Wordless Wednesday #2

Susu Halib's vs Susu Ilham





hmmm mula2 nak beli susu halibs ni... bizios keje tertangguh lama dah keinginan tu... alih-alih susu ilham pulak yg keluar.... dah try tanya kat diorg, susu halib dan susu ilham ni produk yg sama ke? tapi tak ada jawapan...


si hero kecik ni awal2 dulu mmg jenis tak mau minum susu dalam botol... walaupun susu badan yg diperah dan dimasukkan dalm botol... dia tak layan jugak! iskhhh nak gantung jer budak nih... huhuhu.... pastu dalam umur 6-7 bulan tu dah mula terima minum susu botol.. tapi susu yg biasa jual kat pasaran, semua dia tak mau! memilih sungguh! last skali bagi susu ilham nih... dia terima pulak... huhu produk mlm jugak yg dia pilih! dah terikut mak dia yg bisnes mlm lagik time peknen dulu.. ihiks!


skrg stok susu ilham 1-3tahun susah nk dapat la pulak! semua kedai abes! pening dah nih... hero kecik ni jenis kuat minum.... takkan nak bagi air kosong je.... aritu p kedai kat seksyen 3... tokey ambik no tepon.. nnti bila ada stok, dia inform... katanya kilang ada masalah.... aper masalah tah la... dari toeky kedai la baru tau... susu halib & susu ilham dari kilang yg sama.,.. tapi syarikat lain2...


Keterangan lebih lanjut pasal Susu Halibs dan Susu Ilham, ada kat bawah ni.... Bacalahhh... :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~









Halib's adalah susu yang telah dikeluarkan oleh IMP (Islam Manufacturing Practise) adalah susu penuh krim yang mengandungi kalsium, kismis dan kurma.

Kismis

Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kurma

Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

Seaweed Calsium

Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik yang paling mudah diserap olh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.

L-Lysine

L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.





***********************************


SUSU ILHAM 1-3 TAHUN

Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja.

Susu Ilham mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.



- Susu asli tanpa sebarang perisa, mengandungi campuran badam, kurma dan kismis serta terapi al-quran 30 juzu'

SUSU

Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.


Komposisi dan khasiat

Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.

Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.

Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.


Badam

Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.


Kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.


Kismis

Imam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”

Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka

SUSU ILHAM 4+ TAHUN


Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja.

Susu Ilham juga mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.

Susu Ilham 4-7 Tahun mempunyai 2 perasa iaitu Vanila & Coklat


Gingko Biloba:


Gingko Biloba merupakan spesis tumbuhan yang paling lama hidupnya. Satu pohon pokok dapat hidup sehingga 1000 tahun dan dapat tumbuh setinggi 120 kaki. Komponen utama yang terkandung di dalam Gingko yang dikenalpasti memiliki manfaat kesihatan iaitu: Flavonoids dan Terpenoid. Flavonoids mengandungi kesan antioksiden dan Terpenoid membantu memperbaiki pengaliran darah.

Maca:


Pergunungan Andes menawarkan Maca sebagai sumber bahan asli yang terbaik dan merupakan tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang tinggi, dapat hidup pada kondisi yang ekstrim di mana cuaca dingin, angin kencang dan udara yang tipis.

Penanaman Maca tidak memerlukan bahan kimia atau organic untuk sumber pembesarannya. Ianya juga tidak memerlukan racun kawalan serangga karena tidak ada seekor serangga yang dapat hidup pada ketinggian 14.000 kaki.

Oleh yang demikian, ia digelar Ginseng Andean. Secara amnya, Maca boleh mengatasi kehausan dan kehabisan tenaga yang diakibatkan oleh gaya hidup moden yang sibuk, kekurangan khasiat serta persekitaran sosial dan kebersihan yang tidak memuaskan. Maca telah digunakan oleh kaum asli di Peru selama berabad-abad lamanya untuk mengaktifkan dan mencergaskan semula tenaga secara semulajadi.

Badam:

Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.

Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadis yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.

Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.

Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kurma:

Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awal Muharram 1433 HIjrah





MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

salam... esok adalah tahun baru hijrah... selalu semua sakan nak sambut new year.. tengok bunga api la... ronggeng sana.. lepak sini... kenapa tahun islam ni dilupakan langsung? so, esok ramai2 baca doa akhir tahun dan doa awal tahun tau!... Semoga kita menjadi orang yang lebih baik & berguna dari hari-hari semalam....


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



selamat menyambut Awal Muharam 1433 H. Semoga kehidupan kita semua dipenuhi dengan keikhlasan amalan dan ketakwaan terhadapNya, akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, beroleh rahmatNya serta keredhaanNya dunia dan akhirat. Amin.

Surirumah




Kawan 1 : lama tak nampak? mana menghilang??

Kawan 2 : rindu la kat ko... aku p md ingat nak jumpe ko laaa...

Kawan 3 : dah lama tak jumpa afiq... sibuk keje ke??

Kawan 4 : jarang fb eh skrg....

Kawan 5 : u ni kan... macam chipsmore! kejap ada.. kejap tak ada... sblom ni senyapp je...
skrg ni tiap2 hari online pulak!

Kawan 6 : dah ada isi ke?



JAWAPAN

hmmmm skrg ni duduk rumah je... bizi jaga anak & mak mertua... sambil tu biz kecil-kecilan dari rumah je... mak mertua tak bape sihat... so, takleh la tinggalkan rumah lama2... kuar kejap gi kedai, jalan2 playground kat bwh umah, jumpa customer dkt dgn umah.... boleh laaa... huhuhu.. urmmm terkedu jap soklan no.6 tuhhhh.... Insya-Allah, ada rezeki cheq terima dengan terbuka.. setiap anak ada rezeki masing-masing... Aminnnn...

Motivasi #1


Untuk memulakan sesuatu impian
hanya memerlukan selangkah kedepan sahaja....
bila mula melangkah, insyaallah...
kita akan terus mara ke depan...
hanya tingkatkan usaha dan tambahkan doa..
jujur dan ikhlas
kunci kpd niat kejayaan di hati.
Insyaallah.

Wordless Wednesday #1

Malaysia MENANG!!!!!



Alhamdulillah... syukur pada-MU... Ya Allah!!!!
Akhirnya Malaysia menang pingat EMAS!!!
tahniah! tahniah & terima kasih harimau muda!!
Kami semua banggaaaa sangattt!!



dup dap dup dap tgk tv.... mau sakit jantung...
kejap2 on off tv (rebut remote dgn hero kecik ni haa) heheheh...
1st time maaa tgk bola sampai nangis2!
pelik dah muka hero kecik nih...
awat la ummi sampai kuar air mata..
siap tadah2 tangan, doa bagai... huhuhu....


ni gambar time gigi baru ada 2 batang lee...
yang terbaru dalam hard disk,...
sedihnya hd tu dah tak leh nk bukak!! sob sob...


tak pernah2 time berita pakai jersi Malaysia!
semangat berkobar2... nervous, risau pon ada....
adakah cahaya laser akan digunakan untuk balas dendam???
walaupun penyokong Indonesia tak hormat lagu Negaraku...
terima kasih buat mereka sbb tak guna laser!


Agak2 koranglah,Ong Kim Swee Balik Malaysia Dapat gelaran Dato Ke?

maintenance diri



DELETE semua FILE kebencian & amarah

INSTALL anti-virus ego & putus asa

RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang

REFRESH peribadi kita yg mulia

DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA

UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS

Jangan meng-
'UNDO' pengalaman buruk & sedih

LOADING semua dgn DOA & USAHA

Cili merah

gerammmmm masih terasa lagik nih!!!!
pagi tadi beli cili kat Pasar ASnaf sek3...
total RM9! en suami dah mengomel...
bukan stok baru nih... byk yg tak elok...
hmmm dah ambik, dah timbang...
bayar je laaaa nmpknya!
sblom ni mmg la dah tau harga naik..
bukan ke harga cili dah turun balik?
selalu beli kat pasar pak aji dpn umah ni...
paling mahal pon RM7 (stok susah nk dpt, skrg cuaca tak menentu)..
pastu baru2 ni, ari rabu lepas... dah turun jadik RM5...
banyak jugak dapat... penuh satu tupperware...
yang beli semalam , dah siap blend.. separuh tupperware je!!!

hmmm kalau pengguna asyik mengomel...
kira tak ikhlas beli la ni eh?
pastu cam ne ye dgn peniaga tu?
haram ke jualannye?

erkssss! sesuka hati je kan nak jatuh hukum kat org lain... hehhehe,...
pasrah... redha je laaaa cheq oiiii.....

Sayur

Adik : Salam.. Kaklong masak apa arini?

Kakak : Hmm sambal kacang botor, sayur goreng, sup sayur (sawi+kentang+lobak), sayur rebus (sawi +peria ) ..

Adik : Fuuuyoooo!! Serba serbi sayur! Sihat! Sihat! heheh

Kakak : Hmm dah abang ipar hang ni vegeterian.. taklah daging pon dia makan jugak... tapi dari kecik dah diajar makan sayur... lgpun dia org susah... maybe mak ayah tak cukup duit beli daging/ayam...

Adik : ye ke?? hmm dulu kita ummi selalu masak ayam je kan... sambal ayam, ayam goreng, ayam masak kicap, sup ayam, ayam masak lemak kuning...smpai skrg kita adik beradik kurang makan sayur.... huhuh

Kakak : tu la pasal... tapi skrg kaklong dah mula belajar makan sayur.... kena la ikut selera suami... ihiks...

Anak

Situasi 1

Isteri : Bang, bini arep tu peknen lagi eh?
Suami : iye ke? tak pasan pulak...


Situasi 2

Isteri : Bang, betul laa bini arep tu peknen lagik...

Suami : Eh! mana u tau? (ni mcm nada terkejut camne sang isteri tau.. mungkin sblom ni tau, tapi tak ambik pusing pon..)

Isteri : I tanya dia fb..

Suami : u nak anak lagi bila? (tetiba kuar soalan ni, maybe terasa nada kejelesan sang isteri.. huhu)

Isteri : I tak kisah... Kalau ada, i terima je... Cuma u je la.. ok ke tak... (sebab sumber kewangan hanya dari sang suami... )

Suami : ( ~terdiam~ )

Isteri : I target umur 33 dah ada 4 org anak... Sebab bila umur 40 thn nnti anak2 dah mula sekolah, bukan baby lagik...

Suami : Kalau u 4o thn, anak umur berapa dah ye?

Isteri : (Sambil kira2 umur anak yg baru sorang ni..) Sekarang i 27 thn, hero ni 1 thn.. So, bila i 40 thn, dia dah 13 thn... mungkin adik2 dia 11 thn, 9 thn dan 7 thn ...


Suami : Ok... ( erkss.. pendek je jwpn dia... )

MENGAPAKAH???



MANUSIA hari ini suka bersangka-sangka?

Ada sangkaan baik..

Tapi lebih banyak sangkaan buruk.. urmmm..

Orang BERIBADAH disangka RIAK..

Orang berKERETA BARU disangka menunjuk... isk.. isk.. isk..

Orang berKERETA BURUK disangka ZUHUD.. Astaghfirullah..

Orang MAKAN BANYAK disangka PELAHAP.. adeh!

Orang MAKAN SIKIT disangka DIET.. hehehe

Orang BAIK disangka BURUK..

Orang BURUK disangka BAIK...

Orang SENYUM disangka MENGEJEK..

Orang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT..

Orang DIAM disangka MENYENDIRI..

Orang NAMPAK CERIA disangka PAKAI SUSUK..

MANA TAHU...

Yang DIAM itu BERZIKIR kepada Allah..

Yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH..

Yang MASAM itu kerana mengenangkan DOSA..

Yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATI dan MINDANYA..

Yang CERIA itu kerana CERGAS CERDASNYA

WIFI punya cerita!!



Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak
Man : hah??...
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada salah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali taip saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...