Go! Go! Mesra!!!!!

VS

20 Feb 2005 , 5 ptg
Padang sek ST John bukit Nenas B



MESRA F.C = 2
Lim Totti (18)
Juan Shah Valeron (70+1)


GEMPAQ F.C = 2
dadu_idan (7)
Ustaz_TT (29)



Bukit Nenas K.l , 20 feb 2005 , jaringan pada waktu kecederaan oleh pemain tengah yang berkaliber Juan Shah Valeron (Shah) berjaya membuatkan pemain pemain Gempaq F.C hasil bantuan Arul Gonzales meratap kesedihan dan membuatkan mereka fobia hingga tidak dapat tidur malam terutama Gol Keper mereka yang di serang cirit birit dan di masukan ke wad kerana di syaki mengalami Demam Denggi.Pada perlawanan berusia Seawal minit ke lima , Pemain pertahanan kiri MFC yakni Arab yang sanggup mengepau mak dia untuk membeli kasut Bola yang sama seperti yang di pakai oleh Pink Rayes ( Pinkusta ) telah mengalami kecedaraan akibat tergeliat semasa dalam perebuatan bola 50-50 dengan pihak lawan ,Akhir nya Arab terpaksa di usung keluar (lihat Gambo) dan di gantikan oleh Farrel Lampard , GFC berjaya membuka jaringan pada minit ke 7 selepas kehilangan Arab melalui sepakan leret perlahan ala suam suam kuku gitu yang gagal di tangkap kemas oleh penjaga gol mesra Rangga Canizares ( Rangga ), beliau gagal menangkap kemas kerana terkejut melihat senyuman tanpa gigi oleh pom pom girl GFC yang membuatkan tangan beliau mengigil ketakutan hingga mengakibatkan GFC berjaya menjaringkan gol . Pada minit ke 18 pasukan mesra mendapat sepakan percuma yang berhampiran dengan bulatan tengah padang setelah pemain GFC telah dengan sengaja menyentuh bola dengan tangan . Lim Totti ( Lim Tat ) telah membuat satu sepakan lambung setinggi Menara KL yang membuatkan penjaga gol GFC terkapai kapai kelemasan di padang untuk cuba menyelamatkan cubaan Lim Totti tetapi gagal dan terus karam dan Bola tersebut terus masuk menerjah ke jaring dengan cantik dan beautiful nyer.kemudian Mesra di asak bertubi tubi Sehingga membuatkan pemain pemain mesra dengan sukarela memberi peluang kepada GFC memcuba nasib 1 by 1 melawan Rangga Canizaris . tetapi masih gagal membolos gawang gol.Mesra bagaikan tidak mau menyerang , mungkin kerana sekali serang dah gol , belum 7-8 kali serang , kalau 7-8 kali serang kompem gol 7-8 kali muahahah .Akhirnya ye akhirnya setelah menerima surat rayuan darpada GFC supaya melepaskan gol , Manager MFC Jose ISDN Murinho memberikan isyarat tangan kepada Rangga Canizaris supaya melepaskan gol ,. Dengan rembatan yang pasti tidak di kenang , GFC berjaya menjaringkan gol setelah pengjaga gol Mesra menahan bola sambil menutup mata tetapi beliau berjaya menahan bola tersebut dan apabila melihat isyarat tangan Manager dan terlihat muka Sham yang keciwa bangat , Rangga pun menolak bola itu masuk menggunakan tangan nya untuk membolehkan GFC mengatasi MFC dengan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.Pada separuh masa kedua , malang buat pemain pertahan tengah MFC Din Terry@ seberapapantas apabila rempuhan ala Rhino nyer mengakibatkan Beliau mengalami patah bahu dan hampir tidak sedarkan diri dan meracau racau serta ada skit skit sawan .TERIMA KASIH kepada para medik yang membantu Din Terry , Jasa Anda tetap di kenang. Gol kedua Mesra yakni Gol Pemusnah di hasilkan apabila pemain pemain penyerang mesra sengaja membuat kucar kacir di depan pintu gol lawan sebelum Juan Shah Valeron yang di kawal ketat 4 pemain pertahanan lawan melakukan satu rembatan deras untuk menewaskan Penjaga gol GFC yang terkejut melihat rembatan yang sebegitu deras.tu malas nak serang , serang jer gol setelah perlawanan saya sempat mendegar ulasan dari Manager MFC berkenaan dengan keserian pada petang tersebut , “ pemain pamain saya bermain baik dan bijak menggunakan peluang yang ada , tetapi yang merunsing kan saya berkenaan kecederaan pemain pemain saya , tapi itu tak menjadi masaalah besar kerana lawan yang akan datang merupakan pasukan yang memang tak kuat lansung, hantar pasukan bola jaring mesra pun bola menang ‘ kata ISDN Marinho ketika minum minum di tebing.Kemudian saya sempat menebual kepten Angau United berkenaan dengan kekalahan dengan Gempaq 5-2 , dengan rakus nyer beliau menjawab “ Kami dan memang tak terer nak wat cam mana , tu pasal la kami kalah “ kata Sham sambil menyedut minuman .Sekian saja laporan saya , Alang Alang menyeluk Perkasam jangan sampai terpatah bahu , Karam Pink Walia Melaporkan untuk Warta Mesra .


GAMBO

0 kata-kata semangat: