Kes kereta disembur cat menular di Shah Alam

SHAH ALAM 15 Sept – Insiden puluhan kereta yang disembur cat dengan tanda ringgit berwarna merah di Klang, Gombak dan Semenyih bulan lalu kini menular ke Bandar raya Shah Alam pula.
Kali ini, kira-kira 10 buah kenderaan termasuk kenderaan mewah menerima nasib yang sama di Seksyen 10 di sini yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan samseng awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, semua kereta yang diconteng adalah kereta yang diletakkan di tepi jalan iaitu tiga kereta diconteng di Lorong 10/13 manakala kereta lain diconteng di Lorong 10/12.
“Antara kereta yang diconteng dengan lambing ringgit ialah BMW, Proton Waja, Hyundai, Honda Civic dan Perodua Kancil.
“Bagaimanapun kegiatan menconteng kereta itu dilakukan secara rambang dan ada kereta yang juga diletakkan di tepi jalan kawasan tersebut tidak diconteng,”katanya di sini hari ini.

0 kata-kata semangat: