Renungkan

Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa
kecuali diri kita sendiri……
tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana
kita mempunyai seorang sahabat yang memahami kita………….
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dengan dia……
Tetapi kita sering lupa akan hal itu,
kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita……
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
kita tidak beri dia peluang untuk menerangkan keadaannya……
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa yang kita pernah membiarkan dia ternanti-nanti……
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati……
Kita beri beribu alasan,
memaksa dia menerima alasan kita waktu itu,
terfikirkah kita tentang perasaannya???
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa……
tetapi kita sering terlupa……
Untungnya mempunyai seorang sahabat
yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia……
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita, kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah…..
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa sahabat kita ada juga cerita
yang ingin dikongsi bersama kita……
Pernahkah kita memberi dia peluang
untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya???…….
Pernahkah kita menenangkannya
sebagai mana dia pernah menyabarkan kita???……
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya???……
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah???……
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai???……
Kita boleh dijadikan tempat untuk dia
bersandar bila terasa lemah, agar dia tidak rebah???……
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandari harapan???……
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar
daripada yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, ada rasa sedih dan kecewa……
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan seorang sahabat sebagai kekuatan……
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka……
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan………
Di sebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan……
Kita tidak tahu……
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu……
Renungkanlah……

0 kata-kata semangat: