Anda berani?
Sedih... Terkilan... Menyesal...
Berubah wajah
Sabo je la..
PETANG
MALAM
Salam Ramadhan
Most beautiful words = ALLAH
Most beautiful song = AZAN
World's perfect encyclopedia = AL-QURAN
Best exercise = SOLAT
Best diet = FASTING
Selamat Berpuasa , Berbuka & Bersahur buat semua... :-)
Selamat Berpuasa!!
Racun & penawar
- Dunia racun, zuhud penawarnya.
- Harta racun, zakat ubatnya.
- Perkataan sia-sia racun, zikir ubatnya.
- Seluruh umur racun, taat ubatnya.
- Seluruh tahun, RAMADHAN ubatnya.
Bloggin Bluez!
Awan
Kalau orang lain suka tengok bintang, aku pula terbalik. Suka sangat tengok awan! Bermacam-macam jenis awan yang ada. Pelbagai bentuk sama ada ketika cuaca baik atau buruk. Indah sungguh ciptaan Tuhan.
Kan best kalau aku dapat berbaring di bawah pokok, di kawasan lapang, di atas bukit. Asyiknya melihat awan.. Cuaca cerah.. Suasana sungguh tenang. Berlatar belakangkan langit yang serba biru, kulihat awan kelihatan begitu lembut. Huhu berangan tak ingat! Ahakss..
Setiap kali naik kereta ataupun motor, aku takkan lepaskan peluang meninjau awan di langit biru.. Kalau tengah drive, terbatas la sket .. Iyela kena tumpukan perhatian kat depan.. Naya je kang berlanggar ngan kete lain. Hehhe.. Tapi time membonceng motor la paling best.. Boleh nengok puas-puas.. Sukanyer!!
Mencari cinta
Aku cukup terusik dengan kata-kaa tersebut, di kala membelek muka depan novel..Teringat kenangan lama .. Malu sungguh diri ini.. Hmm novel ni tidak la seperti kisah duka yang kulalui sebelum ini. Tapi sedikit sebanyak kata-kata & perasan, ada juga persamaannya.
Selamat Tinggal September!!
Berlalu sudah bulan September..dan hari ni kita melangkah ke hari baru, bulan baru.Macam-macam aktiviti yang dirancang sepanjang bulan 09 yang lepas.. Banyak yang tak jadi.. Frust, geram, sedih, rasa bersalah dan lelain lagi lah yang aku rasakan.. uihss.. "Apakan daya.. Tak ada rezeki.. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya..." , aku menyedapkan hati... Haiii.. Begitu cepat masa berlalu..Kisah suka duka masa lalu dijadikan pengajaran..Pengalaman yang mematangkan diri untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar..Sehingga kini aku masih teringat zaman kecik-kecik dulu..Aku dan adik-adik akan mengambil satu kertas..Tulih nama masing-masing dan juga umur pada waktu itu..Pastu mula la mengira umur akan datang..Kalau kak long umur 20 tahun, ummi & abah dah baper tahun?Adik-adik pula ? Memasing kira umur..Time tu mmg seronok.. budak-budak la katakan.. Nak dekat seminggu aku tak update.Tak ada masa satu hal..Busy ngan kerja-kerja kat umah tu..Biasala suri rumah terhormat.. Ahakss..Hmm fulus le sebab utama..Huhu duit banje dah kurang..Kini aku sudah boleh duduk rumah.. hehe.. sblom ni stok nak merayap.. nak berjalan je.. Tapi kalau nak ikutkan.. skrg ni la aku ada banyak masa terluang.. Hmm belajar masak daa..Lagipun bulan puasa semakin hampir.. Tak yah la beli sakan lauk-pauk kat luar.. Seperti yang dikatakan oleh ummi.. "Masak ni senang je.. Cuma sikap malas atau rajin .. " Betul gak tuh.. Kalau malas, nak masak nasi pon tak jadi... Pepatah Melayu : " Nak seribu daya.. Tak hendak, beribu dalih"...