beza apam, muffin dan cupcake

ni info dari member...
CUPCAKE keknya RINGAN (Dibakar)
APAM (Dikukus)
MUFFIN keknya lebih Mampat N Padat (dibakar)


ni info dari Mat Gebu (http://www.tiffinbiru.com)
Dari apa yang mat tau lah kan, muffin dia tak sama macam cupcake, terutama dari segi teksture. Cara membuatnya pun berbeza. Selalunya muffin kaedahnya ialah bahan basah kita masukkan ke dalam bahan kering, kemudian gaul pantas dan tidak boleh terlebih gaul. Kalau cupcake kaedahnya sama macam kek. Teksture muffin sedikit keras dan dalamnya berongga agak kasar. Kalau cupcake lebih lembut dan halus seperti kek biasa.

ni info dari Murni Delights(http://sitiiera.blogspot.com)

Muffin dan Cupcake kelihatan sama tetapi sebenarnya ia berbeza dari tekstur dan kaedah penyediaanya.





Cupcake atau Kek cawan adalah kek kecil, adunan yang sama dengan kek biasa, teksturnya lembut dan di reka untuk hidangan bagi seorang. Cara membakarnya juga adalah sama dengan membakar kek iaitu pada suhu 180C selama selama 20-25 minit bergantung kepada saiz cupcake.
Muffin pula kelihatan seakan cupcakes kerana di hidang dengan cara yang sama iaitu dalam bekas kecil juga di reka untuk hidangan bagi seorang. Teksturnya lebih kasar dan biasanya menggunakan gula biasa dan bukannya gula halus. Jika membuat muffin, adunan tidak boleh di pukul terlalu lama, cukup sekadar kaup balik hingga bergaul rata. Adunan yang di pukul lama menyebabkan banyak udara masuk dan tidak dapat mengikat adunan dan itulah yang menyebabkan ia sukar untuk kembang, malah ia akan jatuh. Cara membakarnya pula adalah pada suhu yang lebih tinggi iaitu 180C - 200C selama 20-25 minit bergantung kepada saiz muffin. Untuk mendapat muffin yang merekah dan lembut gunakan double action baking powder dan bakar pada suhu 200C.

0 kata-kata semangat: