Accident & "Mati Hidup Semula"

abang accident.. selamat & walaupun tak cedera parah, tapi ada gak luka & terseliuhnya..kaki la yg kureng sket.. bahagian belah kanan tu luka & terseliuh sket... Jalan terjengket-jengket la.. Cianla aku tgk.. Dah le tak baper sihat.. demam & selesema tu.. Accident ari Jumaat & dekat ngan area rumah.. Bos dah panggil suh cepat... Kelam-kabut la.. Pastu ader plak kete ikut suka je keluar dr simpang.. tak bagi signal.. tak tengok kiri kanan..Dek nak elak dr langgar kete, dgn terkezutnya wat emergancy break.. Hmm hujan, jalan pon licin.. kreeetttzzttt.. alamatnya jatuh & terseret le kat tepi jalan tu. kaki tu plak tersepit kat bwh moto.. sib baik tak tersepit kat tayar,, alahai.. buat pemandu kereta.. Bagila laluan & fikirkan juga kat penunggang motosikal ye.. Ingatan anda amat dihargai.. Mekaceh..

Dalam komuter, on da way ke KL , aku borak la ngan sorang perempuan yg dikenali sbg "Ayang". Umur 22 tahun tapi nampak mcm 26 tahun.. tak sangka muda lagi huhu..lagi pulak dia byk sgt pengalaman suka duka sepanjang hidup dia.. Ayah dia kawin 7 org.. Mak kandung tinggal kat Johor. Mak-mak tiri lak merata-rata kat semenanjung malaysia ni ha.. sumer logahat daerah dia pandai tau! Ayang ni dah merantau ke semua negeri kecuali sabah & sarawak, sejak umur 13 tahun lagi. Kiranya mmg berdikari & lone ranger la.. Dia tak der rasa takut, ye la dia ada pegangan silat.. So, wat per risau.. Skrg ni keje dia menyanyi kat sebuah hotel di PJ.. katanya nak dpt Rm5000 ke atas dlm satu hari mmg senang, dgn syarat keje dr kul 3 ptg sampai 2 pg la.. Tapi duit tak pernah lekat kat tangan. Bukan habis p joli, tapi kirim kat kampung & juga mak-mak tiri dia..Anak yg baik kan...Kesian dia pernah dirogol oleh polis.. Tu yg dia pesan, jgn percaya sgt polis ni.. Especially org laki yg punya nafsu yg satu tu.. Dia punya ramai kawan lelaki.. Semuanya hikpokrit. Nak berkawan, buat baik, kata-kata manis, dan mcm-mcm lagi la.. Mula-mula mmg cengggitu.. Tapi lama-kelaman timbul la maksud di sebalik semua perlakuan tu.. Ada hajat besar.. Ayang ni jugak kata bila jumpa laki yg tak dikenali ni jgn tukar air minuman.. Kalau nak p toilet pon, minum air tu sampai habis..Nasihat dia, lebih baik pesan air oren je setiap kali jumpa lelaki.. Sbb air oren ni tak jadi apa-apa kalau bubuh sumtin dlm tu.. Oh ya.. nak tau Ayang ni janda beranak dua rupanya.. Cerita dia lagi, pernah anak dia umur 5 hari .. Ada sindeket nak ambil & jual baby tu..Seorg ibu mesti sayang anak dia.. Gitu la ayang.. Dia pertahankan anak dia walau dibelasah teruk org 3 org lelaki.. Kejadian tu kat Damansara.. Malam tu jugak dia ambik bas balik ke Johor, hantar anak pada mak tersayang.. Duit dlm tangan RM10 je.. Alhamdulillah pihak bas tu baik hati, kasi free naik bas.. Pemenang tilawah Al-Quran peringkat negeri ni, jgn main-main.. Rasa aku ni mcm kecik je dok sebelah dia.. Aku ni khatam pon baper kali je.. huhu.. Ayang ni free hair & dressing ok , tak le la seksi over sgt.. Biasa je aku tgk .. Dia tanya ok tak cara dia berpakaian? Aku ckp ok je la.. "Don't judge a book by its cover".. Tak kisah la cara pemakaian mcm mana, asalkan hati budi tu baik..Ayang ni baik orangnya, tapi ramai sgt plak dengki.. Tu yg tak best.. Dia & ex-husband sebenarnya saling sayang-menyayangi.. Ada plak member sang suami tu tikam belakang.. buat cerita , fitnah suami Ayang tu.. Yela Ayang ni keturunan Melayu-Bugis, kiranya paling lawa la kat kampung.. Sure la ramai yg terpikat & nak masuk minang..Ada la yg berharta nak kawen ngan ayang ni, tp dia tak mau... Ayang still nak ngan Cik abe nya.. walau tak kaya giler mcm org lain , depa happy... Tak meterialistik la ni... Aku masih memikirkan sehingga ke hari ini ttg cerita "Ayang mati hidup semula"... Accident dgn keretapi... Habis lumpuh sebelah badan , patah & ada hancur gak la.. Kepala kena jahit.. Time tu koma 75 hari.. Tak der tanda-tanda akan pulih.. Pastu doktor sahkan dia meninggal.. Dok dlm peti kat bilik mayat yg sejuk tu beberapa hari...Doktor plak rasa semacam & tak puas hati.. Keluarkan dia balik.. Suatu hari, dgn tiba-tiba bunyi berdetik kat mesin tepi katil tu menandakan dia hidup! Nadi dia berdenyut kembali! Masya-Allah!! Subhanallah! 45 hari kemudian, sedar.. Alhamdulillah... Badan dia yg sebelah tu pon pulih .. Aku tanya kat dia cam ner leh baik.. Dia bg tau, dia urut sendiri melalui mimpi...Dapat ilmu dr mimpi... Aku terima gak la sbb dia kan pernah koma.. Time tu walaupun jasad mati, tp roh ada & hidup lagi.. Kuasa Allah kan.. Bila dia hendak dia akan ambil nyawa kita bila-bila masa saja..

1 kata-kata semangat:

Anonymous said...

Everyone loves it when folks get together and share thoughts.

Great blog, continue the good work!

Also visit my web blog - weight management