Assalamualaikum

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr ..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud kepada singkatan " A'kum"



Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.


kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

1. kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2. kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3. kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4. kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5. kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6. kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7. kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8. kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1. kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2. kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3. kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4. kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5. kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6. kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7. kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8. kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH