Accident & "Mati Hidup Semula"

abang accident.. selamat & walaupun tak cedera parah, tapi ada gak luka & terseliuhnya..kaki la yg kureng sket.. bahagian belah kanan tu luka & terseliuh sket... Jalan terjengket-jengket la.. Cianla aku tgk.. Dah le tak baper sihat.. demam & selesema tu.. Accident ari Jumaat & dekat ngan area rumah.. Bos dah panggil suh cepat... Kelam-kabut la.. Pastu ader plak kete ikut suka je keluar dr simpang.. tak bagi signal.. tak tengok kiri kanan..Dek nak elak dr langgar kete, dgn terkezutnya wat emergancy break.. Hmm hujan, jalan pon licin.. kreeetttzzttt.. alamatnya jatuh & terseret le kat tepi jalan tu. kaki tu plak tersepit kat bwh moto.. sib baik tak tersepit kat tayar,, alahai.. buat pemandu kereta.. Bagila laluan & fikirkan juga kat penunggang motosikal ye.. Ingatan anda amat dihargai.. Mekaceh..

Dalam komuter, on da way ke KL , aku borak la ngan sorang perempuan yg dikenali sbg "Ayang". Umur 22 tahun tapi nampak mcm 26 tahun.. tak sangka muda lagi huhu..lagi pulak dia byk sgt pengalaman suka duka sepanjang hidup dia.. Ayah dia kawin 7 org.. Mak kandung tinggal kat Johor. Mak-mak tiri lak merata-rata kat semenanjung malaysia ni ha.. sumer logahat daerah dia pandai tau! Ayang ni dah merantau ke semua negeri kecuali sabah & sarawak, sejak umur 13 tahun lagi. Kiranya mmg berdikari & lone ranger la.. Dia tak der rasa takut, ye la dia ada pegangan silat.. So, wat per risau.. Skrg ni keje dia menyanyi kat sebuah hotel di PJ.. katanya nak dpt Rm5000 ke atas dlm satu hari mmg senang, dgn syarat keje dr kul 3 ptg sampai 2 pg la.. Tapi duit tak pernah lekat kat tangan. Bukan habis p joli, tapi kirim kat kampung & juga mak-mak tiri dia..Anak yg baik kan...Kesian dia pernah dirogol oleh polis.. Tu yg dia pesan, jgn percaya sgt polis ni.. Especially org laki yg punya nafsu yg satu tu.. Dia punya ramai kawan lelaki.. Semuanya hikpokrit. Nak berkawan, buat baik, kata-kata manis, dan mcm-mcm lagi la.. Mula-mula mmg cengggitu.. Tapi lama-kelaman timbul la maksud di sebalik semua perlakuan tu.. Ada hajat besar.. Ayang ni jugak kata bila jumpa laki yg tak dikenali ni jgn tukar air minuman.. Kalau nak p toilet pon, minum air tu sampai habis..Nasihat dia, lebih baik pesan air oren je setiap kali jumpa lelaki.. Sbb air oren ni tak jadi apa-apa kalau bubuh sumtin dlm tu.. Oh ya.. nak tau Ayang ni janda beranak dua rupanya.. Cerita dia lagi, pernah anak dia umur 5 hari .. Ada sindeket nak ambil & jual baby tu..Seorg ibu mesti sayang anak dia.. Gitu la ayang.. Dia pertahankan anak dia walau dibelasah teruk org 3 org lelaki.. Kejadian tu kat Damansara.. Malam tu jugak dia ambik bas balik ke Johor, hantar anak pada mak tersayang.. Duit dlm tangan RM10 je.. Alhamdulillah pihak bas tu baik hati, kasi free naik bas.. Pemenang tilawah Al-Quran peringkat negeri ni, jgn main-main.. Rasa aku ni mcm kecik je dok sebelah dia.. Aku ni khatam pon baper kali je.. huhu.. Ayang ni free hair & dressing ok , tak le la seksi over sgt.. Biasa je aku tgk .. Dia tanya ok tak cara dia berpakaian? Aku ckp ok je la.. "Don't judge a book by its cover".. Tak kisah la cara pemakaian mcm mana, asalkan hati budi tu baik..Ayang ni baik orangnya, tapi ramai sgt plak dengki.. Tu yg tak best.. Dia & ex-husband sebenarnya saling sayang-menyayangi.. Ada plak member sang suami tu tikam belakang.. buat cerita , fitnah suami Ayang tu.. Yela Ayang ni keturunan Melayu-Bugis, kiranya paling lawa la kat kampung.. Sure la ramai yg terpikat & nak masuk minang..Ada la yg berharta nak kawen ngan ayang ni, tp dia tak mau... Ayang still nak ngan Cik abe nya.. walau tak kaya giler mcm org lain , depa happy... Tak meterialistik la ni... Aku masih memikirkan sehingga ke hari ini ttg cerita "Ayang mati hidup semula"... Accident dgn keretapi... Habis lumpuh sebelah badan , patah & ada hancur gak la.. Kepala kena jahit.. Time tu koma 75 hari.. Tak der tanda-tanda akan pulih.. Pastu doktor sahkan dia meninggal.. Dok dlm peti kat bilik mayat yg sejuk tu beberapa hari...Doktor plak rasa semacam & tak puas hati.. Keluarkan dia balik.. Suatu hari, dgn tiba-tiba bunyi berdetik kat mesin tepi katil tu menandakan dia hidup! Nadi dia berdenyut kembali! Masya-Allah!! Subhanallah! 45 hari kemudian, sedar.. Alhamdulillah... Badan dia yg sebelah tu pon pulih .. Aku tanya kat dia cam ner leh baik.. Dia bg tau, dia urut sendiri melalui mimpi...Dapat ilmu dr mimpi... Aku terima gak la sbb dia kan pernah koma.. Time tu walaupun jasad mati, tp roh ada & hidup lagi.. Kuasa Allah kan.. Bila dia hendak dia akan ambil nyawa kita bila-bila masa saja..

Potret Mistik

Mula-mula ingatkan aku & abg je kat dlm tu.. Tak syok la! Dah le nengok citer seram.. (aku bukan leh sgt tengok citer-citer hantu ni.. nanti terbayang-bayang.. huhu) ee mana org lain ni? Dekat-dekat nak start , masuk la 2-3 couple lain.. Total = 5 couple termasuk aku & abg.. Erk! tak sampai separuh panggung pon?? tak best ker citer ni ye? tak pa.. meh kita tengok dulu..

Potret Mistik mmg beza sangat ngan Mistik dulu.. Kalau Mistik tu, cerita melalui mimpi kan.. Tapi filem ni lebih pada.. cerita lama diceritakan balik kat orang lain.. Huhu takut gak arr tgk (sbb aku penakut? hehhe iye la kotsss.. lgpon abg kata dia tak takut pon.. aku tgk dia tu tenung skrin kat depan mcm nak makan je skrin tuh.. ahakss..) Aku tak der la terjerit-jerit.. control ayu maa.. mata dipejam celik.. Iyela nanti aku terbayang-bayang plak kat umah.. dah le slalu tido lambat & terjaga pepagi buta... kang tak pasal-pasal nampak bayang-bayang kat tingkap plak.. satu hal dah.. ekekke..

Suka sgt tgk lakonan Khatijah Tan.. mmg berkesan... cara dia menyeru panggil & jerit nama Jeffrey tu.. terasa gak meremang bulu roma.. hehhe.. hmm dia pandai sgt berlakon.. pastu lagu yg Cico Harahap tu nanyi... Lagu "Rindu".. best la.. rasa syahdu je..


Rindu ku impikan dalam kekosongan
datanglah bayangmu,
bayang kasih... bayang rindu.
rindu ku hidupkan didalam kenangan
ku bawa bersama
pencarian kenangan
bayangan hilang.

Kesimpulannya aku kasik 7/10 ....

Sepet


skrin besar tu problem la plak... lampu dah padam... gelap gelita dah nih... tak der plak kuar gambo... bunyi iklan ader.. .ntah aper-aper tah... semua dah tak senang duduk nih...
starting citer ni ada la sket terlepas... time tu dengar mcm sore org cina.. sah la tgh baca sajak.. (mcm yg diberitahu member & ada tertulis dlm paper )..sumer dah dok bising... REWIND BALIK!! MCM NI BYR BALIK DUIT KITORANG! Kecoh la kejap... Sib baik pihak ??? (erk! nak panggil aper ye? pihak teknikal? pihak pengurusan? apa-apa je la..) ulang balik la.. So, dpt le kitorang sumer ni nengok start dr awal..huhu..

Ramai gak org dlm panggung... ada melayu, cina, india... hmm mat salleh pon join skali... kemain betul...
Aku ske sgt nengok tulisan bergerak-gerak berlatarbelakangkan dinding.. Konon-konon conteng kat dinding la tu... Slalunya citer lain statik je kan (nama-nama yg keluar tu)..
hmm bak kata Jejer... "mula2 citer start aku pon dah start nak terjatuh chenta ngan citer nie.. kat dalam hati kater ? awwwww? sweet nyer..? ?kiut nyer?..? bila tengok tulisan2 ngan lukisan2 tu kuar bila perkenalkan pelakon & krew terlibat..dalam banyak2 menda tulisan tu gak yang aku suka.. ahhahaha?.. "

( hehhe... jejer.. cheq pinjam kata-kata & gambo sepet hang no.. )



-Pilih kawan yg sesuai-
Mula-mula mmg leh tahan.. Lama-lama terikut gak cara hidup / sosial member tu tadi.. Pastu nama kita terpalit sama dgn kawan tu. Bila berkawan ngan budak baik, orang kata kita baik.. Kawan budak jahat, org simpulkan kita pon sama jahat gak w/pun tak ikut / buat apa-apa yg tak elok..


Aku makin risau keselamatan abang.. w/pun tak seperti Jason yg bawa motor laju giler & bersimpang-siur tu , tapi masih ada sedikit persamaan. Aku naik motor ngan abang pon rasa tak senang cara dia bwk.. (errr abg pon bising gak, dia tak senang cara aku drive kete.. huhu)


Alamak! nape la ending cenggitu eh?! Terpinga-pinga gak la bila lampu terbuka tu. Ingatkan ada penjelasan ataupon seseorang ttg "Suara Jason" tu.. Iskh.. Lepas je Orked peluk mak dia.. tutp-tup dah abes... "Tak paham la".. Kata-kata yg terkeluar dr mulut kakak kat depan tu.. Cik abe dia pon explain la cenggini.. cenggitu..

Aku ~~> ihikss.. cheq ni jenis romantic type.. For sure la nak citer tu happy ending maa...

Abang ~~> Dier prefer filem aksi.. Kalau ending yg tragik, meletup-letup & hancur-berkecai tu mmg sah dia suka sangat! Menguap-nguap gak la cik abe kat sebelah time tu.. Mana taknya filem ni byk borak & slow sket jln citenya...

Ni kitorang kasik 7/10 la ...

Happy Birthday Sis!




----- >>> Meh nengok gambo kek.. Klik sini ye.. <<<-----
Dah besar adik aku yg no 6 nih... Dulu dia yg paling kecik... Skrg ni bila berdiri sebelah aku je.. huhu.. aku plak yg kecik dr dia! iskhhh... Aktif orgnya.. talkative! pandai ambik ati org.. bila dia wat silap tu, org nak marah.. kejap je marahnya.. dak ni pandai plak nak wat lawak.. sabo je la...

Happy Anniversary

Image hosted by Photobucket.com

Cinta boleh diucapkan
Cinta juga satu jalinan
Yang paling indah
Di dalamnya tersembunyi
Sejuta maksud
Yang sukar di mengerti
Yang pasti manis
Kau tetap ku rindu
Walau jauh di mata ku
Setiap saat
Langkah ku diiringi restu mu
Kaulah sumber ilhamku
Kaulah pengarang jantung ku
Kaulah sumber senyum dan tawa ku
Kaulah segalanya untuk ku
Kerana kasih mu
Aku terbangun dari mimpi lama
Yang menghanyutkan aku
Yang meresahkan aku
Bersama genapnya
Ulang tahun yg ke-2 ini
Segalanya tak mungkin berubah
Hanya kaulah putera hati nan satu
Yang bertakhta di hati ini
Dari dahulu hingga kini
Dalam mencari bahagia pasti
Moga direstui Ilahi
Salam kasih sayang dari ku untukmu
Insan yang begitu mencintai diri mu..
~Dani~
S.A.R.A
143
----------------------------------------------------------------
Sayang…
Hadirlah engkau di sisiku
Engkaulah pujaan hatiku yang satu
Ingin ku katakan
Betapa ku cinta padamu
Tak sanggup ku kehilangan dirimu
Sayang
Siang dan malam
Ku terbayangkan dirimu
Hatiku tidak tertahan
Bila merindu
Sememangnya
Di antara kita telah tersimpan
Satu perasaan cinta yang mendalam
Insya-Allah suatu hari nanti
Kita disatukan
Maka terjalinlah sebuah ikatan
Dan
Ku harap semoga Tuhan merestui
Hubungan cinta kita ini
Apa yang pasti
Sama-samalah kita pertahankan
Sebuah kesetiaan

----------------------------------------------------------------

OMBAK RINDU

Bila ombak menghempas sepi
Rindu bertandang ke sanubari
Bila resah berbisik keliru
Bawa daku hadir
Di ruang cintamu
Ke mana ku ungkai kasih
Andai hamparan sepi
Kau bentangkan
Hadirlah biar ku alirkan
Sepi dan rindu ini
Menjadi satu simpulan abadi
Bila mana kasihmu
Jua rindu ku
Menjadi satu..
----------------------------------------------------------------

My heart to you is given:
Oh, do give yours to me;
We'll lock them up together,
And throw away the key.

Love puts the fun in together ,
The sad in apart,
The hope in tomorrow,
The joy in the heart.

Image hosted by Photobucket.com


Haiwan & Tarikh Lahir

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengankelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahirmu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelaspada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.


Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos
Diam-diam ubi berisi? Itulah gambaran terdekat mengenai keperibadianmu.Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yangdiberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasamenarik perhatian individu di sekelilingmu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memilikipenampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikapmu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakansesuatu tugasan secara berkumpulan.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling musentiasa berasa selamat bila berdampingan denganmu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam dirimu telah menarik ramai orang untuk bersahabat denganmu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalamkategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikapmu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang jujur dan tidak bersikap seperti talam dua muka.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatianramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekelilingmu untukmenjalinkan ikatan persahabatan denganmu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, hidup mesti ceria! Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekelilingmu. Walaubagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosimu yang seringberubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkandengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua .

-----
cheq dlm kategori kucing. hehhe bestnye terasa mcm kena puji la plak.. ahaksss..
-----

INTERVIEW

PERTAMA
Jawatan: Cashier
Lokasi : Giant Shah Alam
Masa : 2.30 ptg

1st time interview nih.. Pakai t-shirt & jeans je. Yela ni bukan ofis, cuma shopping complex je.Tgk yg datang pon sempoi je.. Hmm lg pun walk in interview je.. Naik p ofis giant, receptinonist tu suh isi borang. Bila dia tanya part time ke? aku angguk je la..Dah abis isi tu, kasik la kat dier balik. Tunggu la dlm 15 min. Boleh la tgk muka-muka staf yg keluar masuk.Huhu.Nengok gak si receptionist ni bising-bising. Ader je yg tak kena. Adeh.. Tak best betul! Aku pon kena gak sbb kat borang tu ada yg aku x isi & ader salah isi.. Lorr mana cheq tau, awat tak inform terang-terang. Akak ni semacam la.. Either dia tu datang bulan atautu mmg perangai dia cenggitu - panas baran & kasar.. Huh! I dont know.. Pastu kuar la puan pengurus.. terus panggil nama ku. Aik? Dia sendiri yg panggil masuk bilik ke?? Musykil jap.. Uikhss salah tekaan aku ghupanya.. Dan-dan tu gak dia duduk kat kerusi depan aku..Tanya dulu blaja mana.. Kelulusan apa.. Pastu kata dier reject sbb aku mintak p/time.. Napa x minta full time? Aiseh aku x terpikir plak nak ambik full time nih.. So, katanya kalau nak keje situ gak, datangla esok atau pon time hari bekerja.. office hour dan isi borang baru..Hmm aku dah salah isi borang ke.. Alahai... ntahapapetah.. Aku tak pegi dah lepas tu sbb byk sgt cuti & aktiviti lain.. Masa aku dihabiskan ikut family.. P balik kpg, kenduri-kendara, ziara saudara-mara.. Macam-macam lagi la..Byk lak alasan ye.. hehhe..
Err jap... ni kira interview ka??

KEDUA
Jawatan : JURUTOL
Lokasi : Pej. Operasi LITRAK LDP Sunway
Masa : 9 pg

Mula-mula abah suruh naik teksi sbb aku ckp tak tau.. Actually bukan x tau sbnrnya.. tak baper pasti..So aku ambik inisiatif sendiri tanya kat member... 3 org aku tanya.. Dat mean ada 3 direction yg berbeza.. Pepagi lagi aku dah kaco depa.. huhu.. Bunyi sms masuk berselang-seli memecah kesunyian di awal pagi.. ahakss!

1)Federal Highway - Farrel -
Kasik direction dr motorola.. Tak leh nak imagine la.. Ingat-ingat balik, hmm ni mesti kena naik fly over yg mcm jambatan pulau pinang tu kan... Tapi kan pepagi slalunya jammed kat situ..

2)Jln Hicom-Proton ~ Single_guy ~
Mamat ni plak memula suh pi Pyramid. Kat situ ada traffic lite , kena ambik kanan plak menuju ke puchong. Ni aku kena u-turn sbb tempat yg aku nak p tu belah kanan..Pastu dia bg la plak jln lain... lalu depan proton tu senang bg aku.. lepas lalu IOI Mall, aku x perlu risau dah. Tempat yg dituju tak jauh.. jalan straight je.. Tapi mesti dok kiri la..kalau dok belah kanan, aku tak ingat dunia.. tau nak tekan pedal minyak tu je.. zooommmmm!!!

3)KESAS - tRex -
Cik kak ni pon kasi 2 jalan..
Yg 1st mcm En. SG bg tau.. (Amboihh,,, sama la plak aih.. Sehati sejiwa ke?? Huhu..) 2nd direction, dia inform aku.. "Better lagi ikut KESAS.. Then masuk ikut exit Sunway, senang sket"..


Hmm keluar rumah dlm kul 7.30 pg..aku terus menuju ke arah Hicon-Proton.. Jln ni mmg aku familiar sgt... Pastu x der la bersimpang-siur.. Straight la jugak..Dulu slalu guna jln ni p rumah mak cik kat Kajang tu.. Tapi skrg dah pindah maa.. Sampai kul 8.10 pg.. Tunggu jap dlm kete.. Makan minum & mekap sket.. ihikss..Start kul 8.35 pg.. Beratur & tunjuk sijil.. cukup syarat mcm dlm iklan baru dibenarkan masuk.. Yg x lepas tu kena balik la nampaknya..Ada ujian menulis, ni nak tgk tahap kecekapan & kecerdasan minda.. Dlm tgh syok-syok buat tu, ada lg yg br sampai.. Aku curi-curi dgr la komen kakak tu.. "x cukup syarat dik""Mana sijil asa?""Tak baca iklan betul-betul ke?"Tiba-tiba terdengar..."Dah lama habis SPM ni..Takkan la dok rumah je.. Diploma? Tak boleh la, minta maf ye.. utk SPM je"Aku? terlepas maa sbb td org lain yg jaga kaunter pendaftaran tu.. Tak tanya lebih pon..Hmm lepas sorang-sorang datang, byk yg balik.. Kebanyakan tu kelulusan Diploma..Lepas habis kena interview.. aku tau confirm tak dapat.. 1st - dah dgr tadi.. utk SPM je..2nd - masa kena i/view ader 1 soklan yg aku x dpt jawab.. "Awak sanggup korbankan duit awk sendiri yg tak seberapa tu, andaikata kutipan tol yg awk dpt terjejas? Awk yg jaga, jadi tak boleh salahkan org lain.. Mungkin awk salah kira.. Mana tau.. Macam mana??"Alamak.. mana nak cekau duit? Kalau RM5-Rm50 boleh lagi la kutss...Lebih dr tu.. Takkan nak mintak parents ye.. Cian kat depa.. Kengkawan? Aku segan.. Lgpun derang sure ada hal lain yg nak guna duit gak.. Cik Abang? Tak nak la susahkan dia..

KETIGA
Jawatan : OPERATOR PENGELUARAN
Lokasi : UMW TOYOTA , Shah Alam
Masa : 9.30 pg

Yang ni tak sempat di interview... Aku di tahan Mr. Guard.. huhu.. Aku inform nak masuk interview.. Dia gelak..Siap kata lagi,,, " Kalau adik leh angkai pintu besi ni, saya kasi masuk dlm.. Ada dak perempuan td boleh buat.. saya bg masuk..".. Uikhss sampai gitu skali?Mr Guard tu baik hati.. bg tau HQ tgh cari kerani.. Dia suruh aku balik rumah & dtg balik bg resume kat dia.. Hmm aku apalagi.. balik la.. tgh hari tu aku pegi sana kasik kat mr guard tu.. Harap dpt...

KEEMPAT
Jawatan : MULTIMEDIA PROGRAMMER
Lokasi : Sri Petaling
Masa : 9.30 pg

4 org je yg apply.. Ramai yg dtg lebih pada Eksekutif Pemasaran & Setiausaha.. Ada 3 panel penemuduga.. salah sorang kenai president kolej aku..Siap kem salam lagi.. Dia tanya pasal Cosware.. pasal graphic software... aku inform apa yg patut.. Dia mcm tak caya je.. ye la aku ambik IT yg lebih pada system..Ala puan, saya belajar sendiri & dpt tunjuk ajar dari mak & kawan mak saya... Saya minat puan.. Tak kisah la keje cam ne. Insya-Allah saya buat yg terbaik..Dia kata nanti ada 2nd interview.. aku akan dipanggil... Tapi sampai skrg takder pon... Tak dpt le tuh...

KELIMA
Jawatan: KERANI
Lokasi : KOMTAR Penang
Masa : 8 pg
Bertolak dari Shah Alam , hari rabu kul 4.30 ptg. Sampai Penang kul 10 mlm. Memula tu ingat nak tido umah mak lang kat Kepala Batas tp takut jammed plak esok hari. So, ummi ambik keputusan tido kat hotl Travel Lodge Butterworth. Murah dan dekat ngan jeti. Esok pagi dlm kul 630 tu dah keluar naik teksi ke feri. Dlm tempoh 1 jam, sampai Komtar kul 7.30 pagi. Breakfast jap, pastu terus p interview. Panel penemuduga ada 2 org -> sorang dari SUK & sorang lagi wakil SPA. Dlm dok interview tu Tuan Haji Mohd Fadzil (SUK) ni tanya leh ker keje sini.. Tahu ke jln sini.. Cam ne dtg.. bla.. bla.. bla.. Aku bg tau le mak aku dulu keje kat sini.. Lagipun aku ader mak cik tinggal kat penang ni. Then dia tanya nama mak aku... Tuan Haji ni buat aku terkezut & x sangka... rupanya dulu ummi staff dia.. huhu.. Start dr situ, mula la dia kasik tekanan.. Apsal nak sgt keje kerani? Awk tak tahu lg mcm mana bekerja kat sini... Mak awk tahu, cuba tanya dia nanti... Orang SPA tu plak.. Tuan Haji Dr.Ahmad Anuar tetiba tanya.. "Awak ada Diploma kan??" Erksss!! Nape la dia ungkit pasal Dip ni??? iskh.. Terpaksa la aku ngaku... Bising la plak Tuan Haji Mohd Fadzil tu... Mana awk punya sijil? Baper pointer awk? Awk ada dip keje kerani? Nape tak futher study?? Mak bapak awk kan loaded, takkan la tak leh kuar duit utk awk... Adehhh.. tak tahan aku derang ni... Aku jwb gak la apa yg patut... Tapi last skali... Derang dua kata... "Tak pe la.. Awk ada masa depan yg cerah kat tempat lain.. Tak pon sambung balaja jadik cikgu ke... Kita kasi peluang la kat depa yg ada SPM je tu... Kami bukan tak mau ambil awk keje... Kami ambil dip yg pointernya 2.0 ke bwh.. Tu sayang la dip awk tu kalau keje kerani je... Dok sini tak leh pindah² dah... Cuba lagi keje yg sesuai ye.." Terima Kasih Tuan Haji..... Selesai... jupe ummi & kengkawan dia... Aku citer la apa yg berlaku... uihsss bising kemain plak ummi & member dier tu... Sumer dok pakat cucuk ummi... "Hang call En. Fadzil tu... Amboihhh kemain dia berkatakata ye.. bla.. bla.. bla.." Heheh.. aku diam je la... Yg buat aku tersipu-sipu.. Depa kata " Dah besar ye Kak Long ni... jadik anak dara dah... Dulu dtg kecik-kecik comel je.. " Huhu.. tang tu aku malas la nak dengar, kang kuar plak pasal jodoh la plak.. iskh.. tak mau aku! Aku dah ader abang ye...


Bila aku tau nak p Penang ni.. Dah terlintas di fikiran aku nak jupe Kak Shima(Luckygirls).. anto sms.. try call.. tak dpt la plak.. Malam tu kul 11 lebih, dia bls msg... Tak dpt jumpa... Busy.. Adehhh aku dtg time dier busy.. uwaaaa!! tak der rezeki la lagi nak jupe dia... Teringat plak kat Kak Zarin (carte_blanche) & Badakwarnabiru... Tapi aku tak tau no tepon & location depa... Tak pa la... mmg x der rezeki nak jupe member forum... Aku jupe kengkawan ummi je la...


KEENAM
Jawatan: Kerani
Lokasi : UMW TOTOYA, Shah Alam
Masa : 8.30 pagi

tgh syok dating ngan abang.. ada call masuk... "Hello. Boleh saya bercakap dgn cik Nurulhuda? Ini panggilan temuduga utk jawatan kerani. Cik diminta datang pada hari isnin ni ya.." uikhss ingatkan tak dpt.. lama gak arr menunggu rasanya... hmm malam karang nak kene iron baju la nampaknya.. sok pg ada interview.. sib baik cuti sekolah.. tak der la aku nak kejar masa.. pepagi slalu anto adik sekolah..


------
Aku ni asyik mintak kerani je... nak mintak programmer, satu pon tak kena panggil...
------

Penang.. Here i come!!

Image hosted by Photobucket.com

petang ni aku dah nak bertolak p penang ngan ummi.. sbb? hari khamis (esok le..) ader interview kat komtar penang tu haa.. uihss ini la satu-satunya interview paling jauh yg penah aku hadiri... huhu.. ummi best la.. dier leh jupe kengkawan lama dier kat sana.. hmm abah tak ikut.. tengok adik-adik... aku lahir kat penang.. si spa ni pon anto aku ke sana... ceh... aku mintak tempat interview kat putrajaya & KL je.. alih-alih di anto plak aku nun ke sana... iskh.. hmm smlm abg isi borang SPA.. dia nak sambung blajo..tempat blajo tu.. pilihan utama kat penang.. hehe.. nak dekat ngan aku le tuh... ihikss.. abg ada ckp.. katala dier dpt blajo kat penang... tapi, alih² aku dpt keje kat KL plak.. kan bengang tu.. tak pe la bang.. doakan la cheq dpt kerja kat penang tu..

aku inform la kat chu & pak su.. depa bising.. lorr awat la jauh sgt.. KL pon byk keje what.. pak su, kak long mintak dah sumer tempat.. gov... private.. tinggal nak tunggu kena panggil interview je.. lg pon.. mana la cheq terpk nak carik keje jejauh.. hmm dah cheq ni kena interview kat sana.. terima je la.. alaa itu br interview.. lom keje lagi..

setakat ni baper kali tah aku p interview ni.. nanti la aku kira & ingat balik.. huhu

Kuih - Part 1 -

Target

Skrg ni aku tgh berkobar-kobar nak buat kuih.. Ada la 3 kuih yg aku target.. Tengok pada resipi, mcm senang. Bahan-bahan pon aku kenal.. Biasala sejak dok umah jadik surirumah ni "terpaksa" mengenali bahan-bahan masakan. Huhu..

1. Kuih Koci
Kuih fav ummi.. Aku pon ske gak kuih ni.. Tapi manis sgt la dan berlemak.. Melekit-lekit plak tu..Tapi dek pikir kuih yg ummi suka.. Tak jadi la nak komen lebih-lebih... Heheh..

2. Buah Melaka
Ni plak kuih fav aku & adik-adik.. Setiap kali tiba bulan puasa, belah petang tu kan nak p beli kuih & lauk utk berbuka..Buah melaka la yg di cari dulu... Time ni la timbul banyak komen... Ye la.. Kekadang dapat bentuk besar tapi gula kat dlm sket kemain... Mana la nak manis... Beli hari lain.. Dapat saiz kecik je.. Yg oknya gula banyak.. Manis sangat plak tuh! Lepas tu beli kat tempat lain.. Alhamdulillah.. Dapat la yg sedang-sedang saja.. Saiz sederhana... Gula kat dlm pon leh tahan.. Hmm nasib baik.. Ada yg baik hati... Saiz buah melaka besar.. Inti dlm pon rasa manisnya.. " Kedekut, Nak untung je lebih, Reti ke tak buat? , Haa yg ni baik hati, Yg ni pandai buat kuih" ... Kata-kata cenggitu mcm la dgn lancarnya keluar dr mulut aku & adik-adik.. Bulan posa pon ske kutuk.. Apakan daya, manusia yg punya mcm-mcm ragam & citarasa yg tersendiri.. Ahakss!

3. Puteri Berendam
Haa.. kuih ni tak pernah cuba rasa langsung.. Tak kenai bentuk rupa dier.. Tapi bila tgk kat majalah, nampak comel.. Pastu rasa tertarik plak nak mencuba... Tengok la apa yg jadi nanti.. Ok ker K.O??


kena wat satu-satu ni... mungkin ambik masa seminggu... bukan nak buat kuih berturut-turut.. Selang sehari atau dua hari la... Macam biasa.. Harapan aku -->> menjadi la....