Ingat tau

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu l
epaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail mu
dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga
setelah kamu
memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja....
kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu
dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu....


(credit to : Kak Hasta )

0 kata-kata semangat: