Selamat Berpuasa!!

Aku kat Klang nih.. Tunggu si adik balik skolah.. iskhh buat hal plak dier nih... Pagi tadi tengah syok main game The Sim.. dier call ... uihss nak balik? pesal la plak... Pegi je la... Sblom tu singgah jap call ummi... Hmm kan dah bising... Yela kak long nak p jenguk le nih..Kat skolah plak.. Guard le menambahkan ke"sabaran" aku... huhu... sabo.. sabo.... Banyak tanya plak pak cik nih... Terserempak ngan adik.. uit.. masuk le kelas.. tak der cikgu ker.. amboihh...Pii bilik guru.. guru kelasnya tak der... tunggu le kejap... Dalam dok tunggu tu.. aku bukan nyer tahu muka si cikgu nih.. ummi yg slalu jupe.. Haa sib baik ader student yg sekelas ngan adik ... Tanya la serba-sedikit.. Nak kena budak nih.... Abah ader kat umah.. Ummi dah tahu..... Tak tau ler apa jadi kat umah nanti..Keluar terus dari sekolah.. Nanti kul 12 kak long datang balik... Lamanya lagi.... iskh... p melilau carik cc.. mana tah... minyak pon kureng dah nih... Penat sehh.. Pening.. Dah jupe cc tuh.. Thumbdrive la plak wat hal.. tak leh nak pakai... Aku nak edit blog nih... Nak tambah entry nih.. Adusss... Bukan leh dok lama kat sini... Pc plak down... iyarkk.. iyarkk... Puasa.. Sabo.. Memang kena tahan sabo... Heh!

Kartun


Racun & penawar

Petang semalam dapat banyak msg member-member... Semua stok wish "Selamat Berpuasa". Yang tak menahan tu, ada gak yang wish raya! Amboih... Mementang kad raya dah dijual awal-awal... Sabo no... Puasa pon baru je nak mula nih.. Hmm dlm banyak-banyak msg tuh, aku tertarik pada satu msg drpd coursemate, Baizura namanya. Msg tu pasal 5 jenis & 5 penawarnya.
  • Dunia racun, zuhud penawarnya.
  • Harta racun, zakat ubatnya.
  • Perkataan sia-sia racun, zikir ubatnya.
  • Seluruh umur racun, taat ubatnya.
  • Seluruh tahun, RAMADHAN ubatnya.

Bloggin Bluez!

Bulan baru.. Template baru.. Thanx to Miz Graphics! Aku ambil dari sana, pastu ubah mengikut citarasa aku sendiri.. Actually, aku tukar ni pon sbb kena kritik ngan ummi.. Dier tak berkenan ngan gaya blog aku sblom nih.. Itu pon dier ternampak secara tak sengaja.. Huhu.. Bahaya sehh kalau ummi baca.. Banyak sangat rahsia.. Ahakss.. Skrg ni ummi mintak aku ajar cam ner nak wat.. Aiyakk cheq tak gheti sangat maa.. Tak pa mana yg cheq tau..Cheq ajar ummi ye.. Ni pon kelam-kabut lagi.. Coding byk yg tak tau.. Nama je ambil course IT.. kuikuikui.. tu la blajar semata-mata utk exam je.. Dats y ler byk lupa.. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Erk!

Awan

Kalau orang lain suka tengok bintang, aku pula terbalik. Suka sangat tengok awan! Bermacam-macam jenis awan yang ada. Pelbagai bentuk sama ada ketika cuaca baik atau buruk. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Kan best kalau aku dapat berbaring di bawah pokok, di kawasan lapang, di atas bukit. Asyiknya melihat awan.. Cuaca cerah.. Suasana sungguh tenang. Berlatar belakangkan langit yang serba biru, kulihat awan kelihatan begitu lembut. Huhu berangan tak ingat! Ahakss..

Setiap kali naik kereta ataupun motor, aku takkan lepaskan peluang meninjau awan di langit biru.. Kalau tengah drive, terbatas la sket .. Iyela kena tumpukan perhatian kat depan.. Naya je kang berlanggar ngan kete lain. Hehhe.. Tapi time membonceng motor la paling best.. Boleh nengok puas-puas.. Sukanyer!!

Mencari cinta

Lepas shopping ngan ummi,abah & kak chik ,aku singgah kedai buku dengan tujuan nak beli novel yang berjudul Mencari Cinta karya Leeya Myra.Actually, sblom ni aku dah terpandang & baca ulasan kat belakang novel nih.. Time tu wat x peduli sbb ada 2-3 buah novel yg aku dah target nak beli..Tapi sekarang berkobar-kobar plak nak baca. Mana taknya beria-ia sungguh Kak Zuril memperkatakan tentang novel nih.. So, apalagi rasa ingin tahu meluap-luap.Tambah-tambah lagi aku dah tak ada novel baru..


" Kau menghilang tatkala di cari
Mengapa menjelma bila tak dipeduli ? "

Aku cukup terusik dengan kata-kaa tersebut, di kala membelek muka depan novel..Teringat kenangan lama .. Malu sungguh diri ini.. Hmm novel ni tidak la seperti kisah duka yang kulalui sebelum ini. Tapi sedikit sebanyak kata-kata & perasan, ada juga persamaannya.
##################################################
Aku rasakan Farislah lelaki yg malang sekali dibandingkan dengan Ilham dan Rizman. Di saat-saat menanti detik haripenuh bersejarah, sekali seumur hidup. Tiba-tiba majlis perkahwinan tu dibatalkan. Tentunya dia malu dengan semua org.Sanak-saudara, sahabat-handai dan org sekeliling. W/pun buat sederhana, tp rasanya jemputan ramai. Aku kagum dengan keperibadian Faris & keluarga. Cukup tenang.. sabar, lemah lembut dan tida mudah melatah.Di sebalik itu tumbul jua rasa kasihan dan tidak puas hati. Mengapa mesti menunggu? Tentunya ramai lagi yang menanti." Hati org tidak boleh didesak. Itu hak masing-masing " , kata-kata yang kukutipdari salah sebuah novel yg pernah kubaca.Apa-apa pun .. Harapanku semoga Faris & Annessa berbahagia sehingga akhir hayat.Sesiapa jua di luar sana yg kisah hidupnya serupa atau seakan-akan seperti kisah dalam novel ini..
==> Buatlah pilihan yang terbaik..
==> Ku doakan korang berbahagia dan jangan persiakannya..

Selamat Tinggal September!!

Assalamualaikum..
Berlalu sudah bulan September..dan hari ni kita melangkah ke hari baru, bulan baru.
Macam-macam aktiviti yang dirancang sepanjang bulan 09 yang lepas.. Banyak yang tak jadi.. Frust, geram, sedih, rasa bersalah dan lelain lagi lah yang aku rasakan.. uihss.. "Apakan daya.. Tak ada rezeki.. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya..." , aku menyedapkan hati... Haiii.. Begitu cepat masa berlalu..Kisah suka duka masa lalu dijadikan pengajaran..Pengalaman yang mematangkan diri untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar..Sehingga kini aku masih teringat zaman kecik-kecik dulu..Aku dan adik-adik akan mengambil satu kertas..Tulih nama masing-masing dan juga umur pada waktu itu..Pastu mula la mengira umur akan datang..Kalau kak long umur 20 tahun, ummi & abah dah baper tahun?Adik-adik pula ? Memasing kira umur..Time tu mmg seronok.. budak-budak la katakan.. Nak dekat seminggu aku tak update.Tak ada masa satu hal..Busy ngan kerja-kerja kat umah tu..Biasala suri rumah terhormat.. Ahakss..Hmm fulus le sebab utama..Huhu duit banje dah kurang..Kini aku sudah boleh duduk rumah.. hehe.. sblom ni stok nak merayap.. nak berjalan je.. Tapi kalau nak ikutkan.. skrg ni la aku ada banyak masa terluang.. Hmm belajar masak daa..Lagipun bulan puasa semakin hampir.. Tak yah la beli sakan lauk-pauk kat luar.. Seperti yang dikatakan oleh ummi.. "Masak ni senang je.. Cuma sikap malas atau rajin .. " Betul gak tuh.. Kalau malas, nak masak nasi pon tak jadi... Pepatah Melayu : " Nak seribu daya.. Tak hendak, beribu dalih"...

Happy Birthday!!!!



Happy Birthday to me!!!!huhu dah masuk 20 tahun cheq ni ha.. apa sumbangan aku buat famili eh?Kalau kat kengkawan.. Aku dah tolong mana yang aku mampu..Buat yang tersayang.. Aku sumbangkan hati.. muahahha.. Famili?? Rasanya banyak yg tak best jerk.. iskhh cian kat ummi & abah.. Banyak kuar duit & melayan kerenah aku nih.. ihikss.Ummi.. Abah.. halalkan makan minum kak long selama ni..Terima Kasih atas segalanya.. Ampunkan salah dan silap.Akan ku ubah sedikit demi sedikit perangai ni.. Insya-Allah..Hajat aku skrg ni nak mencari keje.. sementara tunggu result kuar.. Konvo pon tak tau lagik biler.. Result? Insya-Allah lulus..

Hmm thanks to all my friends.. Especially yg wish awal sehari .. ehehe.. Kak Sal (Didiharaiss) , Kak Nurul (Arcakasih) , Kausar, dan setty.. Malam tadi sibuk ngan hanset.. huhu lepas satu, satu .. msg masuk.. tq! tq! Borak panjang lebar le ngan cik abe.. best! best! Dah lama tak borak lelama ... stok dier busy je sejak akhir-akhir ni.

Pagi ni awal-awal lagi dah dapat call dari Kak Ros.. uikhss mekaceh kak.. kejut huda bangun.. ahakss.. sempat gak aku mengusik kakak sorang nih.. ye la. ye la.. tak nak wat gosip dah.. ekekeke... Sayang Kak Ros!.

Personality quiz

Huder,

You work hard, seeking success. You are self-sufficient and in spite of all the trials and tribulations that have beset you in the past you carry on regardless. You are one to be admired because you pursue your objectives single-mindedly and with initiative. You know that you can 'do it' and what is more, you will - without necessarily being dependent upon the goodwill of others.You are willing to try anything once. You 'need to be needed' and what is perhaps more important you 'need to need.' You can only feel close to a person or persons when you feel you can trust them, but this trust needs to be proven to you.Being a very proud individual, you tend to hold yourself aloof pretending that you are stoical - indifferent to pain and pleasure. This is not so, for in truth you are an extremely emotional individual, one that may make a hasty decision and perhaps regret it at leisure. It is time now to break the bond of detachment and be the 'you' that you would like to be - give vent to your emotions and enjoy yourself.You are being unduly influenced by the situation that is all around you. You do not like the feeling of loneliness and whatever it is that seems to separate you from others. You know that life can be wonderful and you are anxious to experience life in all its aspects, to live it to the full. You therefore resent any restriction or limitations that are being imposed on you and you insist on going it alone.You are trying to build up your own position and you resist all external influences. You insist that you are your own person and you will not tolerate any outside interference. Decisive and proud, you are true managerial material.

Komen

Puteri Gunung Ledang

lawak ler si sabri yunus dgn penampar dia tu .. kejap penampar jawa.. kejap penampar arab.. dan lain² lagi lah.. mcm² ada.. heheheh...perjalanan cerita dia yang bergerak perlahan , mungkin dengan tujuan untuk kita menghayati betul² jalan cerita tuh... Adlin Aman Ramli sebagai Sultan Melaka , nampak semacam ler.. begitu ker gaya sultan? ntah.. cheq pon tak tau.. hehe.. Suka dialog nih.. -Adinda bersumpah… Jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. --Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama-Imbasan kembali detik-detik indah Gusti Putri dan Hang Tuah.. bahagianya derang. Romantik! Huhu..Babak di mana Gusti Puteri menangis ketika Tuah tidak kunjung tiba.. Kesian puteri tu.. Ingatkan dah lepas dari kawen Sultan Melaka, leh ler hidup bahagia..Apakan daya, sultan kenakan sumpahan pula.."Sesiapa yang melihat Gusti Putri selepas Subuh, nescaya orang itu akan muntah darah dan nyawanya diambil."Pastu rasa sedih sangat kat Hang Tuah... Part akhir sekali tuh.. "Adinda, kekanda amat rindu kepada adinda. Tidakkah adinda mahu bertemu kekanda"sayu jer dialog nih.. Gusti Putri tak leh ler nak tunjukkan wajah dia kan.. Tak pasal kang Hang Tuah tuh muntah darah dan mati la plak.. Sure la dia tak mau kekasih hati mati kerana dia..Walaubagaimanapun Hang Tuah tahu tuan puteri ada di sekitar kawasan tuh.. Derang kan leh berhubung melalui gerak hati.. Sehati sejiwa..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Princess Diaries 2 - Royal Engagement

Kelakar! Gelagat puteri Mia yg kelam kabut tuh.. tak abes² ! Dia dah biasa dengan kehidupan yang lasak.. terasa canggung plak untuk sentiasa bersopan santun. Kan nak jadi ratu mana boleh ader sebarang gosip..Part puteri kejar ayam pemberian sorang penduduk kampung tuh, siap masuk paper! malu je nenek dia.. alahai..hensemnyer Nicholas.. hehe.. dia baik sebenarnya. Memula tuh agenda dia nak mendekati puteri Mia dengan niat untuk menggagalkan perkahwinan sang puteri dan Andrew. Kemudian, dia akan dtabalkan menjadi raja Genovia..Sumer tuh dek hasutan pak cik sendiri. Cait! Kecoh tol ler pak cik Nickholas tu! Iskhh geram! Lama-kelamaan Nicholas jatuh cinta kat Mia... Dia batalkan niat jahat dan menaikkan kemarahan si pak cik. huhu padan muka. kuikuikui..Yang cheq tak sangka tuh.. masa Puteri Mia & Andrew membincangkan tengtang perasaan dan hati depa. Kedua-duanya tak mencintai satu sama lain. tapi perkahwinan kena teruskan jugak. tinggal esok hari jer! Takkan nak tunda pulak.Urmm teringat plak kat 2 org maid peribadi puteri tuh.. Macam kembar la plak! Lucu beno nengok derang.. Oh ya.. Puteri Mia ni penyanyang dan peramah orangnya.. masa perarakan nak keliling negeri Genovia. Kat tengah jalan, puteri mintak berhenti..Pastu tegur budak perempuan comel yang kena buli tuh.. Siap kasik anak-anak yatim (perempuan) pakai crown dan ajak join sekali perarakan diraja.. Baik sungguh Puteri Mia! Nak tahu.. mak Mia ni dah kawen lain dan dapat baby lagik! Comel sangat! Hmm keseluruhannya memang bestlah!

Princess Diaries 2






In 'The Princess Diaries 2', Mia Thermopolis is now a high school graduate and on her way to Genovia to take up her duties as princess (contrary to what was presented at the end of the first film, Mia does not leave her home for a few more years). Her best friend Lilly also joins her for the summer. Mia continues her 'princess lessons'- riding horses side-saddle, archery, and other royal. But her complicated life is turned upside down once again when she not only learns that she is to take the crown as queen earlier than expected, but that she is also to be married before this event. Robert Schwartzman will not be reprising his role as Mia's love interest.

Summary written by Anonymous

Princess Mia has just turned 21 and is suppose to succeed her grandmother as the Queen of Genovia. But Viscount Mabrey who wishes that his nephew who is also in line to the throne to be the new ruler, reminds everyone of a law that states that an unmarried woman can't be made queen, and with the backing of parliament, he opposes Mia's coronation. But Queen Clarice asks that Mia be allowed time to find a husband, and she is given 30 days. But Mabrey tries to do what he can to stop that. But his nephew, Nicholas has met Mia and they are both attracted to each other but Mia upon learning who he is, dislikes and doesn't trust him but Clarice has invited him to stay with them for the 30 day period to keep an eye on him.

Summary written by
rcs0411@yahoo.com

Puteri Gunung Ledang

Sinopsis
Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Kes kereta disembur cat menular di Shah Alam

SHAH ALAM 15 Sept – Insiden puluhan kereta yang disembur cat dengan tanda ringgit berwarna merah di Klang, Gombak dan Semenyih bulan lalu kini menular ke Bandar raya Shah Alam pula.
Kali ini, kira-kira 10 buah kenderaan termasuk kenderaan mewah menerima nasib yang sama di Seksyen 10 di sini yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan samseng awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, semua kereta yang diconteng adalah kereta yang diletakkan di tepi jalan iaitu tiga kereta diconteng di Lorong 10/13 manakala kereta lain diconteng di Lorong 10/12.
“Antara kereta yang diconteng dengan lambing ringgit ialah BMW, Proton Waja, Hyundai, Honda Civic dan Perodua Kancil.
“Bagaimanapun kegiatan menconteng kereta itu dilakukan secara rambang dan ada kereta yang juga diletakkan di tepi jalan kawasan tersebut tidak diconteng,”katanya di sini hari ini.

Teman

Pagi jumaat lepas... breakfast + lunch ngan member lama.. nazmi & kamalia.. si nazmi ni cuti seminggu, so ambik kesempatan la utk berjumpa... si kamalia plak.. walaupun satu kolej.. satu course.. tapi kelas lain².. so mmg susah nak jumpa! tak terserempak langsung! biler member lain tau.. dier gelakkan plak.. aiyakk... belah petang plak.. pi alam sentral.. minum ngan bebudak mesra plak... cecomot, liezz, alan, rangga & arab ... time tengah sembang² tu, nampak plak member lama lagik! Sabrina gimnas.. ngan member la.. sogan plak nak tegur.. huhu... Eh tetiba kelibat Dina & Jac, finalis Malaysian Idol plak kelihatan kat ruang legar alam sentral nih.. Oooo malam nih depa wat kat Sri Pentas 2 , Alam Sentral.. No wonder la ..

****************************************************

Malam semalam aku mimpikan member kamceng aku.. Pojie!! aiyak aku rindu gilerrr kat ko!! iskh... Hmm tengah hari tadi, nak naik bas tuh.. nampak Fina & Awie la plak... arghhh!! sonok jumpa korang!!! Tapi sekejap sangat! Aku ader hal lain laa... Kalau aku free.. leh join korang.. lepak memana.. minum.. sembang²... Adehh angin rinduku terhadap member sekolah dulu datang & semakin menebal lerr... Rindu... Rindu Serindunyaaa....

Kisah Kasih

Wan nak kawen lagi?? aku terpana.. terpaku sejenak setelah menerima berita dari adik.. dier terdengar abah ckp dlm phone ngan mak ngah... Arwah tok saja yang berada di fikiranku.. Adik² semua berkira² nak panggil aper nanti.. tok? opah? nenek? kami dah ada nenk tiri belah ummi... skrg nenek tiri belah abah pulak? Aku sedar Wan perlukan seseorang untuk melayan makan minum + pakaian dier.. walaupun Mak Ngah sekeluarga ada sentiasa melakukan tugas itu... Tapi tentunya tak sama layanan seorang isteri dan anak.. Semakin berumur... semakin sensitif & memerlukan layan serta perhatin... Arghhh.. aku dah banyak baca novel ... Tak sangka berlaku dalam hidup aku.. di depan mataku sendiri..
Hari ni baru je habis baca novel Puteri Lindungan Bulan... puas rasanya hatiku.. setelah sekian lama berhajat nak membacanya... pinjam dari kawan.. asyik tak cukup duit nak pi beli..kawan aku si Ina tu siap kata... "Baca novel nih leh buat kita sakit jantung!" ...banyak bermain dgn perasaan..sedih sangat... kisah suka duka wanita bernama Larasati 'Aisya ... ader part dlm tuh buat aku gerun... Moga² tak terjadi dlm hidup aku..
Insya-allah...

Aktiviti

lepas final exam ni banyak beno program... banyak aktiviti mesra ler...
ader yg clash tarikh plak tuh... huhu kena la pilih salah satu..

Futsal ==> 11 September

Balik kampung ==> 17 - 20 September

Karaoke ==> 18 September

Celebrate my birthday!!! ==> 24 September

Gunung Ledang ==> 24 - 26 September

Genting Hinglands ==> 25 September

Mesra Soccer Fc ==> 26 September

Pening

Assalamualaikum..
huhuh.. geram sehh.. aku nak update ... ader error la plak... heheh.. tulih kat diary mesra je lah eh.. pastu aku copy paste kat sini plak.. kuuikuikui... pepagi bangun... dapat msg dr abang... "Moto kena curi. Geram + bengang sangat!"uikhss.. terkazut aku! saper yg ske hati curi harta benda org tuh?? aku pon jadik geram gak nih..mlm tadi abg ceriakan aku... skrg abg plak adder prob.. huhu cian abg..p kolej... kasik buku laporan projek kat supervisor..lega... akhirnya selesai.. tinggal exam isnin depan..ptg smlm dpt call dr Lang Merah .. dier kem salam kat sumer forumnis.. awek² mesra jerk.. ahakss..uit nak pi Gunung Ledang ler.. meh sapa nak join? kita pi reramai... 24-26/9 .. 3 hari 2 malam..murah jer... taklimat 18/9 ni kat Mc D , CM kul 2 ptg..aku berminat nih.. tadi nengok topik bola.. aiyakkk 26/9 ler aktiviti tuh.. adehhh clash ngan gunung ledang la plak.. aiyakkk..mana satu nak pi nih.. aiseh aku lupa la plak pasal bola..nak kena call lang balik nih.. aisehhh...11/9 .. bebudak mesra nak pi main futsal..belah malam... huhu cam ner aku nak pi eh..nanti ler diskus ngan family + sesapa yg sudi bawak.. ekekke.13/9.. isnin depan aku exam.. public speaking...final exam.. lepas ni cuti panjang..nak pi mencari keje la plak...urmm dpt surat tawaran dr kutpm ni ha..berminat la plak nak sambung blaja..tapi duit?huhu kena pk memasak nih..keje? sambung blaja?

Study Week

dok umah menatap nota..sambil tu rasa bersyukur sangat..nota ni dapat balik kat aku..dari minggu lepas.. rasa frust , tension , kelam-kabut ader gak..notes hilang! carik kat kelas tak der..ingat-ingat balik lepas aku kelas ke mana?kat cc tak der.. mungkin kat cafe.. semalam try le tanya.. alhamdulillah ader!sib baik kakak tu simpan..kalau dier buat tak peduli.. pakai buang jer..satu hal ler aku nak copy notes dr member..aiyakk nak dekat exam le.. leh plak tertinggal notes.. iskh.. Semalam dah dapat carry mark.. ok... boleh tahan la gak..fninal exam nanti kenala dapatkan gred at least B .. kalau score lagi banyak .. gred yg lebih baik le aku dpt..kata-kata miss shiriza tu memberikan semangat buat aku..seperti yang dimaklumkan oleh senior-senior dan miss sendiri...subject public speaking ni ramai yang failed.. susah nak dapat A.. insya-allah aku akan lakukan yang terbaik..

Kota Penuh Keriangan



Tiga hari bercuti kat Genting Highlands

Kegembiraan - happy maa.. mana taknya pergi ngan family.. dah lama tak bercuti bersama.. cuti sekolah yang lepas.. adik² stok dok umah je.. tak pi jalan memana.. abah & ummi busy.. Kali ni.. abah nak cover cuti sekolah tu dengan bawak kitorang adik-beradik bercuti kat genting... yeehaaa...

Keseronokan - bukan sekadar dapat main mainan outdoor & indoor theme park tuh... bowling & movie yg sblom ni asyik lampu merah je memanjang... hah! kat situ dapat green light maa.. siap tanya lagik... " kak long tak main bowling? kul 1130 mlm karang kita nengok citer alien vs predator tau..." seronok sakan la aku & adik²... adik aku yg bongsu asyik mengeluh je.. tak puas hati.. kalah ngan kakak dier main bowling tuh.. so ummi pujuk.. nnati kita main lagi kat alam sentral... :)

Keletihan - 2nd day.. dari pagi sampai ke tengah pagi! berjalan jer keje! main sana.. main sini... nengok wayang... tak ketinggalan main bowling ler... 1.30 pg baru masuk bilik.. adeh letih! letak pala kat bantal terus lelap! konon esok pagi sblom check out nak main lagi... tak dapat cheq... sumer bangun lambat! penat ler.. ahakss...

Kepuasan - walaupun letih.. tapi puas sangat.. bangun awal tuh.. so leh ler main banyak kali mainan kat situ.. sampai boring gak arr... asyik muka kitorang jer.. ekekek...

Kehabisan wang - ni tak leh dinafikan.. kat atas sana memang kena bawak fulus sebanyak mungkin... mahal ler.. tak der la shopping kat atas.. lagi best shopping kat alam sentral/ shah alam mall ... ala datang sini pon just nak main kat outdoor & indoor theme park.. sapa anak tokei emas tuh... sure tak pikir pasal nih... sbb fulus takkan abes.. huhu..

Cinta

“Cinta sejati memang memandang wang. Tetapi wang sangat penting untuk memelihara sebuah cinta”

Kalau tak der duit.. macam mana nak banjer bf/gf ? Nak beli hadiah lagi..

“Jatuh cinta adalah permulaan kepada segala kesulitan..”

kena memahami sikap pasangan, apa dia suka, dia ni jenis org macam mana... bla.. bla..kana minta pandangan parents.. depa suka/ tidak dgn pasangan kita..

“Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa..”

Hati jadi berbunga riang.. saat yang tak dapat kulupakan.. Ia datang tanpa dipaksa..Pertama kali bercinta membuatkan diriku berada di dunia penuh khayalan.

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika…”

Bak kata ummi.. jgn bagi 100% kasih sayang/cinta/perhatian kerana nanti suatu hari tanpa disangka hubungan terputus tengah jalan.. Fust menonggerng pulak!Hmm nak benci org pon.. tak leh benci sangat kan.. Mana tau tetiba jadi suka la plak aihh...

“Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan. Dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila..”

Kata-kata yang terakhir itulah yang kita benar-benar inginkan.. Di awal perhubungan sekadar kawan biasa. Kemudian beralih kepada teman istimewa. Terbit pula rasa ingin hidup bersama.Perancangan pertama tentunya sebagai tunangan orang . Selang tempoh tertentu akhirnya hidup sebumbung penuh kebahagian sebagai suami isteri. Sebuah keluarga tentunya tidak akan lengkap tanpa kehadiran insan² kecil.Zuriat penyambung cinta. Aikk melebih-lebih plak aku.. ekekke...

“Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..”

Biler tengah down tuh.. si dia lah org pertama yg kita cari. Apa sahaja si dia katakan diterima dengan hati yang girang.. Dari macam mencuka bertukar senyuman seindah suria..Dari keadaan berapi-api menjadi tenang bak dijirus air yang sejuk.Kata-kata perangsang dan nasihat membuatkan diri bertambah semangat meneruskan hidup..