai pejabat lagik..
ummi ambik aku..
aku pon lepak le kat opis ummi..
wah wah.. bertenet aku lagi ye ari nih... ahakss..


w/pun tersilap jadual..
hari ni aku...
+bangun awal
+breakfast ..( slalu lambat.. kekadang x ambil langsung.. )
+dpt call abang
+dpt surf internet free kt opis ummi.. ( save budget.. )
+org pertama guna laptop baru opis ummi.. hehhe..
+lunch sama-sama ngan ummi

Tak Tahan Lagi

:: Diet ::
Semalam keje shift pagi.. Rajin la plak sampaoi tak rehat langsung.. Breakfast pon blom lagi, perut x meragam la plak ari tu... banyak minum air daa.. Air pon bukan air masak, tapi air gas. Biasa la keje kat situ air gas & slurpee free... Aku lebih byk ambik Pepsi.. boring la plak nak melantak slurpee.. huhu..
Balik keje kul 3 tu terus p ofis ummi.. ada meeting la, for sure ada makan-makan nih.. menu dia Bubur kacang itam & mee sanggul.. Kata salah sorang member ummi, ni masakan johor.. mcm laksa johor gak la gayanya.. aku tibai je, x tau mcm mana rupa laksa johor.. ahakss... makan sekali x kenyang, lapo lagi.. hah ambik la tambah lagi sepinggan! nasib baik pas tu ummi nak balik dah... kalu tak mau aku menambah lagi.. x lah, saje je.. heheh... malu sehhh.. segan arr kat staff opis tu...
balik singgah kfc plak.. beli 1 barrel & 1 bucket ayam kfc. Nak bawak p umah mak njang.. chik & family mai dr Sg Petani.. siang tadi x dpt nak melayan depa.. ummi busy keje.. aku pon keje.. hm kat umah mak njang plak ada Sate ayam.. Ada bubur gak, org sebelah kasik... makan ramai-ramai ni syokkk... sampai x sedar baper puluh batang sate aku ambik.. baper ketul ayam aku sumbat! Abes rosak diet aku! Ngeh ngeh ngeh... boncitttt... oh tidakkk... tu le, sapa suh x ambik breakfast lagik... kan dah lapo menggila.. kuang kuang kuang

:: Toilet ::
Alahai kat tempat keje aku nih toilet x siap renovate lagik! Store Manager aku kata toilet tersumbat... nak kena contact indah water la plak... Adehh derang ni cepat la sket wat keje tuu... kitorang ni dah aik malu alah segan jugak la kat cc atas tu.. Asyik menumpang toilet depa jer... kalu syif malam.. kul 2-3 pagi..banyak kedai dah tutup... 7 E je la yg bukak.. nasib baik cc atas tu x tutup sepenuhnya lagik... derang tutup grill bawah tu je.. staff x balik lagi.. kalu nak p toilet.. ketuk je pintu kat bawah tu.. Abang-abang cc tu pon dah usik-usik menyindir kitorang.. ~~ Nak tumpang toilet eh... Naik le atas ye ~~ huhu... sabo je la.. buat muka x malu gak arr.. mana lagik nak pegi... situ je la paling dekat nak menyinggah tumpang toilet... ihikss...

:: Bestnya::
uihsss bestnyaaaaa...
Lama sungguh x buat... sekali buat..
mmg syiooookkk sgt... best sgt!
~~~> Overnight kat Opis ummi
Ari ni ummi wat OT.. aku & adik-adik pon melepak kat sini.. sakan la syrf internet.. hehe.. lama gak arr aku x online nih... adehh sesekali singgah gak cc.. sempat baper minit je... pastu dah kena masuk keje... ari nih.. nah! surf sampai lebam! dah le esok aku cuti... tak tdo pon tak pe.. esok leh tdo! muahahha...
~~~> Borak ngan Abang
Alahai.. sejak dua menjak ni macam-macam berlaku... dah la abang sibuk.. aku pon bertambah-tambah sibuk.. dgn keje pon x menentu masa.. kejap syif pagi.. jap petang. jap malam... balik umah stok tdo je.. tadi berborak ngan abang... pakai tepon opis ummi.. erk harta kerajaan! kuikui.. bukan slalu kan? arghhhh rasa nak jerit!! Aku rindu kat Abang!!! adehhh x menahan toll... Harap abang sihat la kat sana tu.. Penat dia kena siang malam.. Alahai... cian dia.. Aku pon keje lebih masa slalu nih.. kumpul duit maa... ngeh ngeh ngeh...

TaKe TiMe

Take time to think-
It is the source of all power.
Take time to read-
It is the fountain of wisdom.
Take time to play-
It is the source of perpetual youth.
Take time to be quiet-
It is the opportunity to seek God.
Take time to be aware-
It is the opportunity to help others.
Take time to love and be loved-
It is God's greatest gift.
Take time to laugh-
It is the music of the soul.
Take time to be friendly-
It is the road to happiness.
Take time to dream-
It is what the future is made of.
Take time to pray-
It is the greatest power on earth.
Take time to give-
It is too short a day to be selfish.
Take time to work-
It is the price of success.
There is a time for everything. . .

Rokok & kesannya

BAHAYA MEROKOK !!

Image hosted by Photobucket.com


Asap rokok amat merbahaya pada kesihatan anda. Ia mengandungi banyak bahan kimia, antaranya nikotin, karbon monoksida, tar dan perengsa (irritant).
Seseorang perokok boleh menderita akibat penyakit:
Kanser Paru-paru
Penyakit jantung
Ampus
Bronkitis
Jangkitan paru-paru
Kanser kerongkong
Kanser pundi air kencing
Kanser pankreas
Penyakit selsema,
batuk,
Iaringitis,
pening kepala,
sakit tekak serta infeksi virus

Image hosted by Photobucket.com

Aku heran la... Apa la yg best sangat merokok ni ye??

Lebih-lebih lagi time jerebu nih...

tak guna pon pakai 'face mask' tuh, kalau merokok gak...

Hampeh!!

What kind of girl are you? (with pix!)

innocent
You're the innocent girl next door. You are
friendly, cheerful, kind, and happy. You like
to spread your happiness around making people
feel warm and joyous. To do this you like to
bake cookie and muffins while giving kind
compliments. Plus you actually give apples to
your teachers. You're pure and innocent and
most likely haven't broken many rules. Everyone
loves you. How can they not?


What kind of girl are you? (with pix!)
brought to you by Quizilla

My blog's 1st year Anniversary


Wow...time really flies and its already been a year since ive started blogging. It has been the most wonderful time because i get to express myself, whether im happy or sad, to all those who are willing to share a part of my life. Although i may not include every aspect of it, i do try to keep things updated.

Who knew I'd make it a year in blog land?

AF3

Image hosted by Photobucket.com
ramai dah menduga mawi yg akan menang...
lagipun peratusan undi setiap minggu dia lah yg teratas...
aku pon minat mawi.. so aku puas mawi menjuari AF3..
tapi sebaliknya bagi AFVOKAL & AFBAIK...
aku rasa x syok lak dia menang...
AFVOKAL tu either Idayu atau Amylea yg gondol anugerah..
AFBAIK? tak pk la plak... sapa eh yg patut dapat anugerah persempabahn terbaik nih??

Kerja Gila!

huhu malam tadi mmg aku tgh tahap bengong... runsing... dasyat! Semata-mata kerana dia aku leh planning.. leh wat sampai gitu skali lah! org lain tengok.. tak berfaedah pon.. tak berbaloi... tak masuk akal... memacam lagi ler..

aku keje syif pagi.. 7pg sampai la ke 3 ptg... nak dekat abes keje tuh.. aku terpikir sumtin' ...
~nak p KL
~nak jupe abang
~nak cari abang.. wat surprise + pujuk dia..
abang slalu lepak sama ada kedai makan awe ataupon kat kosas..
~kalau x jupe abang..aku nak lepak kat kosas.. tido kat cc sampai 4 pagi.. pastu dr situ gerak terus p keje.. hmm on da way singgah la memana R&R... mandi & solat subuh..

memula tu pk pasal transport.. hmm aku sanggup ambik teksi... tapi memalam buta tu mana ada teksi kan.. pastu for sure mahal giler... okla.. kalau x ada teksi, aku nak sewa kereta lah... hah.. mula la resah gelisah... sapa tau no tepon sewa kereta? aiyakkk fulus plak kureng... urmm pinjam kete ummi.. tak kira! kena wat alasan la.. apa-apa pun..

time keje tu... Ya Allah... Aku mmg mcm ayam berak kapur la.. tak tentu arah.. rasa nak cepat je balik... cepat la aku leh p sana... cam mana x rasa gitu... aku dah wat salah... aku wat abang marah... adusss merajuk plak dia... tak pernah pon jadi macam nih.. uihsss mulut aku ni pon satu! pakai lepas gak cakap! dulu aku je slalu merajuk.. skrg dia plak.. aiseymen, cam ner nak pujuk org laki eh?? huhu.. x reti cheq oiii... kan dah padan muka aku.. miahhaha...

akhirnya... aku dapat gak pinjam kete ummi... aku tido umah member, then dr situ terus p keje... lepas lepak ngan member nengok final konsert AF3... terus aku gerak ke sana... sampai kul 12 lebih... setengah jam! pecut kemain.... singgah awe, tak der plak dia... jupe arul... borak jap je.. then, p kosas... huh! dia ader kat situ... tgh main game.. cait! x sempat aku nak ckp, dia dah blah gitu jer... terus balik ... adehh sedih gak rasa di hati... tapi x pe.. sabar lagi...

alamak.. takkan aku nak stay kat kosas tu... dok situ wat pe.. mana ada pc yg kosong.. nak tunggu 1 jam? huh! baik aku p cari abang... hmm arul pon dah bising.. aiyakkk dia suh aku balik plak.... mcm halau jer... dah ko x yah pening la pasal aku plak.. aku nak settle kan malam ni gak... tak mau tangguh-tangguh!

then pegi la awe balik... hehhe... segan pon ader... time tu dah kul 1 lebih.. td ngan arul.. skrg ngan menka la plak aih... borak-borak... menka citer pasal pengalaman dia keje 7E dulu... ada la sepatah dua kata nasihat dari dia... ye la... aku pon x semestinya nak stay keje 7E je.. tgh mencari keje lain gak nih... ada rezeki, insya-allah p la keje yg lebih baik sket... buat masa ni, keje sini dulu la...

dlm pada tu tepon abang... lega jap hati ni dia angkat tepon... dia malas nak layan laaa... apa nak cakap eh? sedih-sedih gak... tapi kena pujuk nih... berceloteh la aku panjang lebo.. sempat bersyarah pepagi buta ni haa... sib baik abang x letak tepon... sudi gak abang dengar... sampai satu tahap, dia dah cool... dia sudi jupe aku...

p jupa abang.. dah kul 2 lebih.. lega.. hepi... makin lebar senyuman aku... cian pon ada.. merah je mata dia dek ngantuk.. alahai cik abang aku sorang nih... bebtul merajuk dia... haa mcm ni la dulu abang rasa.. susahnya nak memujuk aku.. aku dah sedar skrg.. sorry ye abang...

dah settle... alhamdulillah... asam garam sesebuah perhubungan eh... gaduh-gaduh tu biasa.. mengeratkan lagi & tambahkan lagi memori suka duka .. ngeh ngeh ngeh...

balik la aku dr kl ke shah alam semula...
3 member merubah planning aku.. ...

.:Darnih:. dia berkeras aku tido umah dia.. ekceli aku segan.. sesuka hati je nak tdo cam tu kat umah org... dah la kul 6 lebih nak kena kuar p keje.. bape jam je menumpang umah dia.. tp memandangkan aku pk dah lama x jupe dia.. x borak.. tebalkan muka gak la.. lagipun x lama lagi aku join masuk tinggal sewa ngan dia..

.:Arul:. dia plak risaukan aku.. dia plak nak paksakan diri teman aku kat kosas tu kalau abang tak ada... eh x yah la.. esok pagi kan ko keje gak.. alamak aku dah nyusahkan org lain.. kalau abang tau, lagik la marah dia tu kat aku..


.:Menka:. ni pon nasihatkan aku balik.. dia bising gak.. esok aku keje kul 7 pagi.. x cukup rehat.. bla bla.. dia penah keje 7E, jadi tau la cam ne rasa penat.. rasa letih.. yela ye la aku balik la.. mekaceh la borak ngan aku..


skrg ni aku dlm proses perubahan diri.. aku nak jadi tabah... aku nak kurangkan nangis... uihss sepanjang malam tu hati aku dah nekad... aku keraskan hati... aku nak wat.. aku buat gak dgn kesungguhan tu... tak der rasa nak nangis... otak ni ligat lak pk.. pas ni nak wat aper.. pastu plak nak p mana.. apa langkah yg sesuai... huhu... tak sangka aku!