sapa kata melayu xmkn babi..bc lah wahai kwn2ku.....uwaaaaaaaaaaaa

> >Assalamualaikum semua...

Cerita 1

bab cite fasal makan daging babi ni aku pun nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite pengalaman dia ni. tiap2 mlm lepas habis keje dia selalu lepas kat kawasan gerai makan. Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari. tokey nya cina pekerja nya indon. dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat, nak makan punya fasal pegi la juga kat kedai tu. nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya. nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan. Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia pun tanya.

member : Eh pakai tulang ke masak kari, u kan tak makan daging

tokei : ooo ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit masak kari, kalu tak taruk tak sedap maa ..

uweeek !! dia pun muntah keluar semua isi perut. Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak samak peruk dia. Nak wat mcm mn selama ni dah bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut dia dah jd darah daging . pendek cite nya lepas tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua org yg dia kenal. lepas tu cina tu bungkus, tak tau pindah mana gerainya.

Moralnya : Jgn makan kat kedai cina walaupun staff nya indon atau pun ada logo halal. Cina ni semuanya nak menjahanam kan kita.


Cerita 2

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal. Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi> manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat(lemak> babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim. Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....


1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing.
Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef> still contain pork.


2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas> sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.


Cerita 3


Menyentuhsedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan. Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar. Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan.. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger... Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu.. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut!

tokei : Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia??


(Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanyaBalik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau...

p/s :Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.......

MALAM SINAR MAULIDURRASUL 1430H




NAK DAPATKAN TIKET?

Hubungi saya segera untuk mendapatkan pas-pas masuk ke Malam Sinar Maulidurrasul 1430H melalui pembelian kad iTalk edisi khas yang tertera gambar artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut.

Apa yang akan anda dapat jika membeli kad iTalk?

Sudah tentu banyak faedah yang akan anda dapat. Bukan sahaja anda berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan anda, malahan anda juga boleh menikmati kadar rendah penggunaan iTalk di semua rangkaian dan lebih menjimatkan berbanding dengan 'prepaid' jenama-jenama lain yang terdapat di pasaran. Terdapat tiga jenis kad iTalk yang boleh didapati pada harga yang berbeza iaitu RM10, RM30 & RM50 mengikut jenis tempat duduk yang disediakan pada malam tersebut.

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Senang sahaja. Anda boleh mendapatkan kad-kad iTalk yang mengandungi pas-pas masuk ke Malam Sinar Maulidurrasul melalui cara berikut:


Hantarkan maklumat anda seperti berikut ke mutiarakasih01@gmail.com

  • 1. Nama Penuh
  • 2. Tarikh dan Masa Transaksi bank
  • 3. Jenis dan Jumlah Kad iTalk yang ingin dibeli
  • 4. Nombor telefon
  • 5. Alamat penuh


Segala pembayaran hendaklah dibuat ke akaun yg tertera dibwh , sebelum kad iTalk edisi khas tersebut dihantar kepada anda.. (kos pos adalah percuma)

Nama Akaun : Nurulhuda Nordin
Nama Bank : Maybank2U Bank Berhad
No.Akaun No : 162731010186

:)

salam deri.. haku keseorangan lagik mlm nih...
tp ada la bdk2 lain kat bhgn kilang nun...

uihsss rasanya mcm nk balik kul 12 ar...
tp sudah ada yg menaliponn...
"bila mau pulang... " huhu...

aiyakk sblom ni x heran pon... aku je lebih2 nk perhatian dia...
skrg aku membizikan diri... dah x heran sgt,
tp dia plak yg beria nk bermanja.. mmuahahha..

hmm hrp pas kawen, sama2 ada give n take... insya-allah..

ni baru je 2 minggu.. ada 10bln lagik...
hopefully x der la benda2 buruk berlaku.. jauhkanlah...mudah-mudahan...


esok keje lagik... dtg awal pagi... sbb nk balik kul 10pg..
ummi turun shah alam.. keje2 jugak... tp kene gak luangkan masa utk family..
dia pon keje gak pg esok...
ari ahad anto makcik n sepupu p klia.. depa nk berangkat ke korea..
adik sepupu blaja kat sana.. dah abes pon.. maybe ada graduation la tu...


okla.. nk sambung keje... nnti mencoret lagi disini ye.. daaa...

step by step II

~~sambungan dr entri pada 13 Ogos 2008~~

Step 1 - kenal adik beradik
Step 2 - kenal saudara-mara
Step 3 - jumpa mak bapak ( Hari Raya )
Step 4 - bwk rombongan ( bincang apa yg patut )
Step 5 - Hari Bersejarah
****************************************
Salam... huhu... dari 5 langkah yg perlu diikut...
tapi mamat ni melompat dari langkah pertama ke langkah ke-4 maaa.... huhu....
sblom ni mmg family aku x berkenan...
tp makin lama dah leh terima....
Arwah abah... Beberapa hari sebelum menutup mata, dia tanya aku... "Bila nak kawen.."
maybe dia tau masa dia x lama.. sakit dia pon makin melarat... tu yg nk tgk aku kawen...
tapi tak kesampaian... sebulan dua lepas arwah pergi...
aku macam blur + tawar hati ttg kawen ni...
bila mak Mr.Z tanya itu ini... aku mula la sedih...
bagi pihak ummi... aku nmpk dia pon dah mula lepaskan anak2 dgn pilihan masing2...
dia spt hilang arah... nmpk makin lemah... dia dah x ada tmpt berpaut...
dia ada ckp... "Korang buatla apa yg korang suka... Fikirla baik buruk utk diri sendiri..."
masa ummi inform pada saudara-mara yg aku akan bertunang sabtu lepas...
Paklong bising... nak tau apa dia kata...
"Dah kenal ke orgnya... keje apa? dah fotostat slip gaji budak tu??? "
Tapi, ummi cuma jawab... "Biarla dia.. Asalkan diorg suka sama suka... dan budak tu boleh jaga kak long"
Aku mmg la gembira bila ummi dah berlembut skrg... dan terima pilihan hati...
Tapi dlm masa yg sama... sedih jugak utk dia...
dulu dia byk berbincang n minta pendapat Arwah Abah...
maybe dia dh x mo pening pala pk itu ini... dia terima je pilihan aku...
oh ya...step ke-2 tu.. Mr. Z ada gak la jupe Mak Njang aku sekali...
Aku p bwk.. tp silap perhitungan laaa...
MakNjang n family ni alim orgnya...
layan ok je.. Tp dlm ati... mana leh kuar dgn laki bukan muhrim!
dia p mengadu kat ummi...
adussss.... sejak tu aku malas nk bwk jupe dgn saudara-mara yg lain...
konon nk bwk time raya... x jadi...

.:070209:.
buat simple je...
jemput saudara-mara yg dekat...
mmg ramai bising, aku x inform...
alahhh nnti time kenduri yg sebenar...
datangla beramai-ramai ye!
lagik 10 bulan!!! hehehe....

Persoalan Sebelum Berkahwin



ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing - lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin - di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Bangun Lambat

Hari ni bangun lambat... dah mlm td x tdo langsung, asyik main game je! hahah...bengong btol...


Pagi2 lagik Kak Awa dah calling2...

Kak Awa : Salam... Bangun la Kak Long!!! Kak Awa boring nih...

HuDeR : W'salam... (terpisat2 tenyeh mata.. cait! teruk btol anak dara ni.. muahahha) ..Alaaaaa, org nk tdo ar... cuti maaa....

Kak Awa : Tak der2!! Bangun jugak! Umah ko kat mana?? Jap lagi Kak Awa dtg ambik ko.. Kak Ngah pon ada kat umah ko gak kan??? Grak arrr dia cepattt...

HuDeR : Aduhhhh... Husben kak Awa mana???

Kak Awa : Kawan tu pagi2 lagik dah pegi keje... Kena ganti org... Jom la p OU... Kak Awa bosan dok umah sengsorang nih... Dah la x leh tdo...

HuDeR : Wahhh rajin sungguh laaa cik abe tuh.. hhuu... uikhss... mlm td x tdo kerr??

Kak Awa : mlm td tdo maaa.. kitorang tdo kat hall... tv yg tgk kitorang.. muahahha...
kan pagi2 husben kita dah bangun, kita pon kena bangun gak laa...
dah bangun bukan leh tdo... p keje pon bgn awal... dah jadik biasa w/pun ari cuti...

HuDeR : ye keee... org dh kawen gitu kerr??? uwaahhhhh... x mo la kawen lagik..kena bangun awal....kuang3x....


Kak Awa : dah2! Kak Awa x kira, cepat siap... Kak Awa pecut ni, kidnapped korang ...


HuDeR : yela2.... (lepas kejut kak ngah, aku pon ambik bantal dan Zzzzzzzzz)

==>>> Kesudahannya.. aku x ikut pon kakak saudara aku nih... Sambung tdo la weihhh.. hahaha.. Adik yg ikut dia ... Dgrnya x jadi p OU, lps makan... diorg p KL sentral jap... Si Kak Ngah beli tiket balik Taiping... Lgpun dah tengah hari maaa... Kak Awa nk balik masak.... Td x tau depa kuar dr umah aku kul baper... Rasanya lama gak Kak Awa lepak dok surfing... Ngeh3x.. Sib baik x ikut.... Sambung tdo , bangun kul 12 lebih... huhuhuhu....

Cabar Diri Untuk Berjaya


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003



Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?


3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

toing!




kak Ngah : ummi, kak long tu dah 25 tahun la this year...

Ummi : Hmm... Ummi umur 25 tahun, dah ada anak 1....



GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH



Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Seorang kawan tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja, setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula dibawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari bertemu, kadang-kadang urusan rasmi, kadang-kadang urusan tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.

Kenapa harus bersedekah semasa kesempitan ?

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.



Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.






“Ambillah bahagian dari harta mereka menjadi sedekah atau zakat, supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Dan berdoalah kepada mereka, sesungguhnya doamu itu penenang bagi mereka, dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.”
(Al-Taubah (9): 103)




“Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah). Dan Allah itu melipatgandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki- Nya dan Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui.”
(al-Baqarah (2): 261)

Salam hijrah

Bila MASA menjengah USIA
Bila hari berlalu pergi
Lemas tanpa disedari
TIK TOK TIK
Begitu pantas detik berlari

Bila 1429H melabuh tirai
SELAMAT TINGGAL
Bila 1430H menyingkap masa
SELAMAT DATANG
Terkesima tanpa kata terlerai
Begitu alpa di alam rasa

Bila angka bertukar rentak tari
Bila hijrah bertukar azam
Berkobar semangat tanpa disedari
Begitu hijrah memahatkan iltizam

Salam Maal Hijrah to all my friends..
May Allah bless all of us.

Tag

Salam.... update sbb dh kena tag... huhu... kalu x, mmg terbiar laa umah ni

TAG PICTURE

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this ....

Hmm.. turn korang pulak.. huhu..

(pening gak nk list... dh lama x bermesra dgn kengkawan... hahah )


1- kautsar
2- Junaidix
3- kak retna
4- Sato
5- moncherie
6- carte blanche
7- Buttet
8- Tirmidzi
9- Umar
10- zidane_ziege



ETIKA KERJA ISLAM

- ETIKA KERJA ISLAM -

Islam tidak suka umatnya menganggur dan hanya menunggu rezeki disuapkan ke mulut. Sebaliknya Islam menuntut umatnya bekerja mencari rezeki halal bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan itu, terdapat lima etika kerja yang perlu dipatuhi bagi memastikan bahawa rezeki yang kita dapat itu ada keberkatannya:

Justify FullIKHLAS DAN AMANAH
Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah. Bersyukurlah juga kerana dengan kerja yang kita lakukan, kita dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia." (Riwayat Al-Quda)

CEKAP DAN TEKUN
Antara ciri-ciri pekerja yang baik adalah cekap dan tekun. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (Riwayat Al-Baihaqi)

BEKERJASAMA
Kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga memerlukan orang lain untuk melancarkan kerja. Kerana itulah perlunya sikap saling bantu-membantu untuk menjamin kejayaan dalam kerja. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan." (Surah Al-Maidah:2)

MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH
Dalam melaksanakan kerja, amat penting untuk kita tanamkan dalam hati, bahawa kerjaya itu adalah amanah Allah. Kerja itu juga adalah sebahagian ibadah kita kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahalu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah:21)

PEKERJAAN HALAL
Hal ini juga tdak kurang penting kerana setiap wang yang kita peroleh akan menjadi darah daging kita. Justeru, pastikan bahawa kerja yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana daging (tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan jadi makanan api neraka!

Abah dalam kenangan....



~Nordin B. Hj. Mohamed Salleh~
27 April 1958 - 11 November 2008


We thought of you with love today,
But that is nothing new.
We thought about you yesterday.
And days before that too.
We think of you in silence.
We often speak your name.
Now all we have is memories.
And your picture in a frame.
Your memory is our keepsake.
With which we’ll never part.
God has you in his keeping.
We have you in our heart.










Moga Arwah Abah ditempatkan
di kalangan orang - orang yang beriman...

AL -FATIHAH.

Assalamualaikum

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr ..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud kepada singkatan " A'kum"



Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.


kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

1. kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2. kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3. kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4. kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5. kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6. kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7. kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8. kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1. kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2. kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3. kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4. kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5. kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6. kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7. kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8. kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Spirulina - (tablet,cereal & cracker)

ELKEN SPIRULINA DI JAMIN KUALITI

1. PENGESAHAN DARIPADA PERSATUAN MAKANAN KESIHATAN JEPUN (JHFA) SEBAGAI PRODUK KESIHTAN YANG BERKUALITI.
2. DIIKTIRAFKAN OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSSIA SEBAGAI MAKANAN HALAL
3. DI ANUGERAHKAN EMAS TAIWAN PADA TAHUN 1998
4. MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH
5. (DCA) DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
6. DI BERI SIJIL ANALISIS OLEH MAKMAL UJIAN BEBAS YANG DI TAULIAHKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UNTUK SETIAP KUMPULAN PADA DUA PERINGKAT
7. BAHAN MENTAH SEBELUM PENGILANGAN
8. PRODUK LENGKAP- IA MENGESAHKAN BAHAWA KUMPULAN TERSEBUT ADALAH SELAMAT DAN BEBAS DARIPADA SEBARANG PENCEMAR BIOLOGI BAHAN KIMIA DAN PENCEMAR TIDAK ORGANIK.
9. DIUJI OLEH ISNTITUT SAINS PERIKANAN KEBANGSAAN UNIVERSITI TAIWAN BAHAWA IA ADALAH BEBAS DARIPADA MIKROSISTIN DAN SELAMAT DI MAKAN OLEH MANUSIA, TIDAK MENGIRA IBU MENGANDUNG, BAYI, KANAK2 .
10. DI KILANG OLEH GMP (PROSES PENGILANGAN BAIK) DAN KILANG ISO 9001 : 2000

BULAN PUASA HAMPIR TIBA APA LAGI KITA MAKAN SPIRULINA UNTUK MENDAPATKAN KESIHATAN YANG LEBIH TERJAMIN .



:!: HARGA;
=>=> 250 TABLETS - RM98
=>=> 500 TABLETS - RM171
=>=> 1200 TABLETS - RM381
=>=> 3000 TABLETS - RM777



CALL /SMS- 017721 7742(Shah Alam)
Maybank - 162731010186
(Nurulhuda Nordin)


Kenapa perlunya kita ambil Spirulina ELKEN ni ..

* sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.
* pembersih darah dan pembuangan toksin. Kajian di Russia mendapati spirulina mengurangkan kesan-kesan daripada radiasi sebanyak 50% setelah diambil selama 45 hari.
* mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda dsb. Ini kerana spirulina tumbuh di dalam media yang beralkali.
* membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.
* membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma. Asid amino phenylalanine mungkin boleh membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, tidak semua pengkaji sependapat bahawa spirulina penting atau berkesan untuk mengurangkan berat badan.
* menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit) - Spirulina didapati meningkatkan kadar macrophages dan sel-T iaitu sel yang penting dalam proses imune ini. Kajian in vitro (dalam makmal, bukannya dalam badan manusia) di Jepun mendapati spirulina berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel HIV-1, herpes, flu, beguk dan measles. Proses ini mungkin dibantu oleh sulfolipids yang terdapat di dalam spirulina.
* membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik. Bakteria yang baik ini menyebabkan penyerapan zat-zat pemakanan ke dalam badan meningkat. Bakteria baik (dipanggil probiotik) ini juga akan mengurangkan jumlah bakteria yang jahat, yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti dari species E.coli dan sebagainya. Masalah sembelit juga mungkin boleh diatasi dengan pengambilan spirulina.
* mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).
* mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.
merangsang thyroid


O-Yes! Spirulina Cereal
O-Yes! Spirulina Cereal yang baru merupakan spektrum berkhasiat yang kaya dengan sebatian halus Elken Spirulina organik, Kolostrum IG6, beras perang, oat dan barli:

Sumber yang padat dengan protein dan kalsium
Diperkaya dengan Taurina untuk penglihatan dan perkembangan otak yang baik
Sesuai untuk vegetarian, kanak-kanak dan warga tua
Bebas daripada pewarna tiruan atau pengawet

:!: HARGA;
=>=> 1 kotak (20 paket) - RM28.80





O-Yes! Spirulina Cracker
Jenama baru O-Yes! Spirulina Cracker ialah snek sihat kerana ia mengandungi Elken Spirulina organik dan padat dengan nutrien:


Kandungan Spirulina bersamaan dengan 25 biji Elken Spirulina
Diperkaya dengan kalsium
Bebas daripada lemak trans dan kolesterol
Sesuai untuk vegetarian
Bebas daripada perasa tiruan, pewarna atau pengawet

:!: HARGA;
=>=> 1 kotak (4 kpg x 25 bungkus)- RM22.00




CALL/SMS- 017721 7742(Shah Alam)
Maybank - 162731010186
(Nurulhuda Nordin)

Spirulina, suplemen untuk berpuasa


Spirulina adalah suplemen yg mengandungi semua nutrien dlm rantai makanan yg berkhasiat utk badan. ia juga merupakan salah satu mknan semula jadi yg kaya dgn mineral, vitamin, asid amino, beta-karotena & klorofil.

"sbg sumber nutrien semasa berpuasa & berdiet, ia amat bagus sekali kerana ia membantu membersihkan saluran usus & juga mengendurkan otot licin dlm usus besar" - Dr. Christoper Hills, Ph.d., D.Sc.


~ memenuhi semua keperluan puasa anda

:!: kanak-kanak
bg anak2 kecil anda baru sahaja belajar berpuasa, mereka mungkin memerlukan lebih tenaga. Spirulina mempunyai zat besi utk menolong membawa oksigen di dlm darah ke seluruh badan bg mencegah kekurangan stamina. Spirulina juga kaya dgn vitamin & mineral utk menguatkan badan sepanjang bulan puasa.

:!: remaja
remaja yg bersekolah boleh mendpt manfaat Spirulina dgn sepenuhnya, terutamanya jika mereka aktif. ini kerana Spirulina mempunyai pelbagai jenis asid amino, vitamin & mineral utk membantu meningkatkan tahap tenaga & kecerdasan minda setiap masa, terutamanya apabila menjlnkan aktiviti sukan / ketika menhadapi peperiksaan.

:!: buruh
bekerja di bwh matahari terik pd bln ini boleh membuatkan anda lemah & letih. disbbkan anda memerlukan tenaga yg byk utk menjlnkan tugas harian, ambillah Spirulina, yg tinggi kepekatan asid aminonya boleh membantu meningkatkan keberkesanan fungsi otot.

:!: pekerja pejabat
kepekatan asid amino, vitamin & mineral yg tinggi dlm Spirulina membantu sel-sel otak berfungsi dgn lebih baik di samping mengurangkan rasa penat. Spirulina juga kaya dgn fenilalanina, sejenis asid amino yg menghalang otak drpd mengesan kelaparan & sekaligus mengurangkan keinginann utk mkn semasa puasa. disbbkan tekanan bole membawa kpd penghasilan radikal bebas berlebihan yg menybbkan penyakit, antioksidan, terutamanya beta-karotena & super-oxide dismustase (SOD) do dlm Spirulina bole menolong meneutralkan radikal bebas ini.

:!: wanita
dgn zat besi yg tinggi bioketersediaannya, Spirulina mempunyai kesan yg baik kpd pesakit anemia & mereka yg terasa amat letih apabila berpuasa. selain itu, mereka yg mementingkan kecantikan akan berasa gembira mengetahui yg kepekatan vitamin, mineral & asid amino yg tinggi dpt membantu mengembalikan keserian, kelembutan & kekenyalan kulit.
Contohnya:
=> vitamin A & vitamin E - membantu mengekalkan kelembapan kulit
=> vitamin B2, vitamin E, Asid Nukleik, Super-Oxide Dismustase (SOD) & Asid Gama-Limolenik (GLA) - membantu mengurangkan pembentukan kedutan
=> vitamin C & zat besi - menggalakkan keserian kulit
=> vitamin C - mempunyai kesan pemutihan
=> Kuprum, Sulfur, Lisina & Treonina - membantu dlm pembentukan kolagen utk kulit yg kenyal & tegang

:!: penggemar daging
semasa berbuka puasa, pengambilan daging, nasi, mi, mknan laut & sbgnya akan menaikkan tahap asid dlm badan; ini memaksa hati, ginjal & panreas bekerja dgn lebih keras lg. kandungan tinggi klorofil Spirulina dgn kealkalian 100% dpt meneutralkan keasidan & menghapuskan toksin berlebihan akibat terlebih mkn.

:!: warga tua
dgn peningkatan usia, berpuasa telah menjadi satu kebiasaan, namun adan mungkin tidak memperoleh nutrien penting yg diperlukan disbbkan kesihatan penghadaman yg lemah, penyakit & pengambilan ubat-ubatan. anda boleh mendpt faedah drpd Spirulina kerana ia kaya dgn beta-karotena, vitamin & mineral yg dpt membantu meningkatkan sistem imun anda.

=> bersahur & berbuka puasa dgn Elken Spirulina - di samping membersihkan kerohanian diri semasa bln puasa ini, anda juga bole membersihkan jasmani anda. ia memberikan anda 46 jenis nutrien perlu bg membantu menguatkan kesihatan dan pemulihan dlman badan.

:!: HARGA;
=>=> 250 TABLETS - RM98
=>=> 500 TABLETS - RM171
=>=> 1200 TABLETS - RM381
=>=> 3000 TABLETS - RM777



=> Berita hebat! Elken Spirulina menambahkan satu lagi kecemerlangan persijilan organik.

=> Persijilan organik tersebut dianugerahkan oleh Chinese Organic Agribusiness Association (COAA), Taiwan.

=> Ini melambangkan jaminan utuh kepada pengguna kita di seluruh dunia bahawa Elken Spirulina berkualiti unggul serta diusahakan menurut piawaian ketat seperti yang diakusahkan oleh badan pensijilan bebas.

=> Pengesahan organik merupakan proses rumit yang melibatkan pemeriksaan tapak penanaman, kemudahan pemprosesan, penyimpanan rekod yang terperinci, ujian berkala terhadap tanah dan air untuk menjaminkan piawaian yang ditetapkan dipatuhi oleh petani dan pengusaha.


=> Semakin banyak bukti menunjukkan makanan yang diusaha secara organik

Menawarkan lebih nutrien termasuk vitamin C, besi, magnesium dan fosforus
Bebas daripada racun herba dan racun serangga berbahaya
Melibatkan pengusahaan tanah dan ekosistem yang sihat
Diproses secara minimum untuk mengekalkan integriti makanan tanpa bahan tiruan atau bahan awet.

sila lawat;
http://www.elken.com.my/Elken/malay/Home/spirulina_organic.asp

JB

abah kena transfer ke jb pulakkkk!!!!
sib baik tahun depan...
sbb JD yang baru tu pon x setuju nk transfer skrg...
kasik tau la awal2 kan....
adehhh... kena tambah sket duit lagik la nmpknya...
masa pon bertambah... mau 6 jam kotsss.....
selalu aku balik bp, ari jumaat lps abes keje...
gerak dr shah alam kul 7 lebih... pecut sket, sampai la kul 12 mlm..
kalu shah alam- jb ???? agak2 sampai kul bape ye??? kul 2pg?

step by step

Step 1 - kenal adik beradik
Step 2 - kenal saudara-mara
Step 3 - jumpa mak bapak ( Hari Raya )
Step 4 - bwk rombongan ( bincang apa yg patut )
Step 5 - Hari Bersejarah
****************************************
tiap kali kuar jalan2 ngan mak bapak dia... mesti diorg bising, bila nk bwk Mr. Z jupe mak bapak aku... lorrr... mcm salah aku lak yg x mo bwk.. huhu... ye la, dulu mmg ada penolakan.. aku balik bp cite kat ummi abah pasal dia... My parents lak x berkenan... So, mamat ni agak down sedikit laa... itu citer 1 tahun lepas...
Skrg ni dia dah bersedia la tu nk jupe ummi abah.. Cuma aku lak yg berdebar2.. erkss... Aku mmg plan nk bwk dia jupe ummi abah raya ni... tp mak dia plak bising... pesal lambat sangat.. ader ke mak dia kata.. - bukan nk kawen skrg ni jugak... tp bertunang dulu.. lepas raya nnti kawen la..-
adehhhh laa.... senangnye berkata-kata.. aiyakkkk... aku jadi takoottt lak nk kawen... kuang3x...
makcik2 aku mmg dah tanya byk kali.. pecite aku skrg... maksud tersirat depa, bile nk kawen ar tu... tp skrg ni, abah lak tak sihat... aku riso lak nk bwk dia.. kang x pasal2 lain lak jadinya...
tp kawan2 aku kata.. -ko kena yakin... kalo betul ko nk kawen ngan dia, kena la bertahan.. kena la yakinkan mak bapak... -
aku siap p search topik kat internet lagik.. Petua itu.. petua inila... cara itu.. step by step gini... hehehe... tanya kat kawan2 pengalaman diorang... erks, terbalik lak... patutnya dia la yg carik ilmu ni semua kan...
family dia aku mmg dah kenal sgt... semua suka aku.. ecewahhh perasannn... ahakss...

*Ya-Allah, permudahkanlah urusan kami... Amin....