8 Tanda Lalu Lintas Cinta

Jalan dua hala
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Sekiranya satu pihak bersuara, maka satu pihak lagi cubalah menjadi pendengar yang setia. Begitulah sebaliknya.

Jalan bengkang-bengkok
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudahtidak tepati janji.

Jarakkan Kenderaan
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!


Jalan Sempit
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tiada tolak-ansur, pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu, sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalahbersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri!


Awas! Jalan Berbukit
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan diri kamu. Fikir sebaik-baiknya. Cuba harungi dahulu, barulah kamu fikir jalan lain.


Sedang Dalam Pembinaan
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaikpulih. Dalam proses persefahaman semula. Lalui jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit kisah lama dan mulakan pengalaman baru.


Dilarang U-turn
Sekiranya sudah putus, sebaiknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik dari dirinya.


Pejalan Kaki
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh kamu ikuti.
credit : Remaja 15Dis2005

0 kata-kata semangat: