Komen

Puteri Gunung Ledang

lawak ler si sabri yunus dgn penampar dia tu .. kejap penampar jawa.. kejap penampar arab.. dan lain² lagi lah.. mcm² ada.. heheheh...perjalanan cerita dia yang bergerak perlahan , mungkin dengan tujuan untuk kita menghayati betul² jalan cerita tuh... Adlin Aman Ramli sebagai Sultan Melaka , nampak semacam ler.. begitu ker gaya sultan? ntah.. cheq pon tak tau.. hehe.. Suka dialog nih.. -Adinda bersumpah… Jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. --Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama-Imbasan kembali detik-detik indah Gusti Putri dan Hang Tuah.. bahagianya derang. Romantik! Huhu..Babak di mana Gusti Puteri menangis ketika Tuah tidak kunjung tiba.. Kesian puteri tu.. Ingatkan dah lepas dari kawen Sultan Melaka, leh ler hidup bahagia..Apakan daya, sultan kenakan sumpahan pula.."Sesiapa yang melihat Gusti Putri selepas Subuh, nescaya orang itu akan muntah darah dan nyawanya diambil."Pastu rasa sedih sangat kat Hang Tuah... Part akhir sekali tuh.. "Adinda, kekanda amat rindu kepada adinda. Tidakkah adinda mahu bertemu kekanda"sayu jer dialog nih.. Gusti Putri tak leh ler nak tunjukkan wajah dia kan.. Tak pasal kang Hang Tuah tuh muntah darah dan mati la plak.. Sure la dia tak mau kekasih hati mati kerana dia..Walaubagaimanapun Hang Tuah tahu tuan puteri ada di sekitar kawasan tuh.. Derang kan leh berhubung melalui gerak hati.. Sehati sejiwa..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Princess Diaries 2 - Royal Engagement

Kelakar! Gelagat puteri Mia yg kelam kabut tuh.. tak abes² ! Dia dah biasa dengan kehidupan yang lasak.. terasa canggung plak untuk sentiasa bersopan santun. Kan nak jadi ratu mana boleh ader sebarang gosip..Part puteri kejar ayam pemberian sorang penduduk kampung tuh, siap masuk paper! malu je nenek dia.. alahai..hensemnyer Nicholas.. hehe.. dia baik sebenarnya. Memula tuh agenda dia nak mendekati puteri Mia dengan niat untuk menggagalkan perkahwinan sang puteri dan Andrew. Kemudian, dia akan dtabalkan menjadi raja Genovia..Sumer tuh dek hasutan pak cik sendiri. Cait! Kecoh tol ler pak cik Nickholas tu! Iskhh geram! Lama-kelamaan Nicholas jatuh cinta kat Mia... Dia batalkan niat jahat dan menaikkan kemarahan si pak cik. huhu padan muka. kuikuikui..Yang cheq tak sangka tuh.. masa Puteri Mia & Andrew membincangkan tengtang perasaan dan hati depa. Kedua-duanya tak mencintai satu sama lain. tapi perkahwinan kena teruskan jugak. tinggal esok hari jer! Takkan nak tunda pulak.Urmm teringat plak kat 2 org maid peribadi puteri tuh.. Macam kembar la plak! Lucu beno nengok derang.. Oh ya.. Puteri Mia ni penyanyang dan peramah orangnya.. masa perarakan nak keliling negeri Genovia. Kat tengah jalan, puteri mintak berhenti..Pastu tegur budak perempuan comel yang kena buli tuh.. Siap kasik anak-anak yatim (perempuan) pakai crown dan ajak join sekali perarakan diraja.. Baik sungguh Puteri Mia! Nak tahu.. mak Mia ni dah kawen lain dan dapat baby lagik! Comel sangat! Hmm keseluruhannya memang bestlah!

0 kata-kata semangat: