skip to main |
skip to sidebar
Salah
satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada
suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam
banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya
ialah:
1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2. makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik
baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah
kepada fakir miskin.
4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng
neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi
tasbih(zikir).
6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan
keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan
taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu
yang ia suka.
Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri
terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada
seorang isteri yang solehah.
Semoga kaum HAWA semua mendapat keberkatan oleh Allah SWT...
p/s: Untuk suami jadilah yang soleh juga. Sama-sama dan rukun menjalani
kehidupan semoga mendapat keberkatan. besar tanggungjawab kita nih
bukan setakat mencari bekalan dunia sahaja....tetapi di AKHIRAT juga....
0 kata-kata semangat:
Post a Comment