Ujian Ini

Malam tanpa bulan
Siang tanpa mentari
Bagaikan pengembara
Hilang sudah arah dan tujuan
Mimpi semalam
Tidak lagi seindah pelangi


Sendirian menyusuri arus
Luka dan pedih
Jatuh dan bangun
Jiwa kental dan keras
Melangkah terus melangkah


Tidak lagi ku peduli
Api membara panas menyala
Sejuk dingin ke tulang
Sesak ruang rongga nafas ku
Tetapku atur impian yang satu ini
Biar api jadi abu
Biar luruh purnama di langit


Uijian ini
Mendewasakan pemikiranku
Terkadang sakit ini
Mengusik perasaanku
Sekali ku berjanji
Tetap kutepati


Berkelip bintang di langit
Membawa suara hatiku
Cahayamu memberiku kekuatan
Langkahku bermula di sini....

Phase II

assalamualaikum!!!

huh! penat gilers nih... aku x cukup tdo.. ni pon baru balik keje.. dah le smlm buat double shift.... Phase II ni buat semua bz, x cukup tdo, x cukup makan.. buat semua meroyan.. buat semua bengang... tensen... pening... dan macam-macam lagi le... staff pon .. mula-mula elok je.. skrg dah mula berperang mulut... sudah... ni yg x syok nak keje.. tapi tak pe.. abaikan saja..
aku kena kuat semangat. aku ada sesuatu yg belum aku capai di sini.. aku ku buktikan pada semua... sabo... sbb sabo tu separuh dr iman.. insya-allah ...

skrg ni aku belajar x jelous..
aku belajar sabo..
aku belajar kuat semangat...
sesuaikan diri dgn tekanan..
yakin pada diri...

staf kat sini pon dah mula nampak perubahan aku ..
aku mmg berubah... rasanya ke arah buruk.. ehekss...
ntahla.. lorang nak kata apa pon.. katala...
walaupun hati aku x syok...


frust... huhu satu perkataan yg makan dalam... heh
macam-macam yg aku x puas hati nih..
kang pk, wat aku tambah sakit ati..
aku suka sangat menyakitkan hati aku sendiri...
sampai buat org lain pon sakit ati sama..
ni le kena berubah sesangat...
aku nak kurang nangis...
aku nak hepi...


malas aku nak dok umah..
biar le x cukup rehat pon...
asalkan ada je masa aku terisi dgn aktiviti yg bersesuaian...
x kuasa nak termenung sana.. termenung sini...
the best solution ... keje...
selagi idup.. keje.. keje...keje...
org kata aku rajin... mesti ramai yg meluat.. hhuuhu...
aku x ambik OT pon, saja volunteer keje...
suka keje.. mcm mak aku.. workholic...


udah le.. aku nak siapkan skin utk ultramp3 aku ni haa..
nanti nak upload masuk dlm handset pulak...


pape pon... salam hari jumaat buat semua...
sape yg kenai & ingat aku lagi tu...
bile eh nak jupe ... take care.. bye

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.......

Sekuntum Kasih


Engkaukah yang menghilang
Membawa sekuntum kasih
yang kusemaikan
Di dalam hatimu
dahulu

Engkaukah yang mendatang
Membawa setangkai bunga
Wangi berbau
Di dalam hatiku
kini

Akukah yang mengharapkan
Kuntum kasih itu
Di ikat mesra di atas jambangan
Akukah yang mengharapkan
tangkai bunga itu wangi
di atas kayangan

Akukah yang mengenangkan
saat-saat indah itu
mengalir air mata
panas di pipiku..

Takdir Dan Waktu

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu

Suara Cinta

Dahulu cinta kita berbunga
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu

Dahulu kita berjanji setia
Tidak akan berpisah
Katamu hanyalah diriku
Buat selamanya

Sehingga kini ku masih sayang
Tapi mengapa kau hilang di mata
Sehingga kini ku masih cinta
Apa pun terjadi tetap setia

Oh kekasih
Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
Oh kekasih berpeganglah pada janji
Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku
Moga takdir melindungi cinta kita sepanjang masa

Alangkah bahagia kurasa
Setelah kau insafi
Janganlah engkau mungkiri
Menghiris hatiku

Satu Kisah

Kisah ini berlaku kat Ampang...


Kawan aku ni seorang salesman kereta,
bercinta dgn seorang anak jutawan
di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya,
percintaan ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.


Satu malam, mereka bercadang utk
melarikan diri. Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar
akan kehilangan anak
perempuan kesayangan dan telah membuat
laporan polis dan juga telah
membuat iklan di akhbar tempatan dgn
mengatakan dia akan menerima teman
lelakinya itu jika dia balik ke rumah.


Bila mendengar berita ini, perempuan itu
balik ke rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan
itu pun menerima lelaki ini
dengan seadanya.


Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk
berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan.
Nak dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat
Ampang Point, dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan
keesokan harinya lelaki itu
pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah
meyedihkan perempuan tersebut
kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi
perempuan itu hendak berkahwin
dgn lelaki kesayangannya.


Pada satu malam, ibu perempuan ini
mendapat mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah
di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk
akan berlaku. Tapi, ibu
perempuan tersebut tidak mengendahkannya.


Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut
pula menerima mimpi yang sama
iaitu seorang nenek tua meminta utk
membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan itu, kalau tidak,
sesuatu yang akan buruk akan
berlaku. akan tetapi, ayah perempuan
tersebut jugak tidak
megendahkannya.


Malam ke tiga, -perempuan itu pula
menerima mimpi yang sama seperti
ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi
tersebut kepada kedua ibu dan
ayahnya.

Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un
pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah
tetap ada...


Malam keempat, dia mendapat mimpi yang
serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2
dan jika tidak, malang akan
menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun
terus menyental baju tersebut
sehingga kain tersebut menjadi haus, akan
tetapi, darah itu tetap
adaa...


Keesokan harinya, perempuan itu terkejut
apa bla pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah
nenek tua tersebut dan
perempuan itu pun pengsan..


Setelah terbangun dari pengsan, lalu
nenek tua itu pun menguhurkan
benda yang berwarna biru...

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua
itu "apa ini...?"


Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan
sedikit dan kotoran akan hilang...

err..yg ni adalah pakej percubaan aja,
kalau nak yang besar, beli kat
kedai.....





hehehehhhhehehehh......

Ada Apa Dengan Cinta?

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya.
Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya.
Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa.
Kasih suami isteri sepenanggungan.
Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklahcintayang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya.
Cinta kudus antara bonda dan anaknya.
Ada cinta rafik yang setia.
Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.
Ia juga tidak mengira rona bangsa.
Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta.
Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan".

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..~ Khan ~

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu

Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard ~

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Manusia


Manusia bahagia bila dia dapat membuka mata. Untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak perkara yang bererti.


Manusia dapat bahagia bila dia mahu membuka mata hati. Untuk menyedari, betapa dia dicintai.


Manusia dapat bahagia, bila dia mahu membuka diri. Agar orang lain dapat mencintainya dengan tulus.


Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada.


Manusia buta kerana ego dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mahu sedar kerana serakah.


Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal didepan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomborsatukan.


Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nombor satu dalam satu perkara, belum tentu dalam perkara lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.



Kebahagiaan bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap dari orang lain, maka bersiaplah untuk ditinggalkan, bersiaplah untuk dikhianati.


Kita akan bahagia bila kita dapat menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain, dan mahu menerima orang lain.


Percayalah kepada Tuhan, dan bersyukurlah kepadaNya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tidak perlu berkeras hati. DIA akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bebahagialah kerana kita dicintai begitu ramai orang.

Apa kena dgn kamu

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya.
Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi.
kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,
malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh
dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan
sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang
akan mencari masalah dan sukakan suasana yang
damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman
suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam
fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa
malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak
lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran
fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang
ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu
memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun,
sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan
menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka
berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang
mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang
kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan
ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu
begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang
sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan
kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan
perkataan kasar, memang mereka akan mengundang
kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak
mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga
manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu
ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka
terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu
begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar
melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan
untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada
orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu
memang suka menyayangi dan disayangi orang lain.
Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang
lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala
begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap
dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa
melakukan setiap sesuatu dengan
bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu
memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar,
serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang
bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai
idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial
tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.
Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu
baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang
orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu,
kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula.
Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi
teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang
dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara
kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi
kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan
balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu
sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa
saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap
detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang
dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam
kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana.
Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan
orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan
sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan
dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh
menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram.
Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmmkamu
suka bergosip tetapi hanya bersama dengan
teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang
bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu
teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak
tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu
mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan
kamu senang hilang kawan. Namun, apabila
teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang
pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu
segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun,
kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada
kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan
tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi.
Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir
sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati
yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat
kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang
bernaung di bawah monyet memang begitu bijak
mencari wang dan begitu pandai mengatur
kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam
perniagaan

For My Best Friend




Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket


Image hosting by Photobucket



Image hosting by Photobucket



Destinasi Cinta

Terkadang terasa ingin
dicintai dan mencintai
Fitrah setiap makhluk
dicipta berpasang-pasangan
Masakan ada bumi
tanpa langit
Masakan terciptanya bulan
tanpa bintang
Masakan hadirnya siang
tanpa malam
Masakan Adam gembira
tanpa kehadiran Hawa
Namun ia hanya sementara
Lumrah alam bercinta
manusi akan pergi
Cinta bunga akan layu
Hanya cinta ALLAH yang hakiki
Namun..
kita tetap berdegil
merebut cinta manusia
Ghairah mendamba cinta dari bunga
Tetapi hambar dalam meraih
cinta ALLAH..
Walau kita sedar ia bisa
mematahkan jiwa
Walau kita tahu ia bisa
menguris luka
Walau kita pasti kekecewaan
pasti ada
Namun kedegilan mengatasi segalanya
Kita rela menjerumuskan diri
di lembah cinta
Kita rela menjadi hamba cinta
dari mendamba kasih ILAHI
Kita rela disakiti
demi kebahagiaan sekelip mata
Kita rela membina kebahagiaan
dari kesengsaraan insan lain
Demi cinta..
Betapa daifnya kita
Betapa kita tak mampu
Menilai sebenar erti cinta
Betapa kerdilnya kita
mencari cinta sejati lagi hakiki
Wahai cinta agung..
Bila diri ini mahu diketuk
YA ALLAH kurniakan cintaku
pada-MU melebihi segala cinta
yang ada di dunia ini
AMIN YA RABBAL A'LAMIN
credit: BLUES SELAMANYA

Some sad poem

If you see me walking the road with someone else,
It's not because I like his accompany...
Its because you're not brave enough to walk beside me.




If you hear me talking about him all the time
Its not because he pleases me
Its because you're too deaf to hear my heartbeat




If you feel me falling with someone new
Its not because I love him..
But because you're not there to catch me fall



If you feel lost, I too am nowhere
I too don't know where the road is going



Are we gonna cross each other's path
Or just completely turn around?..



Will we just let go of what we had
Or go to the place where love is bound



Don't let me walk with him,
It's you I want to walk with..



Don't let me talk of him,
it's you I want to talk with..



Don't let me fall for him,
It's you I want to fall in love with..




Don't let me walk alone
I want to walk by your side




Don't let me talk of something else
It's you I want to talk with




Don't let me fall for someone else
It's you I want to fall in love with..




SOMETIMES LOVE HURTS...
BUT IF IT DOESN'T HURT...
THEN IT ISN'T LOVE...




HOLD ON TO THE PERSON U LOVE...BEFORE
HE/SHE SLIPS AWAY...AND U CAN NEVER GET HIM/HER BACK...

Tidur


~9 pagi ~
Baru balik keje ni haa... Penatnya.. Letih beno.. Arghhh!!! Aku ngantukss!!! Aku nak tdo!!!
Wajib tdo maa... 3 ptg karang kena masuk keje balik..
Org belakang umah ni rajib bertukang plak pepagi nih...
Kecoh betoi!!! Tong! Tang! Dum ! DAm! Tok! Tok! Grrr..
Pekak telinga aku nih haaa... Mengganggu ketenteraman awam daaa... Ingat semua org keje office hour ker? Aku penat nih... DAh la lapo... Kang aku makan sapa yg bertukang tu, baru tau! Kul bape nak benti nih???
Mlm td member aku yg sorang tu msg kt aku...dia x leh tdo... sbb? x sihat satu hal... Pastu pk bukan2 plak...
Aiyakk... aku ni ada org ganggu maaa... dah susah nak tdo ...
Nak je bukak tingkap & jerit...
"Sudah2 la tu oiiiii!!! SAya penat ni.. baru balik keje... Petang nanti nak masuk keje balik..
Bagi la saya tdo!!!! "
Tapi dek mengenangkan aku ni pompuan.. Gadis ayu, ecehhh!! Malu plak cheq nanti... Pendamkan saja kegeraman aku nih.. iskhh, sedih betoi... dah la... baik aku angkat bantal & selimut p turun bawah... tdo kat depan tv.. x kira! aku nak tdo gak!! ZZZzzzZZZzzzzZZZZZZZZZzzz

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua


Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka


Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu