Haiwan & Tarikh Lahir

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengankelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahirmu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelaspada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.


Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos
Diam-diam ubi berisi? Itulah gambaran terdekat mengenai keperibadianmu.Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yangdiberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasamenarik perhatian individu di sekelilingmu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memilikipenampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikapmu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakansesuatu tugasan secara berkumpulan.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling musentiasa berasa selamat bila berdampingan denganmu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam dirimu telah menarik ramai orang untuk bersahabat denganmu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalamkategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikapmu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang jujur dan tidak bersikap seperti talam dua muka.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatianramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekelilingmu untukmenjalinkan ikatan persahabatan denganmu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, hidup mesti ceria! Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekelilingmu. Walaubagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosimu yang seringberubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkandengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua .

-----
cheq dlm kategori kucing. hehhe bestnye terasa mcm kena puji la plak.. ahaksss..
-----

0 kata-kata semangat: