Apa kena dgn kamu

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya.
Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi.
kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,
malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh
dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan
sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang
akan mencari masalah dan sukakan suasana yang
damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman
suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam
fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa
malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak
lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran
fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang
ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu
memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun,
sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan
menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka
berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang
mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang
kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan
ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu
begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang
sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan
kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan
perkataan kasar, memang mereka akan mengundang
kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak
mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga
manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu
ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka
terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu
begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar
melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan
untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada
orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu
memang suka menyayangi dan disayangi orang lain.
Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang
lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala
begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap
dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa
melakukan setiap sesuatu dengan
bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu
memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar,
serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang
bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai
idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial
tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.
Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu
baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang
orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu,
kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula.
Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi
teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang
dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara
kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi
kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan
balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu
sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa
saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap
detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang
dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam
kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana.
Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan
orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan
sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan
dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh
menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram.
Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmmkamu
suka bergosip tetapi hanya bersama dengan
teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang
bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu
teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak
tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu
mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan
kamu senang hilang kawan. Namun, apabila
teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang
pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu
segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun,
kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada
kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan
tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi.
Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir
sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati
yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat
kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang
bernaung di bawah monyet memang begitu bijak
mencari wang dan begitu pandai mengatur
kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam
perniagaan

0 kata-kata semangat: