Ganjaran Pahala Untuk Para Isteri
Salah
satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada
suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam
banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya
ialah:
1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2. makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik
baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah
kepada fakir miskin.
4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng
neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi
tasbih(zikir).
6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan
keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan
taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu
yang ia suka.
Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri
terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada
seorang isteri yang solehah.
Semoga kaum HAWA semua mendapat keberkatan oleh Allah SWT...
p/s: Untuk suami jadilah yang soleh juga. Sama-sama dan rukun menjalani
kehidupan semoga mendapat keberkatan. besar tanggungjawab kita nih
bukan setakat mencari bekalan dunia sahaja....tetapi di AKHIRAT juga....
KHAS UTK TATAPAN SUAMI AGAR MEMAHAMI ISTERINYA
JIKA seorang isteri menangis di
hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahan lagi. Jika kau memegang
tangannya saat dia menangis, dia akan menyerahkan seluruh hati
& hidupnya untukmu. Seorang isteri tidak akan menangis dengan
mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia akan menjadi
lemah!
Wahai suami-suami, jika seorang
isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh
kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan
tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu
dalam.
Wahai suami-suami, jika seorang
isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya.
Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia
menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke
dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang
dirasakannya keranamu?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Disebalik KELEMBUTANnya, dia memilik KEKUATAN yang begitu dahsyat. TUTUR KATAnya merupakan KEBENARAN. SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi suami &
anak-anaknya.
Jus Delima Granada
KELEBIHAN JUS DELIMA
Delima; Anugerah Illahi Dari Syurga
Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW
bersabda bahwa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.
“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia
dibuahi dengan biji buah delima Syuga”
Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib
bahawa Rasullah SAW bersabda;
“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya
kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
Sebagaimana Firmman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan
daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu
butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari
mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan
dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima,
yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan
kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Kelebihan Jus Delima Granada 100% asli
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium,
riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan
fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi
melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan
Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.
Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus
Delima Granada bebas daripada campuran bahan pengawet.
Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong
dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan
badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan
metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa
mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu
berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan
pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus
delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat
lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur,
ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus
delima” kata penyelidik
Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan
merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing
manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian
atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum
kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai
pelindung melawan atherosclerosis.”
Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak
bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat
mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda
waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan
kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate)
boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang
dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya
dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan
kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.
Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi
;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan
penyakit jantung dan kanser.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah
ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan
pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang
baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang
tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
1 BOTOL JUS DELIMA GRANADA = RM 71.30
1 BOTOL JUS DELIMA GRANADA + KEAHLIAN = RM 88.50
Rahsia Jari Jemari Anda...
PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!
Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..
Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...
ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI
RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini:
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..
IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI
YANG MAHA ESA....:-)~ Keje Kosong dan Menang RM500!!!
Sapa yang tengah carik keje tu... meh klik link nih. kebetulan ada rezeki korang, leh laa dapat RM500 ! banyak gak tu kan...
Rewards
9 Sebab Hati Tidak Bahagia
a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan,
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Nikmatnya membaca Surah Al-Kausar
Surah Al-Kausar mempunyai 3 ayat sahaja yang bermaksud:
Jadi, marilah kita menjadikan surah ini salah satu amalan dalam kehidupan seharian. Insya Allah, segala kekusutan dan kesedihan yang kita alami digantikan dengan berita 1000 kali ganda baiknya dari dulu. Tiada perkara yang mustahil bagi Allah swt. =D
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
108:1. Sesungguhnya Kami memberikan kamu berlimpah-limpah,
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.
108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus.
Surah
ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Sumber: Love Love Islam
Jadi, marilah kita menjadikan surah ini salah satu amalan dalam kehidupan seharian. Insya Allah, segala kekusutan dan kesedihan yang kita alami digantikan dengan berita 1000 kali ganda baiknya dari dulu. Tiada perkara yang mustahil bagi Allah swt. =D
Pakcik di KFC
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.
Orang tua kurang makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..
Perhatikan 25 petanda ini pada anda
Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarahi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)