Should i . . .


Should i tell you how i feel..?
Would you show your face and not keel
Should i cry on your shoulder..?
Would you be my supporter..?

Should tell you i love you
Would i gain not the world..?
Should i spare my self, my heart to give you..?
Would you be my wisdom, my dear..?



Should i just stop breathing..?
Would you think of me..?
Should you catch me not..?
Would my soul burn hot..?



This is not lust
But fear of your rejection
Hurt me not my love
Admit it, what's truly more than romance . . .

Mimpi Cinta

Kita pernah mengejar pelangi
Dan pernah melakar mimpi
Kerana kita memang tak mengerti
Tentang sebuah realiti
Cinta ini bukan untuk kita miliki
Lalu biarlah ia pergi
Sudut-sudut hati tak pernah terisi
Sunyi... Sepi... Mencengkam diri
Namun kita tetap tak peduli
Mungkinkah kita ingin bermimpi

The Keys to Your Heart

The Keys to Your Heart

You are attracted to those who have a split personality - cold as ice on the outside but hot as fire in the heart.

In love, you feel the most alive when everything is uncertain, one moment heaven... the next moment hell.

You'd like to your lover to think you are optimistic and happy.

You would be forced to break up with someone who was ruthless, cold-blooded, and sarcastic.

Your ideal relationship is lasting. You want a relationship that looks to the future... one you can grow with.

Your risk of cheating is 100%. You are not suited for a monogamous relationship.

You think of marriage as something that will confine you. You are afraid of marriage.

In this moment, you think of love as something you can get or discard anytime. You're feeling self centered.

rahsia PEMPUAN yang LAKI patut tau..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas
kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan
lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya
akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sahabat

Persahabatan bermula dengan secebis senyuman,
berputik dengan sebuah rasa kesetiaan,
disulami dengan pergaduhan,
berbunga dengan sekelumit cinta.

Percintaan pada mulanya tidak di duga,
pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih dan sayang,
namun kita hanya merancang,
Tuhan yang menentukan,
lalu terciptalah perpisahan.

Perpisahan mengajar kita erti keikhlasan
mengajar erti prinsip diri,
belajar erti menghargai,
mengajar erti kelemahan diri,
Persahabatan lebih bermakna untuk dikenang
selama hayat di kandung badan
15 July 2006

++SUPPORTER WORLD++

~Volleyball Tournament Seven Eleven Malaysia 2006~


---> seharian berkampung di Sekolah Sukan Bukit Jalil, 8 pagi sampai 10 mlm.
---> walaupn team Shah Alam kalah, tapi kami menang sorak! Huhu
---> Jgn memain weih, pemenang seluruh Malaysia ni haa... Sampai serak2 basah & tak de suara dah ... Mana taknya selain sorak & bagi semangat pada team sendiri, kami p tolong sorak utk team Klang gak...
---> mmg happening! Seronok giler!
---> Johan : Johor
Naib Johan : Klang...


17 July 2006

++AUDIT++

Hari ni stor audit plak.. Sib baik semalam dah kemas backroom. Aku dah terdetik, "tor audit esok nih"... Tdo pon x lena maa.. Asyik terjaga je dr tdo.. Alih2 kul 10pg Kak Zie call.. "Stor Audit!". Kelam-kabut aku bersiap.. Yg tambah kepeningan dan kelam-kabut .. Banyak plak stok barang baru yang sampai ( TTS, F&N Cola & Cadbury) isskkhh... sabo je la... Belah malam kang ada lagi receiving barang CDC plak.. Huh ! Semak, berslerak & serabut balik le backroom tu...

++SITI & DATUK K++

Sah depa bercinta... Semoga Berbahagia.. Nikah 21 Ogos 2006, bersanding 26 Ogos 2006... Hmm tapi mcm dah jemu... benda elok, sibuk sgt nak berahsia... 3 September 2006 utk majlis pihak perempuan ..nape eh majlis x buat belah pihak perempuan dulu? suka hati la...


++BABY BOY++
Aku p melawat ila kat umah nenek dia... Rindu sehhh ngan member aku sorang nih... Dah ada anak plak tuh... Mohd Haris Adam.. comel maa.. dia bercerita detik2 nak bersalin... Pastu dgn berpantang lagik.. terasa mcm takut je.. Tapi ila ckp, lom kawen mmg le rasa takut.. Masa nak bersalin tu dia x takut cuma pk sakit nak bersalin je.. Dah kuar baby, dia pk nak tgk anak tu.. sihat tak... ok ke tidak... teringin lak nak ada baby sendiri.. huhu..

++BABY GIRL++

My auntie dapat anak perempuan lagi.. So skrg dah ada 3 laki & 3 pompuan.. Wah dah 6 org anak la eh... Kalau lepas ni ada lagi.. lawan aku adik beradik la nampaknya... Aku 7 beradik.. Bila la nak p tgk baby girl tuh.. nama pon lum tahu lagi... lama gak x jupe chik & family.. windu... raya ni lom tentu dpt cuti lagi.. tahun lepas x balik kpg...



++MASALAH CINTA++
My best bestfriend sms aku... terkejut gak.. dia anto sms... ingat dah lupakan aku... yela pasal kes feeling ari tu laa... hmm sms sbb dia ada masalah ngan awek dia rupanya... Dia sedih kemain awek dia tinggalkan dia.. Aku simpati betul... Dia asyik kecundang je dlm bercinta nih.. aku harap dia tabah... Tapi dia dah mula buat tindakan melulu.. Telan pil ape tah... kan dah mereng kejap.. Nak je aku p sana... tapi kete x ada.. sms je la yg aku dpt antar... nak pinjam kete bf, cik abe x kasi plak aihh.. Risau betul aku ngan dia... Bykkan sabo weihh... Nak nangis tu, biar nangis puas2.. jgn tahan... jangan malu... Nanti makin tambah tension...


20 July 2006

++SLEEPING PILL++

pagi2 lg dpt msg bertalu2 dr member aku nih.. dia bg tau dia salah sangka rupanya... awek dia ada prob.. pastu x layan dia.. bila ditanya x nak bg tau, kan dah angin satu badan... hmm lenkali berterus terang la cik kak oii.. x der la org pk bukan2... ada masalah, bagi je la tau.. mmg la x dpt tolong.. at least kita tahu aper yg berlaku... "Tiada Rahsia Antara Kita"... Dalam hubungan kena ada rasa percaya, berterus-terang, jujur, setia...

Tapi tah mamat nih sibuk sangat nak makan ubat tdo.. x leh tdo katanya... geram betoi aku! x bagi aku kena marah plak.. iskhhh gigit karang! pastu dah la isap rokok giler2 punya.. kang jadi apa2.. bukan ko sorang yg susah! awek ko susah ati, family ko susah ati... aku ni haaa.. pon susah ati gak tau!

~Pikat si dia melalui tarikh lahir ~

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya
berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb- Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy

MAWI



MAWI PUTUSKAN PERTUNANGAN DGN INA

Aper citer nih??? nak salahkan sapa? nape leh jadi mcm ni??

Sapa yg hasut mawi eh? cian ina..

mawi lak.. nape x pk masak2?? nape x bincang dulu...

sedihnyaa... aku yg hanya kapel pon leh terbaring lemah...

inikan pula ina yg dah bertunang... pengsan terus jadinya...

benci! benci!

AYAH MAWI MENINGGAL

Inalillahwainalillahirahjiun, semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh allahyarham Pak Atan dan diletakkan ketempat orang-orang yang mukmin dan beriman Amin.

Al-Fatihah



Amin.



****************************************************
Sakit jantung sbb gosip mawi dgn diana rafar..
Skrg nih, terkejut plak dengan berita putus tunang...