Man Power Meninggal

BERITA HARIAN
15 Jun, 2005 16:56 PM

Man Power Meninggal Dunia Kerana Jangkitan Paru-paru

KLANG, 15 Jun (bernama) -- Ketua kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Man Power, yang dipercayai melakukan lebih 60 rompakan bersenjata di Lembah Klang dan beberapa negeri, meninggal dunia di sini hari Rabu kerana jangkitan paru-paru, menurut polis.
Man Power atau nama sebenarnya Norazliman Mansur, 39, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini semalam setelah dikesan sakit dan disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.
Mayat dituntut oleh anggota keluarganya kira-kira 1.30 tengah hari ini untuk dikebumikan di tempat asalnya Kampung Lubuk Redan, daerah Alor Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Hadi Ho Abdullah ketika dihubungi berkata kematian Man Power adalah kematian biasa dan menolak andaian wujud unsur jenayah sebagai punca kematiannya.
"Kita tidak ada keraguan tidak ada unsur jenayah. Cakap-cakap di kedai kopi tidak akan dilayan. Kalau ada yang tidak puas hati hubungi kami," katanya.
Norazliman ditahan di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam di bawah Ordinan Darurat sejak 26 April lepas.
Man Power diberkas ketika tertidur dalam sebuah Mercedes Benz dipercayai selepas mengambil dadah syabu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 4 Mac lepas.
Turut ditemui sewaktu beliau diberkas ialah parang, topeng ski, beberapa nombor plat kenderaan, pasport, kad kredit, telefon bimbit dan wang tunai RM2,000 dalam kereta yang dilaporkan dicuri di Perak.
Dia amat dikehendaki polis Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang kerana dipercayai merancang dan melakukan rompakan berkumpulan melibatkan kedai emas, bank dan kedai nombor ekor.
-- BERNAMA

************************************

Metro Harian

Edisi KL: Man Power meninggal

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Nor Azma Muhamat Laila

am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Man Power, lelaki disyaki ketua kumpulan perompak yang diberkas polis di Bandar Baru Salak Tinggi, 4 Mac lalu, tidak dapat mengecam wajah ibunya sendiri yang melawatnya di lokap Shah Alam sebelum meninggal dunia, pagi semalam.Dia yang dikatakan sering pengsan akibat penyakit jangkitan paru-paru disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Man Power atau nama sebenarnya Nor Haziman Mansor, 39, sempat mengadu kepada ibunya, Fatimah Mamat, 57, bahawa dia sakit ketika wanita itu melawatnya pada 10 April lalu.

“Ketika itu, keadaannya masih sihat tetapi pada Khamis lalu dia banyak berubah. Haziman mengadu sakit tetapi ketika saya menghampirinya, dia bertanya siapa saya.

“Saya tidak sangka pertemuan singkat itu adalah kali terakhir buat kami,” kata Fatimah ketika ditemui sebelum membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Kampung Lubuk Redan, Melaka, semalam.

Dia menyifatkan pemergian Haziman dan apa yang berlaku sebagai ketentuan Allah.

“Walau apa pun orang kata terhadapnya, dia tetap anak saya,” katanya.

Man Power dibawa ke HTAR malam kelmarin selepas didapati menghadapi masalah kesihatan sebelum meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Fatimah yang ditemani beberapa ahli keluarga menuntut mayat anaknya kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hadi Ho Abdullah, berkata kematian Man Power diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Tidak wujud sebarang unsur jenayah. Polis akan menjalankan menyiasat dan menghantar laporan berhubung kematian itu kepada majistret dan terpulang kepada pihak mereka untuk mengemukakan inkues atau tidak,” katanya.

Man Power amat dikehendaki polis sejak dua tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam lebih 30 rompakan dan samun bersenjata, antaranya terbabit dalam rompakan bank, kedai nombor ekor, stesen minyak dan kedai emas.

Dia yang mendapat gelaran Man Power kerana dikatakan berkebolehan menggoda wanita ditahan ketika tidur dalam Mercedes Benz Kompressor kira-kira jam 3.30 pagi 4 Mac lalu.

Polis menemui sejumlah dadah jenis syabu dalam keretanya yang dilaporkan dicuri di Perak.
Turut dijumpai parang, topeng ski, beberapa nombor plat kenderaan, pasport, kad kredit, telefon bimbit dan wang tunai RM2,000.

Kegiatannya bukan saja tertumpu di Selangor dan Kuala Lumpur, malah Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

*****************************************
Berlainan suratkhabar, tetapi kandungan berita tetap ada persamaan even ada la sket-sket bezanya & fakta tak tepat.

Hmm aku mmg terkezut beno bila baca berita nih… Mana taknya hari isnin lepas, aku pergi Balai Polis Seksyen 11 , Shah Alam.. Time tu 1130 pagi ..Tengah dok nak wat report, terdengar la cakap-cakap pengawai-pegawai polis yang ada kat situ.. Mana ambulans? Takkan nak bawa naik van (polis) je? Pastu kejap-kejap tengok skrin kat atas tu.. Aku tak tau hujung pangkal.. Just dengar & tengok je la derang.. pandang gak kat skrin tv kat atas tu.. rupanya skrin tu paparkan keadaan sel penjara.. ntah napa gerun je rasa..

Then bila ambulans sampai.. ramai la polis kepung kat luar tu.. pelik.. pelik.. orang awam yg ada dlm balai ni sumer stok serbu ke pintu.. Aku tak ke sana la sbb x abes lagi wat report nih.. tgk dr kaunter je… Nampak la banduan diusung keluar dengan troli.. oo sakit ker.. aku wat tak tau la.. Member aku (Darnih) inform kat aku.. Banduan tu sebenarnya Man Power la! Lorr ye ker? Mana la cheq tau… No wonder ramai sgt p tgk.. No wonder ramai polis dok kepung.. Takut lari la tu.. Biasala banduan ni kekadang saja ja nak wat helah..

Petang tadi p umah Darnih.. bg tau pasal berita nih.. Dia lagi laa Terkezuttt gilerr… huhu..Sbb dia tgk Man Power dr dekat ari tu.. Muka berjambang, lesu semacam, badan dah kurus..Tup-tup meninggal dah Si Man Power ni..
Innalillah.. Takziah pada keluarga dia..Al-fatihah

0 kata-kata semangat: