tsunami

HARI Ahad lalu akan tercatat di dalam sejarah Malaysia sebagai hari paling hitam dalam konteks bencana alam yang kita alami. Belum pernah terjadi di dalam sejarah negara kita, malah tiada sesiapa pun yang menduga bahawa kita akan mengalami bencana ombak besar yang selama ini Malaysia dianggap terselamat daripada sebarang malapetaka gempa bumi.
Tetapi, pada 26 Disember, malapetaka itu tanpa diduga, tanpa difikirkan, tiba-tiba melanda dan mengorbankan penduduk Malaysia. Alangkah terperanjatnya kita. Rupa-rupanya negara kita juga akan menerima kesan bahaya dari gempa bumi dan ombak besar yang berlaku di negara jiran.
Menatap laporan-laporan yang terpampang di akbar membuatkan hatiku tersentuh. Alangkah kesiannya mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang dan juga harta benda musnah sama sekali akibat bencana ini.Lebih-lebih lagi tentang fenomena aneh di Kepala Batas yang menyaksikan hasil tangkapan nelayan yang luar biasa sehingga mencecah RM7,000 sehari beberapa hari sebelum ombak besar Tsunami melanda pantai di kawasan berkenaan Ahad lepas.Menurut seorang nelayan, hasil tangkapan tersebut bertambah tujuh kali ganda beberapa hari sebelum kejadian itu berbanding jumlah biasa yang hanya mencecah RM700 hingga RM800 sehari. Mereka membuat kesimpulan ia merupakan "ikan yg turun dr langit" tanpa menyedari rezeki yang melimpah ruah itu akan disusuli oleh malapetaka yang tak pernah dilihat selama ini.
Baru-baru ini Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan menyambut Tahun Baru, sebaliknya menganjurkan semua pihak termasuk swasta supaya mengadakan majlis doa agar negara selamat daripada sebarang bencana.
Serentak dengan itu, Perdana Menteri meminta masjid-masjid di seluruh negara mengadakan doa selamat di samping membacakan khutbah Jumaat yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami.

Keputusan Datuk Seri Abdullah yang berani walaupun menyedari mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak namun itu adalah keputusan terbaik. Aku merasakan majoriti rakyat menyokong keputusan tersebut.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu mereka dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing sama ada barangan keperluan ataupun wang ringgit.

Rindunya kian membara



Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

****************************************************

Tengok pada cover depan novel nih, aku jadi perasan la plak.. konon² itu aku... yang sedang merindu pada si dia tersayang... Tapi kalau ikut cerita tak ada kena mengena langsung maa... Hmm dah sebulan tak jumpa abang.. Aku la yang susah nak kuar.. Mmg rindu giler!!! Tak pa la jugak kan... Sebelum nih mmg selalu sgt jumpa...

Novel keluaran Alaf21

Adik-adik sibuk beli buku sekolah... aku plak sibuk nak beli novel... Skrg ni 9 buah novel yg aku target nak beli... Ada 2-3 buah novel yg aku dah lama teringin nak beli.. Tapi selalunya bila ada duit.. p beli novel lain plak.. aiyakk... Ummi dah bising.. asyik novel cintan cintun je aku baca.. cuba la baca bahan ilmiah sket.. erkss! kat rumah tu dah banyak novel.. kalau dikumpul masuk dlm kotak.. rasanya leh ada dlm 3 kotak! huhu...

Alkisahnyaa.....

~Gosip lagi laa.. & Mesraaa~
Adoi! dlm dok aku nak gosipkan org lain.. aku plak terkena gak ye gosip!Huhu kawen?? Alamak.. awat tanya cheq.. Pi la tanya pihak laki tu haa..Dier yg nak datang meminang.. Ihikss..Itu gak la jawapan utk makcik-makcik aku sumer.. Depa stok menyakat tak abes-abes!Ala cheq ni tak keje pon lagi.. Masak pon tak gheti lagi.. Kang nak kasi cik abe tu makan aper?takkan la mee maggi je kot(cik abe dah jemu la tuh.. skrg ni itu je di makan nyer.. sib baik rambut tu tak macam maggi! kuang kuang kuang!)hmm korang nih... ader ker nak wat nasi goreng... kenduri aku nanti makan bihun goreng cukup ler.. oppss.. opss.. pesal citer akku plak nih...

haaa gosip cik kak & cik abgnya tu kan.. pada firasat aku, confirm betoi!Tapi ader gak konpius sket! pesal plak tetiba dia dikaitkan dgn org lain eh??aku termenung seketika... tak der! tak der! pemerhatian aku yg tajam ni..( ecewahh poyo je lebih! ekekke..) mmg mereka berdua tu tgh masyukkkk centa.. hmm nama-nama spt trex, pinklady, cikin, kak ros, kak hasta, jejer... cukup sekadar beberapa nama.. aiyakk korang jgn le tersedak plak..keh keh keh..yg tak der nama tu.. heehehe.. nak letak gak ker.. ahakss..yg tak berkaitan tu jgn le mare eh.. nanti lekas tua plak..huhu...relax.. awet muda gitu..

mcm-mcm berlaku kan...ke'mesra'an yg terjalin di antara kita...tak sangka ada yg tersangkut..kini genap setahun aku kat mesra.. kawan-kawan mmg bertambah.. pelbagai karektor yg ku lihat..pelbagai karenah.. yg pasti ramai forumnis yg best! sonok kawan ngan korang!mana-mana kelemahan & kesilapan cheq tu, harap dimaafkan yerk!sapa yg bertemu partner kat mesra, aku doakan kekal bersama di samping talian ikatan yg sah & berbahagia hingga ke akhir hayat!Insya-Allah..

~Kenduri Khatam Al-Quran (Azira_Queen) ~
Aku ingatkan azira yg khatam Quran.. rupa-rupanya salah faham maa.. kenduri khatam quran adik & sepupu dier laa..siap ada pelamin lagik..ikut pada penerangan si azira..

10 pg : berarak ramai-ramai
11 pg : majlis khatam quran
12 tgh: kenduri utk pihak perempuan ( kebanyakkan member adik & sepupu)
2 ptg : lepas solat jumaat.. turn budak laki plak .... serbu!!!!
4 ptg : selesai.. pinggan mangkuk siap berbasuh..

aku dtg kul 4.30 ptg... huhu sib baik dier simpan nasi minyak utk aku.. merasa gak ye..ngeh ngeh ngeh! byk songeh plak!

~Filem~
Banyaknyer filem!!! Ada gak filem yg blom kuar lagi.. tapi dah tengok iklan.. Mcm best je..
Mana satu nak tengok dulu eh.. kang tak best plak.. rugi je duit aku.Huh!



-The Incredibles
-Bride and Prejudice
-The Polar Express
-Biar Betul
-Tangkai Jering
-Kungfu Hustle
-Gangster
-Shall We Dance

~Demam kembali ke sekolah~
Adik-adik aku busy dah skrg nih.. baju baru, seluar baru, buku-buku teks baru... Aku pon termasuk la sekali.. Kena tolong balut buku, print label nama, gosokkan baju ,bla bla bla.. uihss macam aku plak yg beria nak p sekolah!Haha...

Saat ni terkenangkan balik sekolah-sekolah aku dulu...rindu pada cikgu-cikgu...
pada kengkawan yg ntah biler leh jupe balik..

SRK Seksyen 6 (skrg SKS6), Shah Alam
SK Keramat Tanjong, Kuala Selangor
SM Seri Tanjung, Kuala Selangor
SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam

~Sunat ~
Musim cuti sekolah ni ramai la budak-budak yg bersunat. Siap kenduri & berkompang lagik!Adik bongsu aku tak terkecuali.. Dier pon bersunat gak tapi di saat-sat akhir plak. Lagi seminggu je sekolah nak buka.Rasanya ok kot.. Harap cepat sembuh. Kiranya cuti sekolah kali ni, dak kecik tuh enjoy habis!Main ngan sepupu sebaya dier tuh. Siap stay ngan chik kat Gurun, Kedah. Ada la dlm seminggu dua.Kitorang kat sini yg menanggung rindu. Cait!Ok berbalik pada si bongsu ni. Sonok gak eh. Sejak terbaring tu, ada-ada saja permintaan ditunaikan.Mintak game boy la.. PlayStation 2 la.. makan pon leh tahan. tak makan nasi. Asyik makan roti & Mc D je.

Menu ummi : roti bakar + buah strawberry + susu & Mc D --> mmg dier suka sgt!
Menu aku : nasi + ikan goreng + sup sayur & cendawan --> hangin je aku nih! bukan nak makan sgt! tak pa.. tak pa.. at least mushroom tu habis dimakan..


uit! dah le hang tu kurus kering.. kang bertambah kurus le lagik!kitorang kat umah ni pon terikut sekali tak makan nasi.. byk makan roti..berat aku pon turun sket.. best la plak! kui kui kui..

Berbeza ngan 2 org abg dier(adik laki aku no3&4).. beza sungguh! makan sup sayur, nasi..sunat tu siap wat pulut kuning. bunga telur pon ader! time tu sakan le makcik-makcik sakat aku..adik tu baru sunat..siap kenduri.. kak long kawen nanti cam ner la eh.. pekakkan telinga je laaa...

~Lesen~
Akhirnya kini pasti!!! ngeh ngeh ngeh.. skrg bleh dah le tanggal pelekat P.. huhu bestnyerrr.. Moto pon tak yah lekat P gak... walaupun tak cukup 2 tahun tempoh percubaan, tapi dah tulih kat situ Kelas : B2 & D .. heheh bangganya aku kat abang.. ahaksss!!! Tapi biler dok dlm kelompok member lama, aku jer yg tertinggal. P JPN, update data kat dlm MyCard dgn ditemani cik abe..

~Pengantin Baru Ain82~
Rancang nak pi ngan trex, sg & alan... Tapi di saat akhir abah nak hantar.. Terlampau risau kat anak dara sulung dier nih... Siap ponteng lagi.. mana taknya kenduri kat perak.. P KL pon bising, inikan pula perak.. Terasa jauh beribu batu... huhu sorry abah.. menyusahkan pula.. So, ummi & abah anto aku ke sana.. Bertolak dalam kul 11 pagi... on da way ke sana sempat lagi sms ngan trex..

**Kat traffic light**
ummi : cuba tanya derang dah sampai mana?
-----
me : korang kat mana? saje tanya..
trex: aku kat sekinchan.
-----
me : kita kat mana ni ummi? derang kat sekinchan.
ummi: sekinchan la. kawan kak long tu naik kete apa?
me : wira kaler kelabu.ummi:ntah-ntah sebelah depan ni tak ? (hijau je, kitorang jalan dulu, lalu bersebelahan wira tu)
me: eh! derang la ummi! betoi la tuh! (sambil melambai-lambai kat trex..ahakss!)
ummi:haaa.. kan betul.. tengok instict ummi kuat.. (huhu mmg x dinafikan.. kata hati ummi selalunya betul.. tu yg wat aku x berani sgt nak kelentong/sembunyikan sumtin' dari ummi.. dari air muka je dier leh teka.. aiyakk!!)
*********************
sampai sana makan-makan..bergambo.. uihss lawa ler pengantin..serba ungu.. jeles plak aku.. aku nanti tak wat cam ni la... simple saja..
kul 3.30 ptg bertolak pulang..

~Cuti-cuti Malaysia~
haiyaa busynyer aku dlm seminggu dua ne!! melayan saudara yg mai rumah...bwk depa jalan-jalan sekitar Shah Alam & KL.. aku bukannyer jadi tourist guide, tapi babysitter!tak kisah la.. sonok melayan bebudak kecik yg comel nih... aku pon turut jadi comel sama.. haha perasan!mula-mula chik & family datang.. dok dlm seminggu.. pastu wan , mak tok & pak cik tiri (anak mak tok) plak mai..dok sini dlm seminggu gak..dah bawak depa pi Muzium Shah Alam, Pusat Akuarium, Wet World,Zoo Negara, KLIA .. singgah la plak rumah mak njang(gombak) & chu(subang permai)..riuh-rendah jadinya biler kumpul ramai-ramai nih..

~Bowling~
Lamanyerrrr tak sentuh bola bowling nih!! Aku beria sakat sato time dier nak berhenti rehat dari memboling.. sblom tuasyik melontar bola bowling je keje.. semata-mata nak practice utk tournament inter-forum .. mesra time tu pon asyik gath bowlingtak abes-abes! hah! skrg senyap dah.. asyik bola sepak & futsal jer...aku pon turut berehat dari bermain gak.. haiyaa...Keluar ngan abang 2-3 kali main bowling.. nak lepas gian + tengok prestasi aku cam ner.. sekali main tu ok.. nampak mcm meningkat.. asyik strike..tapi lepas tu.. pesal nak sapu longkang je nih... iskhh iskh kesian tolll...abang dah kalahkan aku.. ces! ces! ces!

~Kuala Selangor~
Aku ke sana ditemani adik. mmg tekad aku nak pi sana..Nak dekat 4 tahun tak jejak kaki ke sana.. Alhamdulillah ummi kasi aku pergi kali ni.. dah byk kali la juga minta.. tp tak dpt..Kenangan sekolah rendah 2 tahun & sekolah menengah 1 tahun kat sana..Aku cuma ada 4 org kawan yg rapat .. eda, lynn, julie & iya .. rapat takat kat sekolah je la.. abes je sekolah aku adik -beradik terperap kat rumah.. nak kuar pun kat halaman rumah je, main basikal..nakal gitu-gitu je.. klakarnye tingat zaman bebudak dulu.. keluar rumah ada la dlm kul 9 pg.. sampai klang ambik bas ke kuala selangor.. perjalanan ambik masa dlm sejam lebiih..jalan ke sana tak berubah lagi.. masih dlm proses pembinaan..kiri kanan dah banyak rumah baru & rumah batu.. kurang dah bentuk rumah lama..sampai dlm kul 12 lebih.. aikk cepat la plak.. janji ngan lynn kul 1 lebih sampai.. hmm dah sampai ni.. terus je la ke rumah lynn.. 1st time aku pergi.. setelah 9 tahun berkawan .. baru ku tahu sini rumah dier.. malu sehh..borak-borak ngan lynn sementara tunggu eda balik.. si eda tu p register.. dier kat uitm melaka..alang-alang dah sampai ni.. tunggu je la.. kul 2 ptg tu dah terpacak kat depan rumah lynn.. wehh ingatkan ko bwk kete.. leh le kita ronggeng! ekeke..byk la cerita keluar..dah jumpa tu rasa puas sangat-sangat!Cuma ralat sket, rumah eda tak jejak lagi.. Insya-Allah lain kali p sana.. Aku singgah rumah eda pula..

~Lebuhraya Utara-Selatan~
Raya ke-7 baru la bertolak pulang ke Shah Alam.. gerak dari rumah Wan Taiping.. Abah suruh aku drive..Ok, no hal..aku kata.. jalan ok ,straight je.. tapi bila lepas je dari perhentian rehat & rawat sungai perak..jantung aku dah dup dap dup dap.. sbb lepas ni kena lalu area berbuit dekat jelapang tu & kawasan gua tempurung..abah kat sebelah best je tido.. ok gak.. tak der la nak mengomel aku bwk slow.. huhu..lori mmg banyak.. tu yg wat gerun aku bertambah-tambah.. iskh relax la.. sampai kat plaza tol jelapang, ok dah... lepas je bayar ... dlm 100 m dari situ, tiba-tiba hujan turun. lebat plak tuh!Sudah! Tak nampak langsung! Slow je la aku bawak.. mcm familiar je hujan nih.. hmm macam kat shah alam! ari tu lagi teruk! siap kilat, petir & guruh lagik.. ok.. aku dah cool sket.. bwk hati-hati.. tup tup hujan pon benti.. Alhamdulillah.....berhenti kat perhentian rawang. Abah pula drive sampai la rumah...Aku naik bilik, baring kat katil & terus terlena.. Penat!

~Org baru.. Suasana baru~
Pertama kali bersua muka, melemparkan senyuman & berkata-kata...Hmm ok kot orgnya..baru beberapa hari tinggal.. Kitorang panggil Mak Tok..Aku tengok wan happy betul.. Ntah la aku mcm x dpt terima sepenuhnya lagi.. mcm ada yg tak kena.. tak best! tak best! ader org lain yg ambil alih tempat arwah...beza sungguh wan dulu & sekarang.. ikut je kata mak tok.. raya kali ni kelam-kabut la.. aper ni.. raya ke-2 pergi guar cempedak.. beraya sebelah sanak-saudara mak tok.. pk nak kenalkan sanak-saudara dier kat kitorang.. tak pela.. cukupla seharian dari pagi sampai malam.. cukupla raya ke-2 tu.. nak ajak p tempat lain plak.. sorry!raya ke-3 baru p alor setar.. rumah adik-beradik belah wan & arwah tok... ramai yg bersungut.. mcm menyalahkan kitorang pon ader..smlm derang sediakan mcm-mcm.. menu pon leh tahan.. me kari, nasi beriyani, laksa, bihun sup... semuanya semata-mata utk rombongan dari Sungai Petani mai Alor Setar..Rasa bersalah bertimpa-timpa!Adeh.. tak habis lagi ngan karenah mak tok ni.. ada saja plan dier nak p berjalan.. plan sesuka hati.. tak discuss pon!marahnya aku!! tak tahan sehh!!! nenek tiri belah ummi tu cukup la ngan perangai dier..(tak berapa rapat sgt..) ini nenek tiri belah abah plak!pening! Sampai bila-bila..... argghhhhh!!!hati aku meronta-ronta nak balik shah alam.. tak betah dok kat sini..

Flying Coster!

Asia's
First Flying Coaster!



Kuala Lumpur, 22nd October - Experience an Asian first: a hang-gliding roller coaster, the Flying Coaster, at Genting - City of Entertainment. Swoop, twist and zoom round turns and drops! With the Flying Coaster, you'll "fly" with a totally unobstructed view of Genting and its beautiful scenery.

The Flying Coaster is Genting's new ride, a unique hang-gliding roller coaster, designed by renowned coaster designer Werner Stengel and manufactured by Zamperla of Italy. It gives thrill-seekers the incredible sensation of zero gravity, together with the realistic effect of flying.

"With 6 carriages of 4 flyers each, the Flying Coaster takes in about 600 flyers per hour," said Mr. Raymond Yap, Senior Vice President for Theme Park and First World Plaza in a press conference to unveil the latest attraction at Genting Theme Park today.

He added that the ride lifts the flyer to a height of 20 meters and releases the flyer to a hang gliding flying experience over 391 meters of the track length, with a maximum speed of 25.7 mph.

The unique positioning of the passengers - four riders "fly" together, side by side - is a new way of experiencing drops, spirals and swooping turns from the "front seat." The flyer will experience a constant change of acceleration throughout from negative 1G to 3.6G on the vertical movements and 1G on a lateral movement.

The Flying Coaster, which costs RM20 million, is expected to start its run in December 2004, in time for the holiday crowds.

The Flying Coaster open to the public from 12th December 2004.

Photos

Saja nak try

Tadi jenguk kat page Kak Leli... Nengok ader kuiz kat situ.. So sesaja je la nak try.. Ini hasilnya..


You Are the Helper
2

You always put on a happy face and try to help those around you.

You're incredibly empathetic and care about everyone you know.

Able to see the good in others, you're thoughtful, warm, and sincere.

You connect with people who are charming and charismatic.


Coretan pendek

Urmm hari ni cheq tulis sket jer.. Nak wat cam ner masa tak mengizinkan nak tulih pepanjang.. esok² la cheq post entri panjang lebar... macam² cerita ada! semingggu dua ni busy je aku nih haa... Mana tak nya melayan sanak-saudara dari Sungai Petani mai bertandang umah cheq.. Tadi p check email.. mak aihhh... You have 20 unread messages! hepi le kejap.. sapo la rajin anto email kat aku nih... tup tup.. byk email yg tak berkenaan.. cait! menyemak inbox aku je... ader satu email tu dari Club Nokia Malaysia.. The Polar Express Ticket Giveaway! Aiseh hari ni maa tayangan dia.. kul 9 mlm.. iskhh lambat bukak email.. kalau tak leh dpt 2 tiket free... tapi kalau dapat pon bukan leh pergi... macam la ummi & abah kasi aku kuar malam semata-mata nak pi nengok wayang... kalau ngan famili tak pe... abaikan je la nampaknya... sat lagi nak pi beli sampul surat besar.. nak mohon & anto borang jawatan kosong... banyak gak mintak.. kat negeri sembilan la banyak... harap² ada la yg lekat... boring sehh dok umah nih... dah le fulus tarak.. tak best langsung! ok le nak kuar dah nih... hmm konon nak tulih pendek.. panjang gak ni kan.. hehe... take care guys!! chow chin chow!!

Mood Raya

Assalamualaikum...
uihss skrg ni still dlm mood ghaye maa... jemputan p open house mmg byk... tapi antara leh pergi atau tidak je.. huhu..
Aku tengah upload gambo² raya ni haa.. banyak maa.. penat gak menunggu.. yang hanginnyerr leh tetiba "connection error" ! cait! upload la balik... ni baru up gambo utk raya ke -2... blom lagi raya ke-3 , ke-4 , ke-5 ... pastu kenduri Pak Lang Shahril bebaru ni pon ader gambonyer.. banyakk... haiii kalau leh magic kan best.. sekali tunjuk je.. sumer dah upload.. senang le aku nak bg tau kat sanak-saudara.. "meh le nengok gambo.. nengok puas² ye.." heheh... angan je lebih... lambat lagi la depa tunggu...