Be rewarded everyday with every call and SMS you make! The new Hotlink Club rewards lets you sit back and enjoy great rewards with every top up that you make!
For sms from Maxis to Maxis.
Tak best
dalam 5 hari ni aku keja kat sec24..
terasa lain betul...
suasana biasa je..
yg lainnyer keaadan kedai tu..
kecik sket dr tempat lama aku..
pastu x banyak barang..
pastu x ramai sgt org..
pastu ada beer.. huhu..
hmm stor ni sales biasa2 je..
tak banyak keje.. boring la...
kalau tempat aku dulu mmg la bz giler..
dekat ngan uitm.. pastu sekolah lagi..
mesti la banyak keje.. aku dah biasa busy..
kalau kul 6 pagi masih ada lagi keje x siap..
risau je nak tinggalkan utk shift pagi..
tapi kat sini... kul 5 lebih dah leh lepak..
waaaaa aku kena biasakan diri..
lepas ni baru start keje kat sec18..
hmm rumah pon dah dapat..
alhamdulillah, dekat dgn tempat keje..
pastu banyak kemudahan kat sini..
nak beli barang senang sangat..
x yah p jauh2...tgk keadaan umah ok..
akak tu pon nampak friendly..
aku harap semua ok...
tak nak la masam muka / tak puas hati..
mungkin minggu depan masuk..
skrg tgh packing barang..
lagipun semua dlm umah tu keje pagi..
balik mlm.. aku lak keje mlm..
jadual masing2 x sama..
x dpt la aku nk pindah masuk brg..
tak de org kt rumah..
sedih plak berpisah dgn kak zie..
dah le x sama keje dgn dia..
skrgg x sama rumah dah...
tak pe, nanti aku carikan
umah utk kak zie gak..
PENGKALAN BALAK, MELAKA...
Hari Sabtu & Ahad lepas outing ke Melaka..
kumpul kat #684, briefing, bergambar..
bertolak kul 10pg...Konvoi 11 kereta..
yang pergi seramai 50 org manager..
sampai lebih kurang kul 1.05 ptg..
angkut barang letak dlm chalet..
rehat jap lepaskan lelah..
dok dlm kete penat woo... jln jauh..
dlm kul 2ptg ,tukar baju & terus ke pantai..
Aktiviti dalam kumpulan..
Aku group SHREK.. huhu dasat tol nama..
group lain :- POWER RANGERS, PIS, HANTAM SAJA LA,
L'GAZEBO & MADAGASCAR..
uihss bile time masing2 present to best maa..
asyik gelakkk je... bos semua kena sporting la...
hal keje lupakan.. masa ni bercuti & enjoy..
kul 5 lebih, mandi pantai!!!
awal-awal lagi dah masuk air..
yela takut kena angkat & baling dlm air...
rezeki petang tu kitorang tgk anak2 penyu dilepaskan ke laut..
kemain semua beratur di tepi pantai tuh..
stok semua x penah tgk...
yg kesian kat anak penyu tuh..
dah le penat2 merangkak kat pasir pantai tu..
dah masuk air, tapi ada plak budak2 nakal p ambik..
bawak lari naik pantai balik...
alahai teruk betoi budak2 nih..
mesti pening anak penyu tuh..
dah excited nak berenang dalam air, alih2 ada kat pantai lagik..
yg ni la kureng dah.. mula boring..
memasing x begitu sporting..
kul 11 mlm dah x der acara..
lepak kat pantai je..
masing2 buat hal sendiri..
pagi keesokkannya.. hari ahad...
pepagi buta aku bangun.. cari toilet..
sakit perut!!! lepas aku kuar,
ada plak org lain bangun..
berkumpul kat pantai kul 7 lebih..
rupanya ramai yg sakit perut...
makan aper eh malam tadi?
aduhh seksa maa...
asyik nak p toilet jee...
nak join senamrobik & Sukaneka pon x semangat...
lepas bina arca pasir..masing2 terjun laut...
smlm x dpt nak pedajal org..
hari ni ader la 2-3 org kena angkat
& dibaling ke dlm air..
huhu sib baik aku bukan mangsa derang..
kul 12 tengah hari dah.. naik chalet..
bersiap utk makan tengahari & acara terakhir..
tukar2 hadiah plak... kena cabut nama..
aku dpt frame.. lawa, thanx la sapa yg bagi tu..
kul 3 lebih tinggalkan Pengkalan Balak..
bubbye.. next time, dtg lagi la.. Insya-Allah..
sepanjang perjalanan aku tdo.. hehhe ...dah sampai...
tapi alahai pegi Taman Buaya je ker? nape x p bandar?
hmm x pe la.. lepak kat Mc D je...
bertolak kul 5 ptg..
pastu jammed giler kat Seremban..
sampai Shah Alam kul 8mlm..
overall aku kasik gred ( B- ) ....
May be...
May be you didn’t feel how much I care..
May be I couldn’t always make you happy
May be you didn’t realize my feelings for you
May be you didn’t want to have only me
May be I expected more than you could give
May be I was not the one you really need
May be the way I thought of you was wrong
May be I loved you more than I should
May be tears are not enough to suffer this pain
and
Tell me have I done this much of sins unknowingly . . .
Kenangan yang terindah
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir
Sebagai kenangan yang terindah
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Rajin
bayangkan.. aku keje dari 11malam sampai 7 pagi..
pastu sambung keje sampai kul 3 ptg... double shift tu!!
tdo plak dlm kul 7 lebih.. bangun balik kul 1o mlm..
masuk keje balik kul 11 mlm...
Dlm hati ni terasa semacam.. pastu malas giler balik umah..
nak kuar jalan2 x best sorang2.. so, aku lepak kat tempat keje..
baik settlekan keje2 aku tu... giler ah...
terasa mcm x nak tinggalkan tempat keje..
tv pon dah lama giler x tgk... paper pon baca ala kadar je..
bebudak sini cakap aku x der umah... pastu mcm x der life..
macam x der pakwe pon ader... hambakan diri dgn keje pon ada..
tapi yg penting aku mmg 'workholic'..
Pearl Kacip Fatimah tu.. mmg aku minum bertin2.. adehhh..
ader effect tak eh kalu ambik banyak2??
kang jadi aper2 kat aku..
smlm x buat dah double shift.. hehhe..
"terpaksa" balik umah tdo... x best betul...
cehhh macam bagus sangat jee...
hmmm di sebalik kerajinan aku nih,
Aku kena transfer ke outlet lain la... ada rombakan..
buat masa ni MT je bertukar... lepas raya nanti..
no wonder la aku giler2 keje..
aku jadi terkejut sesangat... tercengang maaa...
pastu termenung.. sedih tu ada tp x dpt nak gambarkan..
nak ke pegi? nak je slow talk balik ngan FM.. nak stay kat sini..
tapi.. baik aku pegi.. cuba environment baru..
dok lama2 sini.. bak kata FM "tak berkembang"...
keliru pon ada.. cian kat SM pon ada..
hmm nak kena pindah umah la sbb x ada transport..
jauh maa tempat tu.. kat area seksyen belas2 sana..
pergila kan?? tunjuk rajin kat sana plak.. huh...
Should i . . .
Should i tell you how i feel..?
Would you show your face and not keel
Should i cry on your shoulder..?
Would you be my supporter..?
Should tell you i love you
Would i gain not the world..?
Should i spare my self, my heart to give you..?
Would you be my wisdom, my dear..?
Should i just stop breathing..?
Would you think of me..?
Should you catch me not..?
Would my soul burn hot..?
This is not lust
But fear of your rejection
Hurt me not my love
Admit it, what's truly more than romance . . .
Mimpi Cinta
Dan pernah melakar mimpi
Kerana kita memang tak mengerti
Tentang sebuah realiti
Cinta ini bukan untuk kita miliki
Lalu biarlah ia pergi
Sudut-sudut hati tak pernah terisi
Sunyi... Sepi... Mencengkam diri
Namun kita tetap tak peduli
Mungkinkah kita ingin bermimpi
The Keys to Your Heart
| The Keys to Your Heart |
You are attracted to those who have a split personality - cold as ice on the outside but hot as fire in the heart. In love, you feel the most alive when everything is uncertain, one moment heaven... the next moment hell. You'd like to your lover to think you are optimistic and happy. You would be forced to break up with someone who was ruthless, cold-blooded, and sarcastic. Your ideal relationship is lasting. You want a relationship that looks to the future... one you can grow with. Your risk of cheating is 100%. You are not suited for a monogamous relationship. You think of marriage as something that will confine you. You are afraid of marriage. In this moment, you think of love as something you can get or discard anytime. You're feeling self centered. |
rahsia PEMPUAN yang LAKI patut tau..
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas
kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan
lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya
akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Sahabat
berputik dengan sebuah rasa kesetiaan,
disulami dengan pergaduhan,
berbunga dengan sekelumit cinta.
Percintaan pada mulanya tidak di duga,
pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih dan sayang,
namun kita hanya merancang,
Tuhan yang menentukan,
lalu terciptalah perpisahan.
Perpisahan mengajar kita erti keikhlasan
mengajar erti prinsip diri,
belajar erti menghargai,
mengajar erti kelemahan diri,
Persahabatan lebih bermakna untuk dikenang
selama hayat di kandung badan
---> seharian berkampung di Sekolah Sukan Bukit Jalil, 8 pagi sampai 10 mlm.
---> walaupn team Shah Alam kalah, tapi kami menang sorak! Huhu
---> Jgn memain weih, pemenang seluruh Malaysia ni haa... Sampai serak2 basah & tak de suara dah ... Mana taknya selain sorak & bagi semangat pada team sendiri, kami p tolong sorak utk team Klang gak...
---> mmg happening! Seronok giler!
---> Johan : Johor
17 July 2006
++AUDIT++
Hari ni stor audit plak.. Sib baik semalam dah kemas backroom. Aku dah terdetik, "tor audit esok nih"... Tdo pon x lena maa.. Asyik terjaga je dr tdo.. Alih2 kul 10pg Kak Zie call.. "Stor Audit!". Kelam-kabut aku bersiap.. Yg tambah kepeningan dan kelam-kabut .. Banyak plak stok barang baru yang sampai ( TTS, F&N Cola & Cadbury) isskkhh... sabo je la... Belah malam kang ada lagi receiving barang CDC plak.. Huh ! Semak, berslerak & serabut balik le backroom tu...
++SITI & DATUK K++
Sah depa bercinta... Semoga Berbahagia.. Nikah 21 Ogos 2006, bersanding 26 Ogos 2006... Hmm tapi mcm dah jemu... benda elok, sibuk sgt nak berahsia... 3 September 2006 utk majlis pihak perempuan ..nape eh majlis x buat belah pihak perempuan dulu? suka hati la...
++BABY BOY++
++BABY GIRL++
My auntie dapat anak perempuan lagi.. So skrg dah ada 3 laki & 3 pompuan.. Wah dah 6 org anak la eh... Kalau lepas ni ada lagi.. lawan aku adik beradik la nampaknya... Aku 7 beradik.. Bila la nak p tgk baby girl tuh.. nama pon lum tahu lagi... lama gak x jupe chik & family.. windu... raya ni lom tentu dpt cuti lagi.. tahun lepas x balik kpg...
++MASALAH CINTA++
20 July 2006
pagi2 lg dpt msg bertalu2 dr member aku nih.. dia bg tau dia salah sangka rupanya... awek dia ada prob.. pastu x layan dia.. bila ditanya x nak bg tau, kan dah angin satu badan... hmm lenkali berterus terang la cik kak oii.. x der la org pk bukan2... ada masalah, bagi je la tau.. mmg la x dpt tolong.. at least kita tahu aper yg berlaku... "Tiada Rahsia Antara Kita"... Dalam hubungan kena ada rasa percaya, berterus-terang, jujur, setia...
Tapi tah mamat nih sibuk sangat nak makan ubat tdo.. x leh tdo katanya... geram betoi aku! x bagi aku kena marah plak.. iskhhh gigit karang! pastu dah la isap rokok giler2 punya.. kang jadi apa2.. bukan ko sorang yg susah! awek ko susah ati, family ko susah ati... aku ni haaa.. pon susah ati gak tau!
~Pikat si dia melalui tarikh lahir ~
2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..
3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.
4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.
5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!
6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!
7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat
8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!
9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...
10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung
11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!
12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...
13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain
14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.
15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.
16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam
17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.
18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!
19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!
20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.
21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .
22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!
23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!
24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.
25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!
26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.
27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya
berjanji dengan si dia
28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu
29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...
30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan
31hb- Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy
MAWI
MAWI PUTUSKAN PERTUNANGAN DGN INA
Aper citer nih??? nak salahkan sapa? nape leh jadi mcm ni??
Sapa yg hasut mawi eh? cian ina..
mawi lak.. nape x pk masak2?? nape x bincang dulu...
sedihnyaa... aku yg hanya kapel pon leh terbaring lemah...
inikan pula ina yg dah bertunang... pengsan terus jadinya...
benci! benci!
Inalillahwainalillahirahjiun, semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh allahyarham Pak Atan dan diletakkan ketempat orang-orang yang mukmin dan beriman Amin.
Al-Fatihah
Amin.
Rumah & Keje
boringla duduk rumah..
aku x ske dok umah..
suasana x selesa...
yela.. budak2 rumah tu x suka aku..
ada je yg tak kena..
baik aku stay kat tempat keje..
buat keje, lupakan sebarang masalah..
uihss kalau tension kan..
aku akan cari keje..
biar aku leka dgn keje2 yg berlambak tuh..
huhu... bos dah bagi cuti..
aku sibuk2 datang keje plak..
tak de la.. cian bos buat keje sengsorang...
baik aku p tolong..
daripada tdo, membuta buat
p tempat keje, bereskan keje..
lagipun tempat keje dah jadi rumah ke-2 aku..
ihikss.. aku tak kisah la tdo situ...
balik umah just mandi, tukar baju, tdo..
macam hotel la plak aih...
adehhh aku tgh mencari rumah sewa lain ni haa..
kena cari jugak2... masuk awal bulan depan..
rupanya-rupanya budak2 rumah ni semua pakat
nak aku kuar dr rumah tu..
cakap belakang plak tuh! x syok betul...
ada yg x puas hati p cakap ngan room-mate aku..
aparaa bengang la gak room-mate aku..
sibuk ngadu pasal aku..
baik cakap terus terang kat aku je..
slalu sangat berselisih, jumpa ..
tapi senyum je lebih.. aku pon senyum la balik..
peh tu.. ngumpat, bentak2 x puas hati belakang aku...
esok keje balik...
cuti 2 hari aku terisi dgn keje..
aku mmg suka keje..
kekadang leh stay sampai 3-4pagi..
rumah sbg syarat je..
kang tak ada rumah...
mana nak letak baju aku?
tilam, bantal peluk POOH aku tuh..
bila plak aku nak pakai baju tdo POOH aku..
hehehe...
pas ni rumah sewa x nak ramai2..
cukup duduk 3 org..
aku cuba jaga kelakuan aku sebaik mungkin..
aku cuba puaskan hati semua pihak..
baik kat rumah.. ataupun tempat keje..
dua2 penting wooo...
tension kat rumah, macam mana nak wat keje..
tension kat tempat keje... kang terbawa2 sampai rumah plak..
so.. kena selesa kedua2nya sekali...
Macam Mana?
~nak melawan?
~nak menjawab?
~nak pertahankan diri?
~nak jadi pandai?
~nak jadi baik?
hmm... aku ni baik sangat ke? tak pon..
tapi aku dah buat yg terbaik..
aku dah cuba nak puaskan hati semua pihak..
tapi ada gak lagi yg nak hentam sana.. hentam sini...
aku plak lurus sangat... pastu biar je dibuli org.. t
ak reti nak menjawab, tak reti pertahan kan diri..
kan tadi dah dapat
teruk sangat ke aku?? aku sedar gak kelemahan aku...
aku ni sensitif sangat.. asyik nak nangis je...
arghhh malunyee.. aku berperang sendirian dlm hati..
skjp lemah.. kejap lagi ok.. aku sakit jiwa ke?
huhu... teruk gak aku kan... tak sangka..
aku rasa kosong sgt..
bila aku perlukan seseorg..
mesti tak ada sapa nak tolong..
ke aku silap pilih org?
alih2 aku terkontang-kanting keseorangan..
aku pendam perasaan..
kalau cakap kat org pon, depa x paham..
depa mesti malas nak layan..
arghhhh!!! down giler!
macam mana nak naik..
macam mana nak berjaya..
kalau perangai aku macam ni??
huh! tahu perangai sendiri macam mana...
tapi tak berubah gak...
mmmg
macam mana nak buat?
Erra & Yusry
sah depa bercerai!
Biar Betul?!
Ila dah bersalin!!
Hanya Kerana..
HANYA KERANA AKU LUPA MENGUCAPKAN
KATA MANIS RINDU MADAH NAN BERMADU
TAK BERMAKNA KU TAK CINTAKAN MU
BIAR BETAPA PAYAH UNTUK KU MEMUJUK
PADA SETIAP KALINYA DIKAU MERAJUK
SEGALA KARENAH TELAH KU TERIMA
KERANA KU AMAT MENCINTAIMU
PEJAMKAN MATAMU KASIH
SENTUHILAH HATIMU
PASTI DIKAU MERASAKAN GETARNYA
RENUNGLAH SEDALAM DALAM
MATAKU INI KASIH
KAN TERLIHAT SINARAN TANDA
KEJUJURAN CINTAKU
AKAN KU CUBA SEDALAM DALAM
OH SEPENUH HATI
UNTUK KU MILIKI ASMARA INI
TIDAKLAH KAN KU LEPASKANNYA
PASTINYA KAU MERASAKAN GETARANNYA
HANYALAH SATU PINTAKU KEPADAMU KEKASIH
KAU GENGGAMLAH SETIA NADI CINTA INI
Special Friendship . . .
With whom I needn't pretend
You're always there when I need you
Just like a proper friend
I didn't think I'd trust anyone
The way that I trust you
But you have this way about you
And know how to get through
I've told you things I've only thought about
Of silent dreams I couldn't let out
Of life, emotions and trivial things
Such things of which happiness brings
I tell you if I am sad, or simply just confused
You're always there to listen, but never to be used
You tell me your secrets and what you're going through
You're always there for me as I am for you
Your friendship is a special gift
A lifetime it will last
Look to the future now and never to the past
New people you will meet, and many things you will do
But never forget me, because I'll never forget you . . .
***4 my dear bestfriend... thanx 4 everything!!***
Aku jahat rupanya...
ntah la.. aku x sangka gak..
rupanya aku ni teruk eh...
x pe la kalau dah kata aku jahat..
nampak je aku ni baik kan???
aku plak mudah benar dipijak2 ..
senang kena tipu...
okla.. kalau nak sangat aku jadi jahat..
boleh je... malas dah nak buat baik...
nak sangat aku jahat kan??
fine! tapi kan.. nape la cite berbelit2..
aku x paham la!
jap macam tu..
jap macam ni..
pastu salahkan aku...
tension tau tak????
kata ada sesuatu yang berlaku...
peh tu x nak plak bagi tau kat aku..
aku mesti la pikir lain kan?
dah dibiarkan aku sengsorang tertanya2 dgn seribu persoalan...
hah! cerita sebenar diberitahu pada org lain..
tapi tidak pada aku!
nape??? boleh tak jelaskan???
last-last aku dicop jahat oleh semua org!!!!!!
wokeih la.. nak sangat aku ngaku...
ye.. aku mmg jahat...
aku bukan aku yang dulu...
aku je yg salah...
aku je jahat...
huhu... aku perasan la nampaknya eh...
konon selama ni aku baik sangat...
mcm bagus je kan???
adehhh .. jahat jugak aku...
aku jahat rupanya....
Is this your h/p number?
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digit of phone number
6) plus last four digit of phone number again
7) minus 250
8) divide by 2 at last
Is it your handphone number????
AMAZING ISN'T IT !!!
..suasana baru..
suasana keje dah x best..
hanya kerana mulut seorang,
yang lain semua start x suka aku..
ntah ape minah tu bawak cite pasal aku...
aku pon x tau..
sedihnyaaa... apa salah aku???
salah ke aku naik pangkat??
nape? x puas ati tu, inform je la aku..
x yah la nak buruk2kan aku pada org lain..
aku berlagak ke? aku tunjuk macam bagus?
aku rasa aku adalah aku yang dulu...
mmg la kena tegas... tapi x der la melampau..
aku cuma suruh kuar fotostat je...
kan time tu aku store in-charge..
kena la ikut arahan aku..
aku pon x der la nak melebih2..
skrg derang semua dah
x nak senyum + tegur + bercakap ngan aku lagi...
adehh tension maaa...
macam mana nak jadi ketua yg berjaya
kalau benda kecik ni aku x dpt tahan??
ni baru cabaran dr staff..
belum lagi kata-kata pedas dari bos2 tinggi semua tu..
inform pada bos aku.. mmg la semua akan rasa semua ni..
bila naik pangkat, bila jadi bos... x semua org suka..
dari kawan leh jadi lawan...
aku kena jadi hati kering ni...
org nak kata apa pon ... katalah..
asalkan aku wat keje aku..
arghhhh...
Kasih Yang Terpisah
Adakah engkau
Dapat merasakan apa yang ku rasa
Tentang apa yang telah terjadi
Oh inikah suratan yang ku terima kini
Bukan salah diri mu
Bukan kau pinta semua kan terjadi
Kerna hati ku mencinta
Semua terlukis rasa yang kecewa
Andainya kini
Dapat ku ulang semua kisah silam
Pasti ku akan menyayangi mu
Selamanya hingga ke akhir dunia
Tapi apakan daya
Terpisahlah jua kita akhirnya
Pengorbanan mu pada diri ku
Tak pernah ku hargai
(Korus)
Sukarnya untuk merubah
Sukarnya untuk ku melupakan
Kenangan bersama telah tersurat
Ku layari bahtera ku ini
Akan ku teguh
Ingin lagi ku bersama
Ingin lagi ku peluk
Walau sesaat cuma
Walau di maya kau menjelma
Untuk bermesra
Pasti tak bisa
Kembalikan diri mu
Adakah engkau
Tak akan melihat ku di sini
Bukan ku rayu untuk simpati
Tapi maafkanlah
Kerna kesilapan itu
Takkan kau lupakan
Pasti ku ubah segalanya
Tiada Lagi Tangisan
rintihan asmara kian berubah
tiada lagi mengharap
tiada lagi belaian manja mu
semua telah berakhir
ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
ku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya
tiada lagi tangisan
tiada lagi air mata
membasahi jiwa luka
yang tinggalan hanya memori duka
semuanya diduga prtemuan kali ini
takkan berkekalan
berakhirlah istana bahagia
biarkan daku hidup kesorangan
tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
titisan air mata kini kekeringan
tak perlu menabur kasihmu
dan kini tertutup jendela harapan ini
kau yang menanti ke pangkuan aku
semua takdir yang telah ku temu akan ku rela segalanya tanpa mu
++ Setahun D 7-11 ++
Nak dekat setahun dah aku keje kat 7 eleven...
pejam celik, pejam celik...
lama jugak aku kat sini rupanya..
staff lama yg dah benti pon x sangka aku stay lagik..
huhu ingat keje sini cikai sangat ker?
boleh buat satu kerjaya aper..
Pastu pulak aku enjoy bekerja kat sini..
Kerja kat sini buat aku improve diri aku..
dari segi keyakinan diri..
Customer service wajib buat..
Senyum, greet customer.. Selamat pagi/ptg/mlm..
Aku makin banyak cakap la jugak..
Pastu selalu tersenyum...
senyum semanis mungkin
sampai customer plak sangkut ngan aku.. ekeke..
customer ni mcm2 ragam.. sabo je la...
satu lagi staf... haaa kan 7 Eleven ni tempat org keje kejap je..
dah ramai staf la yg aku kenai..
keje 2-3 bulan benti... ada gak yg baru je masuk keje ari ni, esok benti terus!
adehh baru suruh menyapu, mop.. malas keje dah! muahahha..
Syukur jugak aku dapat keje kat Seksyen 2 ni...
dulu aku mintak kat Seksyen 9 sbb dgn ngan rumah lama..
ye la.. seksyen 2 ni kan port aku...
dah le dulu sekolah pon kat sini..
so, ramai la kawan-kawan yg aku jupe balik...
tapi semuanya mintak aku arrangekan REUNION!
dulu mmg le aku rajin call, msg, anto surat...
uitt... aku dah busy la skrg...
x pe la.. mungkin x der rezeki lagi..
mana tau satu hari nanti, insya-allah...
Pantas sungguh masa berlalu..
Aku x sedar.. eheh..
terasa macam banyak lagi yg aku x tahu..
Banyak lagi yang aku kena belajar...
Baru-baru ni aku pergi NETP..
New Employee Trainning Program..
ceh.. dah 9 bulan aku bekerja, baru nak p trainning..
gelak memanjang trainner tuh..
pi trainning buat-buat macam budak baru..
staf baru yg x tau aper benda langsung..
x pe la.. berlakon je la..
tapi kan.. leh tahan banyak jugak info yg baru aku tau..
ihikss.. segan plak...
aku x banyak bertanya kot kat manager sebelum nih..
tu a berat sangat mulut tu.. sapa suruh... padan muka aku..
ngeh ngeh ngeh..
tapi kan bukan salah aku gak..
sblom ni mmg busy gilersss..
dulu staff kureng... aku gak yg cover..
pastu dgn mcm2 program..
bertukar2 FM (Field Manager) , satu hal..
Aku dapat 2 berita sekaligus pada hari ini..
Good News & Bad News...
tang berita gembira tu..
1 Mei secara efektifnya...
Aku dinaikkan pangkat menjadi Management Trainnee...
Alhamdulillah.. yeeehhhaaaaa....
Syukur, akhirnya...
sblom ni ader je halangan..
Tapi berita buruk plak...
Aku mungkin akan ditukarkan ke store lain...
mungkin Seksyen 3 atau Seksyen 17...
naik pangkat x leh stay tempat yg sama..
huhu.. berpisah la cheq dgn Kak Zie (Store manager)..
Dia la idola aku selama ni..
Dia la kakak kesayangan aku..
Kak zie mmg baik sangat...
Aku kagum betul dgn dia tau..
So, lepas ni bertambah tanggungjawab aku..
Bertambah busy..
Banyak lagi yg aku kena belajar...
Aku cuba perbaiki kesilapan..
Aku cuba buat yang terbaik...
Insya-Allah..
Bowling
dah lama gilersss aku x pegang bola bowling..
bola bowling aku kat umah tu terperuk bawah tangga, abes berhabuk..
sesekali aku lap, peh tu terbiar gitu jer..
uwaaaa!!! aku kempunan giler nak main bowling nih!
sapa2 yg bukak citer pasal bowling, aku dah mula sebak..
aku berharap sangat nak main bowling..
plan ngan someone, asyik x jadi..
ronda2 kat alam sentral, x naik plak tingkat 4..
melencong beli baju.. makan kat bistro je..
pastu p sunway pyramid plak..
dah sampai pon kat pyramid bowl tu..
dah jejak kaki, tengok org main bowling..
lagik melonjak2 rasa hati aku nak main..
tapi duit plak x der! hampeh!
Gerimis Perpisahan
Tiada ku sangka
Spek mata
Aku Sedar
PERHATIAN!!!!
PERHATIAN!!!
nangis
menangis.. menangis dan menangis lagi...
hmm tu je la keje org perempuan..
tapi kan.. dgn menangis tu la dapat redakan
segala yg terbuku di hati...
lepas semua perasaan....
nak cite kat org lain, kot depa x paham...
kot derang bosan... kot malas nak dengar..
so, baik dok sengsorang...
nangis sampai mata lebam... huhu...
pastu bila dah ok balik...
tingat nape nangis...
rasa mcm bodoh sangat..
rasa rugi le plak air mata tadi..
mata
Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia
Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu
Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu
Dari mata turun ke hati..
org kata jgn renung mata lama2, nanti jadi lain akibatnya...
erks, macam mana tu ye?? huhu...
hmm aku mmg suka tgk mata org.. tapi aku x suka org tengok aku... ihikss..
byk lak songeh aku ni kan...
Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya
Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati
Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku
....< ntah >....
kenapa ini terjadi ye...
sedihnya...
ingtakan tahun ni x yah le menangis lagi...
uwaaa... sakitnya ati aku!!!!
sakitnya dada...
lemahnya semangat...
aku plak gatai sangat...
arghhhh....
aku rasa bersalah..
pastu suka pk bukan2..
nape?
nape?
nape?
yg mana satu pilihan hati...
kerana x sabo..
bersangka buruk sangat..
pastu x abes2 gaduh..
hmm gatai plak tu...
tapi... nape mesti cakap mcm2??
buat aku ternanti2..
buat aku pening?
buat aku x paham??
nape aku dekat, p jauh plak..
bile aku dah ok..
aku dah stabil.. aku x pk pon..
datang plak balik kat aku...
kiranya aku la yg bersalah??...
pastu dah mula sangkut tempat lain..
tak sangka pulak..
datang balik...
dgn rancangan yg aku tunggu selama ni..
tapi.....
alih2.. terpaksa ku tolak kedua2nya...
aku perlukan restu...
tanpa restu segala apa yg kita lakukan x akan menjadi..
pastu x berkat ...
arghhhh hati...
aku mcm x leh nak lepaskan kedua2nya..
tapi masih berat pada yg pertama..
cuma teringat balik apa yg telah berlaku selama ni..
yg kedua, masih baru... hati dah terpaut...
tapi ... ada halangan gak...
aku nak cari kerja baru..
nak lari dr keadaan..
aku nak dok tempat baru, suasana baru...
aku x nak pk perkara ni...
buat aku sedih.. buat aku rasa bersalah...
tapi aku rasa sayang dah keje skrg..
yg x bestnya... x naik2 pangkat pon..
ada je halangan...
bukan rezeki aku ke...
aku x bernasib baik ke???
mengeluh.....
selalu sgt mengeluh, x baik ..
termenung...
selalu sgt termenung pon x baik...
nak buat macam mana lagi?????
NTAH!!!
Nak ke Tak Nak
x kisah la kan, semua sekadar kawan...
hmmm aku sedar aku ni sapa..
bukan lawa mana pon..
tapi comel tu ader... hehhe...
ada org berebut aku?
tapi ader gak org yg x nak kat aku...
macam mana tu...
org kata.. kawan ramai ni, kita leh buat pilihan...
tapi kan.. aku takut plak salah pilih...
aku gak yg merana nanti...
papehal pon, aku jugak yg kena!
pastu dicop playgirl la plak kan...
dah ramai sangat kawan laki katakan....
arghhhh tensen + bengang + geram + mcm2 lah.. huh!
aku masih x puas hati dgn kata-kata..
"Pilih org yg menyayangi kita... "
Betul ker??
Dapat ke bertahan selamanya??
Sampai satu tahap...
aku seakan menyalahkan takdir..
menyesali apa yg berlaku selama ni...
Sia-sia...
Nape nasib aku begini?
Bila nak berakhir??
Nape org lain hepi.. aku tak??
Aku sendiri yg menentukan arah hidup aku..
Aku nak hepi...
Aku tak nak sedih lagi...
So, kena ubah la perangai + lifestyle aku..
erkss... kena kaji balik nih..
aku rasa mcm x kenai diri aku sendirik jer..
ehekss... dah parah betul aku ni ha... huhu..
-Aku-
aku ke yg silap? aku ke yg salah? aku je ke yg buat hal?
nape x nampak pengorbanan aku selama nih?
ntah la.. aku bertahan untuk aper ye?
sbb malu?? mungkin juga..
aku ke yg terlampau bersangka buruk?
kalau pasal jeles tu.. mmg la, sape x jeles kan..
arghh aku seboleh2nya x mo ingat..
aku hiburkan hati dgn kuar bersama kengkawan..
nampak aku makin jahat plak eh...
ye la.. cakap la apa saja...
sampai bila? bila la semua ni nak berakhir..
dah la skrg aku dah terjebak ngan prob baru..
aku le gatai carik prob..
nak kenakan org.. aku plak yg terkena..
gitu le slalu... asyik aku jeee...
kalau nak mintak tolong org pon sama..
aku mintak tolong... tapi akhirnya aku gak yg settle sendiri..
x de sapa yg leh tolong aku...
baik x yah aku minta tolong!
benci betul....
Ujian Ini
Phase II
huh! penat gilers nih... aku x cukup tdo.. ni pon baru balik keje.. dah le smlm buat double shift.... Phase II ni buat semua bz, x cukup tdo, x cukup makan.. buat semua meroyan.. buat semua bengang... tensen... pening... dan macam-macam lagi le... staff pon .. mula-mula elok je.. skrg dah mula berperang mulut... sudah... ni yg x syok nak keje.. tapi tak pe.. abaikan saja..
aku kena kuat semangat. aku ada sesuatu yg belum aku capai di sini.. aku ku buktikan pada semua... sabo... sbb sabo tu separuh dr iman.. insya-allah ...
skrg ni aku belajar x jelous..
aku belajar sabo..
aku belajar kuat semangat...
sesuaikan diri dgn tekanan..
yakin pada diri...
staf kat sini pon dah mula nampak perubahan aku ..
aku mmg berubah... rasanya ke arah buruk.. ehekss...
ntahla.. lorang nak kata apa pon.. katala...
walaupun hati aku x syok...
frust... huhu satu perkataan yg makan dalam... heh
macam-macam yg aku x puas hati nih..
kang pk, wat aku tambah sakit ati..
aku suka sangat menyakitkan hati aku sendiri...
sampai buat org lain pon sakit ati sama..
ni le kena berubah sesangat...
aku nak kurang nangis...
aku nak hepi...
malas aku nak dok umah..
biar le x cukup rehat pon...
asalkan ada je masa aku terisi dgn aktiviti yg bersesuaian...
x kuasa nak termenung sana.. termenung sini...
the best solution ... keje...
selagi idup.. keje.. keje...keje...
org kata aku rajin... mesti ramai yg meluat.. hhuuhu...
aku x ambik OT pon, saja volunteer keje...
suka keje.. mcm mak aku.. workholic...
udah le.. aku nak siapkan skin utk ultramp3 aku ni haa..
nanti nak upload masuk dlm handset pulak...
pape pon... salam hari jumaat buat semua...
sape yg kenai & ingat aku lagi tu...
bile eh nak jupe ... take care.. bye
Erti Persahabatan
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Sekuntum Kasih
Engkaukah yang menghilang
Membawa sekuntum kasih
yang kusemaikan
Di dalam hatimu
dahulu
Engkaukah yang mendatang
Membawa setangkai bunga
Wangi berbau
Di dalam hatiku
kini
Akukah yang mengharapkan
Kuntum kasih itu
Di ikat mesra di atas jambangan
Akukah yang mengharapkan
tangkai bunga itu wangi
di atas kayangan
Akukah yang mengenangkan
saat-saat indah itu
mengalir air mata
panas di pipiku..
Takdir Dan Waktu
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah
Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku
Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu
Suara Cinta
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu
Dahulu kita berjanji setia
Tidak akan berpisah
Katamu hanyalah diriku
Buat selamanya
Sehingga kini ku masih sayang
Tapi mengapa kau hilang di mata
Sehingga kini ku masih cinta
Apa pun terjadi tetap setia
Oh kekasih
Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
Oh kekasih berpeganglah pada janji
Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku
Moga takdir melindungi cinta kita sepanjang masa
Alangkah bahagia kurasa
Setelah kau insafi
Janganlah engkau mungkiri
Menghiris hatiku
Satu Kisah
Kawan aku ni seorang salesman kereta,
bercinta dgn seorang anak jutawan
di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya,
percintaan ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk
melarikan diri. Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar
akan kehilangan anak
perempuan kesayangan dan telah membuat
laporan polis dan juga telah
membuat iklan di akhbar tempatan dgn
mengatakan dia akan menerima teman
lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu
balik ke rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan
itu pun menerima lelaki ini
dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk
berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan.
Nak dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat
Ampang Point, dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan
keesokan harinya lelaki itu
pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah
meyedihkan perempuan tersebut
kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi
perempuan itu hendak berkahwin
dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini
mendapat mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah
di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk
akan berlaku. Tapi, ibu
perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut
pula menerima mimpi yang sama
iaitu seorang nenek tua meminta utk
membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan itu, kalau tidak,
sesuatu yang akan buruk akan
berlaku. akan tetapi, ayah perempuan
tersebut jugak tidak
megendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula
menerima mimpi yang sama seperti
ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi
tersebut kepada kedua ibu dan
ayahnya.
Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un
pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah
tetap ada...
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang
serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2
dan jika tidak, malang akan
menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun
terus menyental baju tersebut
sehingga kain tersebut menjadi haus, akan
tetapi, darah itu tetap
adaa...
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut
apa bla pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah
nenek tua tersebut dan
perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu
nenek tua itu pun menguhurkan
benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua
itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan
sedikit dan kotoran akan hilang...
err..yg ni adalah pakej percubaan aja,
kalau nak yang besar, beli kat
kedai.....
hehehehhhhehehehh......