Pakcik di KFC



cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua kurang makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..

Perhatikan 25 petanda ini pada anda

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarahi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Syurga @ Neraka ?



Wordless Wednesday #10

Wordless Wednesday #9

PETUA IMAM SYAFIE



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

1. Bersihkan diri sebelum tidur.

i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.

ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).


2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”


KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.

Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.

Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Wordless Wednesday #8

Wordless Wednesday #7

RM 1 vs RM 50






Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... :))

Happy New Year 2012!!!




Here's to the bright New Year,
and a fond farewell to the old;
here's to the things that are yet to come,
and to the memories that we hold.





Many people look forward to the new year
for a new start on old habits.

Teringin

Salam... hmm bukan nak citer pasal lagu teringin nyanyisan penyanyi shima tu...
tak ada kena mengena dgn ini cerita.. tapi tajuk sama la.. huhuhu...
teringin keee mengidam???? dak aihhh... org yg peknen betul la kata mengidam...
ni org yg mengada-ngada... haishhh macam-macam la cheq nih... teringin itu.. teringin ini...



1. i-city, shah alam
dahhh lamaaaa sgt nak p i-city nih... tapi en suami keje malam.. jadi tak da sapa nak teman...
sedangkan dkt sgggttt la dgn umah, tak sampai 10 min pon...
tapi akhirnya adikku dgn laki dia baikkk ati ajak jln2 sana... cheq yg terlebih excited.. bukan si hero kecik...menguap-nguap ada laa! mula2 teruja... tapi bila sampai time tdo, dah mula meragam... iyelaa dah asyik dok umah je..mlm2 tak kuar jalan kan.... okla... cite balik bab i-city nih... lama giler, nak dekat seahun lebih tak dtg...dulu p sini time peknen 3 bulan... skrg hero kecik dah 1 tahun 1 bulan.... byk perubahan... nak masuk kena bayo RM10..
snow world tiket dah naik jadi RM35... pastu dah ada pameran reptilia... dah mcm fun fair pon ye jugak i-city ni...
kalau bergambar mmg syioookkkk... kami dtg kul 9 mlm... balik kul 11 malam... masa kitorg nk balik tu, ramai lagi yg baru sampai..agak2 depa balik kul bape eh??? hmmm sbbb tu la kot buka jam 6ptg, tutup kul 6 pagi... huhuhuh....


2. eskremm magnum
ari tu dah makan sekali.... tapi nak lagi!!!
bila ada duit, tak mo pulak beli... baik p beli biskut tiger hero kecik tu...
boleh beli 3 pek lagik.... tapi bila tak beli, asyik teringat2 je....
hmm tak kira! nnti nk suh en suami p beli! ahakss!!


3. sate
en suami tengah design flyers & broshure customer... mata ni laju pulak nampak gambo sate!
terus masuk list... ihikss! en suami dah tanya2.. peknen ke nihh?? sbb ape dia tanya?
peknen ari tu mmg asyik ngadap sate memanjang... nasib baik muka hero kecik bukan mcm sate! muahahaha...


4. pizza hut
ni pon sama fave time peknen.... masa tu en suami layankan aje...
tapiii skrg dia bising... sbb cheq mengada-ngada sangat! uhuk!
dahhh tv asyik dok kuar iklan pizza hut... tu la jadi teringin nak makan pulak...
hehhe alasan! bukan budak-budak je terpengaruh.. mak budak naik tocang pulak...


5. tutti fruiti
ni lagi satu... mmg dekat bebeno dgn umah... dari opening dia aritu.. smpai laaa ni... tak merasa lagik..yogurt mmg fave dari masa anak dara dulu... tapi tak penah rasa jenis frozen punya...
pastu style ala-ala eskrem pulak tu... kat fb, semua dok tayang benda alah nih...
iskhhhh... gerammm! bila tah dapat rasa....


6. cempedak goreng
kecik2 selalu la makan, fave arwah abah... dan arwah la yg selalu goreng.. biji pon digoreng jugak.. sedappp...khamis lps lalu dpn org jual cempedak goreng, tapi tak benti beli... sbb berkejar ke umah sedara, ada hal sket..ingat nak p beli la semalam... tapi tak jual pulakkkkk... dahhh teringat2 sampai sekarang... tu la, lenkali kalau nak...terus je grab, jgn tangguh2... kena p beli buah cempedak la, goreng buat sendiri!

hmmmmm takpela... ada rezeki, merasa jugak la semua yg dlm list ni kan...
cepat dan lambat jeeeee.....


meh la kita layan jap lagu lama nih...

Lirik Lagu Teringin - Shima



Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

1
Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

( ulang dari 1 )

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Wordless Wednesday #6

Motivasi #3



Wordless Wednesday #5

Nama-nama anak Jin

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus..kerana nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri.....
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya
7.Mazda
Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain..sbg contoh klu SITI NAJWA...dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI......

Our 2nd Anniversary!!





Scrapbook at WiddlyTinks.com

Rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya insan kecil dalam hidup kita. Malah ianya dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita..(Insyallah, nanti kita tambah lagi sorang lagi bertambah berseri2 hendaknya..aha)

Mudah-mudahan ikatan yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin






T
wo years we've been together, and

We're very much in love.
Of course we've had our minor wars,
Yet none our hearts could move.
Each time we think: What if else?
A wind goes through our souls,
Rippling through our golden sheets,
Swift through dark, still coves.




Love is not as simple
as candlelight and roses... ...
love is day-to-day living,
taking time, making time to be there,
with open arms and a giving heart...
Love is the special life we share.


Happy Anniversary
darling!





Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Selamat Ulangtahun Perkahwinan - Matahari

Hanya Aku Yang Tahu
Dimana Kehebatanmu
Bukan Manis Senyuman
Manjanya Lirik Meskinya Itu Menawan
Tapi Kesudianmu, menerimaku, Seadanya Aku...

Hanya Tuhan Yang Tahu Betapa Kucinta Kamu
Bukan Setinggi Awan
Sedalam Biru Lautan
Tak Mampu ku nyatakan
Tak Bisa Ku Luahkan
Hanya Pada Lagu, Ku titp rindu

C/o
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita
Moga Teruslah Kita Hidup sentosa
selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita
Ini Harinya Kita Hidup Bahagia

Bridge
Tiada Siapa Pun YAng Tahu
Sedetik Kedepan Apa Yang Berlaku
Kita Ingin Bahagia
Dia Yang Yang Menentukan

Ciptaan Rosli Ahmad
Lirik :Rosli Ahamad / Matahari
Susunan:Matahari

Ya ALLAH…ku mohon padaMU ya ALLAH




Selamatkan diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
Hampirkan diri kami padamu Ya ALLAH


Selamat diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hampirkan diri kami padaMu Ya Rahman


Selamatkan diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
Hampirkan diri kami padaMU Ya Rahman


Selamatkan diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
Hampirkan diri kami padaMU Ya Rahman





seorang rakan ada bagi quote ni.. menyentuh rasa di hati... pada jalan yg berliku..moga Allah luruskan langkahmu.. tika langit dunia runtuh..moga Allah teguhkan akidahmu.. tika kesusahan datang..moga Allah kuatkan hatimu.. tika hati dilanda gelisah..moga Allah curahkan ketenangan dlm dirimu..

pening pala, selesema, sakit tekak, batuk





salam.... setelah 2 minggu maaa sakit nih, alhamdulillah sekarang dah beransur pulih.. ada lagi batuk sikit-sikit... cuaca skrg ni jap panas terik,.. jap ujan lebat.... adehhh sabar.. sabar... batuk tak berhenti-henti...
awal2 kena batuk memang la seminggu pertama tu bila batuk rasanya macam urat kepala pon kena tarik sekali.......huhuhuh..
tiap malam2 tekak rasa gatal yg teramat sgt... tengah tido pon boleh batuk teruk.. cian kat hero kecik , tekejut dia... huhuh ..pergi majlis org pun buat malu je.. huhuh.... nasib tak keje, dok umah je... cuma mak mertua la yg bising... dah mula nak pikir bukan-bukan... adoiii... risau gak sebenarnya.. takut ada tibi ke.. ssakit jantung ke?? Ya-Allah .. jauhkanlaahhh...


lagipun dah makan ubat batuk itu ini, vitamin C lagik.. semua tak jalan... masih koh koh koh ajee.. tapi bila try ubat batuk Tomsolo , alhamdulillah kurang dah... huhuh....

bak kata Ummi... kita ni kena jaga kesihatan... jangan sakit... ingat kat anak tu... kalau anak sakit, susah.. antibodi dia tak kuat.. macam2 penyakit boleh timbul pulak nanti...

Wordless Wednesday #4