ekspress...

aku kat kamunting skrg ni..
umah wan taiping...
hmm cakap kat ummi nak kuar beli paper..
alih-alih aku singgah cc plak.. huhu..
ingat tadi nak p pasar..
sib baik tak jadi..
ummi kata dier p ngan abah..
wan plak nak p bank ngan achik..
nampaknya aku kena masak le jap lg..
sempoi je la masak..
family aku je yg makan.. ihikss..
petang karang gerak balik umah kat shah alam..
hehe adik-adik aku ponteng sekolah sehari..
ponteng pon x leh nak enjoy..
keje sekolah berlambak..
wokeih la...
dah lama nih.. konon "kejap" je...
biasa je.. :)

Blogspot ni bengong ker??

pesal blog ni eh...
biler tekan publish post...
ada error plak..
pastu p refresh..
bukak kat edit post...
tetiba ader entry baru..
ntah aper ntah..
biler plak aku tulis??
mmg sah bukan aku tulis..
ada org yg sama id ngan aku ker??
kalau sama pon, takkan password pon sama??
haiyyyaaa... fenin.. fenin...

Pemanggil/Panggilan Misteri

Geram!geram!Mana taknya,aku dpt miskal tanpa mengetahui siapa gerangan pemanggiltu semua.
Mungkin bebudak mesra.. Tak kisah la.. Ye la aku pernah hilang buku telefon.
Mmg byk no tepon bebudak lama+baru x der dlm simpanan..
whatever pon mention la kat aku.
Ces! Aku hangin betoi! Dah le call three seconds..
Pastu leh plak tanya kat aku..
"Awak sapa?"
"Sapa nama awk?"
"Awak dok mana?"
Lorr dia yg call, tetiba plak p tanya kat aku..Patutnya aku yg kena tanya sumer tu..
Iskh!Ada yg call, bila angkat je, dia terus letak!Penat je aku angkat!
Tertanya-tanya gak arr cam ner depa leh dpt no aku ne?
Sama ada depa tu pakai bantai tekan no, pastu dpt.. ataupun member kasi..
Aku x leh tahan tahap kegeraman aku ni kalau ada yg sengaja kasi no aku kat org lain dgn sengaja
semata-mata utk mempermainkan aku.
Huh! Dah x der keje lain ke yg leh dibuat selain mempermainkan + memperbodohkan org nih?
Benci betul!
Di suatu petng yg damai, aku dpt call yg menyebabkan aku bengang je ari tuh!
Mamat ne sibuk plak nak berkenalan.
Tanya nama,umur,dok mana, dah ader ke belum, bla..bla..bla..
Aik tuan inspektor mana plak nak soal-soal aku nih?! Tak berminatlah!
Aku tanya plak sapa yg tgh berckp tu..Dia x mo plak bg tau..
Kata nak kenal.. Takkan dia kenal aku je kot.
Bila jadi member ni, for sure memasing saling mengenali..
at least nama & dok mana.. ye tak?
Ni nak berteka-teki la plak aihh.. Tak kose la den nak melayan ye..
Tanya gak la cam ne dpt no aku.. Dia ckp member bg.
Tanya sapa member tu.. Tak bg tau pon..
Siap gelak-gelak lagi..Haii lawak ker??Menyampah!
Hmm katakanlah aku ni bukak bisnes.. Ok gak la panggilan misteri ni..
Boleh promote bisnes.. kan? kan?Hehe..
Adeh.. Aku tak tau la sapa yg suka-suka bg no aku ni.. Geram sehh..
Ala 2-3 org yg terlintas di kepala..
Tp x elok plak main tuduh-tuduh.. hmmmmmmmmm......
Bagi aku, tak salahla kalau nak miskal ke aper..
Main three seconds call ke..
itu pon sbb aku kenal siapa pemanggil tuh..
Kekadang aku miskal balik.. Pastu aku akan tersengih sendiri mengingatkan member yg buat tu..
At least depa ingat gakkat aku kan.. Tq..Kalau nak bg numbr aku tu kat org yg aku kenal.. ok je..
err mungkin ni kot salah satu sbb member sorang tu x kasi numbr dia
sewenang-wenangnya diberikan pada org lain..
Phone book kat hanset aku ne byk gak la list pemanggil misteri nih..
Siap assign tone lagik! Bila dengar ringging tu, dah tau la ..
Group "Org-org yg x dikenali"..So x yah buang masa angkat..
Biarkan sehingga berhenti berdering..
Padan muka!

Aku & Masa depan

skrg ni musim org demam ker?
baca entri member tu, dia baru lepas demam..
lepas baca entry tuh.. aku plak demam..
aikk buleh berjangkit dr entry ker? muahaha..
adik-adik aku plak berjangkit dr aku.. huhu pembawa penyakit btol ler...
sakit dada aku menahan batuk nih.. uhuk.. uhuk..
abah bising pesal la kak long ni nampak letih je.. tak bermaya..
bukan buat keje berat pon.. dok umah je..
ntah la.. nak pi klinik nih.. check aper yg x kena..
harap-harap aku tak der la penyakit kronik ke aper..
jauhkanlahhh..
mood aku pon tak berapa baik..
rasa down sangat..
byk perkara yg aku pikirkan sebenarnya..
sampai naik pening pala... huhu..
dlm pada tu, sempat gak tuh berangan.. cait!
ntah aper-aper aku nih...

haii aper la nak jadi ngan aku nih..
abah tanya perancangan aku utk masa depan..
aku tak tau nak jawab aper..
ye la aku bukan rapat ngan abah..
gerun gak.. salah ckp kang.. tak pasal-pasal bising dier..
lagipun aku nih bukan jenis kongsi rahsia..
sumer stok simpan sendiri... simpan dlm hati..

opsss dah cerita kat sini la plak... hehhe..
tak pe la.. citer sket je kan..
maner bleh byk-byk..
aku kedekut maaa...

Happy New Year!!


tsunami

HARI Ahad lalu akan tercatat di dalam sejarah Malaysia sebagai hari paling hitam dalam konteks bencana alam yang kita alami. Belum pernah terjadi di dalam sejarah negara kita, malah tiada sesiapa pun yang menduga bahawa kita akan mengalami bencana ombak besar yang selama ini Malaysia dianggap terselamat daripada sebarang malapetaka gempa bumi.
Tetapi, pada 26 Disember, malapetaka itu tanpa diduga, tanpa difikirkan, tiba-tiba melanda dan mengorbankan penduduk Malaysia. Alangkah terperanjatnya kita. Rupa-rupanya negara kita juga akan menerima kesan bahaya dari gempa bumi dan ombak besar yang berlaku di negara jiran.
Menatap laporan-laporan yang terpampang di akbar membuatkan hatiku tersentuh. Alangkah kesiannya mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang dan juga harta benda musnah sama sekali akibat bencana ini.Lebih-lebih lagi tentang fenomena aneh di Kepala Batas yang menyaksikan hasil tangkapan nelayan yang luar biasa sehingga mencecah RM7,000 sehari beberapa hari sebelum ombak besar Tsunami melanda pantai di kawasan berkenaan Ahad lepas.Menurut seorang nelayan, hasil tangkapan tersebut bertambah tujuh kali ganda beberapa hari sebelum kejadian itu berbanding jumlah biasa yang hanya mencecah RM700 hingga RM800 sehari. Mereka membuat kesimpulan ia merupakan "ikan yg turun dr langit" tanpa menyedari rezeki yang melimpah ruah itu akan disusuli oleh malapetaka yang tak pernah dilihat selama ini.
Baru-baru ini Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan menyambut Tahun Baru, sebaliknya menganjurkan semua pihak termasuk swasta supaya mengadakan majlis doa agar negara selamat daripada sebarang bencana.
Serentak dengan itu, Perdana Menteri meminta masjid-masjid di seluruh negara mengadakan doa selamat di samping membacakan khutbah Jumaat yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami.

Keputusan Datuk Seri Abdullah yang berani walaupun menyedari mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak namun itu adalah keputusan terbaik. Aku merasakan majoriti rakyat menyokong keputusan tersebut.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu mereka dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing sama ada barangan keperluan ataupun wang ringgit.

Rindunya kian membara



Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

****************************************************

Tengok pada cover depan novel nih, aku jadi perasan la plak.. konon² itu aku... yang sedang merindu pada si dia tersayang... Tapi kalau ikut cerita tak ada kena mengena langsung maa... Hmm dah sebulan tak jumpa abang.. Aku la yang susah nak kuar.. Mmg rindu giler!!! Tak pa la jugak kan... Sebelum nih mmg selalu sgt jumpa...

Novel keluaran Alaf21

Adik-adik sibuk beli buku sekolah... aku plak sibuk nak beli novel... Skrg ni 9 buah novel yg aku target nak beli... Ada 2-3 buah novel yg aku dah lama teringin nak beli.. Tapi selalunya bila ada duit.. p beli novel lain plak.. aiyakk... Ummi dah bising.. asyik novel cintan cintun je aku baca.. cuba la baca bahan ilmiah sket.. erkss! kat rumah tu dah banyak novel.. kalau dikumpul masuk dlm kotak.. rasanya leh ada dlm 3 kotak! huhu...

Alkisahnyaa.....

~Gosip lagi laa.. & Mesraaa~
Adoi! dlm dok aku nak gosipkan org lain.. aku plak terkena gak ye gosip!Huhu kawen?? Alamak.. awat tanya cheq.. Pi la tanya pihak laki tu haa..Dier yg nak datang meminang.. Ihikss..Itu gak la jawapan utk makcik-makcik aku sumer.. Depa stok menyakat tak abes-abes!Ala cheq ni tak keje pon lagi.. Masak pon tak gheti lagi.. Kang nak kasi cik abe tu makan aper?takkan la mee maggi je kot(cik abe dah jemu la tuh.. skrg ni itu je di makan nyer.. sib baik rambut tu tak macam maggi! kuang kuang kuang!)hmm korang nih... ader ker nak wat nasi goreng... kenduri aku nanti makan bihun goreng cukup ler.. oppss.. opss.. pesal citer akku plak nih...

haaa gosip cik kak & cik abgnya tu kan.. pada firasat aku, confirm betoi!Tapi ader gak konpius sket! pesal plak tetiba dia dikaitkan dgn org lain eh??aku termenung seketika... tak der! tak der! pemerhatian aku yg tajam ni..( ecewahh poyo je lebih! ekekke..) mmg mereka berdua tu tgh masyukkkk centa.. hmm nama-nama spt trex, pinklady, cikin, kak ros, kak hasta, jejer... cukup sekadar beberapa nama.. aiyakk korang jgn le tersedak plak..keh keh keh..yg tak der nama tu.. heehehe.. nak letak gak ker.. ahakss..yg tak berkaitan tu jgn le mare eh.. nanti lekas tua plak..huhu...relax.. awet muda gitu..

mcm-mcm berlaku kan...ke'mesra'an yg terjalin di antara kita...tak sangka ada yg tersangkut..kini genap setahun aku kat mesra.. kawan-kawan mmg bertambah.. pelbagai karektor yg ku lihat..pelbagai karenah.. yg pasti ramai forumnis yg best! sonok kawan ngan korang!mana-mana kelemahan & kesilapan cheq tu, harap dimaafkan yerk!sapa yg bertemu partner kat mesra, aku doakan kekal bersama di samping talian ikatan yg sah & berbahagia hingga ke akhir hayat!Insya-Allah..

~Kenduri Khatam Al-Quran (Azira_Queen) ~
Aku ingatkan azira yg khatam Quran.. rupa-rupanya salah faham maa.. kenduri khatam quran adik & sepupu dier laa..siap ada pelamin lagik..ikut pada penerangan si azira..

10 pg : berarak ramai-ramai
11 pg : majlis khatam quran
12 tgh: kenduri utk pihak perempuan ( kebanyakkan member adik & sepupu)
2 ptg : lepas solat jumaat.. turn budak laki plak .... serbu!!!!
4 ptg : selesai.. pinggan mangkuk siap berbasuh..

aku dtg kul 4.30 ptg... huhu sib baik dier simpan nasi minyak utk aku.. merasa gak ye..ngeh ngeh ngeh! byk songeh plak!

~Filem~
Banyaknyer filem!!! Ada gak filem yg blom kuar lagi.. tapi dah tengok iklan.. Mcm best je..
Mana satu nak tengok dulu eh.. kang tak best plak.. rugi je duit aku.Huh!



-The Incredibles
-Bride and Prejudice
-The Polar Express
-Biar Betul
-Tangkai Jering
-Kungfu Hustle
-Gangster
-Shall We Dance

~Demam kembali ke sekolah~
Adik-adik aku busy dah skrg nih.. baju baru, seluar baru, buku-buku teks baru... Aku pon termasuk la sekali.. Kena tolong balut buku, print label nama, gosokkan baju ,bla bla bla.. uihss macam aku plak yg beria nak p sekolah!Haha...

Saat ni terkenangkan balik sekolah-sekolah aku dulu...rindu pada cikgu-cikgu...
pada kengkawan yg ntah biler leh jupe balik..

SRK Seksyen 6 (skrg SKS6), Shah Alam
SK Keramat Tanjong, Kuala Selangor
SM Seri Tanjung, Kuala Selangor
SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam

~Sunat ~
Musim cuti sekolah ni ramai la budak-budak yg bersunat. Siap kenduri & berkompang lagik!Adik bongsu aku tak terkecuali.. Dier pon bersunat gak tapi di saat-sat akhir plak. Lagi seminggu je sekolah nak buka.Rasanya ok kot.. Harap cepat sembuh. Kiranya cuti sekolah kali ni, dak kecik tuh enjoy habis!Main ngan sepupu sebaya dier tuh. Siap stay ngan chik kat Gurun, Kedah. Ada la dlm seminggu dua.Kitorang kat sini yg menanggung rindu. Cait!Ok berbalik pada si bongsu ni. Sonok gak eh. Sejak terbaring tu, ada-ada saja permintaan ditunaikan.Mintak game boy la.. PlayStation 2 la.. makan pon leh tahan. tak makan nasi. Asyik makan roti & Mc D je.

Menu ummi : roti bakar + buah strawberry + susu & Mc D --> mmg dier suka sgt!
Menu aku : nasi + ikan goreng + sup sayur & cendawan --> hangin je aku nih! bukan nak makan sgt! tak pa.. tak pa.. at least mushroom tu habis dimakan..


uit! dah le hang tu kurus kering.. kang bertambah kurus le lagik!kitorang kat umah ni pon terikut sekali tak makan nasi.. byk makan roti..berat aku pon turun sket.. best la plak! kui kui kui..

Berbeza ngan 2 org abg dier(adik laki aku no3&4).. beza sungguh! makan sup sayur, nasi..sunat tu siap wat pulut kuning. bunga telur pon ader! time tu sakan le makcik-makcik sakat aku..adik tu baru sunat..siap kenduri.. kak long kawen nanti cam ner la eh.. pekakkan telinga je laaa...

~Lesen~
Akhirnya kini pasti!!! ngeh ngeh ngeh.. skrg bleh dah le tanggal pelekat P.. huhu bestnyerrr.. Moto pon tak yah lekat P gak... walaupun tak cukup 2 tahun tempoh percubaan, tapi dah tulih kat situ Kelas : B2 & D .. heheh bangganya aku kat abang.. ahaksss!!! Tapi biler dok dlm kelompok member lama, aku jer yg tertinggal. P JPN, update data kat dlm MyCard dgn ditemani cik abe..

~Pengantin Baru Ain82~
Rancang nak pi ngan trex, sg & alan... Tapi di saat akhir abah nak hantar.. Terlampau risau kat anak dara sulung dier nih... Siap ponteng lagi.. mana taknya kenduri kat perak.. P KL pon bising, inikan pula perak.. Terasa jauh beribu batu... huhu sorry abah.. menyusahkan pula.. So, ummi & abah anto aku ke sana.. Bertolak dalam kul 11 pagi... on da way ke sana sempat lagi sms ngan trex..

**Kat traffic light**
ummi : cuba tanya derang dah sampai mana?
-----
me : korang kat mana? saje tanya..
trex: aku kat sekinchan.
-----
me : kita kat mana ni ummi? derang kat sekinchan.
ummi: sekinchan la. kawan kak long tu naik kete apa?
me : wira kaler kelabu.ummi:ntah-ntah sebelah depan ni tak ? (hijau je, kitorang jalan dulu, lalu bersebelahan wira tu)
me: eh! derang la ummi! betoi la tuh! (sambil melambai-lambai kat trex..ahakss!)
ummi:haaa.. kan betul.. tengok instict ummi kuat.. (huhu mmg x dinafikan.. kata hati ummi selalunya betul.. tu yg wat aku x berani sgt nak kelentong/sembunyikan sumtin' dari ummi.. dari air muka je dier leh teka.. aiyakk!!)
*********************
sampai sana makan-makan..bergambo.. uihss lawa ler pengantin..serba ungu.. jeles plak aku.. aku nanti tak wat cam ni la... simple saja..
kul 3.30 ptg bertolak pulang..

~Cuti-cuti Malaysia~
haiyaa busynyer aku dlm seminggu dua ne!! melayan saudara yg mai rumah...bwk depa jalan-jalan sekitar Shah Alam & KL.. aku bukannyer jadi tourist guide, tapi babysitter!tak kisah la.. sonok melayan bebudak kecik yg comel nih... aku pon turut jadi comel sama.. haha perasan!mula-mula chik & family datang.. dok dlm seminggu.. pastu wan , mak tok & pak cik tiri (anak mak tok) plak mai..dok sini dlm seminggu gak..dah bawak depa pi Muzium Shah Alam, Pusat Akuarium, Wet World,Zoo Negara, KLIA .. singgah la plak rumah mak njang(gombak) & chu(subang permai)..riuh-rendah jadinya biler kumpul ramai-ramai nih..

~Bowling~
Lamanyerrrr tak sentuh bola bowling nih!! Aku beria sakat sato time dier nak berhenti rehat dari memboling.. sblom tuasyik melontar bola bowling je keje.. semata-mata nak practice utk tournament inter-forum .. mesra time tu pon asyik gath bowlingtak abes-abes! hah! skrg senyap dah.. asyik bola sepak & futsal jer...aku pon turut berehat dari bermain gak.. haiyaa...Keluar ngan abang 2-3 kali main bowling.. nak lepas gian + tengok prestasi aku cam ner.. sekali main tu ok.. nampak mcm meningkat.. asyik strike..tapi lepas tu.. pesal nak sapu longkang je nih... iskhh iskh kesian tolll...abang dah kalahkan aku.. ces! ces! ces!

~Kuala Selangor~
Aku ke sana ditemani adik. mmg tekad aku nak pi sana..Nak dekat 4 tahun tak jejak kaki ke sana.. Alhamdulillah ummi kasi aku pergi kali ni.. dah byk kali la juga minta.. tp tak dpt..Kenangan sekolah rendah 2 tahun & sekolah menengah 1 tahun kat sana..Aku cuma ada 4 org kawan yg rapat .. eda, lynn, julie & iya .. rapat takat kat sekolah je la.. abes je sekolah aku adik -beradik terperap kat rumah.. nak kuar pun kat halaman rumah je, main basikal..nakal gitu-gitu je.. klakarnye tingat zaman bebudak dulu.. keluar rumah ada la dlm kul 9 pg.. sampai klang ambik bas ke kuala selangor.. perjalanan ambik masa dlm sejam lebiih..jalan ke sana tak berubah lagi.. masih dlm proses pembinaan..kiri kanan dah banyak rumah baru & rumah batu.. kurang dah bentuk rumah lama..sampai dlm kul 12 lebih.. aikk cepat la plak.. janji ngan lynn kul 1 lebih sampai.. hmm dah sampai ni.. terus je la ke rumah lynn.. 1st time aku pergi.. setelah 9 tahun berkawan .. baru ku tahu sini rumah dier.. malu sehh..borak-borak ngan lynn sementara tunggu eda balik.. si eda tu p register.. dier kat uitm melaka..alang-alang dah sampai ni.. tunggu je la.. kul 2 ptg tu dah terpacak kat depan rumah lynn.. wehh ingatkan ko bwk kete.. leh le kita ronggeng! ekeke..byk la cerita keluar..dah jumpa tu rasa puas sangat-sangat!Cuma ralat sket, rumah eda tak jejak lagi.. Insya-Allah lain kali p sana.. Aku singgah rumah eda pula..

~Lebuhraya Utara-Selatan~
Raya ke-7 baru la bertolak pulang ke Shah Alam.. gerak dari rumah Wan Taiping.. Abah suruh aku drive..Ok, no hal..aku kata.. jalan ok ,straight je.. tapi bila lepas je dari perhentian rehat & rawat sungai perak..jantung aku dah dup dap dup dap.. sbb lepas ni kena lalu area berbuit dekat jelapang tu & kawasan gua tempurung..abah kat sebelah best je tido.. ok gak.. tak der la nak mengomel aku bwk slow.. huhu..lori mmg banyak.. tu yg wat gerun aku bertambah-tambah.. iskh relax la.. sampai kat plaza tol jelapang, ok dah... lepas je bayar ... dlm 100 m dari situ, tiba-tiba hujan turun. lebat plak tuh!Sudah! Tak nampak langsung! Slow je la aku bawak.. mcm familiar je hujan nih.. hmm macam kat shah alam! ari tu lagi teruk! siap kilat, petir & guruh lagik.. ok.. aku dah cool sket.. bwk hati-hati.. tup tup hujan pon benti.. Alhamdulillah.....berhenti kat perhentian rawang. Abah pula drive sampai la rumah...Aku naik bilik, baring kat katil & terus terlena.. Penat!

~Org baru.. Suasana baru~
Pertama kali bersua muka, melemparkan senyuman & berkata-kata...Hmm ok kot orgnya..baru beberapa hari tinggal.. Kitorang panggil Mak Tok..Aku tengok wan happy betul.. Ntah la aku mcm x dpt terima sepenuhnya lagi.. mcm ada yg tak kena.. tak best! tak best! ader org lain yg ambil alih tempat arwah...beza sungguh wan dulu & sekarang.. ikut je kata mak tok.. raya kali ni kelam-kabut la.. aper ni.. raya ke-2 pergi guar cempedak.. beraya sebelah sanak-saudara mak tok.. pk nak kenalkan sanak-saudara dier kat kitorang.. tak pela.. cukupla seharian dari pagi sampai malam.. cukupla raya ke-2 tu.. nak ajak p tempat lain plak.. sorry!raya ke-3 baru p alor setar.. rumah adik-beradik belah wan & arwah tok... ramai yg bersungut.. mcm menyalahkan kitorang pon ader..smlm derang sediakan mcm-mcm.. menu pon leh tahan.. me kari, nasi beriyani, laksa, bihun sup... semuanya semata-mata utk rombongan dari Sungai Petani mai Alor Setar..Rasa bersalah bertimpa-timpa!Adeh.. tak habis lagi ngan karenah mak tok ni.. ada saja plan dier nak p berjalan.. plan sesuka hati.. tak discuss pon!marahnya aku!! tak tahan sehh!!! nenek tiri belah ummi tu cukup la ngan perangai dier..(tak berapa rapat sgt..) ini nenek tiri belah abah plak!pening! Sampai bila-bila..... argghhhhh!!!hati aku meronta-ronta nak balik shah alam.. tak betah dok kat sini..

Flying Coster!

Asia's
First Flying Coaster!



Kuala Lumpur, 22nd October - Experience an Asian first: a hang-gliding roller coaster, the Flying Coaster, at Genting - City of Entertainment. Swoop, twist and zoom round turns and drops! With the Flying Coaster, you'll "fly" with a totally unobstructed view of Genting and its beautiful scenery.

The Flying Coaster is Genting's new ride, a unique hang-gliding roller coaster, designed by renowned coaster designer Werner Stengel and manufactured by Zamperla of Italy. It gives thrill-seekers the incredible sensation of zero gravity, together with the realistic effect of flying.

"With 6 carriages of 4 flyers each, the Flying Coaster takes in about 600 flyers per hour," said Mr. Raymond Yap, Senior Vice President for Theme Park and First World Plaza in a press conference to unveil the latest attraction at Genting Theme Park today.

He added that the ride lifts the flyer to a height of 20 meters and releases the flyer to a hang gliding flying experience over 391 meters of the track length, with a maximum speed of 25.7 mph.

The unique positioning of the passengers - four riders "fly" together, side by side - is a new way of experiencing drops, spirals and swooping turns from the "front seat." The flyer will experience a constant change of acceleration throughout from negative 1G to 3.6G on the vertical movements and 1G on a lateral movement.

The Flying Coaster, which costs RM20 million, is expected to start its run in December 2004, in time for the holiday crowds.

The Flying Coaster open to the public from 12th December 2004.

Photos

Saja nak try

Tadi jenguk kat page Kak Leli... Nengok ader kuiz kat situ.. So sesaja je la nak try.. Ini hasilnya..


You Are the Helper
2

You always put on a happy face and try to help those around you.

You're incredibly empathetic and care about everyone you know.

Able to see the good in others, you're thoughtful, warm, and sincere.

You connect with people who are charming and charismatic.


Coretan pendek

Urmm hari ni cheq tulis sket jer.. Nak wat cam ner masa tak mengizinkan nak tulih pepanjang.. esok² la cheq post entri panjang lebar... macam² cerita ada! semingggu dua ni busy je aku nih haa... Mana tak nya melayan sanak-saudara dari Sungai Petani mai bertandang umah cheq.. Tadi p check email.. mak aihhh... You have 20 unread messages! hepi le kejap.. sapo la rajin anto email kat aku nih... tup tup.. byk email yg tak berkenaan.. cait! menyemak inbox aku je... ader satu email tu dari Club Nokia Malaysia.. The Polar Express Ticket Giveaway! Aiseh hari ni maa tayangan dia.. kul 9 mlm.. iskhh lambat bukak email.. kalau tak leh dpt 2 tiket free... tapi kalau dapat pon bukan leh pergi... macam la ummi & abah kasi aku kuar malam semata-mata nak pi nengok wayang... kalau ngan famili tak pe... abaikan je la nampaknya... sat lagi nak pi beli sampul surat besar.. nak mohon & anto borang jawatan kosong... banyak gak mintak.. kat negeri sembilan la banyak... harap² ada la yg lekat... boring sehh dok umah nih... dah le fulus tarak.. tak best langsung! ok le nak kuar dah nih... hmm konon nak tulih pendek.. panjang gak ni kan.. hehe... take care guys!! chow chin chow!!

Mood Raya

Assalamualaikum...
uihss skrg ni still dlm mood ghaye maa... jemputan p open house mmg byk... tapi antara leh pergi atau tidak je.. huhu..
Aku tengah upload gambo² raya ni haa.. banyak maa.. penat gak menunggu.. yang hanginnyerr leh tetiba "connection error" ! cait! upload la balik... ni baru up gambo utk raya ke -2... blom lagi raya ke-3 , ke-4 , ke-5 ... pastu kenduri Pak Lang Shahril bebaru ni pon ader gambonyer.. banyakk... haiii kalau leh magic kan best.. sekali tunjuk je.. sumer dah upload.. senang le aku nak bg tau kat sanak-saudara.. "meh le nengok gambo.. nengok puas² ye.." heheh... angan je lebih... lambat lagi la depa tunggu...

Cit Cat di Hari Raya

Assalamualaikum...
hai! hai! Salam Lebaran! hehe sempat gak aku curik masa p cc.. 1st day raya lagik! huhu....
Tahun ni 1st day beraya di Taiping... the next day.. baru beraya kat Sg Petani.. Pastu ronda-ronda .. konvoi ramai-ramai satu Aloq staq... beraya umah sanak-saudara... time ni mmg best giler! part berkonvoi mmg aku suka sgt... tak sabarnyaa tunggu esok...
Pagi tadi salam ummi & abah... Wan .. Mak Ngah sekeluarga... dapat duit raya lagik.. hehhe.. syokknyer... ahakss... Lepas sembahyang raya konon nak la ambik gambo satu famili... singgah le kedai gambo tuh... tapi tak jadi lerr... background kat situ tak lawo... warna merah... kitorang sumer berbaju biru... nampak tak menarik... hampanya hatiku... ambik gambo guna kamera sendiri je la nampaknya... urmmm...
Beraya rumah tok teh.. tok su... update data keluarga... tunjuk family tree yg ada... ambik gambo... dulu aku & ummi je wat keje-keje nih.. skrg dah tambah sorang... adik yg no 5 tu berminat jadik camera women... so tugas ambik gambo serah kat dier je la... aku tolong catit mana yg patut.. kiranya secretary la nih eh.. hehe.. ummi plak leh sembang pjg lebar ... Dari situ macam-macam citer leh dpt.. ahakss..
Dah kul 2 ptg... Singgah rumah tok arip... keluarga depa ni sebenarnya berjiran ngan keluarga ummi dulu... atok & tok arip ni member kamceng... dua-dua askar... dok umah dekat plak tuh...
Dah macam family sendiri... citernya dulu ummi jadi guru tuisyen pada anak-anak tok arip... mengajar math.. depa kata ummi ni garang... cubit-cubitan... tapi dek kena cubit tu la rajin belajar & masuk universiti... sambil tersenyum , ummi bg tau.. Anak-anak ummi ni tak jadi wat cam tu... kena ckp elok-elok.. biasala budak-budak sekarang... tak mcm dulu.... tak marah kena cubit... tak mengadu.... sbb takut satu... sbb tau salah depa... lagi satu hormat sbnrnya.. adehhh tahan je la aper ummi kata tuh... Borak-borak... Pak Long plak mai sini... mcm tau-tau je kitorang kat sini yerk... mana taknya dari tadi tak balik umah wan lagi.... bagus gak jumpa pak long kat sini... bergambar beramai-ramai.... tok arip tak putus-putus ucap syukur.. leh bergambo beramai-ramai... actually dah lama kitorang tak jenguk sini.. setahun gak la.. ye la kan tahun lepas sibuk menjaga arwah tok... urmm tingat kat arwah tok ... dah setahun pergi.. Al-Fatihah...
sembang-sembang.. makan-makan... ambik gambo... leka tengok tv... hujan pon turun... memula renyai je.... pastu makin lebat... tunggu la sekejap.. tak benti pon ujan... kena gak la redah p kete.. lagipun skrg dah kul 3.40 ptg...
Balik umah wan... tengok mak teh & pak long sekeluarga ader kat situ..
salam dihulur...
senyum diberi...
duit raya tak lupa dihulur...
balasannya senyuman manis diberi..
ahakss... pantun ntah apa-apa... huhu...
mintak izin ummi dah kuar.. singgah cc jap.. lgpon tak p mana dah kan... ok ummi kata... tp balik cepat sket.. ptg ni gak balik SP.. aik? bukan esok? abah bg tau.. Wan jatuh moto masa dlm perjalanan balik ke rumah lepas sembahyang raya pagi tadi.. lorrr... pulak dah! harap wan tak teruk... Mudah-mudahan...
P cc.. kakak tu senyum je kat aku & adik.. mana taknya.. 1st day raya pon nak p cc gak... patutnya nak p semalam.. tapi byk keje laa.. so skrg dah ader masa terluang.. baik digunakan... kang p cc kat SP sure tak sempat punya... banyak berjalan kat sana nanti.. bukak friendster.. seronoknyer!!! sumer testi aku dah ader balik... hari tuh check abes kosong.. ilang .. tak der langsung! sedih betoi... ni dah ader.. alhamdulillah.. tak der le kengkawan aku penat anto testi... aku pon tak der la rasa letih haaa jari menaip.. tak der la penat nak perah otak carik idea tulis testi lagik sekali.. huhu...
wokeih la.. times up! got to go now! see you later....
by da way.. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Andai ada salah & silap, mohon diampun... Semoga ceria selalu! Tata!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

-Pantun raya-

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masak lodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan kuih jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

***********************************
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah hutang

Balik kampung

Rashdan, Syawal, Aina, Sabrina & Imanina

oooOOooOO balik kampung!!(2x)Hati girang!!hmm lama gak rasanya aku tak balik kampung nih..slalu ummi & abah je yg balik..Huhu sonok sehh nak balik kampung..jupe sanak-saudara... nak dukung, peluk, cium adik sedara yg kecik-kecik comel tuh... Rashdan,Syawal,Aina, Sabrina & Imanina ... Gerammnyerr nengok bebudak nih kat gambo..Itu baru nengok gambo.. dah jupe nanti mesti sumer berebut nak dukung + main ngan baby nih..hehe..

esok , lepas terawih aku & family bertolak pulang ke kampung..Sungai Petani & Taiping.. Kita jumpa lepas raya ye..Selamat Hari Raya!Maaf Zahir Batin..

errr nak duit raya.. ader sapa yg nak kasi cheq duit raya ker? ahakss..ye la.. yg dah keje, slalunya kasik kat yg blom bekerja..yg tua kasik yg muda... betoi dak?? muahaha...

Suka Duka di hari Isnin -24 Ramadhan-

Hari ni aku hantar adik p skolah & p kolej naik teksi..Nak wat cam ner... kereta tak der...Ingat tadi leh le mintak abah tolong hantarkan.. Tapi dier dah kuar kul 10 p td.. Nak tak nak naik gak le cab.. Lepas hantar adik tu, singgah PKNS jap.. pos kad raya kat pos office PKNS tu.. bukan tak der P.O.Box kat ngan area rumah..Tapi nanti lambat pula posmen ambik.. So nak cepat, terus pos kat pejabat pos..Lagipun tarikh akhir hantar kad ucapan 9 November..Gerak p kolej pulak.Lagipun abang pon dah miskal ni..On da way ke kolej ..Abah call aku.. Ajak p KL..Lorr tak keje ghupanya.. Cuti la tuh..Aku ckp nak p kolej..Maybe kul 2 atau 3 selesai..Selang 5 minit, abah call lagi..
Abah : Betul tak nak p?
Aku : Nak ambil sijil ni.. Takut esok ada hal lain pula.. Lagi lambat dapat sijil tu.
Abah : Nanti abah p jalan-jalan, shopping ngan ummi. Jangan jeles..
Aku : Err.. ummi p jugak ker?? Sapa lagi yg p? Alaaa.. Macam tu nak ikut lah!
Abah : Ni tengah tunggu ummi la .. Hah, nak ikut tu lekas.. 1230 abah tunggu depan kolej. Kalau tak der, kena tinggal laa...
Tak leh jadi ni... Aku nak ikut gak p 'shopping'..Hehe..
Sampai kolej, cik abe dah sedia menunggu..
Aku : Sorry lambat.. Td hantar adik p skolah..
Abg : Ok tak pe.. Baru sampai pon.. (sambil kasik duit raya).
Aku : Duit raya?? Tq! Tq!
Abg : Bila nak kasi kad raya?
Aku : Bukan skrg la. Esok-esok pos. Bila kad raya sampai, time tu dah ada kt kampung. Buka kad raya, baca ayat jiwang sambil diiringi lagu raya..Syahdu maa.. Sure abg rindu sakan nanti kan.. Pastu abg suruh balik cepat kan.. kan.. kan.. Hheheh..
Syok plak aku mengusik abg.. Ahakkss.. Abang kena balik tempat keje..Aku plak ader hal yg perlu diselesaikan kat kolej.. Kena kejo masa..Jap lagi abah sampai.. Ada 15 minit je lagi..Alahai proses nak dapatkan sijil ni leceh.. Kena ambik signature kat library, STAD, Acc. , Exam & Registrar department..Dah le jauh-jauh tempatnya.. Ummi call, tanya dah siap ke belum.. Pergi kat registrar department ni dier kata siap kul 3 ptg..uikhss lambatnyerr.. Tak sempat laa.. Kalau gitu ambik esok je la..Abah sampai kul 1 ptg. Hari ni dapat kepercayaan penuh dari abah. Aku drive dari shah alam ke KL..Selalunya payah sket.. Ummi x kasi.. Abah kata p Damansara.. Aku ingatkan abah nak p opis dier..Tapi bukan la.. Nak p Balai Bomba.. Kat Jalan mana tah.. Aku bukan ingat sangat nama jalan kat KL nih..Abah nak jumpa pegawai kat situ. Diskus pasal tanah runtuh rumah banglo di Gombak baru-baru ni.. OooooOOoo ni rupanya tujuan abah.Tipah tertipu maaa... Ces abah saja kelentong nak p shopping.. Cait!
Selesai discussion tu terus balik rumah.. Tak p shopping.. Abah minta aku p bank plak.. Siap kasi duit banjer + upah.. Huhu leh tahan..Ok, tq abah! Hmm lepas tu kak long nak p kolej tau.. Nak p tengok sijil tu dah siap ke tidak..Ntah-ntah tak siap lagi.. Sebab aku bg tau tadi esok aku nak ambil... Hah! Kan betul apa yg aku fikirkan.. Dier tak wat pon lagi.. Lorr.. Iskh.. Geram kemain sampai terpamer dari air muka..Tu yg wat ader student baru tu panggil ku mak cik!"Mak cik, ader pen tak? nak pinjam leh?" Hari ni dress up aku gaya mak cik ker? huhu..Tunggu 20 minit.. baru siap.. eh cam ni ke sijilnyer.. Ingatkan sijil kertas keras tu.. ni cetak atas kertas A4 biasa jer..ink pon mcm nak tak nka je kuar..yg ni ke yg kata ambik masa sampai siap kul 3 ptg? Kalau kata aku nak cepat, tu yg dpt yg ini..Apsal aku tengok kat situ ader 2-3 org student lagi dapat sama masa aku gak.. Okla.. Okla..tak yah pikir laa..Cuba lupakan.. Yang penting sekarang kes ari tu pon dah selesai.. Alhamdulillah..Akhirnya cheq dapat gak sijil pengesahan tamat belajar ni! Tersenyum lebar..
P fotostat semua sijil.. Esok boleh bg ummi minta bos dier sahkan sijil-sijil tu..kat cc.. bukak email.. satu email tu datangnya dari china.. Kak Sal akak Didiharaiss attach gambo family dier..comel beno 2 org putera kak sal tuh.. Mak bapak pon apa kurangnya.. Urmm end of this year dengarnya depa nak balik Malaysia..Selamat Pulang ke Malaysia kak.. Semoga selamat sampai.. Insya-Allah.. Aku nak main bowling ngan kak sal sebenarnya nih.. hehe..Dier terer main maa.. Tu yg nak blajo skill dari akak nih... Ada rezeki dapat la jumpa & main bowling sama...Ok bukak blog abe.. Ubah serba-sedikit blog dier.. Tambah & buang mana yg patut.. bukak mesra.. ader yg kasik addrss.. mekasih sudi gak kasik.. nantii cheq kasi kad raya ye..
Dah pukul 5.20 ptg.. Nak kena ambik adik kat sekolah.. Alaa bulatan kat ngan stadium tu jammed. So,patah balik ke kolej.. masuk federal highway ikut jalan kat politeknik tu..Lorrr.. lagik jammed! Ada traffic light pulak tu! Aiyakkk.. Lagik lambat maa... "Keluar mulut singa, masuk mulut naga" Erk! Betoi ka tu?? Hentam saja laaa labuu...Hujan turun dengan lebat. Kilat memancar-mancar. Guruh berdentum-dentum. Tak nampak jalan langsung! Slow je bawa.. Aku dah kecut perut. Macam-macam bermain di fikiran.Kilat tu sambar pokok.. Tumbang pokok tu himpap kereta. Bolej jadi kilat terkena tiang & lampu tepi jalan. Kejutan elektrik..First time aku drive dlm hujan sebegini lebat diiringi bunyi guruh yg kuat & cahaya kilat yg x berhenti-henti. Mulut tu terkumat-kamit beristighfar.. Berselawat.. Mengucap byk-byk..Mcm-mcm leh jadi.. Ini baru jln biasa.. belum lagi kat highway ke utara sana nun.. Kiri kanan bukit.. Naik turun bukit.. Aku tak pernah lagi drive pulang ke kampung.. uihss tengok ummi bawak pon aku dah gerun.. tak berani la nak bwk! Skrg ni musim tengkujuh.. Hopefully balik kampung nanti tak der apa-apa kejadian buruk berlaku.. Insya-Allah..
Sampai sekolah si kecik. Kesiannya basah kuyup adik bongsu aku nih.. Aku lambat. Maafkan kak long,dik. Hmm esok mesti demam tu, antibodi takk kuat sangat..Dengan kurus kering nyer.. Iskh rasa bersalah plak aku.Kalau awal keluar tadi, sure leh sampai awal.. time tu pon hujan renyai-renyai je... Dalam rasa gitu, sempat gak aku berleter.
"Main hujan ker?"
"Balik karang, terus masuk toilet, p basahkan rambut"
"Tukar baju tu"
"Jangan leka"
"Tak mau buka PC, kilat nih"
"Ingat apa kak long ckp?"
--"Kak Long nih! Adik tahu la!"--
Opppss! Aku membebel panjang lebar? Huhu.. aku tak suka ummi berleter.. Tapi aku p berleter gak..Heheh.. Perempuan mmg tak lepas dari nak berleter.. Muahahha..
Kat rumah.. Meja dah siap terhidang lauk-pauk,kurma, pinggan-mangkuk.. Cawan,sudu,garfu.. Sumer dah settle... Tinggal nak buka puasa je sat lagi..Abah plak bising, apsal lambat balik ni.. Jalan jammed abah.. Hujan lebat pulak tuh..Roti plak tak der..Err Kita kan puasa.. Macam mana nak ada roti? ihikss..
Malam kuar lagi.. Lepas solat terawih.. p giant jap.. tukar barang rosak.. pastu beli kad raya utk ummi & adik-adik.. Tak cukup..Esok kena beli setem & pos sumer kad raya..Esok juga aku nak post entry aku ni..Esok kena packing beg..Esok .. esok.. esok.. Moga esok lebih baik dari hari ini.. Insya-Allah.. Mudah-mudahan..

Kamera & Gossip

semalam p bukak posa ngan bebudak mesra ni..hujan lebat.. banyak tempat yg dah penuh, sib baik dah booking awal..Hari ni aku tak bawak kamera.. abah nak pakai.. dalam hati dah tak keruan..ala tak best le cenggini ..ni yg malas pegi kalau x der kamera..oh ya .. teringat kat single guy.. kalau dier pergi, leh le pinjam kamera dier..dan kata sepakat dicapai.. dier pergi.. bawak kamera.. aku sediakan bateri spare..orait.. sampai sana aku tak leh le dok saja kat kerusi tuh.. nak kena bergerak..tangan ni dah beria beno nak snap gambo candid org nih.. mr SG ni tertinggal cam tu kat dlm kete maa..Redah dlm hujan..Hujan lebat pedulikan! cheq nak kamera gak!.. Dah dapat kamera tu bukan main senyum lebar.. heh heh.. jeng jeng jeng..tiba masanya fokus pd gelagat derang nih... saja aku nengok gambo-gambo yg ader dlm kamera tu.. aikk sapa awek yg bergambo ngan mamat ni ye..mamat ni mmg sakan bergambo macho..ahakss... tak pa.. tak pa..aku leh nengok kat rumah.. lagi besar & jelas.. huhu.. alaa ko mesti kasi aku pinjam kan.. aku nak tolong upload nih.. tgh baik hati ni.. ekekke..balik umah je aku terus on pc.. lagipun aku tinggal sorang je.. satu famili tak der kat rumah..depa buka posa kat rumah mak cik.. malam kang kul 11 lebih sampai le tuh..dah save sumer gambo kat dlm pc tu...Aku tengok la sumer gambo yg ada dlm kamera mamat nih..aksi-aksi me'macho'kan diri.. muahahaha jgn mare eh.. muka jadi hijo, cik kak tu lari..haaa ckp pasal cik kak tu kan..aku nengok kat ada 2-3-4-5-6 gambo.. hhehee.. hmm nampak lain macam laa..rasanya nak wat gosip baru laa.. tapi takut salah lagik.. hari tu aku dah gosip kak ros..kak ros kata tak betul.. adehhh tu yg tak syokk.. skrg ni kak ros still lagi aku nak gosip..tapi nanti la.. biar aku simpan gosip tu sengsorang dulu.. skrg gosip pasal gambo dlm kamera ni..hmm betul ker eh.. mcm ada 2-3 org yg dah tahu.. pandai depa simpan rahsia yee... ooOooOOooooOOO..kalau tak betul.. alamak! aku salah lagik!! Mintak ampun... ngehehgehhegeheh..

Kad Raya



Assalamualaikum..
Malam tadi aku tido lambat giler.. Beria nak settle pasal kad raya... Berlambak maa.. Adeh penat sehh tangan cheq ni nak menulis.. Kremm kejap.. Ahakss... Ummi tengok je... Biasala dier pon penah gitu gak muda² dulu.. Cian ummi. Alamat member dier sumer tak der.. So tahun ni tak der la anto kad raya sangat... Mana kengkawan yg anto kad raya kat ummi & sertakan sekali alamat... Itu la yg ummi balas.. Hmm alamat member ummi tu tersimpan dlm Cd.. Ntah ke mana le Cd tuh... Magik kutss.. Time diperlukan ni le barang suka sgt main nyorok²! Time tak diperlukan, senang je nak carik. Terus nampak! Uihss pening le..
Pada mulanya abah tak kasi beli kad raya..Membazir katanya.. Baik wat sendiri..Hmm abah nih... nak wat tu boleh.Tapi masa tak cukup maa..Print tu bukan sikit, banyak..Color lagi.. bukan satu, kena beli 3-4..Paper & envolope lagi..Dua kali ganda kuar duit tuhh..At last abah kasi gak beli kad raya..aku borong sakan kad raya..bila lagi nak beli.. Lagipun beli byk-byk ni dapat diskaun sket.. hehe..Org nak pandang tu, suka hati depa laa..cheq nak hantaq kad kat member nih..Pen-pal, adik,kakak & abg angkat .. sumer dah lama tak anto sughat..ni la masanya anto kad raya, tanya berita terbaru..hmm mcm-mcm reka bentuk kad raya sekarang.. lawa..tak tau nak pilih mana satu.. ummi prefer gambo masjid..lebih-lebih lagi gambo masjid shah alam.. semangat selangor tu.. lama giler dok sini.. abes loghat nogori & utara ilang.. erkss..nanti biler pindah kedah.. kena tanamkan semangat kedah la plak..

Nak dekat raya makin banyak kad raya aku dapat..Thanx pada sumer yg kasi tu..Kad raya dari cheq akan menyusul kemudian..TUNGGGUUUUU....