PERHATIAN : TEMUDUGA TERBUKA

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1.Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam bazakh)

KELAYAKAN:
- Anda tidak perlu bawa sijil-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap ataupun berbadan seksi

-->> Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal <<--

PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)

Enam soalan utama yang mudah disoal**
1. Siapa TUHAN anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja(mungkin sekejap lagi).Ia akan berlembut kepada orang mukmin dan akan bengis kepada oarang yang mungkar.Ia diberi nama Izrail.


SEMOGA BERJAYA & SELAMAT MENJAWAB!!

Sesat..

ape pasal la aku hari tu eh.. jalan dah elok punya... itupon leh sesat lagik.. banyak tempat gak aku sesat nih..

Futsal Sport Centre , Seksyen 15, Shah Alam


pagi aku p anto adik ke sana... kelam-kabut arr dah lambat.. sibuk betoi dak ni.. aku dah le tgh busy masak.. lagi mau anto.. slalu kuar ngan member.. aisehh anto le jugak, cian la pulak.. hmm bila dah kelam-kabut ni mula la tersasar jalan.. konon nak potong sana.. potong sini.. alih-alih jauh dah pegi.. ader ke leh sampai p jalan ke puchong.. uihhsss teruks betoi la.. adik aku dah mula bising.. iskhh pusing... bawak sloww... bising jugak! yela.. yela.. laju gak arr... dlm 10 min akhirnya sampai.. blom sempat dier cakap aper².. aku dah bg tau awal².. "Kak Long x leh ambik, ader hal.. So, balik sendiri" Huhu..

Bukit Jalil


Kul 3 ptg.. aku dah mula gerak kuar umah.. Konon nak awal la... Mana taknya Farrel dah anto msg kat aku kata jln kat Kl banyak yg tutup.. dat mean jln yg bukak tu, for sure sesak punya.. Dia cakap ikut brickfield.. Mana la aku tau.. Alih² aku ckp.. "Tak pe, tanya ngan trex la".. Lg pun smlm aku baca kat forum.. trex & sayang mama decide nak konvoi dr bukit jalil.. Aku pon nak join skali la.. So, p la call trex... Dia dah kuar ke belumm .. Minah ni inform kat aku dia terperangkap kat KL.. aku ckp arr aku nak p ngan dier.. pastu dier pon set tempat utk jupe.. Kat Bukit Jalil la.. dlm 15 min maybe dier sampai.. Aku ok jer..
hmm sblom tu singgah kedai jap... beli paper, air & roti sbg isi masa lapang.. Mana tau si trex ni lmbt ker.. tak kisah la dah ader benda nak buat.. Lepas tu bergerak la aku ke sana... Kul 4 ptg dah sampai... carik la tempat nak lepak, tunggu minah tu... adeh melilau sana-sini.. last² terlepas.. ingat nak pusing balik la.. ntah cam mana kuar kat tempat lain... ni yg tak best.. aku dah le tak reti jln area situ.. dgn perangai aku yg ske sgt potong sana-sini.. terlepas la jln nak masuk ke bukit jalil tu.. nengok signboard.. depan terus p damansara.. erk! cam ne ni? alih-alih p masuk ke subang... arghhh! masuk la highway kat ngan pantai dalam tu.. NEP eh?? ntah! dah tu masuk plak sunway... kat situ plak jammed!!! tensen! tensen! call trex.. dier dah nak sampai... suruh la plak tunggu kat R&R Awan Besar... Bila masuk KESAS.. baru aku teringat... awat la aku suh dier tunggu situ.. pesal x benti kat R&R Kinrara?? iskh aku dah pening.. huhu.. pusing la balik.. p Awan Besar.. sib baik x jauh.. hmmm burn RM 3 duit tol... minyak pon kena tambah RM15... ahakss..

Padang Sek St John, Bukit Nenas , KL
Ni lagi satu... aku dah le x reti nak ke sana... ingatkan cik kak tu tahu.. so calling-calling le si farrel plak... tanya cam ne jln nak ke sana.. iskhh.. asyik tanya landmark jer... nak habaq pon x tau lagu mana... ihikss... tak pe la.. jln la dulu sampai KL.. pas tu call balik... si trex la jadik tourist guide aku ni haa.. jalan sana.. jalan sini.. pakai masuk ikut suka je.. sampai ke Pudu! huh! aper la... pesal la x masuk Bukit Bintang... hehhe... payah toll.. yg paling aku x tahan... aku menggelabah bila lalu satu jln tu.. ada 3 ke 2 lane.. aku ingat jln sehala.. kelam-kabut gak arr tanya trex.. cik kak ni plak tgh sibuk call farrel.. tanya jalan.. aku kejap bwk pelan.. kejap bwk slow.. biler trex kata "betul... jln jer.." hah! apalagi terus aku pecut.. sampai tak pasan ader traffic light kat situ.. muahahha! mana la aku tau.. iskh cam ner nak jadi org KL nih.. ahakss... gerak dari bukit jalil kul 5.15 ptg.. sampai padang situ kul 6.35 ptg.. akhirnya sampai jugak... aku nak surprise abg menjadi! ekkeke... pastu x sia-sia gak arr dtg .. keputusannya mesra seri.. x kalah la tu.. PUAS!

Go! Go! Mesra!!!!!

VS

20 Feb 2005 , 5 ptg
Padang sek ST John bukit Nenas B



MESRA F.C = 2
Lim Totti (18)
Juan Shah Valeron (70+1)


GEMPAQ F.C = 2
dadu_idan (7)
Ustaz_TT (29)



Bukit Nenas K.l , 20 feb 2005 , jaringan pada waktu kecederaan oleh pemain tengah yang berkaliber Juan Shah Valeron (Shah) berjaya membuatkan pemain pemain Gempaq F.C hasil bantuan Arul Gonzales meratap kesedihan dan membuatkan mereka fobia hingga tidak dapat tidur malam terutama Gol Keper mereka yang di serang cirit birit dan di masukan ke wad kerana di syaki mengalami Demam Denggi.Pada perlawanan berusia Seawal minit ke lima , Pemain pertahanan kiri MFC yakni Arab yang sanggup mengepau mak dia untuk membeli kasut Bola yang sama seperti yang di pakai oleh Pink Rayes ( Pinkusta ) telah mengalami kecedaraan akibat tergeliat semasa dalam perebuatan bola 50-50 dengan pihak lawan ,Akhir nya Arab terpaksa di usung keluar (lihat Gambo) dan di gantikan oleh Farrel Lampard , GFC berjaya membuka jaringan pada minit ke 7 selepas kehilangan Arab melalui sepakan leret perlahan ala suam suam kuku gitu yang gagal di tangkap kemas oleh penjaga gol mesra Rangga Canizares ( Rangga ), beliau gagal menangkap kemas kerana terkejut melihat senyuman tanpa gigi oleh pom pom girl GFC yang membuatkan tangan beliau mengigil ketakutan hingga mengakibatkan GFC berjaya menjaringkan gol . Pada minit ke 18 pasukan mesra mendapat sepakan percuma yang berhampiran dengan bulatan tengah padang setelah pemain GFC telah dengan sengaja menyentuh bola dengan tangan . Lim Totti ( Lim Tat ) telah membuat satu sepakan lambung setinggi Menara KL yang membuatkan penjaga gol GFC terkapai kapai kelemasan di padang untuk cuba menyelamatkan cubaan Lim Totti tetapi gagal dan terus karam dan Bola tersebut terus masuk menerjah ke jaring dengan cantik dan beautiful nyer.kemudian Mesra di asak bertubi tubi Sehingga membuatkan pemain pemain mesra dengan sukarela memberi peluang kepada GFC memcuba nasib 1 by 1 melawan Rangga Canizaris . tetapi masih gagal membolos gawang gol.Mesra bagaikan tidak mau menyerang , mungkin kerana sekali serang dah gol , belum 7-8 kali serang , kalau 7-8 kali serang kompem gol 7-8 kali muahahah .Akhirnya ye akhirnya setelah menerima surat rayuan darpada GFC supaya melepaskan gol , Manager MFC Jose ISDN Murinho memberikan isyarat tangan kepada Rangga Canizaris supaya melepaskan gol ,. Dengan rembatan yang pasti tidak di kenang , GFC berjaya menjaringkan gol setelah pengjaga gol Mesra menahan bola sambil menutup mata tetapi beliau berjaya menahan bola tersebut dan apabila melihat isyarat tangan Manager dan terlihat muka Sham yang keciwa bangat , Rangga pun menolak bola itu masuk menggunakan tangan nya untuk membolehkan GFC mengatasi MFC dengan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.Pada separuh masa kedua , malang buat pemain pertahan tengah MFC Din Terry@ seberapapantas apabila rempuhan ala Rhino nyer mengakibatkan Beliau mengalami patah bahu dan hampir tidak sedarkan diri dan meracau racau serta ada skit skit sawan .TERIMA KASIH kepada para medik yang membantu Din Terry , Jasa Anda tetap di kenang. Gol kedua Mesra yakni Gol Pemusnah di hasilkan apabila pemain pemain penyerang mesra sengaja membuat kucar kacir di depan pintu gol lawan sebelum Juan Shah Valeron yang di kawal ketat 4 pemain pertahanan lawan melakukan satu rembatan deras untuk menewaskan Penjaga gol GFC yang terkejut melihat rembatan yang sebegitu deras.tu malas nak serang , serang jer gol setelah perlawanan saya sempat mendegar ulasan dari Manager MFC berkenaan dengan keserian pada petang tersebut , “ pemain pamain saya bermain baik dan bijak menggunakan peluang yang ada , tetapi yang merunsing kan saya berkenaan kecederaan pemain pemain saya , tapi itu tak menjadi masaalah besar kerana lawan yang akan datang merupakan pasukan yang memang tak kuat lansung, hantar pasukan bola jaring mesra pun bola menang ‘ kata ISDN Marinho ketika minum minum di tebing.Kemudian saya sempat menebual kepten Angau United berkenaan dengan kekalahan dengan Gempaq 5-2 , dengan rakus nyer beliau menjawab “ Kami dan memang tak terer nak wat cam mana , tu pasal la kami kalah “ kata Sham sambil menyedut minuman .Sekian saja laporan saya , Alang Alang menyeluk Perkasam jangan sampai terpatah bahu , Karam Pink Walia Melaporkan untuk Warta Mesra .


GAMBO

Kek

hhuuhu... aku baru je selesai wat kek cekelat..
tadi lepas bwk kuar dr oven tu..
nampak ok.. bau pon sedap je..
tp aku blom rasa berbangga lagik..
dr pengalaman 2 kek aku yg lepas..
bau je sedap.. biler rasa yg dlm... hampeh!ok..
kek kali ni plak... aku biarkan sejuk dlm 10 min..
pastu nak potong le..
bahagi 2 bahagian...
kat tengah tu leh letak coklat cair..
aisehh aku terburu-buru la plak..
kek ni belum cukup sejuk lagik..
ada rasa panasnya maa...jadi bahagian atas tu pecah...
dah mengeluh jap...
adehhh...tak pa.. tak pa...
letak coklat cair tuh... tampal-tampal balik bahagian atas kek yg pecah tadi ...
pastu lebihan coklat siram atas kek ..
haaa.. time ni aku leh le senyum sket...
coklat tu menyorokkan keadaan kek yg pecah..
muahhaha...selesai.. letak chocolate rice...
then masuk dlm fridge.. kasik keras...
malam karang leh le potong...
harap-harap elok leee...
ni kali ke-3 aku wat kek coklat nih...
mungkin tak 100% jadik..
dlm 70% pon dah ok..
pas ni nak wat kek coklat lagi..
biar 100% menjadi....
kek mable dah jadik..
sekali buat je... tu yg best...
hmm maybe aku wat tu dlm keadaan relax...tak tension...
pastu asyik ingat kat abg..dat y kek menjadi! ahaksss!!
ye la... aku ader baca sat novel dr jepun..
ala dah translate malay lee...
dlm tu 2 watak utama...
sorang pereka baju pengantin..sorang lagi chef yg wat kek..
derang ni bestfriend.. tapi lelama jadik couple...
yg aku nak bg tau ni..
depa sependapat...
"kalau buat something...
biar dlm keadaan relax & happy..
hasil yg dpt sure memuaskan..."

1st Love

Kerana "dia" seorang..
aku mcm nak menghukum org lain..
Sesapa yg sama nama ngan dia ...
aku rasa nak membenci org tu...
Sesapa yg muka sama dgn dia...
aku rasa x puas hati...
ader je yg aku nak kutuk..
Kalau ikut rasa..
aku nak je pukul-pukul org tuh...
hahaha.. cakap je lebih..
Cakap banyak dlm hati je la...
bukan buat bebetul..
tapi bila berdepan baik la plak...
huhu... ntah ape-ape la aku ni kan...

aku teringin nak terserempak ngan dia...
bila aku bersama ngan cik abg aku tu..
Tunjuk pada dia..
bila pikir balik.. nak wat per?
apa faedah yg aku dpt..
karang lagi digelakkan aku adala..
mamat tu dah le jenis suka tersengih-sengih..
Marah pon leh gelak-gelak lagik.. Huh!

Bila aku citer kat member,
derang kata jauh kat sudut hati aku ni ada lagi
rasa sayang kat mamat tuh...
Pastu terselit sekali dendam.. Erk!

aku sampai skrg mmg x leh lupa...
tapi dlm proses melupakannya...
kesian kat cik abg tu..
dlm dia bebetul sayang kat aku....
yg aku plak leh ingat org lain..
kan ker tak elok tuh... aiyakk..
arghh kasik tips sket leh tak?
kalau teringat tu wat aku tension jerk!
iskh.. iskh...

Hobi Singkap Peribadi Si Dia


MENGUMPUL
Si dia memiliki koleksi istimewa spt mata wang dr seluruh dunia, setem, produk-produk tertentu dr hotel-hotel seluruh negeri spt botol sabun, kotak mancis, pen,dan sbgny. Si dia menyifatkan produk-produk sebegini memiliki keistimewaan dan nilai sentimentelnya yg tersendiri. Jika si dia menunjukkan minat sebegini, sahlah bahawa i diaboleh dikategorikan sbg individu yg berhobi "mengumpul"!

KEPERIBADIANNYA;
Memori si dia mmg 'superb'! Si dia memiliki daya ingatan yg tinggi. Sekiranya salah satu barang yg dikumpulnya hilang, pasti disedarinya!Antara sikap positif lain yg boleh kamu dapati dlm diri individu dr kategori ini ialah, si dia juga teliti dan rapi dlm segala hal. Namun kamuperlu berjaga-jaga bila berpasangan dgn individu ini. Bukan apa, sesekali kesilapan yg kamu lakukan, pasti akan diingati oleh si sia sampai bila-bila!


BERSUKAN
Si dia tidak pernah ketinggalan utk mengikuti perkembangan dunia sukan semasa. Malah si dia gemar melibatkan diri dlm apa jua acara sukan. Jika ada kesempatan, si dia tidak akan melepaskan peluang bagi menyaksikan apa-apa perlawanan sukan yg berlangsung sama ada di kaca televisyen mahupun di padang, stadium dan sebagainya.

KEPERIBADIANNYA;
Sebut shj minat atau hobinya, jelas menunjukkan bahawa si dia dikategorikan sbg individu yg aktif. Dari sudut lain, si dia boleh dikatakan sbg individu yg amatmementingkan penampilan serta kesihatan diri. begitu juga dlm soal berpasangan. Si dia amat mengambil berat faktor pemakanan dan kesihatan pasangannya. Bertuahnya badan krn si dia benar-benar mengambil berat soal kesihatanmu. Wah, maksudnya kamu dah ada doktor peribadi skrg! Bg kamu yg berpasangandgn individu dr kategori ini, harus lebih memahami dgn sikap si dia itu yg gemar bersosial dan gemar menyertai sebarang acara sukan yg berkonsepkan permainan berkumpulan spt bola sepak, bola keranjang, futsal dan sebangainya.


AUTOMOTIF
Ingin mengetahui adakah si dia berhobi automitif? Mudah shj.. kamu perhatikan sikap si dia bila berbicara soal kereta ataupun motor, adakah si dia bercerita bersungguh-sungguh? Malah setiap kali program televisyen berkaitan automotif disiarkan, si dia sanggup membatalkan 'date'nya semata-mata tidak mahu ketinggalan menyaksikan program tersebut. Tidak kurang dengan itu, si dia juga gemar mengumpul poster serta replika model-model kereta dan motor terkini. Maka sahlah bahawa si dia memang benar-benar berhobi automotif.

KEPERIBADIANNYA;
Wah, beruntungnya kamu memiliki si dia dari kategori ini. Si dia dikatakan memiliki keperibadian yg cukup membanggakan dan secara tidak langsung menyenangkan kamu. Berani dan sanggup menyahut apa jua cabaran.. Haa, itulah yg kita cari! Selain itu, si dia juga memiliki perangcangan masa hadapan yg teliti serta memiliki tahap kesabaran yg tinggi. Si dia sememangnya amat menghargai dan menyayangi dirimu kerana si dia amat cerewet dlm soal memilih pasangan. Jelaslah, bahawa kamua adalah insan bertuah kerana berjaya memenangi hati si dia! Namun kamu perlu akur kerana tak seorang pun insan di dunia ini'perfect'. Si dia adakalanya sering bersikap terburu-buru khususnya dlm membuat keputusan. Jadi kamu perlu bykkan bersabar ya!
KAKI PERMAINAN VIDEO/KOMPUTER
Pagi petang, siang dan malam topik perbualannya sering berkisar tentang permainan video atau komputer terkini. Si dia gemar mencari kawan-kawan dr kelompok minat yg saa krn bgnya mudah utk si dia bertukar-tukar 'game'. Jika ada masa lapang, apa lagi aktivitinya? Tentulah bermainan permainan video/komputer di rumah atau mana-mana cyber cafe kegemarannya!

KEPERIBADIANNYA;
Si dia mmg sukakan cabaran. Dlm erti kata lain, si dia juga gemarkan persaingan termasuklah berebutkan girlfriend! Wah, dasyat tu! Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati krn individu dr kategori ini disifatkan individu yg mudah bosan. Jgn kamu pula (sbg pasangan kekasihnya) menjadi mangsa kebosannya kelak. Lantaran itu kamu perlu lakukan sesuatu! Beringat sebelum terkena!

MENULIS/BERKARYA
Seni adalah sebahagian drpd kehidupannya. Setiap hari ada shj karya seni yg dihasilkannya, tak kiralah sama ada lukisan, sajak, meloi lagu dan sebagainya.Minatnya terhadap bidang seni mmg menyerlah. Lokasi 'dating' yg paling digemari oleh si dia ialah galeri seni, menyaksikan 'live band' dan lain-lain destinasiyg terdapat acara kesenian. ha, jika si dia memiliki kriteria sedemikian, mmg la si dia tergolong dlm kategori ini.
KEPERIBADIANNYA;
Sikap bersungguh-sungguhnya dan gemarkan perubahan boleh dilihat menerus kerepibadian si dia. Malah si dia juga peka dgn perubahan teknologi semasa. Berita gembira utk pasangan dr kategori ini! Si dia dikatakan memiliki tahap kesenian yg teramat tinggi dan berani menyahut apa jua cabaran khususnya ygmelibatkan soal C.I.N.T.A!

MENCIPTA/BERTUKANG

Kalau boleh apa shj brg yg dihajati, si dia ingin cuba menghasilkannya sendiri. Malah setiap kali menjelang hari 'anniversary', hari jadi dan sebagainya, hadiah yg diberikan oleh si dia kpd kamu adalah barangan yg dihasilkan sendiri spt sebuah patung berbentuk kucing comel diukir drpd kayu.Ada saja idea-idea kreatif hasil usahanya yg ditunjukkan kpd kamu setiap kali berjumpa. Pendek kata, si dia mmg kreatif!

KEPERIBADIANNYA;

Dlm segala aspek, si dia mementingkan kesederhanaan. Walau bagaimanapun, bila menyentuh soal perhubungan si dia kelihatan bersungguh-sungguh dansedia memberikan 100% komitmen dlm perhubungannya itu.Si dia menyifatkan sbg individu yg pemaaf dan memahami, namun begitu jgnlah si pasangannya mengambil kesempatan di atas kebaikan si dia itu! Secara keseluruhan mengenai keperibadian si dia.. sememangnya di dia cukup terkenal dgn sikap sentiasa berhati-hati terhadap semua perkara, khususnya yg melibatkan perancangan masa depannya.
Sumber : -REMAJA -01FEB2005-

Mutiara Kata

"Tiada harapan Selain Allah
Tiada Idola Selain Nabi Muhammad S.A.W
Tiada Kata Selurus As-Sunnah
Tiada Perjuangan Selain Islam "

-Abie-Harian Metro-12022005-


Akal itu raja,
budi itu sufi,
Luhur itu pekerti,
harta itu duniawi.
Berkat itu ukhrawi
dan Kasih itu ILAHI


Jika hati sejernih air, jangan biar ia keruh.
Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman.

-Kolum Jarum Emas oleh Adam-Metro Ahad- 23012005-

Rahsia Hijrah

Muharram

Muharram ertinya "diharamkan atau dipantangkan"

kerana bulan ini dilarang menumpahkan darah.

Larangan ini berjalan sehingga datangnya permulaaan Islam

yang telah memansuhkannya.