Ibu atau Suami??



Suami


Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W.. "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling utama dan sepatutnya kita hormati didunia ini?" Jawab Rasulullah.. "Orang pertama yang patut engkau utamakan adalah Ibumu. Hamba Allah bertanya lagi.. "Kemudian siapa lagi?" Jawab Rasulullah.. "Ibumu.." Untuk ketiga kalinya hamba Allah bertanya lagi. Jawab Rasulullah "Iaitu Ibumu.." Dan Hamba Allah bertanya lagi. "Kemudian siapa lagi selepas Ibu?" Kemudian Rasulullah menjawab.. "Bapamu.."

Ternyata kita harus mengutamakan ibu kita kerana syurga itu ditelapak kaki Ibu.
Terdetik hati saya untuk bertanya siapakah diantara Ibu dan suami yang harus diutamakan? Kerana kita tahu seorang isteri harus mendahulukan suaminya.

-----------------------------------------------------------


Ibu

Pernah baca satu artikel di zaman Rasulullah SAW....kisah tentang seorang isteri saudagar yang ditinggalkan oleh suaminya kerana berdagang jauh dari Mekah. Suatu hari, isteri saudagar diberitahu oleh khadam ibubapa bahawa bapanya sedang sakit tenat & ingin berjumpa dengannya. Isteri saudagar meminta khadam berjumpa Rasulullah SAW dan bertanyakan permasalahan ini. Namun Rasulullah SAW meminta agar wanita itu bersabar dan berdoa. Rasulullah SAW tidak membenarkan wanita itu menziarahi ayahnya kerana tiada keizinan dari suami.



Keesokkan harinya khadam datang lagi dan memberitahu wanita itu bahwa bapanya telah meninggal dunia. Sekali lagi khadam disuruh berjumpa dengan Rasulullah SAW. SEkali lagi , Rasulullah SAW bersabar & redha dengan apa yang berlaku. Rasulullah SAW tidak membenarkan wanita itu menziarahi ayahnya walaupun utk kali terakhir kerana tiada keizinan dari suami.



Selang beberapa hari , Rasulullah SAW telah memberitahu wanita tersebut bahawa Rasulullah SAW telah bermimpi berjumpa dengan ayah wanita yang telah pun dimasukkan ke shurga kerana anaknya taat kepada suaminya.

0 kata-kata semangat: