MANFAAT KERAP AMALKAN NIAT SEDEKAH AL FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI




Surah Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca didalam solat. Ia juga sering dibaca untuk disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Surah ini dinamakan Al-Fatihah(Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Rupanya banyak kesan positif dan manfaat yang boleh dirasai jika kerap mengamalkan niat sedekah Al-Fatihah untuk diri sendiri, setiap hari. Terutamanya dibaca banyak kali ketika mempunyai banyak masa terluang, seperti sedang memandu dan sebagainya.

Baca perkongsian ini :

Saya di sini ingin berkongsi eksperimen saya setelah mengamalkan sedekah Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin semasa saya memandu pergi atau balik dari tempat kerja.

Buat masa ini, sudah lebih seminggu saya amalkan dan Alhamdulillah terlalu banyak manfaat yang saya dapat rasakan dan merasa terpanggil untuk mengajak semua untuk cuba eksperimen yang sangat mudah ini.

Anda cuma perlu mulakan dengan niat sedekah Al-Fatihah untuk DIRI SENDIRI, Rasulullah saw, ibubapa, keluarga, sahabat, saudara-mara ataupun sesiapa saja termasuklah orang yang awak tidak selesa contohnya seperti bos atau rakan yang tak ngam ke.


Saya tekankan untuk sedekah diri sendiri sebab kebanyakkan kita terlupa untuk buat pbenda-benda macam ni. Lazimnya, sedekah Al-Fatihah selalu diamalkan untuk yang meninggal sahaja.

Ok, di dalam kereta, pastikan radio ditutup ye dan fokus baca Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin sepanjang masa memandu. Kenapa saya memilih waktu memandu? Sebab waktu sebegini masa banyak terbuang begitu sahaja. Boleh juga diamalkan ketika menaiki kenderaan awam. So, no excuses ye.

Cuba amalkan setiap hari. Istiqamah is the KEY :)

Let me share you my personal experience selepas kerap amalkan sedekah Al-Fatihah;

1. SAYA RASA LEBIH CERIA
Bila sampai pejabat, mood sangat baik dan rasa seronok. Malah lebih bersemangat nak mulakan hari.

Untuk pengetahuan, saya ni dah lebih 12 tahun kerja. Maka faham-faham je laa ada hari kita rasa macam sangat malas.
Bila amalkan Al-Fatihah, memang terasa lain macam auranya.

2. SAYA DAPAT BANYAK BERITA GEMBIRA
Tiba-tiba ada orang belanja makan, saya dapat baucar, dapat pujian. Best Best Best.


3. SAYA KURANG NAK MARAH-MARAH ORANG
Saya dah ada anak lelaki 2 orang yang masih pakai lampin. Jadi, paham-paham la kadang terjadi raksasa tapi lepas amalkannya saya rasa lebih chill, tenang hadapi situasi yang menggemparkan.


4. KERJA DAN URUSAN HARIAN DIPERMUDAHKAN
Bos pon mood baik je senang nak dapat autograph. Kerja pon lancar je. Allah kan ada bantu kita hadapi liku-liku kehidupan.


Setakat ini saja perkongsian saya hari ini.
Terima kasih sudi baca confession saya ye.

Oh , saya gelarkan diri saya makcik i-can sebab pengaruh kampung people. Ikan - i can ^_^ Saya harap saya dapat sebarkan sedikit manfaat dan aura positif untuk awak semua.

- krdt Makcik I-can (bukan nama sebenar)

baby delima

salam.. baby delima ;) selamat dilahirkan pd 19.09.2012 jam 5.35pg..
1.35pg - mkn 1 tablet delima.. sblom ke hspital..
4pg- kena tahan masuk wad, dh buka 3cm
4.30- sakit makin kuat ..
5pg - dah buka 8cm ;)
5.35pg - bersalin baby girl.. syukur..

Yang Mana satu eh???


Duit dah ada... Tapi berbelah bahagi pulak nak pilih yg mana satu.. huhuhu...



Wishlist aka Mengidam.. heheh

Nak dkt2 bersalin ni, terasa nk mkn mcm2 pulak.. Huhu.. 










Akaun Tabung Haji




Alhamdulillah.. Akhirnya Afiq dah ada akaun Tabung Haji!
Duit raya dia untuk tahun ni semua simpan... Yeay!
Sebenarnya nak buka dari awal-awal dia lahir dulu.. tapi asyik tangguh je...
Pastu kewangan pon tak mengizinnkan... Jadi duit yg dia dapat, semua pakai..
Guna untuk beli brg2 dia jugak...
Skrg ni membuak2 nak bukak akaun sbb terbaca entry satu blog nih..
"Jika tahun ini 2012 anda mencukupkan wang sebanyak RM1,300.00 di Tabung Haji, anda layak untuk mendapat nombor giliran mengerjakan haji. "

selebihnya leh la baca kat blog tu ye...

 syiokkknye kalau dapat ke TANAH HARAM muda2 ni kan....
ummi & ayah Afiq dah lama tak menabung.. huhuh...
lepas ni kena start balik tolak duit untuk simpanan...
Buku Tabung Haji pon terperuk je dalam laci tu... hehe...

Nanti adik Afiq pon nak bukak akaun tabung haji jugak..
tak leh dah tangguh2 lagik!




8 bulan sudah!

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Maternity tickers


Ya Allah ,peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat

Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .



Ganjaran Pahala Untuk Para Isteri



Salah satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya ialah:

1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2. makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi tasbih(zikir).

6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.

7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.

8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.


Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada seorang isteri yang solehah.

Semoga kaum HAWA semua mendapat keberkatan oleh Allah SWT...

p/s: Untuk suami jadilah yang soleh juga. Sama-sama dan rukun menjalani kehidupan semoga mendapat keberkatan. besar tanggungjawab kita nih bukan setakat mencari bekalan dunia sahaja....tetapi di AKHIRAT juga....
 

KHAS UTK TATAPAN SUAMI AGAR MEMAHAMI ISTERINYA


  
JIKA seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahan lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan menyerahkan seluruh hati & hidupnya untukmu. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia akan menjadi lemah!

 Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu dalam.

  
Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya. Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu? 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Disebalik KELEMBUTANnya, dia memilik KEKUATAN yang begitu dahsyat. TUTUR KATAnya merupakan KEBENARAN. SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi suami & anak-anaknya.








Jom Shopping!!!








PROMOSI DARI 12/6 - 18/6 SAJA TAU!
¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸








 

 




cepat order, sbb produk ni laris macam goreng pisang panas! :D

Jus Delima Granada





KELEBIHAN JUS DELIMA

Delima; Anugerah Illahi Dari Syurga

Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.

“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syuga”

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullah SAW bersabda;

“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
Sebagaimana Firmman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”


Kelebihan Jus Delima Granada 100% asli
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.
Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Granada bebas daripada campuran bahan pengawet.

Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

1 BOTOL JUS DELIMA GRANADA = RM 71.30

1 BOTOL JUS DELIMA GRANADA + KEAHLIAN = RM 88.50

2 BOTOL JUS DELIMA GRANADA =RM 142 + KEAHLIAN PERCUMA


Rahsia Jari Jemari Anda...


PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI 
RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini: 
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..
IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI 
YANG MAHA ESA....:-)~

Keje Kosong dan Menang RM500!!!


Sapa yang tengah carik keje tu... meh klik link nih. kebetulan ada rezeki korang, leh laa dapat RM500 ! banyak gak tu kan...

Rewards



Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that?