Nasihat Mufti Perlis

SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang tersebar luas di negara ini sekarang.

Beliau berkata, walaupun perbuatan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara, panggilan maut seperti didakwa itu agak sukar diterima akal.

Katanya, kepercayaan yang terlalu mendalam terhadap sihir menyebabkan ada anggota masyarakat terutama beragama Islam berada dalam ketakutan kerana bimbang terkena ilmu hitam itu.

“Ketakutan itu menyebabkan berlakunya tokok tambah sehingga mengganggu emosi dan pekerjaan harian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berkata, penyebaran SMS itu perlu dihentikan segera kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha umat Islam mencapai kemajuan setanding masyarakat dunia lain.

Beliau mengulas pengiriman SMS peringatan yang dikatakan disebarkan pihak tertentu untuk mengingatkan orang ramai mengenai deringan santau atau panggilan syaitan yang kononnya akan mencabut nyawa penerima panggilan berkenaan.

Selain di negeri ini, SMS berkenaan dikatakan sedang berlegar di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur dan Melaka sehingga menyebabkan orang ramai mula risau dan tertanya-tanya sama ada aktiviti santau menggunakan kaedah baru itu benar-benar wujud.

Menerusi SMS berantai itu, orang ramai diingatkan tidak mengangkat telefon jika dihubungi satu nombor pelik yang kononnya boleh meragut nyawa mereka yang menjawab panggilan itu.

SMS yang tersebar luas sejak seminggu lalu mendakwa panggilan misteri itu mengandungi unsur sihir yang dikatakan sedang diuji sekumpulan penuntut ilmu hitam di Indonesia.

Panggilan santau karut

Panggilan santau karut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.






Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.


Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya

perfume pulak..

News from Ampang Gleneagles Hospital

Important news

Please spend 1 minute and read on... News from Gleneagles Hospital (Ampang)
URGENT !!!!! from Gleneagles Hospital Limited Seven women have died after
inhaling a free perfume sample that was mailed to them. The product was
poisonous. If you receive free samples in the mail such as lotions,
perfumes, diapers etc. throw them away. The government is afraid that this
might be another terrorist act. They will not announce it on the news
because they do not want to create panic or give the terrorists new ideas.
Send this to all your friends and family members.
Warmest Regards,

Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Human Resource Department
Tel: 03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472

Perhatian!!! Sila Berhati-hati Sebelum Menjawab Panggilan Telefon

KPD SEMUA KAWAN2 YG DIKASIHI, JIKA ANDA MENDPT PANGGILAN TELEFON YG BERNOMBOR PJG.. CTH : +62852731520946 DAN NOMBR ITU BERWARNA MERAH, DIHARP2 SGT JGN DIANGKAT DAN DIJWB PANGGILAN TERSEBUT.. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SEDANG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YG MENJAWAB PANGGILAN ITU, MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU.. SUDAH 9 ORG MATI DI INDONESIA DAN MLM TD DI PUCHONG 2 ORG MATI.. TERBARU , 2 ORG MATI DI KERINCHI. INI BENAR2 TERJADI.. TLG SEBARKAN KEPADA SEMUA.

Mr. Z n i

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside."


kalu aku pk keburukan dia... pjgnya list mmg x hengat... asal boleh je semua nk masuk... ada gak yg sesaja je aku pepandai tambah.. huhuhu...
tapi biler aku listkan lak segala kebaikan n jasa2 dia terhadap aku... adusss.. sungguh aku x berterima kasih la pulak... terasa aku ni mengada2 sangat... x tau diuntung....
selalunya bila aku bad mood, mulala aku angin... antar sms yg berapi2... kunun2 nk sakitkan ati aku je... uikhss silap... nk sakitkan ati dia... tp aku sendiri bertambah2 sakit ati... aku mula la anto email meluahkan segala ketidakpuasan ati aku ni haaa....
tp skrg.. aku cuba bertahan... ye ar.. nnti lama2 dia bosan... x pasal2 break lagik...
penat ar nk start relationship baru..
peh tu nnti bertambah plak sorang lagik musuh aku...
jeles gak tgk org lain leh berbaik2 sesama insan...
aku ni asik nk membenci org plak...
tp mmg pe'el aku... kalo dh benci, mmg benci terus...
meluat siot... huhuhu....
ari ni baru dua hari aku x jupe dia.. ada la sket rasa kecik ati...
dia of kos mcm x ambik port.. huh! mula la aku nk pk jahat dia je skrg... saja nk wat ati sakit... heheh.. sunguh jahat aku ni..
tp cepat2 aku teringat dia melayan aku 2 kali masa aku demam teruk...
mula la termenung...
tgk tv pon x der perasaan...
terasa kosong...

