Selamat tinggal 2005



dari awal tahun lagi aku dah rasakan tahun ni x best.. start dgn tsunami la, aku yg menganggur beberapa bulan, pastu dah dapat keje tu.. kena tipu la plak.. dgn hal famiy lain.. dgn dia lagi...
iskhh macam-macam le.. Tension memikirkannya.. Jiwa kacau, x tenteram rasanya..

oh ya.. skrg aku menyewa bilik ngan ummi kat seksyen 8.. Abah mmg dah ada kat johor.. adik-adik & angkut semua barang awal disember ari tu.. ummi lom benti lagi.. bulan 3 baru dia stay as housewife kat johor sana.. tapi skrg every weekend, mmg berulang-alik la p batu pahat tu.. Terasa sunyi plak.. huhu.. ekceli, aku lom masuk umah sewa lagi.. w/pun sewa bulan 12 + deposit dah bayar.. 2-3 hari lepas baru p anto semua barang ke rumah sewa.. sebulan ni aku tdo umah kosong.. kekadang umah member.. skrg ni 2-3 hari tdo umah makcik.. ye la.. kalu keje malam x kisah sgt.. balik umah pagi.. kalu keje pagi/ptg tu yg x syokk sgt.. malas nak balik umah... gerun plak tdo sengsorang memalam tu.. dats y merata hala aku tumpang tdo.. adehhh terukssnye perangai...

nampaknya bulan 1 nanti mmg kena masuk umah sewa la.. sayang dah bayar sewa ari tu.. pastu segan plak kat mak cik pak cik aku.. keluar ptg.. balik pepagi buta.. masa derang kuar keje, aku tdo... hmm nak wat cam ne aku keje ptg.. mmg x tentu masa... tp, iskhh mcm x sopan pon ada.. baik dok umah sewa kan..


30hb, kena jupe bos.. erkss interview utk MT.. adehh apa yg dia nak tanya yerk... aiyakkk jgn le aku failed.. x naik le aku nanti..


keje aku ok.. cuma hati,perasaan, jiwa masih x tenteram... aku banyak tumpukan pada keje.. mungkin dr situ, mcm2 masalah timbul..

aku ingin tinggalkan tahun 2005, tahun yang penuh dgn peristiwa duka.. Selamat Datang 2006.. doaku sepanjang masa.. Moga ada sinar bahagia buat diriku... Moga aku sentiasa di dalam rahmat-Nya.. AMIN...

Maksud di sebalik huruf

~Maksud di sebalik huruf yang terkandung dalam nama korang~

A - Menggambarkan seseorang itu bijak
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mneutamakan material
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan
D - Kamu seorang yang gugup
E - Kamu sebenarnya seorang yg suka cari pasal dgn orang lain
F - Kamu pandai berdikari & tidak suka bergantung pd orang lain
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup
H - Mengutamakan keceria dan kagembiraan dalam hidup
I - Setiasa perlukan perhatian orang lain
J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi
K- Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dlm mengejar impian & cita-cita
O - Suka menyendiri
P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q - tak suka dedahkan diri kpd orang lain & lebih suka hidup misteri
R - Kamu seorang yang kuat bekerja
S - berpendirian kukuh dan bersemagat
T - Romantis orangnya
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap
W - Agak lambt bertindak tapi tetap akan lakukannya
X - Sabar teliti dan tekun
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

8 Tanda Lalu Lintas Cinta

Jalan dua hala
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Sekiranya satu pihak bersuara, maka satu pihak lagi cubalah menjadi pendengar yang setia. Begitulah sebaliknya.

Jalan bengkang-bengkok
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudahtidak tepati janji.

Jarakkan Kenderaan
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!


Jalan Sempit
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tiada tolak-ansur, pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu, sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalahbersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri!


Awas! Jalan Berbukit
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan diri kamu. Fikir sebaik-baiknya. Cuba harungi dahulu, barulah kamu fikir jalan lain.


Sedang Dalam Pembinaan
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaikpulih. Dalam proses persefahaman semula. Lalui jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit kisah lama dan mulakan pengalaman baru.


Dilarang U-turn
Sekiranya sudah putus, sebaiknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik dari dirinya.


Pejalan Kaki
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh kamu ikuti.
credit : Remaja 15Dis2005

Friend As ABC

A Friend...

(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)- plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and
(Z)aps you back to reality.

Bila nak kawin?



Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba
(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..!

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
( Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada..


*********************************************

sekali sekala bertanya x pa gak..
tapi bila dah selalu, leh geram gak..
hmm nak wat cam na.. org dah tahu...
kalu x jadi sendiri malu gak..
tapi yg x tahan nya..
nape eh mcm aku je yg dipersalahkan?...
aku je yg x kena?..
aku ke yg kena mulakan langkah?
nape mesti tanya aku?
nape x tanya yg berkenaan?
nape? nape? nape?
arghhhhhhhhhhhhhhhhh
tension!!!!!!!!!!!!!!
sapa x mo kawen????
pastu kalau kawen...
duit plak mana???
bukan sikit,
tapi nak pakai banyakkkkkkkkkkk!!!!
jgn la nak cucuk aku memanjang!!!!
aku ke yg kena tanggung????
aku ke kena buat semua sengsorang????
mana pihak berkenaan???
tanya la sendiri!!!!!!

Takkan Melupakanmu

seindah
lagu yang terindah
sengaja ku cipta
untukmu yang terindah

semoga dapat meluluhkan
segala keraguan
semoga dapat menghancurkan
kerasnya batu prasangka

aku
tak akan melupakanmu
tak akan meninggalkanmu
tak akan menduakan cintamu
ku bersumpah
aku
tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yang membara

rebahlah kau dipelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka
prasangka burukmu
dari kerasnya
batu curiga

aku
tak akan melupakanmu
tak akan meninggalkanmu
tak akan menduakan cintamu
ku bersumpah
aku
tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yang membara