JEMPUTAN PERKAHWINAN








Fenin...



Pening la pulak!!! cam no la comment link tu x appear eh??
adehhhhhh....
tulun.. tulun!!! huhuhu....

Aidilfitri

masih bekerja... jap lg balik berkemas... esok pagi kul 10, naik bas....
balik kampong!!! huhuuh.. org lain dah balik awal2, kali ni aku paling lmbt balik...
carik duit lebih maa.... ecehhh....

Under Construction

Salam...

lama dah umah merpati ni terbiar....
rasanya nk ubah penampilan umah nih....
biar mood lama ilang... tukar mood baru...
lagipun raya dah nk dekat kan....
huhuh...

dulu umah merpati.....



skrg tukar la plak... jom kita makan strawberry!! ihikss...



time blaja dulu mmg asyik & leka la godek2 coding wat blog nih....
macam2 dicuba...
tapi skrg blogspot pon dah ada upgrade... tambah page element la plak...
so, kena blaja balik ar nih.... bersengkang mata menghadap laptop ni berjam2....
sampai berpinar mata tgk coding semua nih! huhuhu....

Lagi 4 bulan

huhuhu.. makin dekat..
- makin berdebar2
- rasa mcm kelam but pon ada gak...
- rasa mcm byk lagi lom buat.. hhuhu
- pastu asyik nak gadoh jer...

APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN

Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool.
Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)


Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:


Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor

SUMBER: MAJALAH SINAR ROHANI

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

sapa kata melayu xmkn babi..bc lah wahai kwn2ku.....uwaaaaaaaaaaaa

> >Assalamualaikum semua...

Cerita 1

bab cite fasal makan daging babi ni aku pun nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite pengalaman dia ni. tiap2 mlm lepas habis keje dia selalu lepas kat kawasan gerai makan. Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari. tokey nya cina pekerja nya indon. dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat, nak makan punya fasal pegi la juga kat kedai tu. nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya. nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan. Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia pun tanya.

member : Eh pakai tulang ke masak kari, u kan tak makan daging

tokei : ooo ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit masak kari, kalu tak taruk tak sedap maa ..

uweeek !! dia pun muntah keluar semua isi perut. Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak samak peruk dia. Nak wat mcm mn selama ni dah bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut dia dah jd darah daging . pendek cite nya lepas tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua org yg dia kenal. lepas tu cina tu bungkus, tak tau pindah mana gerainya.

Moralnya : Jgn makan kat kedai cina walaupun staff nya indon atau pun ada logo halal. Cina ni semuanya nak menjahanam kan kita.


Cerita 2

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal. Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi> manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat(lemak> babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim. Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....


1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing.
Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef> still contain pork.


2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas> sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.


Cerita 3


Menyentuhsedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan. Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar. Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan.. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger... Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu.. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut!

tokei : Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia??


(Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanyaBalik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau...

p/s :Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.......

MALAM SINAR MAULIDURRASUL 1430H




NAK DAPATKAN TIKET?

Hubungi saya segera untuk mendapatkan pas-pas masuk ke Malam Sinar Maulidurrasul 1430H melalui pembelian kad iTalk edisi khas yang tertera gambar artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut.

Apa yang akan anda dapat jika membeli kad iTalk?

Sudah tentu banyak faedah yang akan anda dapat. Bukan sahaja anda berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan anda, malahan anda juga boleh menikmati kadar rendah penggunaan iTalk di semua rangkaian dan lebih menjimatkan berbanding dengan 'prepaid' jenama-jenama lain yang terdapat di pasaran. Terdapat tiga jenis kad iTalk yang boleh didapati pada harga yang berbeza iaitu RM10, RM30 & RM50 mengikut jenis tempat duduk yang disediakan pada malam tersebut.

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Senang sahaja. Anda boleh mendapatkan kad-kad iTalk yang mengandungi pas-pas masuk ke Malam Sinar Maulidurrasul melalui cara berikut:


Hantarkan maklumat anda seperti berikut ke mutiarakasih01@gmail.com

  • 1. Nama Penuh
  • 2. Tarikh dan Masa Transaksi bank
  • 3. Jenis dan Jumlah Kad iTalk yang ingin dibeli
  • 4. Nombor telefon
  • 5. Alamat penuh


Segala pembayaran hendaklah dibuat ke akaun yg tertera dibwh , sebelum kad iTalk edisi khas tersebut dihantar kepada anda.. (kos pos adalah percuma)

Nama Akaun : Nurulhuda Nordin
Nama Bank : Maybank2U Bank Berhad
No.Akaun No : 162731010186

:)

salam deri.. haku keseorangan lagik mlm nih...
tp ada la bdk2 lain kat bhgn kilang nun...

uihsss rasanya mcm nk balik kul 12 ar...
tp sudah ada yg menaliponn...
"bila mau pulang... " huhu...

aiyakk sblom ni x heran pon... aku je lebih2 nk perhatian dia...
skrg aku membizikan diri... dah x heran sgt,
tp dia plak yg beria nk bermanja.. mmuahahha..

hmm hrp pas kawen, sama2 ada give n take... insya-allah..

ni baru je 2 minggu.. ada 10bln lagik...
hopefully x der la benda2 buruk berlaku.. jauhkanlah...mudah-mudahan...


esok keje lagik... dtg awal pagi... sbb nk balik kul 10pg..
ummi turun shah alam.. keje2 jugak... tp kene gak luangkan masa utk family..
dia pon keje gak pg esok...
ari ahad anto makcik n sepupu p klia.. depa nk berangkat ke korea..
adik sepupu blaja kat sana.. dah abes pon.. maybe ada graduation la tu...


okla.. nk sambung keje... nnti mencoret lagi disini ye.. daaa...

step by step II

~~sambungan dr entri pada 13 Ogos 2008~~

Step 1 - kenal adik beradik
Step 2 - kenal saudara-mara
Step 3 - jumpa mak bapak ( Hari Raya )
Step 4 - bwk rombongan ( bincang apa yg patut )
Step 5 - Hari Bersejarah
****************************************
Salam... huhu... dari 5 langkah yg perlu diikut...
tapi mamat ni melompat dari langkah pertama ke langkah ke-4 maaa.... huhu....
sblom ni mmg family aku x berkenan...
tp makin lama dah leh terima....
Arwah abah... Beberapa hari sebelum menutup mata, dia tanya aku... "Bila nak kawen.."
maybe dia tau masa dia x lama.. sakit dia pon makin melarat... tu yg nk tgk aku kawen...
tapi tak kesampaian... sebulan dua lepas arwah pergi...
aku macam blur + tawar hati ttg kawen ni...
bila mak Mr.Z tanya itu ini... aku mula la sedih...
bagi pihak ummi... aku nmpk dia pon dah mula lepaskan anak2 dgn pilihan masing2...
dia spt hilang arah... nmpk makin lemah... dia dah x ada tmpt berpaut...
dia ada ckp... "Korang buatla apa yg korang suka... Fikirla baik buruk utk diri sendiri..."
masa ummi inform pada saudara-mara yg aku akan bertunang sabtu lepas...
Paklong bising... nak tau apa dia kata...
"Dah kenal ke orgnya... keje apa? dah fotostat slip gaji budak tu??? "
Tapi, ummi cuma jawab... "Biarla dia.. Asalkan diorg suka sama suka... dan budak tu boleh jaga kak long"
Aku mmg la gembira bila ummi dah berlembut skrg... dan terima pilihan hati...
Tapi dlm masa yg sama... sedih jugak utk dia...
dulu dia byk berbincang n minta pendapat Arwah Abah...
maybe dia dh x mo pening pala pk itu ini... dia terima je pilihan aku...
oh ya...step ke-2 tu.. Mr. Z ada gak la jupe Mak Njang aku sekali...
Aku p bwk.. tp silap perhitungan laaa...
MakNjang n family ni alim orgnya...
layan ok je.. Tp dlm ati... mana leh kuar dgn laki bukan muhrim!
dia p mengadu kat ummi...
adussss.... sejak tu aku malas nk bwk jupe dgn saudara-mara yg lain...
konon nk bwk time raya... x jadi...

.:070209:.
buat simple je...
jemput saudara-mara yg dekat...
mmg ramai bising, aku x inform...
alahhh nnti time kenduri yg sebenar...
datangla beramai-ramai ye!
lagik 10 bulan!!! hehehe....

Persoalan Sebelum Berkahwin



ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing - lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin - di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Bangun Lambat

Hari ni bangun lambat... dah mlm td x tdo langsung, asyik main game je! hahah...bengong btol...


Pagi2 lagik Kak Awa dah calling2...

Kak Awa : Salam... Bangun la Kak Long!!! Kak Awa boring nih...

HuDeR : W'salam... (terpisat2 tenyeh mata.. cait! teruk btol anak dara ni.. muahahha) ..Alaaaaa, org nk tdo ar... cuti maaa....

Kak Awa : Tak der2!! Bangun jugak! Umah ko kat mana?? Jap lagi Kak Awa dtg ambik ko.. Kak Ngah pon ada kat umah ko gak kan??? Grak arrr dia cepattt...

HuDeR : Aduhhhh... Husben kak Awa mana???

Kak Awa : Kawan tu pagi2 lagik dah pegi keje... Kena ganti org... Jom la p OU... Kak Awa bosan dok umah sengsorang nih... Dah la x leh tdo...

HuDeR : Wahhh rajin sungguh laaa cik abe tuh.. hhuu... uikhss... mlm td x tdo kerr??

Kak Awa : mlm td tdo maaa.. kitorang tdo kat hall... tv yg tgk kitorang.. muahahha...
kan pagi2 husben kita dah bangun, kita pon kena bangun gak laa...
dah bangun bukan leh tdo... p keje pon bgn awal... dah jadik biasa w/pun ari cuti...

HuDeR : ye keee... org dh kawen gitu kerr??? uwaahhhhh... x mo la kawen lagik..kena bangun awal....kuang3x....


Kak Awa : dah2! Kak Awa x kira, cepat siap... Kak Awa pecut ni, kidnapped korang ...


HuDeR : yela2.... (lepas kejut kak ngah, aku pon ambik bantal dan Zzzzzzzzz)

==>>> Kesudahannya.. aku x ikut pon kakak saudara aku nih... Sambung tdo la weihhh.. hahaha.. Adik yg ikut dia ... Dgrnya x jadi p OU, lps makan... diorg p KL sentral jap... Si Kak Ngah beli tiket balik Taiping... Lgpun dah tengah hari maaa... Kak Awa nk balik masak.... Td x tau depa kuar dr umah aku kul baper... Rasanya lama gak Kak Awa lepak dok surfing... Ngeh3x.. Sib baik x ikut.... Sambung tdo , bangun kul 12 lebih... huhuhuhu....

Cabar Diri Untuk Berjaya


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003



Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?


3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

toing!




kak Ngah : ummi, kak long tu dah 25 tahun la this year...

Ummi : Hmm... Ummi umur 25 tahun, dah ada anak 1....



GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH



Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Seorang kawan tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja, setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula dibawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari bertemu, kadang-kadang urusan rasmi, kadang-kadang urusan tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.

Kenapa harus bersedekah semasa kesempitan ?

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.



Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.






“Ambillah bahagian dari harta mereka menjadi sedekah atau zakat, supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Dan berdoalah kepada mereka, sesungguhnya doamu itu penenang bagi mereka, dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.”
(Al-Taubah (9): 103)




“Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah). Dan Allah itu melipatgandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki- Nya dan Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui.”
(al-Baqarah (2): 261)