bila dia call, aku x angkat...
nkmerajuk la kunun... ceh!
kebetulan plak aku kehabisan krdt..
dia pon sama...
so, dua2 x anto msg... huh!
lantak p la....
apa yg terdetik dlm hati...
Jika jodoh aku dgn dia, aku terima...
Jika dia bukan jodoh aku... aku pasrah....

demam lagik...

salam semua...
mlm ni aku gagahkan juga menaip dan kemas serba-sedikit umah merpati ni....
takkan nk biarkan bersawang ye dak...
selalunya aku akan tulis kat kertas pjg lebo dulu, pastu baru taip balik..
skrg ni dh makin malas... pastu aku lebih rela simpan dlm ati... hmmm...
lagipun 2 minggu lepas aku x bape sihat... sblom ni aku penah inform yg aku demam sampai seminggu kan? jadi balik la... tapi kali ni, 3 hari aku terseksa.. opsss x baik wooo... 3 hari aku diberi ujian.. hari pertama tu , kat ofis aku dh mula lemah... kurang bertenaga... balik keje singgah umah kak raina (officemate aku), ambik beg baju... mlm sblom tu aku tdo umah dia maa.... pala dah berdenyut2.. aku baring la jap, konon2 nk rehat la kejap kan...
tapi bila angkat balik kepala, mmg berattt sangat rasanya... mak kak raina x bagi balik... aku lak degil... ye ar, aku dh janji nk jupe mr Z aku tu.. biasala.. aku ni kan suka sgt lebihkan org lain dr diri sendiri.... huhuhu....
so, aku pon drive dlm keadaan yg x stabl tuh... memula bawak la pelan... kaki pon lenguh2... nk tekan cluth pon susah... tapi kalu dh kata tabiat.. mmg susah nk buang.. aku bwk gak laju... dlm kepala terbayang2 bantal n tilam.. aku pk nk baring je.... tp , yg penting kena jupe Mr Z dulu.... nak tau bila aku drive lelaju tu, dada aku kurang le rasa sakit... puassss sesangat... Ya-Allah, alhamdulillah x jd apa2 kat aku.... ishhh kalu polis ada, mmg aku dg kena saman... gila btol..
sampai umah, just basuh2 muka je, aku terus tdo... x tahan giler.. satu badan aku sakit.. Ya-Allah, aku x tau nk ckp camner... mengerang dan sampai meraung2 gak aku.. osmet mmg risau.. tp, aku nak tunggu mr Z bwk p klinik.... dia balik keje kul 230pg... so, aku p klinik kul 3pg maa... dah la dgn purse tertinggal kat office... sib baik laci aku tu locked... dan juga, nasib baik ada ic photostat kat umah... mcm2 la aku ni.... nk berjalan pon x leh, sampai kena papah... serba x kena... jap sandar kat dinding..sat lagi sandar kat bahu dia... letak pala kat peha dia pon, x ok gak... rasa nk muntah... jap tu rasa sejuk gilerr.. peh tu rasa panas giler... ishhh mcm2la aku nih!
aku mc esknya.. seharian kat umah... boring sesangat... kuar jln sorang2... x reti ar dok umah.. huhuhu... tengah hari tu, mak Mr Z dtg.. dia urut badan aku... haaa time tu aku uzur.. maybe sakit jd berganda... sbb aku kalo dtg bulan mmg kena senggugut... erkss...
hari ketiga aku dtg office dgn rasa terpaksa... bos aku dh panggil wat invoice n DO... byk order katanya... so, aku yg kunun2 pekerja yg bertanggungjawab n berdedikasi dtg la... mmg byk order... turun naik tangga mcm org tua plak aku.. terbongkok2... selama ni aku x heran pon.. lagik aku suka.. satu exercise wat aku ar... ihikss... aku asik batuk2... pastu selang setengah jam, p toulet nk muntah.... alih2 aku disuruh balik.. wat half day nmpknya...
hari2 berikutnya, demam aku dh kebah... alhamdulillah...

Pooh

salam...

smlm 30min sblom balik aku kemas2 meja aku ni...
peh tu terdetik lak nk hias meja ngan pooh...
aku ni kan ske shopping online...
so, try la search kat yahoo...

mcm2 pooh stuff aku jupe..
syiookkknye... sungguh teruja aku ni haa...
sudahnya sampai kul 6 lebih aku leka dpn pc..
org lain dh balik, aku kunun2 bz wat keje ar...
ahaksss...

opismate aku siap ckp...
selama ni brg smpai dr area malaysia je..
x lama lagi huder dpt courier dr oversea..
ecehh! poyo jer...

nape tah skrg ni kegilaan aku terhadap pooh makin menjadi2... ekekke...

kete pon aku leh terlintas nk make over... kalo bleh semua brg pooh nk sumbat dlm tu... kuang3x

Motivasi bagi Agen MasterEload

Motivasi bagi Agen MasterEload

Hi semua,

Kami ingin membawa kisah salah seorang Agen MasterEload yang berjaya. Setelah 4 bulan berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau buat pertama kali ingin berkongsi dengan seluruh agen MasterEload bahawa perniagaan ini AMAT menguntungkan.

Pada 9 Mac 2008 yang lalu, beliau telah mengeluarkan hasil komisen MasterEload sebanyak RM6,500.




Dengan hasil tersebut, beliau telah membeli sebuah motosikal Yamaha Nouvo S bernilai RM5,500 secara tunai dan selebihnya digunakan bagi membeli aksesori motosikal tersebut.





Ini menunjukkan tidak mustahil anda untuk berjaya di MasterEload. Kunci utama ialah;
>>> Sentiasa berusaha tanpa putus asa.
>>> Minat yang berterusan.
>>> Membaca panduan panduan di PanduanME atau secara amnya, internet.
>>> Inisiatif adalah penting supaya anda dapat berdikari sendiri untuk berjaya.
>>> Jujur dan Amanah.

Oleh itu, seperti rakan kita di atas, 4 bulan beli motosikal,
bayangkan kalau 8 bulan atau setahun?

MasterEload bukan skim cepat kaya,
usaha sikit untung sikit, usaha banyak untung pun banyak.

Renungkan....


--->> Ihsan dari Blog Panduan ME <<---

Promosi Bulan March

Celoteh

ari ni bizios gilos..
smlm meeting ISO..
byk beno keje yg tertunggak...
ari ni ada meeting ISO lagik,
tp nasib baik aku x yah masuk...
ngantukss jer... huhuhu...

esok ada interbiew kat cheras ar...
keje ni kontrak...
aku try je la esok...
hmm asik2 p interbiew, lom ada rezeki
lekat kat mana2 pon...
kat sini, ramai yg dh benti..
dpt keje lain... hmmm....

mcm biasa member2 opis ckp,
aku ngan kompeni ni jodoh pjg..
cesss... kalu byk benefit best x pe gak..
ni EPF,socso x byr pon...
peh tu nk keje gila2 bz..
tp x reti jaga staf.. hampeh btol...


aku kemengantukan la...
ari ahad tu.. aku x tdo langsung!
leka dpn laptop...
ngedit gambo kawen member..
bila dh leka ngan photoshop tu..
leh x tdo maa...
kul 6pg baru benti..
sbb nk mandi, solat n terus p keje...

abes semua minuman aku tibai...
air pearl kacip fatimah,
kopi sutera ungu,
air sting, redbull,
leh la menahan badan tu.. kasik tenaga sket..
hmm bila malam je..
aku dh flat terus...
tp mlm td aku tdo kul 12..
sempat basuh baju lagik..
mula baring kat tilam, terus x sedar diri.. erkss..

ni aku tgh cuci mata plus window shopping kat
wanitamelayu.com/forum ....
adussss, byk beno kain pasang/baju/brooch dll yg lawa2...
fulus x der... tgk je la ... ihiksss....

Kereta

kerana satu eksiden ari yg lepas...
(bumper blkg aku kena langgar dek lori)
kete aku ghupanya leh terus jadi tenat maa..

huhuuh... 2 hari lepas anto servis...
bukan servis biasa2...
tp major service maaa...
adussss byk sungguh duit dilaburkan...
ecehhh, sungguh tidak sesuai perkataan itu...

aku pon satu... x reti jaga kete..
itu suka hati je bwk ke mana-mana..
x kira kete ok ke tak....
bwk laju2.. 120km-140km..
(byk kutss saman aku kumpul, x check pon.. huhuhu..)
suka langgar lubang kat jln... erkss...

aku dah kena marah ngan pomen..
bukan marah pe pon, tegur maa..
sebab, katanya ari tu naik ke puncak genting, sib baik x jadi apa2...
cluth plate rosak, bearing, moutin enjin,gear oil lagik....
geleng pala byk kali gak la derang....
kete baru 2 tahun... tp dh terukss.... huh..

dengar tu semua, gerun siottt...
alhamdulillah aku selamat...

ni ada lagik kena repair..
kete still bunyik mengaumm...

haiyaa cam ner nk beli kete baru ni...
kena ubah tabiat...
kena sayang kete ni dulu...

aku nk elokkan kete ni, peh tu br nk beli kete lain...

niat tu kena KIV la nmpknya...
x dpt simpan duit....
duit abes tang service...
uwaaaaa, pandan muka aku...
br nk menyesal..

Forum

aku mulanya malas nk masuk mesra...
asik2 error... Cait, hampeh!
tp bila dh masuk, mmg aku terus jenguk diary dulu...

hmm ni aku dah tergelak sengsorang...
ye ar, baca cikin translate lagu jawa..
yg encik dino kemain hepi n sonok nk menyanyi lagu itu..
ditambah pulak dgn reply dr jedi..
adoi la, lawak la korang nih.. ekekke..


ekceli aku tgh tunggu drama dunia baru ni...
ari ni episod last...
hmm movie dunia baru dh p tgk..
takkan la citer kat tv nak miss lak kan ...
sementara tu, baik aku layan tenet...
td dah selamat habiskan baca novel..
tajuk : Cinta Sang Ratu..
best sgt cite ni....
rasa nak ulang baca balik...ihikss...


aku skrg leka jenguk wanitamelayu.com/forum..
aku skrg dah beralih...
kawan ngan mak2 org...
kawan ngan org dah kawen...
kawan ngan org yg nk sebaya ngan mak n makcik aku...
kat forum ni jugak la, aku kemain shopping online..
macam2 yg menarik n wat aku pening pala...
mana satu yg perlu dibeli ikut budget.. heh...

kat sini la aku byk benda yg bagus n manfaat utk aku...
selain segmen beli-belah...
aku leh jenguk kat celoteh dapur..
tgk derang kemain masak mcm2 resipi baru...
siap tempek gambo lagik...
bagi aku semangat maaa...
aku mula nk asah balik skil memasak yg dh makin tumpul ni..
skrg dh malas masak laa...
dulu masa muda belia remaja rajin sgt masak..
tp jadik frust sbb sia2 je rasanya.. huh...
opsss aku ni, tang frust tuh masih berbekas dan dendam! hahahah..

okla... berita dah pon abes tu..
jap je lg nk start dunia baru...
gtg, tata!

x penat ke??

Salam...

hmm sabtu, kul 930pg bertolak dr batu pahat..
adik2 ikut skali... aku paksa! hehehe...
patutnya diorg naik bas..
nizam , bas dia kul 230ptg..
nadiah lak, bas kul 930pg...
haaa, alang2 aku dh nak balik ke arah shah alam tu..
baik depa naik skalik kan...
so, tiket tuh burn la ...
sampai shah alam kul 1230 tgh hari...
lapo la.. singgah makan jap..
peh tu shopping jap kat giant...
lps anto nizam kat umah sewa dia...
gerak plak p tanjong malim...
anto nadiah balik UPSI...
patah balik la ke shah alam..
kul 7ptg br sampai umah...
malam tu plak berjalan ngan bf..
makan kat kg baru...
tetiba teringin nk mkn sana...
kul 4pg baru tdo... hahha..

Selamat..

aku gerak dr shah alam kul 7ptg..
sampai bp kul 10 mlm..

hmmm aku x ada la pecut mana pon...
sekadar 110 - 120km je..
sekali sekala terover plak p sampai 140km...
mengaum kete aku ni ahaa....

dah la ada problem..
cian kete aku...
aku mg x reti jaga kete ar..
tau drive je...
cam ne la nk beli kete baru nnti...

alhamdulillah ari tu naik genting
kete ni x wat hal...

aku balik bp ni pon gerun gak...
naya je kalu kete ni tetiba rosak tgh jalan...
masya-Allah, jauhkanlah...

sabtu ni aku balik shah alam...
moga selamat sampai... insya-Allah...

bengong

kamis lepas bangun pagi kelam kabut berkemas..
mana taknya ingatkan dah ari jumaat..
dah janji nk tdo umah chu..
beria la packing barang, bwk laptop bagai ke opis..
balik keje leh terus p umah chu...
kat opis kena gelak ngan member, ari ni ari kamis daa..
aiyakk pesal leh lupa tah.. bengong.. ahakss...


ari jumaat plak, kuar lunch..
plan nk makan kat kelana jaya..
tp ari tu jammed plak..
kan KL cuti...
konon2 nk larik dr jammed, kuar ikut gutrie highway..
last2 ntah mana2 kitorg pegi..
leh salah masuk jalan daaa...

x pasal2 nk p ke klia dah...
mak aihhh.. patah la balik...
kalu harung jammed tadik, bukan lama pon..
tu la x sabo sungguh...
langsung x p makan... lapo... huuuuu....


ari sabtu, teman kak raina (opismate) jupe client kat desa pandan..
borak punya borak, dah kul 4...
nk balik dr sana, masuk highway baru...
konfiden je kak raina masuk..
aku x tau ape2...
aisehhhhh sesat jugak!
kami naik highway ke putrajaya!
lalu ke seri kembangan la..
nasib baik tangki full...
adoiii laa... asal kak raina kuar ngan aku je, mesti sesat!
ahaksss...


sampai umah mak kak raina kat puchong dlm kul 6 lebih...
p main bowling plak kat summit usj nun...
aku, kak raina n her bf lawan la..
adehhh x leh nk lawan la ngan abg eddy ni..
terror sungguh n berlagak gak... hampehhsss...
x pe, nnti huda trainning lagik...
kita lawan no.. muahahha...


gerak balik kul 9 lebih....
ambik kete aku kat shah alam...
aku pecut plak p genting....
dengan hujan lebat...
dengan kete aku tgh problem..
aku x pedulik....
aku nak naik gak genting....

drive sengsorang redah malam...
dalam ati tu berdebar2 gak..
dlm dok gila bahayakan nyawa diri sendirik..
leh lagik selawat byk2... tawakkal je la...
sampai sana kul 12 lebih..

1st time aku dtg genting memalam buta..
1st time aku drive ke genting..
1st time kete aku naik sampai ke puncak...


Alhamdulillah aku x apa2...
stress punya pasal...

bengong!

perkauman??

Assalamualaikum...

hye semua.. pecite??

hmmm makin tension laa keje kat sini...

PA merangkap HR manager + Finance manager + semua manager laa... huhu...
dia ni saja je wat sakit ati kat sini............

EPF, dlm payslip potong..
tp check ngan KWSP.. kosong!!
opismate yg keje setahun, dibayar bulan 10 & 11 tahun lepas! means tahun 2007..
sedangkan dia dh keje setahun...
inikan pula aku yg baru 8 bulan keje sini... of kos x masuk langsung...

satu lagik staf cina semua kasik confirm permanent...
yg melayu semua extend prohibition 6 bln lagik!

smlm sales coordinator di promote jd asst. sales manager...
dan2 terus kasik laptop, henset, entitle komisyen & elaun ...
amboiii as long as dia org cina, senang je dpt.. mencik..
aku main game salah... nk check email pon salah...
terus kena block internet...
kalau staf2 cina tu... selamber je chatting..
kemain laju menaip... sengih sorang2 dpn pc..
pandang sebelah mata je.. x heran pon..
kami org melayu masuk lewat 5min lepas lunch kena marah..
suruh punch card sblom kuar.. dan punch in pulak bila masuk opis...
adoiiii...
dah la awal muharam, maulidur rasul, nuzul quran... x dpt cuti...
pehtu x dpt pun double pay ke.. triple pay ke..
hampehhhhh!!!
kami org melayu semua mmg la bising...
tp kang bising lebih2 kena terminate pulakkkk...
mana nk carik keje skrg nih...
masing2 pk duit nk sara family...
tu yg senyap je walupun x puas ati...

Go Holiday , Lowest price

ANAK PADERI PELUK ISLAM

-dapat dr email-
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...
Sahabat semua terutama sahabat saya di dalam RINGO......
Bacalah dan Renungkanlah. ...

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah . Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan - kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam . 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..purapura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi ISLAM...Demi AGAMA yang tercinta...InsyaAll ah...



HALALKAH REZEKI KITA....???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN......BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN......NAK SELAMAT DI AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH. ......... ..WASSALAM! !!

Doa Akhir & Awal Tahun Hijriah


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun


Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata
"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

  • Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
  • Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."


Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka
bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.



Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya...