Cinta

“Cinta sejati memang memandang wang. Tetapi wang sangat penting untuk memelihara sebuah cinta”

Kalau tak der duit.. macam mana nak banjer bf/gf ? Nak beli hadiah lagi..

“Jatuh cinta adalah permulaan kepada segala kesulitan..”

kena memahami sikap pasangan, apa dia suka, dia ni jenis org macam mana... bla.. bla..kana minta pandangan parents.. depa suka/ tidak dgn pasangan kita..

“Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa..”

Hati jadi berbunga riang.. saat yang tak dapat kulupakan.. Ia datang tanpa dipaksa..Pertama kali bercinta membuatkan diriku berada di dunia penuh khayalan.

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika…”

Bak kata ummi.. jgn bagi 100% kasih sayang/cinta/perhatian kerana nanti suatu hari tanpa disangka hubungan terputus tengah jalan.. Fust menonggerng pulak!Hmm nak benci org pon.. tak leh benci sangat kan.. Mana tau tetiba jadi suka la plak aihh...

“Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan. Dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila..”

Kata-kata yang terakhir itulah yang kita benar-benar inginkan.. Di awal perhubungan sekadar kawan biasa. Kemudian beralih kepada teman istimewa. Terbit pula rasa ingin hidup bersama.Perancangan pertama tentunya sebagai tunangan orang . Selang tempoh tertentu akhirnya hidup sebumbung penuh kebahagian sebagai suami isteri. Sebuah keluarga tentunya tidak akan lengkap tanpa kehadiran insan² kecil.Zuriat penyambung cinta. Aikk melebih-lebih plak aku.. ekekke...

“Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..”

Biler tengah down tuh.. si dia lah org pertama yg kita cari. Apa sahaja si dia katakan diterima dengan hati yang girang.. Dari macam mencuka bertukar senyuman seindah suria..Dari keadaan berapi-api menjadi tenang bak dijirus air yang sejuk.Kata-kata perangsang dan nasihat membuatkan diri bertambah semangat meneruskan hidup..

0 kata-kata semangat: