Surah Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca didalam solat. Ia juga sering dibaca untuk disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Surah ini dinamakan Al-Fatihah(Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Rupanya banyak kesan positif dan manfaat yang boleh dirasai jika kerap mengamalkan niat sedekah Al-Fatihah untuk diri sendiri, setiap hari. Terutamanya dibaca banyak kali ketika mempunyai banyak masa terluang, seperti sedang memandu dan sebagainya.
Baca perkongsian ini :
Saya di sini ingin berkongsi eksperimen saya setelah mengamalkan sedekah Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin semasa saya memandu pergi atau balik dari tempat kerja.
Buat masa ini, sudah lebih seminggu saya amalkan dan Alhamdulillah terlalu banyak manfaat yang saya dapat rasakan dan merasa terpanggil untuk mengajak semua untuk cuba eksperimen yang sangat mudah ini.
Anda cuma perlu mulakan dengan niat sedekah Al-Fatihah untuk DIRI SENDIRI, Rasulullah saw, ibubapa, keluarga, sahabat, saudara-mara ataupun sesiapa saja termasuklah orang yang awak tidak selesa contohnya seperti bos atau rakan yang tak ngam ke.
Saya tekankan untuk sedekah diri sendiri sebab kebanyakkan kita terlupa untuk buat pbenda-benda macam ni. Lazimnya, sedekah Al-Fatihah selalu diamalkan untuk yang meninggal sahaja.
Ok, di dalam kereta, pastikan radio ditutup ye dan fokus baca Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin sepanjang masa memandu. Kenapa saya memilih waktu memandu? Sebab waktu sebegini masa banyak terbuang begitu sahaja. Boleh juga diamalkan ketika menaiki kenderaan awam. So, no excuses ye.
Cuba amalkan setiap hari. Istiqamah is the KEY :)
Let me share you my personal experience selepas kerap amalkan sedekah Al-Fatihah;
1. SAYA RASA LEBIH CERIA
Bila sampai pejabat, mood sangat baik dan rasa seronok. Malah lebih bersemangat nak mulakan hari.
Untuk pengetahuan, saya ni dah lebih 12 tahun kerja. Maka faham-faham je laa ada hari kita rasa macam sangat malas.
Bila amalkan Al-Fatihah, memang terasa lain macam auranya.
2. SAYA DAPAT BANYAK BERITA GEMBIRA
Tiba-tiba ada orang belanja makan, saya dapat baucar, dapat pujian. Best Best Best.
3. SAYA KURANG NAK MARAH-MARAH ORANG
Saya dah ada anak lelaki 2 orang yang masih pakai lampin. Jadi, paham-paham la kadang terjadi raksasa tapi lepas amalkannya saya rasa lebih chill, tenang hadapi situasi yang menggemparkan.
4. KERJA DAN URUSAN HARIAN DIPERMUDAHKAN
Bos pon mood baik je senang nak dapat autograph. Kerja pon lancar je. Allah kan ada bantu kita hadapi liku-liku kehidupan.
Setakat ini saja perkongsian saya hari ini.
Terima kasih sudi baca confession saya ye.
Oh , saya gelarkan diri saya makcik i-can sebab pengaruh kampung people. Ikan - i can ^_^ Saya harap saya dapat sebarkan sedikit manfaat dan aura positif untuk awak semua.
- krdt Makcik I-can (bukan nama sebenar)