Kelmarin, Hari Ini Dan Esok


Kelmarin,
Kurasakan diriku tiada erti
Seperti bayang-bayang kehidupan
Kurasakan diriku terbuang jauh
Ku dihambakan..

Hari ini,
Tiap detik ku lalui
Kurasakan begitu jauh
Begitu panjang masa berlalu
Bagai terkapai-kapai di awan biru
Berterbangan ditiup tanpa hentian
Tanpa noktah..

Esok,
Ku rasakan tak mampu ku tempuhi
Merempuh dugaan dan harapan
Ku rasakan ingin gugur di persada impian
Kan rebah bersemadi
Meninggalkan kenangan..

Kelmarin dan hari ini,
Merupakan sebuah fantasia kehidupan
Tetapi biarlah esok menjadi realiti

Kerana
Kata-kata tak mampu menahan waktu
Dan saat-saat tak akan serupa
Kerana
Kelmarin dan hari ini
Bukan
Cermin untuk hari esok dan bukan
Seterusnya....

0 kata-kata semangat: