tinta editor


ADA APA DENGAN CINTA?



Suatu hari saya dengan tidak sengaja terjumpa kartu-kartu lama yg sudah kuning, separuh mereput, seperti sengaja pula disorokkan di dalam kotak di bwh katil, nun di kg yg sudah lama ditinggalkan. Membuka helaian-helaian cinta lama membuat saya ketawa sendiri, spt melihat diri kita di dalam sebuah album hidup -Perca-perca perasaan bertaburan di sana-sini, lafaz cinta dan rindu dendam terasa seperti murah, dan keanak-anakan. Namun saya percaya, percubaan-percubaan cinra itu perlu. Tidak menjadi sampai ke jinjing pelamin. Terkadang, kita perlu mencuba, beberapa kali -Gagal,kandas, kecewa- Sebelum hati akhirnya berkata sedia dan dialah orangnya.

Persoaannya, ada apa dengan cinta? Cinta itu apabila kita sanggup digelumangi rasa sakit dan pedih, tetap mahu mendampingi si dia biarpun kita tahu dia menduakan kita. Cinta itu apabila kita terperangkap dalam pilihan sendiri, bertemu dengan Mr Nice-But-Not-Quite-Right, tetapi kita tidak sanggup menolak dan menghampakannya. Cinta itu apabila deria kita buta, dan kita rasa hidup sudah memadai apabila kita berasa loved, secured and protected.

Ada apa lagi dengan cinta? Cinta itu apabila kita tergila-gilakan si dia dan menyimpan lipatan bungkusan burger pemberianya biarpun ia sudah berlekit kerana menyerap minyak dan mayonis (ini saya tujukan khas untuk kamu, Hikmah, untuk perjalanan cinta kamu yang panjang -kejar-mengejar, rajuk-merajuk, pikat-memikat, langsung pujuk-memujuk); akhirnya bertemu kesudahan bahagia. Kisah Hikmah, senior saya menyimpan kepingan kertas biru pembalut burger pemberian Husni suatu malam di dalam laci di asrama, adalah kenangan saya menyaksikan cinta yang tidak pernah mengalah. Kini Hikmah dan Husni bahagia diikat akad sebagai suami dan isteri, sudah pun bercahaya mata. Peristiwa cinta Hikmah dan Husni membuat saya pasti membawa kesudahan yang baik di penghujungnya.

Ya, cinta itu apabila kita tergila-gilakan si dia yang tinggi-tegap-segak-kacak,berkulit putih kemerah-merahan, berambut hitam sedikit ikal, berbibir merah jambu bersih,berpakaian molek,berperawakan elok, berbahasa seadanya. Seperti yang berlaku 10 tahun dahulu, alahai 'tersangkut' sekejap dengan Hizairi Othman. Orangnya kacak, putih-tegap-tinggi, sasterawan muda yang kami temui saban bulan dalam mensyuarat Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja DBP. Patutlah ada kakak penulis (peserta MPR tahun keberapa saya pun tak ingat), bergaduh-gaduh, bermasam-muka, kerana rupanya sudah jatuh syok, cemburu dan berebutkan Hizairi. Aneh. Pokoknya, kalau Hizairi yang kacak tinggi itu hadir ke majlis MPR, memang banyak benar gadis genit yang menggelinjang suka. Ada pula yang simpan tandatangan Hizairi bawah bantal dan tidur sambil tersenyum suka sampai ke pagi.

Ya, cinta itu menjadi monyet-monyetan apabila kita tidak dapat menilai- Yang mana satu crush dan yang mana satu gesaan nurani - Yang mana satu cinta platonik, yang mana satu jujur dan tulen. "Minum teh apa sampai pukul empat pagi?" Begitu leter emak selalu, yang cukup tidak suka melihat anak daranya terjingkit-jingkit, terhendap-hendap masuk rumah pukul empat pagi (pintu rumah memang selalu berkeriut, tidak boleh menyorok). Namun kerana cinta platonik, duduk berembun dengan teman sejiwa, bercakap dan ketawa-ketawa sehingga larut pagi - Menjadi kenangan yang amat bahagia. Tidak ada istilah cinta, kerana kawan baik tetap kekal sebagai kawan baik, di dalam sempadannya tersendiri.

Cinta itu benar dalam dustanya. Cinta itu dusta dalam kebenarannya. Namun cinta itu benar apabila kita berhenti mencari. Cinta itu benar apabila kita sudah bersedia untuk susah dan sayang, sehidup semati dengannya. Saya fikir dalam cinta ada segalanya.

Salam kasih sayang untuk semua pembaca InTrend. Raikanlah cinta dan kasih sayang Februari ini, namun usah sesat dalam cinta sehingga lupa jalan pulang.



Credit
Rosie Haslinda Nasir
Editor Majalah InTrend

Andaian

CINTA memang tidak selamanya bahagia
CINTA juga tidak selalunya derita
Dalam CINTA itu terkandungnya
BAHAGIA dan DERITA
TAWA dan TANGISAN
Tiada maknanya CINTA
ANDAI tidak diuji, tidak diduga

ANDAI gelombang dugaan melanda
ANDAI masih mampu mengawal bahtera bersama
ANDAI tidak karam
INILAH JODOH

TETAPI
ANDAINYA ombak kecil pun tidak terlawan
ANDAINYA masih tenggelam timbul
ANDAINYA terus hanyut
BERAKHIRLAH IKATAN ITU
JODOHNYA TIDAK PADA INSAN ITU

Jujur

Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku

jujurlah padaku bila kau tak lagi suka

tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

-::: Lagi pasal ROMPAK :::-

aku saja datang keje awal... kul 1030mlm dah sampai store..
saja nak dengar cite sebenar, apa yg berlaku..
nak tahu... org yg sama, hari yg sama.. tp waklu lain2 la.. huhu...
4 buah 7 Eleven kat shah alam ni ( seksyen 2 , 3 , 16, 19 ) & jugak 2 buah klinik swasta kena rompak !

amboihhh!!! kemain depa joli sakan! staf store lain, ada yg siap kena ambik wallet lagik!!
pastu ada staff yg pengsan.. sbb lemah semangat.. huhu aku yg dengar ni pon dah rasa semacam.. inikan pula yg berdepan dgn perompak yg berparang tuh..

aku tgk balik review cctv.. laki melayu tu tutup muka dgn baju.. pastu laki india tu pakai helmet full face.. x nampak la muka depa.. cait! pastu parang tu wat mcm benda mainan plak.. kejap hala ke kanan.. keja tu ke kiri.. zu kata, mamat tu mabuk.. bau mulut dia kuat sangat... nasib baik la x di apa-apakan staf.. bahaya wooo.. nyawa ilang, x leh nak cari ganti balik..

Alhamdulillah

10 Januari 2005

-Situasi 1-
Salam Aidil Adha... sampai rumah dalam kul6 lebih.. ummi call, on da way nak singgah shah alam.. uihss sib baik aku ada kat umah.. mau dia bising nanti.. pastu rezeki cheq, ummi bawak nasi himpit + rendang + kari ayam.. ummi wat spesel dari batu pahat.. makan le kami 3 org kat umah sewa ni.. tak ramai.. sbb yg lain balik kpg..

-Situasi 2-
Malam.. keje plak aihhhss.. Rasa malas nak p keje.. huhu penat berjalan maa.. letih x ingat.. ingat nak baring jap.. alih2 terus terlelap.. x sedar jam dah kul 11 lebih! sib baik ada kakak kat umah ni tolong kejut + anto skali.. kak amy gerak aku sbb dia terpandang tudung aku masih ada pada iron board.. dia tergerak ati nak jenguk aku kat bilik.. aku plak time tu tido, terus dia gerak.. bg tau aku dah lambat... ekceli, sblom tu lepas gosok tudung aku nak bwk masuk bilik.. tapi terlupa.. aku bernasib baik. alhamdulillah... lambat llak aku dtg keje ni haa.. dah le keje kat tempat org.. hari ni aku keje kat seksyen 9.. pinjam staf.. dan nasib baik staf sini lom end shift lagik.. so, datang tu wat cleanliness dulu le..

-Situasi 3-
dalam kul 5pg, ada panggilan telefon untuk aku.. erks, org tengah leka stock in keropok nih.. pelik pon ada.. rupanya staf seksyen 2 tepon...7 Eleven seksyen 2 kena ROMPAK!!!!selain duit dlm drawer, rokok, curut..hanset staf tu pon kena kebas jugak!hah! kebetulan aku kat seksyen 9.. lucky me.. Alhamdulillah.. but pity her.. dia kena tu sorang diri.. staf lagi satu tu tido!!! aper daaa!! baik aku ngan zu je yg keje sana! x kisah la pompuan pon.. asalkan keje siap.. pastu sama-sama handle situasi nih.. patutnya dia x leh tido! kat seksyen 2 tu, banyak sangat barang... x ada masa la nak lepak2 nih.. tau la tempat awak ni x banyak barang.. tu dah terbiasa la tuh! aku dok seksyen 9 nih.. byk keje aku wat.. kena la pandai bawak diri.. pandai-pandai la carik barang.. pandai2 la cari keje.. x payah nak org suruh je... nyusahkan org betoi!!! si zu call aku.. dia x tau nak call sapa.. so, aku mintak dia jgn panik.. try call polis.. aku nak try call bos.. tapi x dapat plak.. so aku call la kak ina.. sbb tau umah dia dekat je ngan 7 E sec 2 nih... Tapi x sangka plak 7 E seksyen 3 plak jugak kena ROMPAK!!! org yg sama... Lelaki Melayu & India.. Kak ina ni store manager situ.. dia janji nak call En. Jai (our new field manager).. aku plak nak p cal faisal (MT).. lupa plak yg store manager aku cuti, faisal yg take over store.. dia kena mai time tu jugak la nampaknya.. Aku yg kat seksyen 9 ni dah x senang duduk.. macam mana la zu kat sana.. nasib baik aku malam tu.. kalu x, mau 2 hanset aku kena kebas..
dah dua kali... sekali ari tuh.. aku patutnya keje malam, tp tukar siang.. staf baru yg merasa kena rompak.. parang maa, jgn main-main.. siap ambik 1 tray rokok malboro lagik... kali ni plak.. aku tukar p seksyen 9.. nak jadi plak, malam tu seksyen 2 kena rompak... Alhamdulillah.. Ya Allah, lindungilah aku dari sebarang malapetaka/musibah yg x diingini.. Insya-Allah...