hmmm mula2 nak beli susu halibs ni... bizios keje tertangguh lama dah keinginan tu... alih-alih susu ilham pulak yg keluar.... dah try tanya kat diorg, susu halib dan susu ilham ni produk yg sama ke? tapi tak ada jawapan...
si hero kecik ni awal2 dulu mmg jenis tak mau minum susu dalam botol... walaupun susu badan yg diperah dan dimasukkan dalm botol... dia tak layan jugak! iskhhh nak gantung jer budak nih... huhuhu.... pastu dalam umur 6-7 bulan tu dah mula terima minum susu botol.. tapi susu yg biasa jual kat pasaran, semua dia tak mau! memilih sungguh! last skali bagi susu ilham nih... dia terima pulak... huhu produk mlm jugak yg dia pilih! dah terikut mak dia yg bisnes mlm lagik time peknen dulu.. ihiks!
skrg stok susu ilham 1-3tahun susah nk dapat la pulak! semua kedai abes! pening dah nih... hero kecik ni jenis kuat minum.... takkan nak bagi air kosong je.... aritu p kedai kat seksyen 3... tokey ambik no tepon.. nnti bila ada stok, dia inform... katanya kilang ada masalah.... aper masalah tah la... dari toeky kedai la baru tau... susu halib & susu ilham dari kilang yg sama.,.. tapi syarikat lain2...
Keterangan lebih lanjut pasal Susu Halibs dan Susu Ilham, ada kat bawah ni.... Bacalahhh... :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Halib's adalah susu yang telah dikeluarkan oleh IMP (Islam Manufacturing Practise) adalah susu penuh krim yang mengandungi kalsium, kismis dan kurma.
Kismis
Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Kurma
Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.
Seaweed Calsium
Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik yang paling mudah diserap olh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.
L-Lysine
L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.
***********************************
SUSU ILHAM 1-3 TAHUN
Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja.Susu Ilham mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.
SUSU
Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.
Komposisi dan khasiat
Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:- Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
- Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.
Badam
Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.
Kismis
Imam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka
SUSU ILHAM 4+ TAHUN
Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja.
Susu Ilham juga mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.
Susu Ilham 4-7 Tahun mempunyai 2 perasa iaitu Vanila & Coklat
Gingko Biloba:
Gingko Biloba merupakan spesis tumbuhan yang paling lama hidupnya. Satu pohon pokok dapat hidup sehingga 1000 tahun dan dapat tumbuh setinggi 120 kaki. Komponen utama yang terkandung di dalam Gingko yang dikenalpasti memiliki manfaat kesihatan iaitu: Flavonoids dan Terpenoid. Flavonoids mengandungi kesan antioksiden dan Terpenoid membantu memperbaiki pengaliran darah.
Maca:
Pergunungan Andes menawarkan Maca sebagai sumber bahan asli yang terbaik dan merupakan tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang tinggi, dapat hidup pada kondisi yang ekstrim di mana cuaca dingin, angin kencang dan udara yang tipis.
Penanaman Maca tidak memerlukan bahan kimia atau organic untuk sumber pembesarannya. Ianya juga tidak memerlukan racun kawalan serangga karena tidak ada seekor serangga yang dapat hidup pada ketinggian 14.000 kaki.
Oleh yang demikian, ia digelar Ginseng Andean. Secara amnya, Maca boleh mengatasi kehausan dan kehabisan tenaga yang diakibatkan oleh gaya hidup moden yang sibuk, kekurangan khasiat serta persekitaran sosial dan kebersihan yang tidak memuaskan. Maca telah digunakan oleh kaum asli di Peru selama berabad-abad lamanya untuk mengaktifkan dan mencergaskan semula tenaga secara semulajadi.
Badam:
Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadis yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
Kurma:
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
0 kata-kata semangat:
Post a Comment